Selasa, 15 September 2009

Kisah Yang Tiada kaitan Dengan 2Peim 1Malaysia.

KISAH UNTUK TELADAN

Dari email seorang teman sebagai renungan untuk semua:


KISAH UNTUK TELADAN

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."


"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.


"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.


"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".


"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...


RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..


TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!


UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!


JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.


YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.. AMIIINN..


Nota: Dipetik dari blog sahabat teman Cucu Awang Teh yang boleh juga dibaca di sini

15 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Sifu,

Satu nasihat yang menarik...

ISA berkata...

Salam Paduka Sheikh,

Jikalau dakyah menghancurkan Islam dari golongan kuffar/yahudi, secara jelas ramai yang sudah tahu dan berwaspada, namun ramai juga yang tergelincir.

Yang dikesalkan adalah dakyah berbentuk cara kuffar/yahudi, dan yang memainkan peranannya pula adalah anak bangsa sendiri dan mengaku Islam pula tu.

Ini yang perlu di awasi dan dijauhi. Memandangkan tajuk n3 ini pun tiada kaitan dengan Piem 1&2.

Jadi suruh jelah diorang makan cili banyak2... ha..ha..ha...

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku UdangLipan,

Betul satu nasihat yang baik . Terima kasih kerana sudi jengok kat sini. Semoga dirahmati Allah .

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku Isa,

Setuju bebenor Pak Sheikh dengan ulasan Isa. Peringatan Allah tentang puak yahudi dan nasaro' sudah jelas dalam Al-Qur'an. Tapi sebilangan umat Islam tergelincir jugak.


Yang lebih merbahaya hingga Allah turunkan Surah AL-Munafikun, ialah golongan munafiq yang beragama Islam tapi melakukan kerja dajal...

Isa, sekilo cili berapa harganye dimusim perayaan ini?

Jumpa lagi. Selamat berbuka puasa

abgBro berkata...

salam kekanda Paduka Sheikh...moga terus segar bugar hendaknya...

ya paduka, mereka musuh Islam tidak tinggal dia begitu shj...mereka menerobos segenap ruang yg ada demi utk memadam Nur Allah...

mereka juga akan menggunakan mmperkuda org yg sebangsa, satu bahasa sama warna kulit dgn kita bg merungkai ikatan Islam dr umat sejengkal demi sejengkal...

salam Paduka...

Allahuakbar!

cucu awang teh berkata...

Salam Pak Sheikh,

Adinda rasa gumbira Pak Sheikh sudah kembali sihat dan sudi menjengok..kita sebenarnya lalai dengan keseronokan dunia yg banyak dihidangkan kepada kita terutama di 1Malaysia ni..macam2 ada,tak caya tengok astro,24 jam boleh tgk bollywood cium pipi....

"Demi masa,Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yg berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran.."

salam sejahtera...

Gelombang Rakyat berkata...

Bagus yang amat bagus pengajaran dari kisah teladan ini.

Mungkin di Perak, semua sekolah perlu main permainan ini.

Dengan tema, Kiter Kota Aper Kiter Kate.

Bila cik gu angkat tangan kiri, murid kata, "Kota".

Bila cik gu angkat tangan kanan, murid kata, "Kater".

Lelama Mamak Mintri Beshor halalkah atau haramkah, pun berminat dan mengumumkan permainan ini di peringkat nasional, bercirikan nasionalismetaworlesyiorneh!

2Malaysia akan tersenyum, kerana permainan loghat perak akan ditukor kepada Kopek Beshor dan Kopek Kechik.

Itu saja yang deme tau. Maka, maafkan anda...

Na'im Nikmat berkata...

Entry yang sangat mendidik jiwa,syukran Pak Sheikh.

sheikh teluk intan berkata...

Salam adinda abgBro yang diingati,

Musuh Islam jelas: golongan kufar yang menentang Islam. Tetapi golongan munafiqun nih nampak macam orang beriman, tetapi bak kata abgBro, puak nilah yang memperkudakan umat islam yang belum mengerti dengan kata-kata yang lumayan indah tapi kita nampak sikap mereka yang cuba merongkai ikatan umat Islam ini. Semoga kita dijauhkan dari sifat dan sikap munafik.

Allahuakhbar!!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cucu Awang Teh yang diingati,

Betul cakap adinda. Umat Islam ini semakin rosak. Ianya memang telah diprogramkan dengan sebegitu sekali oleh musuh Islam melalui ribuan cara, termasuk menyediakan hiburan yang melampau batas. Tengoklah pada hari raya nanti, umat Islam lebih suka mengadap TV dari pagi sampai ke malam dari malam hingga ke subuh. Seminggu jadi hamba TV yang berlumba-lumba menghidangkan hiburan yang entah apa-apa.

Sebagai pejuang Islam, kita mesti menunjukkan contoh yang baik.

Salam dan jumpa lagi. Semoga adinda sekeluarga sentiasa dibawah payung rahmat Allah hendaknya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zubli yang diingati selalu,

Mike ni asyik buat teman ketawa aje. Memang teman terhibur walaupun kepala berat betoi dua tiga ari nih.

Tetapi apa yang mike tulis ada makna yang tersirat. Itu yang teman suka. Dan kali mike dengan bergaya sekali telah melahirkan istilah baru :'nasionalismetaworlesyiorneh' Berbelit otak dan mulut teman nak memahami dan menyebutnyer.

Jumpa lagi sahabatku, Zubli.Semoga Mike dan keluarga berbahagia dibawah payung rahmat tuhan.

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabat, Na'im Nikmat,

Umat ini perlu dinasihati selalu, termasuklah diri Pak Sheikh yang serba dhaif ini.

Semoga sahabat dan keluarga sentiasa sihat dan bahagia di bawah payung rahmat tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

anakmuaallaf berkata...

Salam Tuan Sheikh,
Sila ke blog ana sudilah menerima kad raya dari ana n fmly

sheikh teluk intan berkata...

Salam anak mualaf,

Terima kasih banyak-banyak. Nanti Pak Sheikh datang ambil.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Mari semua teka tajuk gambar ini!

http://perfectwater75.blogspot.com/2009/10/aktiviti-reganganteka-tajuk-gambar-ini.html

thx!
Raden Perfectwater75