Sabtu, 19 September 2009

5 Komrad: Bincang Tentang Calon Di Bagan Pinang

Komrad 1 : Siapa namanya..? Oh ya baru i ingat ....si Kari Ketua Pemuda Parti Gerombolan kita dah buat bising satu alam supaya kita namakan segera , calon kat Bagan Datuh... ala silap pulak , silap aja di bulan puasa nih. Oh ya..Bagan Pinang.

Komrad 2: Jangan dilayan sangat budak samseng tuh. Dahlah samseng, bodoh pulak tuh. Masa kempen, dia lebih beri masalah pada parti kita . Hujahnya makan diri.

Komrad 3. Betoi jangan dilayan. Bab ceramah , kira ok jugak dia nih . Ada gaya. Tapi hujahnya makan diri. I selalu menanggis memikirkan budak ini.

Komrad 1: Komrad 3, janganlah asyik menangis aje. Pemimpin kena ada sedikit hati batu"

Komrad 3: Maaflah, jiwa i ni halus sikit. Dengau takbir raya yang mendayu pun boleh buat i menanggis, teringatkan ayah yang tiada lagi. Tapi baru-baru ini i dah ugut rakyat yang nak derhaka kat kita atas nama keselamatan negara untuk menahan semua penderhaka hingga ke pinggir Kamunting.

Komrad 2: Nak kata bangang nanti komrad 3 marah. Kenyataan macam itu tak sesuai masa sekarang. Ianya membuat rakyat lebih benci pada gerombolan kita.

Komrad 1: Tak baik ngata komrad 3, dia tu satu atuk sebelah mak I. Ngata dia, macam ngata i. Menyakiti hatinya seperti menyakiti hati i. Faham tak?

Komrad 2: Maafkan i komrad 1. I yang bangang.

Komrad 1: Maaf diterima . Lain kali jangan buat lagi.... Ok balik kepada calun kita kat Bagan Pinang. Bukan Kari saja yang bising tapi ramai gerombolan kita pun nak tahu cepat supaya kesilapan pemilihan calon seperti yang berlaku di Pematang Pasir tak berlaku.

komrad 4 : Betoi kata komrad 1. Kita kena cepat putuskan . Kita mahu menang kali ini. Besor kemaluan kita kalau kalah lagi. Kesemua Pilihan Raya Kecil di Semenanjung kita kalah sejak PRU 2008 . Ingat yer !! Bagan Pinang kubu tradisi kita, tak pernah ada rekod kalah. Kalau kalah bergandalah besor kemaluan kita.

Komrad 5: I setuju. Kita mesti menang majoriti besar kali nih bahh.

Komrad 1: Masalahnya, Bahagian kat sana sebulat suara mahukan , siapa namanya, ahhh.. Mr Isa untuk bertanding kat Bagan Pinang. Tapi rekodnya tak berapa baik.

Komrad 4: Tua kutuk , Mantan ketua komrad 1 , kita dulu pun dah bagi amaran gerombolan kita akan kalah, kalau letak Mr Isa.

Komrad 1: Komrad 4, tolong jangan kata' tua kutuk' kat dia. Dia i punya mentol. Sori silap..dia i punya mentor. Cakap dia betul, boleh diterima samaada oleh orang yang ada mental dan orang yang kurang kementalannya. I pun dah sebut , rekodnya tak berapa baik.

Komrad 2: Kalau tak pilih Mr Isa, akan berlaku sabatoj para gerombolan yang sokong dia. Nanti kalah kita. Mr Isa ada pengaruh dan rekod lama dia dulu, tak jadi hal. Rakyat dah lupa. Kita seperti biasa guna akhbar supaya pembangkang tak guna isu peribadi. Kita minta pembangkang supaya bertarung berdasarkan ajenda membela rakyat kerana suara rakyat adalah suara keramat seperti yang komrad 1 cakap baru-baru ini.

Komrad 1: I ada cakap ker ' suara rakyat adalah suara keramat'? Takkan i tiru Mamat Pematang Pauh tuh?!!!

Komrad 2: Ada. Surat khabar pun siarkan. Komrad 1, jugak dah menyakiti hati penyokong Parti India dengan memerli Ketua Nambor satu mereka. 20% pengundi bangsa tu kat Bagan Pinang. Ramai tuh wahai paduka komrad 1. Ini tak termasuk kes gerombolan kita yang seret dan pijak kepala lembu dalam kes kuil kat Selangor. In tak termasuk kes budak DAP yang kojol jatuh dari bangunan masa disiasat SPRM. Kes ini orang China kat Bagan Pinang takkan duduk diam.

Komrad 1: Habis!!!!semuanya salah i ker? Talipon Ros karang baru tahu nasib u!!!

Komrad 2: Oh tolong, jangan main koling-koling kat Ros duhai komrad 1!!!!. Takut. Tapi i cakap berdasarkan fakta . I tak salahkan u. Mungkin apa yang berlaku semuanya ujian tuhan pada kita.

Komrad 1: Tahu takut yer!!!. Ok i tak talipon. Balik pada isu calon kita kat Bagan Pinang. Mr Isa ada pengaruh, tapi rekodnya agak buruk. Mentor i pun dah beri amaran jangan calonkan dia. Kalau gitu kita kena pikir calon lain.

Komrad 5: Apa kata kita pilih Kak Ros saja bahh. Dia pun orang Negori. Tentu rakyat bersimpati dengannya kerana dia sanggup disisihkan oleh saudara maranya yang terdekat kerana lebih mengutama kebajikan rakyat walaupun keluarga terdekatnya ada yang dhaif dan miskin tetapi sedikitpun dia tidak membantu, takut dikatakan mengutamakan keluarga . Betul tak?


Komrad 1: Oiii si bahhh , jangan nak cari mampus. Itu namanya , nepotisme. Lagi pun Ros , sebok sekarang ni ngajar baca Al-Qur'an dan mengajar tafsir. Namakan calon lain!!!!!

Komrad 4: Apa kata kita calonkan Ruslan Kassim. Dia bersih macam kita. Bekas ahli PKR yang dah insaf. Pidato pun pandai. Boleh selitkan ayat Qur'an dan hadis dalam ucapannya. Ternganga rakyat Bagan Pinang mendengornyer.

Komrad 5: Isteri dia pun bertudung macam isteri i , komrad 2 dan komrad 4 bahh.

Komrad 3: Lagi-lagi soal isteri bertudung. Soal kecik tuh.

Komrad 1: Betul kata komrad 3. Isu tudung nih isu tetek bengit. Ros yang pandai tafsir yang cakap.

Komrad 4: Komrad 1, maaf ya... bukan tetek bengit tapi titik bengik.


Komrad 1: Bagus teguran macam tuh. Cukup beradab dan sopan. Ok... ada cadangan lain?

Komrad 2: Letih otak i memikirkannya. Yang baik perangai dan murni peribadi seperti kita berlima, susah nak cari dalam parti gerombolan kita. Letaklah Mr Isa saja. Masa kempen nanti , i akan janji pada pengundi Bagan Pinang untuk jadikan Dun tersebut sebagai Anak Intan Payung kepada kerajaan Pusat. I jugak akan janjikan pembangunan yang tak pernah dibayang oleh imajinasi pengundi Bagan Pinang. Contohnya membina Universiti , membina bangunan seperti KLCC, membina masjid seperti Masjid PutraJaya. Untuk pengundi India, kuil terbesar di 1Malaysia. Untuk Pengundi China , peluang menjadi taukeh seperti Vincent Tan.

Komrad 1: Bergeliga betoi kepala otak komrad 2 nih. Tak abis-abis dengan anak emaslah, anak angkatlah, anak intan payunglah. Lepas tu buat janji yang bersyarat. Itu sebab orang gelar komrad 2 'Mat Sembab'. Akhirnya yang kena bambu , aku jugak!!!!

Komrad 2 kelihatan tunduk bodoh. Kesembabannya jelas terserlah diwajahnya.

Komrad 4: Satu perkara yang kita jangan lupa bahawa pengundi Pos ada lebih kurang 5 ribu orang. I dah bisik kat setiap orang ketua mereka supaya pastikan orang dibawah mereka undi Parti Gerombolan.So, kita letak siapa saja ,tak kira siapa termasuk tunggul kayu dan batu, parti kegerombolan menang punya !!!!!

Komrad 1 : Oh letak tunggul kayu dan batu kita boeh menang yer? Dah lapok punya teori nih. Derebar teksi si Kari yang berlakon dalam klip video yang diterbitkan oleh 15Malaysia pun ada cakap , dia pilih calon , tentu maksudnya calon yang baik dan tak rasuah bukannya Parti lagi. U all tak tengok ke video klip si mangkuk berayun tu berlakon?

Kesemua komrad Parti Gerombolan ketawa sampai nak pecah perut bila teringatkan klip video lakonan ketua sayap Pemuda Gerombolan. Walaupun drama pendik, lakonan si kari cukup berkesan mengalahkan M.Rajoli. Kesemuanya bersetuju sebulat suara bahawa si kari lebih sesuai jadi pelakon filem atau drama dari menjadi orang politik.

Komrad 1: Oklah. Keputusan belum dapat kita capai. Sementara tu, u all bincang sesama sendiri dulu yer. I nak makan nasi beriani kejap.

Komrad 5: Belum masuk waktu berbuka lagi Komrad 1!!!

Komrad 1: Yer ker? I ingat dah masuk waktu. Tak apalah , i pergi kejap saja nak tengok nasi beriani tu. Nak periksa masih elok atau dah basi.... teruslah bincang yer!!!

Semasa komrad 1 keluar 'memeriksa' nasi berianinya, komrad 2 berbisik pada komrad 4 : Kita cadangkan Zaina Zam artis wanita yang pernah nyanyi kat Port Dikson sebelum kahwin dulu dicalon kat Bagan Pinang . Dan Pengarah pilihanraya di Bagan Pinang adalah komrad 1".

Secara tak disengajakan, dua ekor komrad ini ketawa sehingga terguling-guling . Yang dua ekor lagi kehairanan.....

Nota: N3 ini teman tulis petang semalam. Tapi koneksi internet terputus kerana petir sambung menyambung. Baru dapat koneksi jam 10 tadi. Dan teman ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kawan-kawan semua.

37 ulasan:

yobleh berkata...

salam tuan syeikh,
teman pun tak tahan nak gelak terguling-guling ni sampai keluor ayor mate. ucapan selamat meyambut aidilfitri kepada semua.

sheikh teluk intan berkata...

Salam yobleh.

Terima kasih kerana sudi ziarah blog teman.

Dan Pak Sheikh mengucapkan Selamat Hari Raya buat yobleh dan famili. Semoga selamat dunia dan ahkirat.

Tanpa Nama berkata...

Buang blog parpu kari...

saya telah menemui kaedah untuk membuang blog parpu kari dari alam internet..

cara2nya ada ditunjukkan dalam http://rajakamil.biz/2009/09/10/flag-blog-si-nabi-palsu-ni/

blog parpu kari perlu dinyahkan dari blog politik kerana menggunakan kata2 kesat, maki hamun dan mencarut ...adalah diharapkan semua bloggers UMNO, PAS,PKR yang benci cara parpu kari berblog bersatu untuk meng'flag'kan blog ini...

Tuan blog,
sila sebarkan maklumat ini kepada teman2,

sekian terima kasih

ISA berkata...

As'salamualikum Paduka Sheikh,

Itu yang teman salute dengan Sifu, cukup bijak menyelinap dalam bilik mesyuarat Gerombolan dan memberi laporan kepada pembaca Sifu.

Nampak gayanya pecah kepala hotak gerombolan nak letak calon di Bagan Pinang, cuma harapkan undi pos sajalah kalau menang pun.

Walau menang sekalipun, kemaluan gerombolan tetap besar punyer..., malu wehhh..

Selamat menyambut Aidil Fitri semoga Sifu bertambah ceria dan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Ikhlas dari Isa & keluarga.

al-brangi Online berkata...

Kelakar Pak Syeikh.

Saya ucapkan Selamat Hari Raya Idul Ftri, Maaf Zahir Batin moga Pak Syeikh sentiasa sihat.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

Selamat Hari raya Aidilfitri Pak Sheikh..

maaf zahir batin..semoga Syawwal kali ini meriah dan penuh dgn barrakah..dan semoga pak Sheikh sihat di lebaran ini..

abgBro berkata...

hehhehhehe...salam paduka sheikh yg dikasihi Allah SWT...

sungguhpun lawak besahaja, namun itulah standart sebenar pemikiran pemuka2 gerombolan...yg di peringkat bawah ni toksah crite lah...semer pak angguk belaka, semer tunggu wang masuk saje...ternyata UMNO pun sebenarnya menolak ISA yg terpalit dgn rasuah tu...teruskan lah berantakan wahai UMNO...hehe

kekanda paduka yg dikasihi, dikesempatan ini teman juge ingin mngucapkan selamat mnyambut hariraya eidulfitri moga brgembira brsama keluarga,sanak sdr juga teman2 seperjuangan...juga waspada di jalanraya...salamm paduka...

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahilhamd...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Terima kasih kerana doa itu. Pak Sheikh sangat menghargainya. Moga persahabatan kekal kita kekal sampai di alam sana.

sheikh teluk intan berkata...

Salam al-brangi,

Terima kasih kerana mendoakan agar ana sihat. Semoga Raya ini bukan kali yang terakhir buat diri Pak Sheikh.

sheikh teluk intan berkata...

Salam UmmiAnni,

Terima kasih kerana sudi ziarah. Dan mendoakan Pak Sheikh. Salam adil fitri buat UmmiAnni dan famili.

sheikh teluk intan berkata...

Salam abgBro,

Pak Sheikh harap PR menang kat Bagan Pinang.

Salam aidil fitri buat abgBro dan famili. Ceria dan dirahmati oleh Allah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Anon 14.17,

Akan Pak sheikh usahakan.

Dan salam aidil fitri buat saudara/saudari dan famili.

perfectwater75 berkata...

Salam AidilFitri 1430 H, teruskan perjuangan menata kebenaran yang nyata!

http://2.bp.blogspot.com/_NjZfwZCiUGU/SrTaQxuUtNI/AAAAAAAAAMs/_x_6oswPWHc/s1600-h/SALAM.JPG

Pengasas berkata...

Salam Tuan Sheikh,
Selamat menyambut Aidil-Fitri. Semoga anda ceria dan bahagia serta mendapat keberkatan.

akira® berkata...

kahkahkahhhhh...

salam pak sheikh,

selamat hari raya. maaf zahir batin.

akira® berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cicitHJHASSANu berkata...

salam eidulfitri pak sheikh...
kalo ros ato anak zain jadi calon..
lawannya kena cari jenih kepala otak macam pak sheikh baru betoi!!!
baru hari pencalonan,mau ngekek deme.

fajridil adha berkata...

Salam Pak Sheikh..

Minal Aidil Walfa Izin, mohon maaf zahir dan batin buat pak sheikh tersayang. ada hajat ni, nak duit raya boleh tak? hehe.gurau je..

semoga syawal kali ni menjadi lebih bererti hendaknya. senyum2 selalu ye pak sheikh ^_^

azizi berkata...

salam pak sheikh,
mendalam
tapi faham maksudnya :-)
teruskan menulis, teman seronok bebenor membacenya.

Prof. Era Pasca berkata...

letak je mahathir kat itu... susah2 mahathir suara dr blakang... baru ada fite... heheheh

Anak Timur Laut berkata...

kalau letak zaina zam dlm pilihanraya ni, nanti komrad 1 pun nak 'pangkah' calon ini.

selamat hari raya pak syeikh. kalau pak syeikh menulis, maknanya pak syeikh sihat. kalau diam, risau kami dibuatnya.

Na'im Nikmat berkata...

Salam Pak Sheikh,last-last sekali kali rasuah jugak yang diaorg calonkan syabas komrad2 Parti Gerombolan A.K.A UMNGOK.

anakmuaallaf berkata...

Salam Tuan Sheikh,
Puaslah puak-puak pengampu Isa.Banyak yang boleh di kaut bersama.Dikedai kopi PD org kampung kata Isa banyak duit.Tu..tu..dgn muncung mulut macam itik..Isa punya projek.
Getiknya tengok pengampu UMNO disana.Bagi penyokong Kak Ani..nama yg dicadangkan oleh Telok Kemang..kami maleih nak turun bantu Isa..orang dah turun pangkat..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...

Ex-UMNO berkata...

Selamat Hari I'dul Fitri, selamat sejahtera kepada semua kaum famili tuan Sheikh.

Boleh berkata...

UMNO = Untuk Makan Nasi Orang

This is a new generation of lazy malays who evolved from their lazy ancestors. Not surprising la! Wait for the next generation of lazy malays on the future with better parasitic economic policies.

ruyom berkata...

Many malays don't like to admit it, but once upon a time, they were not Muslims like everyone else!

Malays were part of the migration of Polynesian peoples whose original home was Yunnan in China to South East Asia in what is known as Philippines, Indonesia, Malaysia……….

At that time the Orang Asli were already well settled in the malay Peninsula, so that makes them the most legitimate of the bumis.

Malays were animists then for hundreds of years until Indians crossed Bay of Bengal to South East Asia and spread Indian and Hindu culture to the peoples there.

Hence we had the great Hindu kingdoms which later also became Buddhist kingdoms of Langkasuka, Srivijaya, Majapahit - but main thing to note is that racially the peoples were malays and speak old malay language.

Islam only came to South East Asia from 1400 after foundation of Malacca by Parameswara. Again from India crossed Bay of Bengal and spread Islam to South East Asia. Malacca sultans were among the first converts and the rest is history.

Please note that the malays have been Muslims for only 600 years and have been Hindus/Buddhists very much longer - at least 2000 years. Malay culture is very much influenced by Hindu culture including Sanskrit words like the wayang kulit, raja, maharaja, etc.

Unlike Javanese, who are proud of their Hindu/Buddhist past reflected in great empires like Srivijaya and Majapahit, malays are generally ashamed to dwell on their pre Islamic Hindu/Buddhist past.

On the contrary some malays try to be like the Arab wannabes, trying to cleanse the malays of their Hindu/Buddhist past - in this even the songs and films of P Ramlee become victimized!

If Islam had not come to South East Asia, malays would still be Hindus/Buddhists like the Balinese which is not a bad idea, as Balinese are considered very peaceful people.

San berkata...

Then let me re-quote Lee Kuan Yew:

Singaporean politician Lee Kuan Yew of the PAP, who publicly questioned the need for Article 153 in parliament, and called for a "Malaysian Malaysia".

In a speech, Lee Kuan Yew bemoaned what would later be described as the Malaysia social contract:

"According to history, malays began to migrate to Malaysia in noticeable numbers only about 700 years ago. Of the 39% malays in Malaysia today, about one-third are comparatively new immigrants like the secretary-general of Umno, Dato Syed Jaafar, who came to Malaya from Indonesia just before the war at the age of more than thirty. Therefore it is wrong and illogical for a particular racial group to think that they are more justified to be called Malaysians and that the others can become Malaysians only through their favour."

Eventually, and Singapore became an independent nation in 1965, with Lee Kuan Yew as its first prime minister.

julee berkata...

Grabbing Perak by corruption and deceit and holding on to the state by using the police and controversial decisions from Umno courts - show the thuggish behaviour of Umno. Dragging the legal speaker out of his chair was the despicable act of a morally bankrupt government. BN is morally unfit to govern Malaysia.

kentanjim berkata...

I am horrified and deeply saddened by Dr Pornthip revelation.

Najib and MACC officers are animals of the lowest form. How can they still pray 5 times a day?

They still can fast during Ramadan and talked about justice shall prevail when Teoh family went to Putrajaya.

How will these animals die? I hope these low lives animals be wiped out from the face of the earth in the midair, in the sea, in the road asap!!!

reek berkata...

You are so damn right. From day one I am still trying to figure out what Najib meant by 1Malaysia. Every stooge in UMNO including his deputy is surely anti 1Malaysia if my interpretation is right.

As for PR, not only the dickhead Zulkifli Nordin, but Hassan Ali should be sacked from the parties for dragging PR through mud, with their uncalled for press releases, and idiotic stand on sensitive matters.

mulutlancang berkata...

Hello Pak Sheikh! Apasal lama sangat 5 komrad tu berbincang...tah habih-habih makan masa sebulan dah nih weh!

~PakKaramu~ berkata...

Harap tuan sihat selalu, do'akan saya selamat mengerjakan haji, bertolak pada 13 Nov 09

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.