Khamis, 11 Jun 2009

Mohon Allah Lindungi Teman Dari Mencelakakan Ulama'

Teman jenis bangang. Teman genetik Melayu yang bengap. Pelajaran tak tinggi. Tak seperti bloggers lain yang terlalu bijak mungkin kerana genetiknya berasal dari mahkluk Planet Marikh.

Oleh yang demikian tak hairanlah , teman banyak merapu. Tak tahu menganalis sesuatu perkara seperti politik semasa dan hal-hal lain terutama ' subject matters' yang berat.

Dan teman mengaku tak tahu apa ke bendanya 'tactical', 'falsafah', 'perancangan strategik', 'pemikiran lateral' dan yang seumpama dengannya. Bengap betul temankan?

Teman juga tak pernah membaca buku 'the art of war :Sun Tze', 'Attilla: The art of War', ' The Prince karya Machiavelli','What Would Machiavelli Do? The Ends Justify the Meanness' dan beberapa buku yang mengandungi perihal tactikal dan strategi peperangan yang dikatakan boleh diaplikasikan dalam arena politik dan bisness pada bila-bila masa.

Jadi kompemlah teman jenis bangang , tahap langit ketujuh.

Walaupun demikian, teman sewaktu muda boleh dikatakan rajin mengaji kat surau-surau dan masjid.

Seorang Tok guru yang paling teman sayang pada masa itu, selalu berpesan jangan sekali menghina Ulama' yang jelas memperjuangkan Islam. Tok Guru teman kata, para ulamak yang sebenarnya ( bukan ulama suk dan ulamak jadi-jadian), bukanlah insan maksum. Dan Tok Guru teman yang amal ibadatnya dari segi lahiriahnya , memang teman kagumi, juga telah berpesan pada teman bahawa ulama' yang baik perlu dihormati kerana ilmu dan amalnya. Kalau ulama' buat silap, bukan tak boleh ditegur, tapi biarlah dengan cara yang cukup beradab.

Masih teman ingat lagi, pada suatu malam di sebuah surau kat Jalan Batak Rabit Teluk Intan , Tok Guru teman itu , telah mengarahkan teman supaya teman pecahkan gitar yang berada dibilik tidur rumah teman. Katanya, tak boleh simpan gitar kerana ianya adalah alat muzik yang bertali.

Lalu, bila balik saja ke rumah , tanpa banyak fikir , teman telah menghempuk gitar yang teman sayangi di pokok rambutan bantut dihalaman rumah teman. Pecah berderai gitar teman. Bapak teman , menepuk dahi melihat perbuatan teman ditengah malam buta.

Bila dah tua nih, teman membaca sebuah buku Sheikh Dr Yusuf Qardawi mengenai hukum hiburan dan alat muzik . Ulama' bertaraf mujtahid tersebut , lebih kurang menyatakan bahawa harus hukumnya bermain alat muzik yang bertali berdasarkan dalil naqli dan aqli dengan beberapa syarat.

Dan bila teman dah tak bekerja dengan sebuah syarikat GLC kerana menerima tawaran VSS, teman pun membeli sebuah gitar eletrik dan gitar accoustik . Teman kembali belajar bermain. Maklumlah lebih 30 tahun tak pegang dan main gitar.

Adakah teman memekik dan mencelakakan Tok Guru teman dulu yang pernah mengarahkan supaya memecahkan gitar kesayangan teman?. Jawapannya tidak sama sekali.

Tok Guru teman dulu(sekarang dah meninggal dunia: semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah), memberi arahan tersebut berdasarkan kitab-kitab yang telah dipelajarinya di Makkah selama 23 tahun.

Oleh itu bila ada bloggers yang berani mencelakakan peribadi Tuan Guru Haji Abdul Hadi , seorang ulama' kerana isu-isu tertentu , teman meminta Allah supaya melindungi teman dari melakukan perbuatan yang sama. Teman tak mahu berhujah dengan mana-mana bloggers mengenai betapa tidak beradabnya mencelakakan ulama' seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang banyak jasanya dalam melonjak kebangkitan Islam dan Parti Pas umumnya, sejak pertengahan tahun 1970an lagi.

Mengapa teman tak mahu berhujah dengan bloggers yang telah mencelakakan ulamak seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi?. Sebabnya, teman ni berasal dari genetik Melayu yang bengap dan tonggong!!!

Secara peribadi teman pun tak bersetuju dengan pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengenai UG dan beberapa hal yang lain. Dan teman, dua tiga hari yang lepas telah menulis supaya beliau berehat sekejab. Mungkin beliau dah letih berjuang dan memerlukan masa untuk berehat.

Dan hari ini Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah melantik Cikgu Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung Pas .Sekali lagi teman mengeleng kepala dan hati teman bertanya: "Dah tak ada orang lain yang lebih berwibawa ke lagi dalam Pas ini?".

Walaupun teman tak bersetuju dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, teman kali ini tak mahu tulis apa-apa tentang perlantikan Cikgu Mustafa Ali. Jauh sekali untuk mencelakakan Tuan Guru Presiden Parti Pas, parti yang teman sertai sejak tahun 1979. Dan jauh disudut hati teman, Tuan Guru Abdul Haji Abdul Hadi tetap teman sayangi walaupun teman lebih sayang pada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas.

Dan cinta mutlak teman hanya pada Allah dan Rasul. Teman mengharapkan keredaanNya , bukannya keredhaan manusia.

25 ulasan:

Shalehudin berkata...

Salam Pak Sheikh..
Setiap yang dilangit dan bumi dan barang antara keduanya adalah lukisan ketuahanan..
Setiap yang kita celakakan maka secara langsungnya kita telah mencelakakan pelukis tersebut.. wallahuallam..
Saya suka blogger yang berhemah dalam tegurannya..

sheikh teluk intan berkata...

Waailakumsalam sahabatku ,Din,

Pak Sheikh sokong pendapat Din. Dalam adat dan bahasa orang Melayu perkataan 'Celaka' adalah buruk dan biadap bunyinya, terutama kepada ulama'. TGHH, adalah ulama yang berjuang. Mesti kena adabnya dan cukup berhemah kalau hendak buat teguran.

Kalau orang yang zalim yang telah puas kita nasihatkan, maka wajar juga kita mencelakakan dengan niat untuk menyedarkan, seperti yang pernah dilakukan oleh Imam Izzuddin semasa pemerintahan Bani Abbsiyyah. Itupun setelah dinasihatkan dengan baik banyak kali.

Kerajaan UBN dah lama dinasihatkan dengan baik tetapi terus melakukan kejahatan dan kezaliman, maka wajarlah ditegur dan ditumbangkan.

Dan memang benar kata Din, Langit, bumi dan barang antara keduanya adalah lukisan tuhan. Kita tak boleh hina dengan mencelakakan seseorang kerana ianya secara tidak langsung menghina pencipta lukisan.

Melainkan seperti yang Pak Sheik sebut di atas itu, iaitu pemimpin atau pemerintah zalim yang tak makan nasihat yang baik.

Wallah'uqlam.




\

Hasbullah Pit berkata...

"Teman genetik Melayu yang bengap"

kesan pemikiran Adukatarunaisme

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn pendapat enta.Kita diajar begitu. Jemaah memilih Hj Hadi kerana tetap sayang dan hormat kpdnya.Doakan ada perubahan kearah kebaikan jemaahseperti enta, saya kasih pada TGHH tapi lebih kasih kpd TGNA!

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Syeikh???
Kena ingat sikit, Ulamak bukannya maksum!Kalau ulamak tak tipu x per! Ni yang dok cakap ? tuduh ada rasuah tp x der bukti ! Tuduh ada musuh dlm selimut tp pas tu kata x bermaksud dtujukan pada sesiapa ! kata x der hubungan ngan UMNO tot tok pecah rahsia dah 3 x jumpa,Last Ustaz Ahmad Awang bgtau ada pemimpin kelas pertama telepon suruh joint Umno,,, apa ni??? Tak boleh ke nak kata apa kat depa ?? xkan nak biaq PAS lingkup kot ???

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku Sebol,

Teman tak terpengaruh dengan sesiapa dari segi kebengapan. Memang teman mengaku teman genetik melayu yang bengap.

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku alhusseyn ,

Dalam hal ini kita sependapat. Kita pernah bersama berada dalam jemaah Darul Arqam lama dulu dan dah lama bersama Pas. Kita tahu mana satu ulama dan mana satu ustaz biasa.

Ana menghormati ulamak yang benar-benar ulama'yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya. Termasuk TGHH. Beliau mungkin ikhlas , tetapi ideanya tentang UG masih tak kemas dan sepatutnya dia memberi keutamaan kepada yang lebih utama bagi kepentingan jemaah. Untuk mengatakan dia ulama celaka adalah sangat biadap.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama 2009 Jun 12 03:48,

Memang ulamak bukan maksum. Memang terdapat ulama' jahat yang cakap berbelit-belit. Soalnya adakah ulamak yang dikatakan menipu itu adalah ulamak .

Pada pendapat Pak Shikh( Sheikh disini bermaksud orang tua)seorang tua bengap ini, orang yang dianggap ulama sebenarnya ustaz biasa yang dimertabatkan oleh setengah orang sebagai ulamak seperti ustaz Nasha yang cakap berbelit-belit.Kritiklah beliau dan kalau boleh tumbangkan dia dari kerusinya, tapi para perwakilan masih memilihnya.

Secara peribadi Pak Sheikh lebih cenderung kepada Mat Sabu atau Hussam Musa sebagai Timbalan Presiden.

Ustaz Mohd Iraqi nama saja bekas ketua Dewan Ulama tetapi dia telah membuat tuduhan tanpa bukti. Dia mengelirukan ahli. Silalah kritik dia puas-puas . Pak Sheikh sendiri telah mengkritik beliau dalam tulisan Pak Sheikh. Kita tak mahu orang macam ini memimpin Pas.Rosak Pas nanti.

Yang Pak Sheikh marah bila ada yang sanggup mencelakakan Tuan Presiden Pas yang banyak jasanya pada kebangkitan Islam sejak tahun 70an di Malaysia dan juga pada Pas.

Pak Sheikh pun tak setuju dengan idea TGHH mengenai UG, tetapi Pak Sheikh tegur dengan cara yang tak terlalu ganas. Pak Sheikh suruh dia berehat, bukan mengeluarkan perkataan celaka.

Apapun Pak Sheikh bersetuju bahawa ulama' dan ustaz dalam Pas bukan maksum dan boleh dikritik tapi biarlah beradab terutama terhadap ulama dan ustaz yang benar-benar ikhlas tapi kurang bijasana.

Entri Pak sheikh khusus mengenai TGHH yang telah dicelakakan oleh blogger tertentu.

Kalau Tanpa Nama nak mencelakakan TGHH , Pak Sheikh nak kata apa lagi. Mungkin dengan mengucap perkataan celaka pada TGHH, Pas akan lebih maju dan dinamik , tak tahulah Pak Sheikh.

Akhir kata , Pak Sheikh hanyalah seorang genetik Melayu yang bengap sesangat.

Maaflah kalau terkasar bahasa. Salam dan jumpa lagi.

ISA berkata...

Salam Sifu,

Ana tak mau komen apa2 pun pasal PAS. Melalui posting ana dan komen ana berkenaan Muktamar PAS tu pun, sudah cukup menjelaskan pendirian ana.

Ana lebih rela mendiamkan diri daripada menambah dosa, jika di ikutkan hati yang marah terhadap yang bergelar ulama.

Tetapi soal perlantikan Mustafa Ali tu... ana rasa memang adanya orang yang sewel dalam Pucuk Pimpinan Parti.

Affan berkata...

Sheikh...ana talipon anta tak dpt2. Jom la pekena kopi janda bila senang.

Affan

Manjungmari berkata...

Salam Pak Sheikh...
Terlewat nak baca posting tuan... Malam tadi berukband buat hal... langsung tak dapat masuk...

Ana pun selama ni memang menghormati TGHH.. tetapi sejak semalam nampaknya semakin kurang,.. mungkin iblis dah mula hasut hati ana.. apa yang dimusykilkan sebagai Presiden ia ada hak berbuat sesuatu untuk kebaikan Parti... ini tidak... semua jawatan penting dipegang oleh yang sehaluan dengannya..Mat sabu dengan Husam diketepikan.. lantik AJK pun sebagai nak penyedap mata ahli bawahan... sepatutnya ikutlah sama cakam cadangan Dato Mahfuz Omar... dan masa inilah nak perpaduan sesama jemaaah pimpinan...

Kalau macam ni rupanya lebih teruk PAS dari UMNO... dulu kita dok perli UMNO pakai orang lama... sekarang PAS apa cerita... cuma kalau nak baik sikit pun dari Parti Samy Veloo ...silap-silap sama aja...

Anak Timur Laut berkata...

Satu entry yang bernas, Tuan Syeikh. Semua ulama perlu dihormati kerana pendapat mereka adalah berdasarkan ijtihad masing-masing. Cuma semua perlu bersetuju di atas pendapat yang diambil atas dasar syura.

Seorang pejuang Islam pernah berkata 'Kita tolong menolong sesama kita di atas perkara yang kita persetujui bersama, dan kita bermaafan sesama kita di atas perkara yang kita bertentangan pendapat'.

Cik Lee berkata...

Salam perjuangan Pak Syeikh,

Kawang pun tak menafikan kewibawaan seorang tok guru bernama TGHA ini. Memang perjuangan yang tak disangkal. Namun peringatan juga kepada orang yang memegang jawatan, tugas mereka adalah untuk menegur ketua bukan mengampu ketua mereka.

Teguran pula boleh dibuat secara ikhlas tanpa melampaui adab pejuang Islam. Dalam hal Mustafa Ali kawang merasa agak kasihan kepada Parti Pas. Dalam pada gelombang rakyat melanda negeri lain, Terengganu masih gagal ditawan. Dan salah seorang yang bertanggungjawab adalah Mustaffa Ali.

Jadi, jika kita sendiri sebagai parti Islam gagal untuk mengguna pakai sistem KPI nak bawa ke mana halatuju parti ini? Mungkin terpaksa setuju dengan red untuk buat parti baru?

Apa pun mungkin selepas ini ulama terpaksa berjuang tanpa parti seperti mana yang dibuat oleh ulama2 nusantara dahulu. Walaupun begitu peranan mereka dalam pentadbiran tetap berjalan kerana ulama serta istana tidak boleh dipisahkan.

Sekarang kita terperangkap dalam sistem zionis yang begelar nasionalisme. Tanpa pengembalian sistem khalifah dan beraja, kita akan terus hanyut. Ini bukan aliran Hizbur Tahrir cuma sejarah telah membuktikan sistem khalifah kita dahulu berjaya dimusnahkan oleh askar-askar trojan Yahudi yang memegang tampuk negara kini.

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam Tuan Sheikh,

Hormat tetap hormat. Tegur wajib tegur. Itu arahan Allah: وتواصوا بالحق

Tuan Sheikh bengap? Ketahuilah wahai saudaraku: Tiada makhluk yang lebih mulia lagi bijaksana dari insan yang memilih Islam dan berjuang untuk menegakkan syari'atnya.
Delete tanggapan "bengap" dari kepala Pak Sheikh.

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam Tuan Sheikh,

Maaf datang sekali lagi.
Saja nak tanya Pak Sheikh:
Kalau dikumpul semua buku yang disebutkan dalam posting ni dan semua buku di dunia ini, boleh ke sehebat sebuah buku namanya al-Qur^an?

Jangan mare hey!

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

sy bkn nak mengutuk, tp sy mmg tak berapa nak berkenan kat Tuan Guru Hadi Awang ni sejak dulu lagi. mungkin org sebelah utara sukakan beliau, tapi untuk orang selatan spt sy, sosok Tuan Guru Niz Aziz yg kami idolakan. jika tak percaya, cuba la buat survey populariti Tuan Guru Hadi Awang di sebelah selatan, pasti di bawah par nilainya.

faktor populariti itu juga perlu dalam memupuk minat orang ramai terhadap sesuatu parti.betul tak tuan sheikh?
[my blog]

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Maaflah lambat respon. Tak berapa segar hari ini. In baru segar sikit.

Entri Pak Sheikh ini mengenai blogger tertentu yang mengucapkan kata celaka pada TGHH. Pak sheikh jelas tak suka cara menegur Presiden Pas cara tidak beradab. Kita boleh mengkritik beliau kerana dia bukan maksum. Banyak istilah lain yang boleh digunakan yang. Pak Sheikh pun dalam beberapa isu jelas mengkritik TGHH tapi kena ada adabnya.

Mengenai perlantikan Mustafa Ali, Pak sheikh amat tak bersetuju kerana masih ramai lagi yang lebih berwibawa dari Cikgu Mustafa Ali.

Pak sheikh tahu Cikgu Mustafa Ali adalah penasihat TGHH yang dipercayai. Inilah kelemahan TGHH. Dia tak hendak membaca kehendak ahli yang tak bekenaan dengan Cikgu Mustafa. Inilah penyakit kurang bijaksana TGHH. Ditakuti Pas akan menuju ke arah kemunduran akibat keputusan ini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Affan,

Nanti kita jumpa kat mana-mana minum kopi.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Manjungmari,

Dalam kes perlantikan Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung Pas oleh TGHH, teman pun cukp tak bersetuju. Teman pun marah pada TGHH, kerana melantik seorang yang sepatutnya duduk rumah dan bermain dengan cucu. Tapi taklah sampai nak mengucapkan kata 'celaka' pada TGHH. TGHH jelas tidak prihatin dan bijasksana. Kedua-duanya patut berehat dan cuba menyelamai hati njurani ahli.

star of uhud berkata...

salam..shukran kpd saudara krn masih berani bersuara menegakkan kebenaran..dihadapan blogger2 yg merase mereka sudah ckup ilmu utk mengutuk org lain..terutamanya ulama'.mereka merasakan dgn menjadi salah satu faktor kemenangan PAS sblum ni,mereka bleh mengutuk PRESIDEN n pimpinan PAS begitu sje..besar sgt ke jase mereka?dgn stakat duduk didepan komputer berejam2,mengambil input entah dari mane n trus menyebarkannya..asalkan mendapat kunjungan ramai,x kire lgsung fitnah ke x..lg,ingat pimpinan dlm PAS x buat kerja ker?duit mereka brape byk dah habis?mase?tenaga?terpakse tinggalkan anak bini??stakat mane aje jase hangpa sume pade PAS??pikir2 r..kte bleh cenderong kpd pemimpin tertentu..tp jgn smpai kutuk org len..jaga adab dlm menegur..dan fahamilah khilaf antara ulama..ni pimpinan hny berlainan pendapat,hangpa bloggers dah jd batu api..ni la jasa hangpa yg sbnaqnya..PAS x memerlukan kpd org yg byk ckp..PAs perlukan kpd org yg btol2 bleh buat kerja..ala kulli hal,shukran..akhir kalam,ade mase dgr2kanlah lagu ni..BILAKAH LAGI-la khauf..wslm

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumsalam Anak Timur Laut,

Komen anta ada betulnya. Dalam hal kedunian TGHH boleh berijtihad dan perlu dapat sokongan secaya syura. Tapi dalam masalah agama TGHH tak mampu berijtihad kerana dia bukan ulama bertaraf mujtahid yang perlu menguasai banyak cabang ilmu.

Dan TGHH perlu berijtihad dalam hal-hal politik secara lebih mendalam bukan berdasarkan pendapat dua tiga orang yang sudah letih berjuang atau sudah tidak pandai membaca hati nurani ahli Pas.

Apapun Pak Sheikh berterima kasih kerana komen anta yang telah menambah pengetahuan Pak Sheikh.

sheikh teluk intan berkata...

Waailakumsalam Ciklee,

Betul , Pak Sheikh setuju dengan pandangan Ciklee. TGHH perlu prihatin dengan beberapa orang penasihat tak rasminya. Terutama Cikgu Mustafa yang pernah menumbuk d Ustaz Abdul Latif Mohammad kat Besut. Tapi sekarang dah berdamai.

Perlantikkan beliau sebagai Setiausaha Agung telah menimbulkan keributan dikalangan ahli Pas yang telah menganggap Mustaffa Ali sebagai liabiliti kepada Pas.

TGHH sepatutnya tidak melantik Cikgu Pa, kerana akan menimbulkan fitnah kepada jemaah ini.Ciklee pun tahu tentang hal ini.

Mengenai Ulamak berjuang secara sendirian, zaman ini bukan sesuai lagi kerana serangan musuh terhadap islam dari segi fisikal dan pemikiran semakin hebat.

Memang dulu para ulama nusantara agak rapat dengan Istana. Dalam konteks sekarang, ulama bukan mudah nak berjumpa dengan raja-raja. Raja zaman kerajaan Aceh, Riau dan Pasai misalnya , mereka mendatangi ulama'. Tapi sekarang raja Melayu seperti duduk di atas kayangan.

Walaubagaimanapun Pak Sheikh menghormati pandangan Ciklee mengenai Ulama dan Istana. Pandangan Pak Sheikh mungkin silap.
Pak Sheikh sangat tak suka dengan Raja sekarang yang nama saja ada Mufti, tetapi isteri dan anak mereka tidak bertudung. Itu amalan yang terlalu asas. Melain Sultan Trengganu yang agak islamik. Yang lain...entahlah...

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikum Salam Dr,

Betul kita kena menghormati ulama' dan perlu menegur ulama kerana mereka bukannya maksum.

Saidini Abu Bakar r.a, Omar r.a, Usman r.a pun ditegur oleh umat islam dizaman mereka. Tetapi ada adabnya.

Saya sendiri pernah menegur TGNA dan TGHH. Menegur bukan bermakna kita tidak menghormati mereka. Tetapi kerana kita sayang pada mereka yang banyak berjasa kepada jemaah Pas. Jasa saya dibandingkan mereka , terlalu jauh. Terutama bila saya sekarang sedang sakit dan tak boleh bergerak banyak.

Mengenai gelaran genetik Melayu yang lembab pada diri saya sendiri ianya lebih merupakan sindiri kepada blogger tertentu yang mengelarkan ulama Melayu kononnya berasal dari genetik Melayu yang bengap.

Walaupun saya telah tua, tetapi masih boleh berfikir walaupun tak setangkas dulu. Saya pun keluar masuk belajar kat Universiti dan dapat juga menamatkan pelajaran diperingkat yang agak tinggi. Bukan nak takbur, cuma sekadar ingin menjelaskan. Tapi pencapaian saya dalam bidang akademik tidak semestinya menjadikan saya orang yang terlalu bijak sehingga sanggup 'mencelakakan' TGHH.

TGHH pun bukan maksum. Dia pun membuat silap. Kita boleh kritik dia, tapi biarlah beradab, melainkan jelas dia seorang ulamak yang jahat. Secara peribadi saya mengenali beliau dan pernah dua tiga kali menziarahi beliau di Rusila semasa sihat dulu.

Tentang buku-buku yang saya sebut itu, ianya cuma sindirian saya kepada sesiapa yang merasa hebat kalau setakat membaca beberapa buah buku yang saya senaraikan dalam entri saya.

Memang doc, tidak ada kitab yang dapat menandingi Al-Qur'an, Kalau tuhan dibandingkan dengan buku-buku yang terdapat dalam dunia ini.

Akhir sekali, janganlah Doc risau saya tidak marah dengan komen yang doc catatkan kerana tidak ada sebab pun. Tambahan pula Doc juga saya anggap sebagai guru saya. Tegurlah saya, kalau saya tersilap supaya saya boleh perbetulkan kesilapan saya.

Terima Kasih Doc. Salam perjuangan dari saya.Kalau umur panjang, saya teringin nak berjumpa dengan Doc secara peribadi sambil minum kopi dan makan buah anggur yang manis dirumah doc.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Fajridil,

Tak bekenan dengan memaki seranah TGHH dengan ucapan celaka adalah hal yang lain. Pak sheikh pun tak berkenaan dalam beberapa hal berkaitan dengan TGHH. Pak Sheikh pun pernah mengkritik beliau.

Dari segi populariti memang diakui TGNA lebih popular bukan sahaja kerana ilmu, amal dan keperibadiannya tapi kerana ketajaman fikirannya yang selalunya kita tak duga.

Artis pun teringin nak jumpa dia. Dan yang pernah jumpa dia terus jatuh sayang. Ketokohan Tok Guru Nik Aziz memang sukar dicari.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumsalam star of uhud,

Terima kasih sudi menjenguk disini.

Keseluruhan pandangan anta pak sheikh bersetuju. Blogger tertentu yang setakat duduk dirumah dan mengetuk keyboard komputer, mungkin juga pernah berjuang diluar rumah. Tapi pernahkan mereka tak balik ke rumah berminggu kerana membuat kerja parti untuk memperjuangankan dasar Islam yang tercatat dalam Perlembagaan Pas.

Memang terdapat berbedaan pendapat di antara pemimpin Pas, terutama TGHH dan TGNA dalam beberapa hal. Biarlah mereka selesaikan sesama sendiri. Kita ni mungkin tak tahu hujung pangkal sesuatu pekara, dan terus mahu menjadi hero dan batu api.

Para bloggers terutama ahli Pas, perlu jaga adab bila menulis tentang pemimpin Pas yang baik dan telah terbukti kegigihan mereka berjuang.

Bukan mereka tak boleh dikritik, tetapi cara kritikan biar beradap.

Pemimpin UMNO yang ramai yang zalim dan memperlekehkan perjuangan islam, sepatutnya kita tegur secara kasar kerana telah lebih 51 tahun ditegur supaya meletakkan kedudukan Islam di tempat yang paling tinggi masih meneruskan agenda membenci perjuangan islam.

Tup-tup bloggers yang rasa dirinya terlalu pandai lebih fokus dalam memaki ulamak yzang terbukti berjuang kerana Allah.

Semoga Pak Sheikh dijauhkan dari perbuatan itu. Kalau didapati Pak Sheikh tersilap sila betulkan Pak Sheikh wahai anak muda!!