Najib Piem 1Malaysia tak sebiul seperti yang disangkakan. Dia tahu, Pas mempunyai kekuatan yang paling ampuh iaitu: ISLAM. Walaupun ratusan kali ribut taufan dan petir yang berdentam dentum yang melanda Pas, dalam macam mana keadaan pun, Pas tetap kokoh. Kalau parti selain dari Pas yang sudah melalui beberapa fasa yang penuh dengan trabulasi, dah lama lenyap ditelan oleh laut China Selatan.
Lalu Peim 1 Malaysia hulurkan salam persahabatan kepada Pas. Ada jugak satu dua tiga mangkuk pemimpin Pas, yang terliur dengan memetik beberapa ayat Al Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W untuk 'justify' kewajipan menyambut salam persahabatan dari pemimpin 1Malaysia itu. Bila dikecam oleh ahli Pas, pemimpin mangkuk ayun ini, akan relaks sekejab. Mereka tunggu, ahli Pas lupa kerana percaya dengan cakap matan mamak bendahara bahawa orang Melayu mudah lupa. Teman dah cakap yang mudah lupa ialah Melayu UMNO tetapi kebanyakan Melayu Pas, kuat daya ingatan mereka!!.
Maka Peim 1Malaysia dalam masa yang sama merangka strategi yang dikitar semula dari zaman matan Mamak Bendahara yang anaknya tak minum arak tetapi merupakan salah seorang tokeh arak. Dengan itu bermulalah ucapannya yang seolah-olah dirinya seorang ulamak supaya 'kuliahnya' sama tahap dengan kuliah Tok Guru Nik Aziz.
Maka bergembiralah para ulamak jadian UMNO dan juga sebilangan bloggers BPN yang tiba-tiba menjadi pembela Islam (yang kerja mencarut dah jadi wirid harian mereka ) yang begitu mendalam cintai mereka terhadap parti Al-Majnun yang dah semakin mereput kerana ketua mereka Peim 1Malayasia sudah hampir mencapai tahap hujjatul islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang di abad ini.
Di antara kuliah Peim 1Malaysia, ialah tentang soal tarbiyah yang penting disemai dalam diri setiap umat Islam supaya kekuatan luaran dan dalaman dapat direalisasikan. Bagus kuliahnya itu!!!.
Lepas tu, Peim 1Malaysia memberi kuliah tentang keperluan mentransformasikan diri individu islam supaya seiring dengan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. Kuliahnya yang ini pun bagus jugak!!!!!.
Dalam masa yang sama Peim kedua 1Malaysia, merangkap isteri kepada Peim 1Malaysia, telah bercakap tentang dirinya yang setiap hari membaca tafsir Al-Qur'an dan dia telah mula memberi kuliah tentang kebaikan bertadarus bukan terbatas dibulan Ramadhan tetapi diluar Ramadhan. Dan mungkin puncak kepada seruan yang indah-indah berkaitan dengan Islam, ialah peristiwa khatam Al Qur'an Peim kedua yang dipromosikan oleh akhbar tempatan dimana kelihatan 'ustazah' itu membaca Al-Qur'an dengan khusyuq dan tawaduq, tetapi jambulnya jelas kelihatan. Malu beb , kerana teman pun belum lagi khatam Al-Qur'an di bulan Ramadhan ini!!!!
Tak bagus lagikah Peim 2Malaysia ini? Teman jawab: Terlebih bagusssssssssssssssss adanyer!!!.
Dan apabila Peim 1Malaysia sudah merasakan dia telah dikagumi kerana 'kuliah-kuliah' Islamnya dan telah berjaya menonjolkan ciri-ciri keulamakannya, maka dia pun mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah Parti Islam. Akibat dari pengisytiharan itu, sekali lagi di bulan Ramadhan ini, teman telah gagal mengawal sekali lagi air seni teman memancut dengan dahshatnyer . Bukan kerana apa beb, amat keterlaluan rasa kebangaan menyegat jiwa teman yang halus ini!!!!!!!
Untuk bersangka baik, mungkin ucapan Peim 1Malaysia dimalam hari raya nanti , adalah tentang perlaksanaan syariat Islam secara total tetapi secara berperingkat yang akan dilaksanakan mulai 1 Oktober tahun 2029. Bertuah sungguh anak cucu teman pada masa itu beb!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
18 ulasan:
Salam Paduka Sifu,
Bertuahnya sekalian rakyat mendapat Piem 1 dan 2, yang tawaduk dan menyeru rakyat kepada syiar Islam yang separuh2 sifatnya.
Terharu sungguh teman dibuatnya, sehingga meleleh-leleh air seni teman apabila terbaca kisah mereka di sini.
Teman sebenarnya nak cepat ni, takut tak sempat pula nak berjemaah di Putrajaya, berimamkan Piem 1, kemudian bertadarus pula dengan Piem 2, Jangan salah sangka, teman bertadarus bertabirkan kain selendang Piem 2, jika tidak akan ternampaklah anak2 rambut Piem 2 dan mendatangkan dosa kepada teman.
Lagipun jika tidak bertabir, teman juga risau akan kenakalan Piem 2 yang suka menyentuh pipi lelaki yang kacak.
Eehhmm... apatah lagi teman juga tergolong dalam kategori hero hindustan (bukan macam Parpukari tu), nanti di sangkanya teman ini macam Salman Khan, Tadarus kemana... teman pun ntah di mana2. Tak ke puaka namanya tu... ishhh... nauzubillah...
Tak tergamak teman nak menyambung komen teman di sini lagi, sebab air seni teman tak berhenti meleleh ni, mengenangkan perubahan mendadak kedua Piem B1N1, maka terpaksalah teman mengundur diri.
ha..ha..ha...
"Selamat Berbuka....." oopppsss Puasa la....
Sala pak syeikh,
ingat jugak piem tu ke Islam ye!
Selamat Pak Syeikh, al-brangi tetap doakan
Salam Tuan Sheikh,
Tenggelam air dah paras hidung baru nak "sebut" Islam. Itu pun syarat jangan kutuk UMNO.
Islam ada syarat ke tuan Sheikh?
salam tuan sheikh lame tuan cuti... :)
salam paduka sheikh...
itu lah isle plastik...hehe
Allahuakbar
Salam Pak Syeikh...
Terima kasih kerana sudi memberi komen dalam blog ana semalam... marah betul sahabat kita tu.. terpaksa ana jawab lagi...itulah lah ya.. Parti Islam Melayu Terbesar di Dunia... Islam Plastic...
Salam Isa,
Tergelak Pak sheikh membaca komen Isa yang cukup bergaya.
Orang ensem macam Isa memang kena berhati-hati dengan peim2 ini. Dia suka lelaki hensem. Harap-harap dia tak berkata pada Isa: "tolong lagakan pipi Isa kat pipi Kak Mah".
Pengsan Isa nanti yer?
Salam al-brangi,
Puak nasionalis yang beragama Islam dimana saja di negara-negara umat Islam, lebih kurang sama saja. Dah tersepit baru cakap tentang Islam begitu begini. Puak ini juga yang selalu ucap benda yang sama:" Islam: Yes. Islamic State:No".
Salam Doc,
Islam ala 1Malaysia saja yang meletakkan syarat macam itu.
Salam bagindareformasi,
Pak Sheikh semenjak dua menjak nih dalam kegeringan. Keluar masuk hospital. Dah tua. Tapi lawan tetap lawan, insyaAllah.
Salam abgBro,
Betul cakap adinda abgbro. Cuma Pak Sheikh nak tambah: "Islam Umno macam Islam PLO".
Salam MM,
Kalau ikutkan hati yang marah, mahu Pak Sheikh taruh dia lagi. Dia ingat dia cerdik. Tadi Pak Sheikh dia cakap tentang DEB yang sudah jadi dasar kuno. Tapi, Pak Sheikh kemudian dok pikir, puak ini tak perlu dilayan sangat.
Oklah sahabat. Teruskan perjuangan dan jumpa lagi.
Aduhai Sheikh Teluk Intan Dengan Laptopnya.
Hantu Kopek Beshor, sekor, dan hantu kopek kecik sekor, dalam ikatan sebulan adanya, dan dema kirim salam ngan mike, harap sampaikan kepada Piem 2Malaysia.
Ini semua, kate deme ler, propagandawangandalisme belaka.
Ramadhan gitu gini ler. Nak tawan Selangor, haa RM 1.35 juta sedekahnya kat semejid.
Tengoklah 1 Syawal nanti dan seterusnya kelak, bukan jamboi jer tersuar, lagi besar ada terjulor.
Bak kata orang Peghak, 2Malaysia dua ekor ni, "Deme tak akan kota, aper deme kate!"
(Opps, mike belum khatam 30 juz lagi di bulan Ramadhan ini? Teman berapa geleh oren jus dah...)
salam pak sheikh,
teman pun jeles dgn piem ke2 1malaysia tu,yg kluar paper tgh mentadarus tu..tapi sayang dia tak jumpa ayat tutup jambul.. tulis arab daaaa....
Salam sahabatku Zubli,
Tak sia-sia teman antor mike belojar peringkat Sarjana dalam bidang Mass Communication kat Amereka, hingga ujud istilah: propagandawangandalisme. Teman yang peronah ambik paper komunikasi koporat yang keparat pun , tak terpikior istilah ini.
Jangan gisau yop bang, Akan teman sampaikan salam 2 ekor hantu kopek beshor dan kecik kepada Peim 2Malaysia melalui angin yang lalu.
Mengenai sedekah pada masjid kat Selangor, baiklah adanyer. Mungkin niat puak tu ikhlas niatnyer. Tahukah puak ni berikhlas? Adakah ini strategi merompak cara haram kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, hanya Manikam saja yang mengenal Sammy Velloo...
Yang akan terjulur tu, apa ke bendanyer Yop? Lidah ker?
Mengenai tarikh 16 Sep , dimana UMNO-majnun akan rampas Negeri Selangor , tahunnya mungkin tahun ini. Kalau tak tahun ini, tahun depan. Kalau tak tahun depan,mungkin tahun dimana Dajjal muncul..Seriau jugak kan yop bang..?
Salam sahabatku ,Cucu Awang Teh,
Peim2 1Malaysia, dia bukan tak jumpa ayat perintah tutup aurat. Dia jumpa walaupun dia tak tahu bahasa Arab. Dia baca terjemaahnya. Dia bukan setakat pandai baca Qur'an dan diberitakan dia mengajar tafsir.
Dalam komen Pak Sheikh diblog abgBro, Pak sheikh tulis begini:
"Kak Semah ni juga boleh mengajar tafsir. Kalau dia mengajar ramai juga yang datang termasuk Ustazah Dr Mashitah, Ulama' pompuan terakhir dalam kerajaan UBN aka Kerajaan Al Majnun Najisi dan juga pakar ilmu Islam Liberal , SIS.
Apabila dia sampai pada Surah An Nur Ayat 31 maka dengan konfidennya dia bersyarah:" Ayat ini diturunkan kepada wanita Islam yang masih dikelilingi oleh Arab jahiliyah yang kuat merogol pompuan masa itu kerana ghairah melihat pompuan yang tak tutup rambut.Di Malaysia, Masyarakatnyer baik-baik dan berhadhari. Dan dalam Al-Qur'an ada disebutkan : "Manusia yang mulia disisi Allah adalah hamba yang bertakwa.Maka kerana itulah ramai ulamak mengatakan pakaian orang mukmin adalah taqwa. Jadinya, taqwa adalah lebih utama dari bertudung yang tidak menampakkan jambul".
"Maka berkatalah Ustazah Dr Mashitah dalam hatinyer: "Pandai jugak dia pusing ayat al Qur'an macam aku".
Seorang pemimpin utama Sister In Islam dalam keadaan gembira menjerit : "Inilah tafsiran yang tepat dan paling muktabar dari sudut pandangan Islam Liberal".
Maka banggalah Kak Semah hingga kelihatan senyumannya terselah dibibirnya yang tak semerah bibir suaminyer".
Maaf sahabat kalau respons Pak Sheikh panjang dan merapu.
Sa;am lailatul qadar untuk anda
Soalnya sekarang adakah PAS itu ISLAM?
Catat Ulasan