Ahad, 26 Jun 2011

Berdebat Dengan Pengampu UMNO

Sekiranya teman ada masa dan badan agak segar sikit, teman akan mengikuti forum di Facebook . Di situ ada beberapa buah forum . Di antaranya, Dewan Sidang Parliment FB yang di 'initiate' oleh Baginda Reformasi, atau 'Road To Putrajaya' yang di 'initiate' oleh Yob Tualang Sekah dan gangnya. Dan pelbagai forum yang lain yang kesemuanya Pro Pakatan. Teman tak tak pernah ikut Forum UMNO kat FB. Benci sebenci-bencinya.

Entah kenapa teman hari tergerak hati untuk menziarahi Dewan Sidang Parliment FB. Maka ada seorang makluk pencacai UMNO yang cukup merapu yang bernama Ismit Ulam Raja yang membuka topik perbincangan . Selalunya teman lebih suka membaca saja soal jawab antara pencacai UMNO yang sudah hampir menemui ajalnya dengan geng PR.Tiba-tiba tangan teman gatal nak berdebat dengan mahkluk tersebut. Dalam n3 ini , teman dah buangkan tulisan kawan-kawan yang ikut serta berlawan dengan mangkuk itu.

Oleh itu teman paparkan debat teman dengan pencacai UMNO tersebut:-

Ismit Ulam Raja:

Bersetubuh dgn pasangan Suami/Isteri juga adalah hak setiap rakyat yang termaktub dalam perlembagaaan negara. Wajar kah ko bersetubuh di padang2 awam atau di tengah2 jalan??? Bukan semua perkara yang boleh ko buat sepertimana termaktub dalam perlembagaan, ko boleh buat sesuka hati ko dan di mana2 yang ko suka.
Ada undang2 yang mengatur setiap hak ko termaktup dalam perlembagaan.
MAJLIS PEGUAM BUKAN PENGGUBAL UNDANG2, MEREKA PENGAMAL UNDANG2 YANG BERGANTUNG HIDUP DGN PENJENAYAH DAN ORANG2 YANG MELANGGAR UNDANG2.


Zubair Jaafar : Boleh citer kat bab dan fasal mana dalam perlembagaan negara yang termaktub mengenai hak pasangan Suami/Isteri bersetubuh? Lepas itu boleh kita bincang seterusnya.
56 seconds ago · Like

Ismit Ulam Raja : Jadi selama ni, suami isteri yang bersetubuh tu salah dari segi undang2 la dan perlembagaan tk membenarkannya??? Ish ish ish ish, tapi kalau tala Cina Doll boleh pulak ye???

Zubair Jaafar: Saya tanya dalam bab dan fasal mana dalam perlembagaan yang menyatakan hak suami isteri bersetubuh . Saya tak persoalkan hak suami isteri bersetubuh. A simple question isn't it my friend. Lepas tu baru boleh bincang seterusnya. So please answer my question .
21 minutes ago · Like

Ismit Ulam Raja : " aku tanya ko, bab mana dalam perlembagaan yang menhghalang suami isteri bersetubuh???
19 minutes ago · Like

Zubair Jaafar : Memang tak ada dalam bab dan fasal dalam perlembagaan yang menghalang persetubuhan suami isteri. Tapi tuan yang bangkitkan persetubuhan suami isteri adalah hak yang terdapat dalam perlembagaan. Kata tuan : "Bersetubuh dgn pasangan Suami/Isteri juga adalah hak setiap rakyat yang termaktub dalam perlembagaaan negara." Oklah, saya tak mahu argue dengan tuan kerana teringatkan kata, Imam Syafiee: "Aku mampu berhujah dgn sepuluh orang yg berilmu tapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu." Ok semoga , tuan selamat dunia dan akhirat.
14 minutes ago · Like

__________________________

Nota: Perhatikan pencacai UMNO ini , teman tanya dia, dia tanya teman balik tanpa menjawab soalan teman yang awal. Kalau dia jawab, teman akan jawab beberapa tuduhannya. Sememangnya pencacai UMNO dulu, kini dan selamanya bangang.



3 ulasan:

ISA berkata...

Salam Sifu;

Begitulah adanya sifat2 munafik aka bangang puak2 umPORno... sebab itu jugalah diorang semua mudah diperbodohkan oleh pemimpin2 mereka yang korup.

Bila Diary Bercerita berkata...

Bodoh Sombong!!! buat sakit hati je berdebat dgn dorang ni...

Na'im Nikmat berkata...

Salam Pak Sheikh,
Itulah adatnya berhujah dengan puak2 yang berhujah gunakan emosi semata-mata...Mungkin perlembagaan ini diorang tak pernah tahu:

"Perlembagaan Malaysia, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) -
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan."

Kejahilan puak pencacai jelas kelihatan sbb puak2 ni berhujah xgunakan akal tp gunakan kepala lutut, maaf agak kasar tapi itu kenyataan yang harus ditelan puak pencacai.....