Ahad, 13 April 2008

Bang Dollah Tokoh Lagenda!

Biarlah teman tak sembunyikan perasaan. Sebagai seorang insan yang bencikan UMNO, teman suka dengan apa yang berlakukan sekarang. Suka sangat pemimpin Umno dan ahli akar umbi, saling bercakaran. Saling tuduh menuduh sejak BN menang dalam kekalahan yang cukup memalukan.Semoga terus bercakaran sampai UMNO lenyap di atas muka bumi ini.Hip hip horrei.

Tapi janganlah terlintas difikiran kawan-kawan, bahawa teman langsung tak ada langsung rasa belas kasihan. Tak ada hati perut langsung. Selagi hidup , hati dan perut teman akan sentiasa ada. Kalau tak ada dah lama teman kojol! Betul tak,beb?

Secara peribadi teman kesian, dengan bang dollah. Ramai sangat yang mahu dia letak jawatan kerana BN telah terpukul dengan teruk dalam PRU 12 baru-baru ini.

Bekas memanda menteri 22 tahun, anak si Kutty and the gang ,tak henti mendesak bang dolah meletakan jawatan secara hormat . Ibnu Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang pun sudah berura-ura nak goncang tahta bang dollah. Mereka betul-betul tak ada perasaan!

Mungkin , ada orang marah pada teman kerana bersikap kasihan terhadap Bang Dollah. Janganlah begitu. Teman ni, walaupun rockers tua, tapi sifat rasa kasihan insan tetap ada. Apatah lagi sesama umat Islam. Setuju sajalah beb!

Dan dalam kes ini, teman cukup kasihan pada bang dollah. Hampir menitik air seni teman, bila mengenangkan nasib bang dollah. Macam terkedip-kedip mata temam bila hampir setiap hari beliau diserang. Samada secara terbuka atau hendap.

Sesungguhnya kehebatan bang dollah cukup terserlah . Bila beliau diserang , amat jarang dia menjawab. Sekali beliau menjawab, bertambah berseri kebinggungannya. Inilah salah satu ciri istimewa yang jarang ada di kalangan pemimpin dunia ini sejak zaman berzaman.

Musuhnya menyindir , bang Dollah mempunyai hobi tidur. Semasa bermesyuarat dia boleh tidur. Di dalam pertemuan dengan tokoh pemimpin di dunia pun dia boleh terlentuk dan tersenguk.

Sang Kelambai, sang blogger paling hebat di Malaya pun, dalam blog dan ucapannya, sentiasa menjadikan hobi bang dollah yang suka menidurkan diri, sebagai modal menyerang keperibadian Bang Dollah yang suci dan mensucikan.

Tapi lihatlah sekarang, dia dah insaf. Dan memang patut si Sang Kelambai insaf, sebab dia mula sedar, hanya Bang dollah satu-satunya pemimpin di dunia yang boleh tidur semasa masalah dunia manusia dibincangkan di forum antarabangsa atau tempatan. Kehebatan bang dollah dengan hobi tidurnya sepatutnya dibanggai oleh seluruh warganegara Malaya.

Oii , bukan senang nak cari pemimpin macam ini,beb. Seratus tahun dari sekarang pun , pemimpin negara yang kaki tidur sukar nak dicari! Hidup bang dollah!

Teman juga kasihan yang amat mendalam, bila bang dollah dituduh terlalu bergantung kepada menantunya. Negara Malaya seolah ditakbir secara 'remote control' oleh menantunya.

Teman berpendapat, bang dollah telah mempratikkan satu kesenian baru dalam politik tanahair, iaitu menswastakan sebahagian tugasnya sebagai PM kepada menantu kesayangannya. Ini membuktikan dia telah melanjutkan usaha matan Mentari Perdana aka Al kutty yang telah mempelopori projek penswastaan.

Sepatutnya, rakyat malaya sepatutnya berbangga dengan kebijaksaanaan Bang dollah yang telah menswatakan sebahagian tugas PM kepada menantunya. Tidak pernah kita dengar kes seperti ini dilakukan oleh pemimpin dunia yang lain, melainkan bang dollah sahaja yang berani melakukannya. Tidakkah cukup lagi bukti, yang mengesahkan kehebatan bang dollah, beb.

Teman juga kasihan pada bang dollah, yang dikata punca utama kepada kemerosotan sokongan rakyat kepada kerajaan BN.

Sebenarnya, punca kekalahan BN berpunca dari banyak faktor.

Diantara faktornya, peranan bloggers. Bloggers termasuk peranan Sang Kelambai telah dengan beraninya telah membongkar penyelewangan kerajaan di bawah kepimpinan bang dollah.

Peranan matan Menteri Perdana , si al Kutty yang telah menyeru supaya rakyat mengajar kerajaan BN juga tidak boleh kita ketepikan . Begitu juga dengan peranan sebahagian ahli Umno, MIC, MCA, Gerakan, yang dikatakan telah mensabotaj calun BN semasa PRU ke 12.

Mereka khasnya tidak puas hati dengan kerajaan BN. Dan mereka terlalu sayangkan bang dollah, sehingga sanggup mengundi Pembangkang. Mana ada dalam dunia ini, rakyat mengundi pembangkang kerana terlalu sayangkan Ketua Kerajaan yang memerintah.

Sepatutnya seluruh rakyat secara beramai-ramai , termasuk al kutty mengikut jejak langkah Sang Kelambai memeluk dan mencium tangan bang dollah! sebagai tanda mengkagumi Bang Dollah. Tapi sayang apa yang dirasakan oleh Sang Kelambai tidak difahami oleh rakyat biasa, termasuk matan bekasa menteri Perdana Malaya si al kutty. Teman, beb, dapat merasakan apa yang Sang Kelambai rasakan!

Teman kasihan , Bang dollah digelarkan dengan pelbagai gelaran. Ada yang tuduh dia pemimpin yang tidak ada wawasan besar. Al Kutty kata , pemerintahan bang dollah sebagai 'half past six. Kawan-kawan bloggers seperti Sang Kelambai menggelarkan pemerintahan bang dollah sebagai 'pemerintahan tiga anak beranak '. Dan teman sendiripun pernah membangangkan kepimpinan Bang Dollah.Pernah teman kata, ucapan bang dollah bagaikan jeritan Sang Kaldai yang hendak putus nyawa.

Sekarang Sang Kelambai dan teman mungkin telah konar baring sehingga beranggapan bang dollah akan menjadi tokoh lagenda. Beliau akan diingati sebagai pemimpin yang sedikitpun tidak mempunyai karisma, merapu dan meraban dan layak digelar raja segala rajak lawak.

Sukar bagi kita untuk mencari pemimpin yang sebegini rupa , di dunia yang semakin sofisticated ini. Hanya bang dollah sahaja yang berjaya melakukannya. Jangan menyesal nanti beb, bila bang dollah diangkat ke alam barzah, barulah kita sedar bahawa dialah pemimpin yang terbanggang di dalam ini dunia punya dalam. Pemimpin negara di negara-negara Afrika pun tak boleh menandinginya. Masa itu barulah rakyat akan memahami maksud lagu Almarhum Tan Sri P Ramli: Dimanakan ku cari ganti.

Sebelum bang dollah berundur dari jawatannya atau diangkat oleh Allah ke alam Barzah teman syorkan, supaya UUM yang terletak di Negeri Kedah, yang diketuai oleh VC yang paling tinggi taraf intelektualnya di dunia ini mengujudkan sebuah Institut Kajian Pemikiran Bangang Abdullah Hj Ahmad Badawi .

Bagus tak cadangan teman ni beb!

Sekiranya, bang dollah atau suku sakatnya terbaca entri ini, sudilah apa kiranya diujudkan Gelaran Tokoh Blogger Mithali. Teman rasa Sang Kelambai dan teman, layak sebagai penerima awal , anugerah gelaran tersebut. Betul tak, beb?

Takkan sebegini teruk dan payah teman menulis memuji kepimpinan bang dollah, langsung tak diberi apa-apa. Kesianlah pada teman, beb!

3 ulasan:

Redhuan D. Oon berkata...

Cerama sheikh terlalu berat sebelah dan tidak memberi ruang untuk imaginasi tentang scenario yang lain dari yang ada. Pendek kata, kata-kata tentang kejatuhan Pak Lah sudah terlalu jelas dan tidak harus diajukan lagi.

Sepatutnya kita pergi ke soalan siapa selepas ini. Dan selepas lagi.

said mirro berkata...

Dah la tu pak syeikh. mengigau kawan tu nanti tak cukup tidor kan hal lain pulak jadi. Apasal dok geram sangat kat dia? Ke dulu ada cita2 nak jadi menantu?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Red1,
Teman sentuh tentang perasaan kesian pada Bang Dollah. Nak kata teman berat sebelah , itu hak masing-masing.

Dia dah nak jatuh kah? Teman tak mahu dia dijatuhkan. Dia adalah tokoh lagenda. Tak faham lagi ke?

Kalaulah dia jatuh, teman lebih suka Red1 menganti Bang Dollah, kerana Najib teman tak suka langsung.

---------------------------------
Salam Said mirro,

Teman tak geram pada bang dollah. Teman kesian. Mungkin cara kesian teman berbeza dengan orang lain.

Dan suka, teman nyatakan tak sedetikpun, teman pernah berangan nak menjadi menantu bang dollah.Tak sior langsung!