Isnin, 9 Mei 2011

Isu Ini Belum Basi Lagi!!

Teman cukup bosan dengan media arus perdana di Malaysia, tidak kira eletronik dan cetak, yang bermain api dengan memaparkan berlori-lori isu yang boleh mencetuskan ketegangan hubungan rasial dan agama di negara I Malaysia ini!!!!.

Dan yang paling melampau ialah kesanggupan puak-puak ini mengambil sumber berita dari blog-blog yang mewah dengan pelbagai fitnah yang ganas gila babi terhadap saingannya bagi membela dan menguatkan kedudukan penguasa yang jelas korup dan zalim.

Tak apalah , pergi jahanam dengan blog-blog pecacai dan media arus perdana milik puak munafikun !!! Kalau puak-puak ini tak buat apa yang dikehendaki oleh para penguasa yang korup dan zalim , nanti tak masyukkkk pulak !!!. Inilah dikatakan problem. Dan problem itu adalah masalah.

Yang teman nak sentuh hari ini ialah berita yang dipetik dari blog , besar punya anjing, kononnya tentang ajenda DAP dan para paderi Kristian yang dikatakan hendak mengantikan ugama Islam sebagai agama Perseketuan dengan agama kristian berdasarkan sekeping gambar. Maka pejuang-pejuang Melayu yang dalam IC mencatatkan ugama Islam sebagai agama mereka, terus menyerang DAP dan paderi-paderi kristian.

Akibatnya, 1 Malaysia bagaikan dilanda ribut dan seolah-olah esok akan belaku perang antara agama . Tak ker ini kerja sial yang teramat sial?

Lalu, pejuang-pejuang Melayu ini samada yang bersolat atau yang tak bersolat , buat sekian kalinya rancak berdansa kerana sudah ada isu baru yang boleh dipolitikkan . Maka dengan gaya pahlawan pondan, mendesak supaya para penguasa dan bangsa Melayu/Islam amnya agar peruntukan dalam Perlembagaan yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan dipertahankan dan segera mengambil tindakan terhadap pihak yang dikatakan hendak memansuhkan Islam sebagai agama Perekutuan dan digantikan dengan agama kristian.

Maka tidak pelik kalau para penguasa Melayu UMNO pun turut gembira kerana berjaya menarik seluruh jentera pahlawan pondan yang sudi membantu mereka untuk sekian kalinya menipu umat Melayu/Islam setiap kali penguasa-penguasa Melayu yang sedang berada dalam keadaan merana dan separuh nazak kerana takut kehilangan kuasa tak lama lagi!!!!.

Isu ini yang dimulakan oleh blog pecacai UMNO dan diperbesarkan oleh media arus perdana , adalah provokasi yang nyata.

Beb, betul-betul puak-puak inih kepala bana !!!!!.

Puak kristian samada yang berada dalam DAP atau para paderi kristian tidak akan berbuat demikian. Kemungkinan berlaku pertukaran kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan dan diganti dengan agama kristian adalah hampir di paras kosong (nil) !!!!.

Mereka pun tahu negara-negara barat yang majoriti rakyatnya adalah penganut kristian pun sejak berabad lamanya telah memisahkan agama dari politik(negara). Misalnya, Amerika yang dihuni oleh rakyat yang majoriti beragama Kristian, pun tidak meletakkan agama kristian sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan negara tersebut. Begitu juga dengan kebanyakkan negara-negara Barat yang lain.

Dan puak kristian di Malaysia ini pun tahu , untuk membuat pindaan dalam perlembagaan Malaysia , bukan kerja mudah seperti memetik hujung jari ditangan. Apatah lagi, mereka juga sedar ( dalam konteks ini, DAP) , majoriti MP kristian mestilah mengatasi bilangan MP Islam di Parlimen untuk meminda perlembagaan, yang buat masa ini dan akan datang adalah amat mustahil, melainkan kalau semua pemimpin UMNO dan ahlinya menukar agama kepada agama kristian. Ini tak mustahil berlaku, sekiranya sebilangan besar ahli UMNO tak mahu menjadi seorang Muslim yang ikhlas dan mengamalkan ajaran suci agama Islam yang sebenar dan masih terus berpegang teguh kepada faham-faham khurafat hasil bikinan kepala otak manusia. Dan yang pasti, spesis jenis munafik dalam hal ini , tak jadi masalah. Boleh saja, asalkan masyukkkkk!!!!

Sepatutnya puak-puak UMNO dan NGO Melayu seperti PERKASA , kalau betul ingin memelihara agama Islam sebagai agama Persekutuan, pastikan dakwah Islam jangan disekat.Biarkan dakwah Islam berkembang segar bugar.

Dan juga , pastikan anak-anak muda dan budak tua bangka , jangan dijahanamkan dengan klip video lucah demi kepentingan politik yang sempit samada di dada akhbar atau TV . Pastikan, hiburan yang melampau yang melekakan anak remaja dan budak tua dikawal dengan lebih ketat .

Juga pastikan pergaulan bebas antara remaja atau budak tua ,baik lelaki dan perempuan disekat melalui undang-undang dan pengawasan yang lebih ketat. Dan pastikan hukum syariat dikuatkuasakan, terutama dalam konteks kini , undang-undang murtad dibentangkan dan dilaksanakan oleh Parlimen Malaysia, kalau tidak mahu melihat anak muda dan budak tua bangka menjadi mangsa proses kristianisasi yang tak pernah berhenti.

Sesungguhnya pendakyah kristian tidak mahu menjadikan ugama kristian sebagai agama rasmi negara, tetapi mereka amat berminat untuk menarik anak-anak muda Islam menukar agama kepada kristian atau sekurang-kurangnya menjauhkan golongan muda-mudi dan budak-budak tua Islam dari mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Sepatutnya inilah kes yang perlu diberi perhatian serius oleh pejuang-pejuang Melayu UMNO kalau mereka bukan jenis munafik yang dalam IC mereka tercatat : beragama Islam, tetapi terdapat perbuatan dan perkataan sebilangan mereka yang memperlekeh ajaran Islam yang syumul.

Untuk sekian kalinya teman menyatakan : jangan cetuskan provakasi murahan atas nama Melayu dan Islam. Sebaiknya, kita semua wajib menjadi pengamal ajaran Islam seutuhnya dan perlu ada , sekumpulan besar pendakwah Islam yang mampu berdebat secara ilmiah dan penuh hikmah dengan pekerja-pekerja gereja yang kuat mendakyahkan agama mereka tanpa mengira siang dan malam,juga dalam keadaan hujan atau ketika matahari bersinar cerah. Bukankah telah jelas disebut dalam Kalam Tuhan yang telah diturunkan kepada kekasihNya, Muhammad S.A.W yang mafhumnya berbunyi lebih kurang : "tidak redho puak Yahudi dan Nasaro, selagi kamu (umat Islam). tidak mengikut agama mereka"!!!.

Kalau tak faham mesej teman ini, pi jumpa tanpa bertangguh, As Sheikhul UMNO al Porno untuk mendapat penjelasan kerana dia adalah ulamak terbilang mengatasi makam Sheikh Dr Yusuf Al Qardawi , kalau tidak masakan dia dengan sewenangnya, menuduh ulamak tersohor diperingkat antarabangsa itu sebagai pengganas dan bukankah beliau, bapak daripada segala bapak tokoh moral di abad ini!! Betul Ker? Tanyalah pada Ustazah Hajah Rosmah, maka dia akan berkata: " Sudah pasti betul adanyer"

.

4 ulasan:

Na'im Nikmat berkata...

Salam Pak Sheikh,
Itulah sajalah senjata UMNO untuk meneruskan perjuangan thogut mereka...Menggunakan sentimen perkauman & agama...Melayu2 yang jahil akan melenting & melatah bersama UMNO memperlihatkan lagi kejahilan mereka mempercayai media pencacai tanpa sebarang usul periksa & menerima bulat2 perutusan fasik.....

Kembara Jr berkata...

Salam perkenalan Pak Sheikh.... memang begitulah Umno. Pekara yang tak perlu disensasikan itulah yang war-warkan.Umno oh umno !!!!!!

sheikh teluk intan berkata...

Waailaimmusalam Naim,

Terima kasih kerana sudi singgah sini. Apa yang Naim tulis, Pak Sheikh sokong 110%.

sheikh teluk intan berkata...

Salam perkenalan Kembara Jr. Terima kasih sudi melawat blog Pak Sheikh. Blog saudara sangat bagus dan sentiasa Pak sheikh baca. Teruskan perjuangan menghapuskan UMNO sehingga ke akarnya.