Sabtu, 30 April 2011

Khas Buat Abuya As Sheikhul UMNO al Porno

Dalam satu Majlis Perjumpaan Mesra , Perdana Menteri bersama Rakyat Di Dun Manir ,di Kampung Pulau Bahagia , di Trengganu hari ini, Abuya As Sheikhul UMNO al Porno, iaitu Tuan Haji Najib Razak, yang juga merupakan cucu bekas Imam Genting Highland , hari ini buat sekian kalinya, mempelawa Pas agar menyertai BN . Seterusnya dia merapu dan merepek bahawasanya sudah tiba masanya , Pas meninggalkan DAP atas alasan parti tersebut ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Dalam kemerapuannya yang penuh syahdu, beliau mengingatkan : "Hadi , cukup-cukuplah dengan DAP , tinggalkan DAP , masuk BN".

As Sheikhul UMNO al Porno yang terkenal kerana hidup secara zuhud di Pondok rasminya di Putrajaya, yang bernilai jutaan ringgit , dan juga seorang tokoh moral antarabangsa yang dikatakan tak pernah kenal Altantuya, tetapi Altantuya yang telah mati diC4kan , tak pernah lupa padanya sehingga ke akhir hayatnya , sempat menyelitkan ayat-ayat syaitan: "Masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO".

Seterusnya, tanpa ribut dan taufan , beliau dengan bangganya menyatakan bahawa UMNO dilahirkan di istana , bukan seperti PKR yang lahir dijalanan.

Teman tak tahu samada hendak menanggis atau ketawa dengan titah ucapan Sheikhul UMNO al Porno yang seekor ini.

Hendak menanggis , terasa rugi airmata dan hendak ketawa macam rentak tawa Tukar Tiub , pun dah tak larat kerana sudah selalu sangat ketawa setiap kali mendengar titah ucapan Abuya Sheikhul UMNO al Porno , merangkap Maharaja Lawak 1 Malaysia inih!

Hello Abuya Sheikhul UMNO al Porno , selama ini sudah berapa peratus tertegak syariat Islam dibumi Malaysia ini setelah lebih daripada limapuluh tahun bersekongkol dalam satu kelambu bersama MCA , MIC dan sekutunya? Ramai yang sudah tahu , MCA dan MIC masih kekal dengan kebodohannya terhadap Islam. Sekurang-kurangnya, DAP sedang cuba untuk memahami ajaran Islam melalui dakwah Pas yang bersama-sama dalam Pakatan Rakyat di atas keperluan strategi politik yang bernama Tahaluf Siyasi.

Oh pocuttt!!!! Masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO?.

Sudah-sudahlah tu wahai Abuya Sheikhul UMNO al Porno oiii!!!. Itu adalah ayat-ayat syaitan yang sudah menjadi menderam yang tak lagi memberi dampak yang besar.

Memang masih ada makhluk di Malaysia ini yang masih terasa kesannya, tetapi ramai yang sudah dapat penawar yang berkesan untuk mendindingi diri dari menderam yang serba kuno dan makin hilang bisanya. Penawar yang diberi oleh Pakatan Rakyat cukup berkesan bang aji ooiii!!!. Sudah ramai yang telah sedar bahawa hampir 99.9% barisan kepimpinan BN dan UMNO al porno , sejak dulu, kini dan selamanya adalah spesis munafik yang telah merembat khazanah negara samaada dalam bentuk rasuah, komisyen, penipuan dan entah apa-apa lagi dengan cara yang serba mungkar.

Bagaikan teman nak termuntah bila Abuya As Sheikul UMNO al Porno, menyatakan UMNO lahir di istana manakala PKR lahir di jalanan.

Sekali lagi hello , wahai Abuya As Sheikhul UMNO al Porno oii!! , apa hebat sangat lahir kat istana? Anak-anak gundik tuan punya istana pun pernah lahir kat istana. Siapa yang tak tahu hal ehwal di istana itu yang pernah dalam sejarah , saling berebut kuasa sesama adik beradik sehingga ke tahap puak-puak istana , meminta bantuan Portugis, Belanda, Siam dan Inggeris yang natijah akhirnya , negeri sendiri terjajah.

Hodoh dan hina sangat ker wahai Abuya Sheikul UMNO al Porno, kalau PKR lahir di jalanan secara halal? Dari situ puak PKR tahu derita, tanggisan , kelaparan dan kehidupan sebilangan besar rakyat yang sengsara dibumi yang hasil mahsulnya telah dirampok oleh bajingan politik UMNO yang dilahirkan di istana yang mana tuan punya istana , tak pernah mengalami dan menghayati hidup derita rakyat secara langsung!!.

Akhir kata, sudah-sudahlah wahai Abuya As Sheikhul UMNO al Porno yang bila tersepit akibat menderamnya sudah tak laku, mengecek Pas supaya bersama dalam BN . Nasihat teman, pergilah jalan menuju ke arah cermin kaca dan tanya diri sendiri adakah layak Pas yang memperjuangkan Islam yang hakiki berada dalam BN yang penuh dengan golongan hipokrit? Kalau tak sedar diri juga, pergi ke SPRM , minta tolong puak-puak tu tunjuk cara terjun yang betul !!!!!

Rabu, 27 April 2011

"Ustaz ,kita pasti berjumpa di sana nanti"

Hari ini dalam keadaan kesihatan teman yang amat tidak baik , teman telah mendapat berita iaitu Ustaz Mashhudi Bunyanni , 68 tahun telah meninggal dunia disekitar jam 8.30 pagi dirumahnya di Kampong Sungai Pencala , Kuala Lumpur. Beliau di antara pelopor akhbar Harakah. Tidak dapat teman tahan , air mata menitis di pipi teman yang lesu ini.

Beliau dan teman pernah bersama-sama menyertai kumpulan Darul Arqam yang telah diharamkan. Dia keluar dari Darul Arqam , lama dulu sebelum Darul Arqam diharamkan.

Walaupun tidak bersama dengan Darul Arqam, Ustaz Mashhudi tetap tinggal di perkampungan Darul Arqam walaupun selalu disindir dan diperli oleh sahabat-sahabat dalam Darul Arqam. Dia tidak tinggal percuma, lot rumahnya di perkampungan Darul Arqam , beliau beli dari wang sakunya.

Apabila Ustaz Mashhudi menyertai Harakah, teman diantara kawan-kawan beliau yang paling gembira. Semasa kami di dalam Darul Arqam, kami telah diajar bahawa perjuangan Pas adalah tersasar dari perjuangan Islam kerana berjuang dalam kerangka demokrasi barat yang sarat dengan falsafah sekular.

Kalau nak cerita tentang Darul Arqam dan sumbangannya panjang sekali. Yang pentingnya , teman dan kawan-kawan, termasuk ustaz Mashhudi pernah tak bersetuju dengan beberapa ajaran Darul Arqam tetapi kami tak pernah lupa jasa Darul Arqam pada umat ini.

Hari ini bekas pengikut Darul Arqam yang hingga ke akhir hayatnya tetap istiqamah bersama dalam jemaah Pas, iaitu Ustaz Mashudi telah minggalkan kita . Teman tidak dapat menziarahi beliau semasa beliau sakit dan akhirnya pagi tadi meninggal dunia kerana teman juga dalam keadaan kesihatan yang amat tidak baik. Maafkan teman ustaz!

Sebagai seorang kawan yang pernah mengenali beliau sebagai seorang insan yang baik hati, suka membantu sahabat-sahabat , tertib dalam ibadah, teman ucapkah takziah kepada ahli keluarga beliau. Dan teman hadiahkan pahala bacaan Al fatihah kepada beliau.

"Ustaz ,kita pasti berjumpa di sana nanti".