Sambil menahan kesakitan di bahagian bahu dan tengkuk, teman mengagahkan diri menonton Warta Perdana , pada malam tadi. Sambil mengurut perlahan bahu dan tengkuk teman dengan minyak kayu putih, dapat teman lihat dan dengar kenyataan seorang badut UMNO yang juga menjadi menteri yang menjaga hal ehwal pelancungan Malaya.
Siapa lagi kalau bukan si Engku Nan yang pernah mencadangkan pusat hiburan dibuka hingga tiga pagi bagi membolehkan pelancung dari luar negara berhibur.Dan malam tadi di kaca TV dia membebel, bahawa sejak kebelakangan ini, pelancung dari luar mula takut melancung ke Malaya kerana gara-gara demonstrasi jalanan.
Geli hati teman mendengar cakap-cakap si badut UMNO ni.Masakan teman tak geli hati, dia sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri kalau betul berlaku kemorosotan kadar kemasukan pelancung luar negara sempena Tahun Melawat Malaya.Mengapa dia dan Kementeriannya serta agensi-agensi yang berkaitan tidak melakukan usaha yang lebih proaktif seperti memberi tahu pada bakal pelancung bahawa mereka tidak perlu gundah gulana melawat Malaya kerana beberapa siri perhimpunan yang berlaku adalah perhimpunan aman.
Dan untuk lebih menyakinkan bakal pelancung bahawa Malaya berada dalam keadaan aman damai, sepatutnya Engku Nan boleh mengunakan pelbagai cara untuk memaklumkan secara berterus terang keadaan di Malaya yang sebenarnya.
Misalnya dia dan kementeriannya perlu memberitahu bahawa ,perhimpunan aman akan menjadi tidak berapa aman apabila terdapat campur tangan berlebihan Polis Malaya.
Dan bila ditanya mengapa Polis Malaya bersikap begitu , maka Engku Nan boleh menjawab bahawa Polis Malaya sejak dulu lagi telah dilatih agar pandai bergurau senda dengan rakyat jelata.
Seterusnya, Engku Nan boleh memberitahu kepada bakal pelancung supaya jangan risau apabila melihat Polis Malaya menghamburkan air kimia, gas pemedih mata dan menghayun kayu belantan terhadap para peserta perhimpunan aman kerana ini adalah sebahagian dari tugas Polis Malaya dalam kerangka bersenda gurau dengan orang awam.
Maka dengan itu, seluruh makluk dari seluruh pelusuk dunia akan berpusu-pusu berkunjung ke Malaya untuk melihat kehebatan Polis Malaya yang pandai dan pintar bergurau senda dengan rakyat!
Dan teman pada hari ini, ingin mencadangkan suatu idea yang paling bernas pada Engku Nan dalam usaha menarik lebih ramai pelancung datang ke Malaya . Dengan cadangan yang akan teman kemukakan kejab lagi, teman percaya bukan sahaja pelancung biasa akan berpusu-pusu datang melawat Malaya, bahkan pemimpin-pemimpin dari seluruh negara di alam maya ini akan turut membanjiri Malaya. Dan pastinya, Engku Nan boleh tersenyum,kerana misi Tahun Melawat Malaya akan menjadi terlalu berjaya di luar jangkaan.
Cadangan teman nampak ringkas tetapi boleh dilaksanakan kerana ianya adalah bersesuaian dengan ajaran Islam hadhadri.
Adalah dicadangkan, Bang dollah dan para menterinya, berdansa setiap malam dengan isteri masing-masing di Dataran Merdeka. Cuba bayangkan, betapa seronoknya makluk di dunia ini melihat bang dollah menari rentak cha-cha dengan isterinya di atas pentas di Dataran Merdeka diiringi oleh Okestra RTM.
Kemudian diikuti oleh Tok Najib dan isterinya yang akan menari rock and roll. Dan percayalah semua orang akan turut terhibur dengan lengok lembut si Tok Hisyam Panglima Keris UMNO, yang akan menari berentak zapin dengan isterinya. Kegamatan akan menjadi lebih luar biasa apabila Tok Samy Vellu, Menteri Kerjaraya dan Kuil muncul untuk menari tarian India bersama isterinya.
Dan cuba bayangkan, Presiden Bush membatalkan kesemua jadual kerjanya dalam tempuh seminggu , semata-mata untuk datang ke Malaya sebagai pelancung kerana mahu melihat dengan biji matanya sendiri persembahan bang dollah menari rentak Cha-Cha dengan isterinya yang siang malam diusung ke sini sana.
Semoga cadangan teman ini diterima dengan senang hati oleh Engku Nan. Cadangan ini mempunyai serampang dua mata. Pertama untuk menarik pelancung dari seluruh benua di atas muka bumi ini , melawat Malaya , seribu kali ganda daripada sasaran. Keduanya, pihak polis ada alasan untuk menolak permohonan mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka!
2 ulasan:
Assalamualaikum TuN Sheikh, terima kaseh kerana melawat. Salam perjuangan.
Salam Sheikh
TQ kerana menjengok space saya..walaupun tidak meninggalkan jejak.
Selamat berjuang...mengundi nanti tahulah mereka & keluarga mereka.
Salam silaturahim.
Catat Ulasan