Ahad, 19 April 2009

Nabil Cakap Peluk Irma Tak Jejas Ekonomi Negara!!

Terima kasih kepada Tv, Radio dan Surat Khabar. Kerana jasa mereka maka negara kita telah berjaya melahirkan pelawak yang dikatakan serba boleh iaitu Nabil. Maka dicanang jualah akan nama Nabil hampir tiap-tiap hari. Maka bintang Nabil semakin cerah selepas berjaya menjadi juara rancangan Raja Lawak Astro. Maka banyaklah slot di tv diisi oleh Nabil.

Saya bukan anti Nabil. Saya tak minat pun Nabil. Tapi ada jugalah dengar ayat-ayat Nabil yang boleh dipakai iaitu " lu fikirlah sendiri". Tapi bila saya tengok rancangan kendalian Nabil tak ada pun rasa yang terlebih istimewa. Rancangan pondok-pondok dan rancangan waktu pagi bersama Raja Azura (minta maaf tak ingat nama rancangan tu) lebih kepada membawa hiburan yang melampau-lampau. Rancangan yang melalaikan orang Melayu dan hiburan semata-mata. Tidak lebih dari itu.

Orang yang menonton dan penonton yang hadir hanya pergi untuk ketawa dan bersantai-santai. Dan bukan untuk berfikir pun tentang masalah negara, ekonomi dan apa sahaja. Dan itulah perancangan tv-tv kita masa sekarang ini. Bukan untuk membentuk masyarakat yang lebih berfikir, berpendidikan dan prihatin tentang nasib bangsa yang semakin mencengkam. Masalah agama dan moral yang semakin membarah dalam masyarakat. Yang penting berhibur la sampai ke tua-tua. Target penonton daripada budak dari buaian sampailah nenek yang hanya menunggu masa dipanggil Illahi.

Minta maaf, saya tak tengok pun Anugerah Berita Harian. Tak tahu pun Nabil terpilih sebagai Bintang Paling Popular Se Malaya. Iyalah, mereka-mereka yang memilih sudah tentu gembira, tapi saya tak campur. Tapi apabila membaca Utusan Meloya dengan kenyataan Nabil yang pada saya menghina agama saya, saya terpaksa campur. Ramai yang kononnya terkejut dengan tindakan spontan Nabil yang spontan memeluk Irma apabila diumumkan sebagai pemenang.

Yalah, mereka biasanya memeluk anak gadis orang semasa berlakon sahaja. Atas nama lakonan dan kerana seni, maka hukum agama dan soal halal haram terpaksa diketepikan. Untuk menghayati lakonan istilah mereka. Tetapi lebih kurang ajar apabila langsung tiada perasaan bersalah daripada Nabil. Jika jahil sekalipun, mintalah maaf. Belajarlah. Janganlah cuba mempertahankan tindakan yang sememangnya dilarang oleh agama.

Artis kita sopan ke? Mimpi lah. Berpelukan perkara biasa. Jika remaja ingin memilih idola, utamakanlah agama bukannya hiburan. Dek kerana kita buta dengan hiburan, maka kita pilihlah idola yang sudah sedia sesat, untuk kita sama-sama sesat bersama mereka. Dan kenyataan Nabil yang paling kurang ajar bagi saya apabila mengucapkan - 'Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara.'

Memang kurang ajar dan sungguh biadap sekali. Langsung tiada perasaan bersalah dan sensitif dengan perasaan umat Islam. Lalu ada ke nanti pemimpin nak tegur. Minta Nabil minta maaf? Jika orang sebiadap ini dijadikan idola remaja kita, maka tidak hairanlah nanti semua remaja kita akan mengatakan memeluk wanita di khalayak ramai itu tiada apa-apa. Nak tahu sejauh mana kurang ajarnya Nabil ? Mari kita ambil intisari temuramah dia dengan Utusan.

i) tak rasa menyesal sedikit pun?
Saya memang tak
menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.Saya tak kisah apa orang nak cakap.

ii) Adakah Nabil akan minta maaf
Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja

iii)Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?
Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya.
Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula.

iv)Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?
Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain.

v) Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?
Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

vi)Bila lagi nak kahwin?
Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

Apa kata mufti-mufti? Ustaz -ustaz? Ahli-ahli agama? Tiada yang mahu menegur? Kejahilan yang mengigit orang Islam sehingga ke tahap menghina sebegini tiadakah orang yang sudi melarang. Malang, jika ramai pula nanti di luar sana yang akan menerima pakai hujah-hujah 'alim' dari Nabil ini. Tidak hairan jika Nabil pun boleh jadi mufti pasal dah buat keluar fatwa sendiri.

Beristighfarlah dan jagalah kesucian agama ini. Jika kita tidak tahu, belajarlah. Jika terpesong baliklah ke pangkal jalan. Janganlah sampai membuat kenyataan mengarut yang langsung bercanggah dengan agama Islam. Sesungguhnya kita singgah di dunia ini sementara, akhirat lah destinasi kekal abadi. Orang-orang kampung Nabil tak nak komen ke? Aku tak boleh tulis banyak-banyak pasal darah tengah mengelegak.Korang fikirlah sendiri. Temuramah penuh sila ke sini.

Nota: Teman salin dan tampal posting kali ini dari blog sahabat teman , iaitu Ciklee. Luangkanlah masa untuk membaca tulisan-tulisannya yang merangkumi isu politik, sosial, ekonomi, agama dan sebagainya disini


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nabil ni skg tgh dilanda nikmat dunia..maklumlah mana ada dia terfikirkan boleh hidup semewah sekarang ni..rezeki Allah beri..Insaf lah..ini tidak buat maksiat dan perbuatan yg menjijikkan kita sebagai orang islam..insyaAllah rasanya dia ni tak popular lama..mawak murahan..macam tuan tanah katalah, apalah istimewanya dia..lawak (kalau boleh nk panggil lawak)tidak pun menggelikan hati aku..lawak murahan..lawak yg tak ada isi untuk dijadikan pengajaran..lawak yg hanya disukai budak2 hingus yg suka enjoy sahaja tanpa memikirkan jati diri bangsa..dia lupa Allah boleh tarik kemewahan yg Dia beri pd bila2 yg Dia suka..lupakah dia kpd artis yg hidup bergaya dgn kereta mewah, lastly tak ada kemampuan nk teruskan bayaran ansuran..inilah satu contoh yg Nabil kena ambil iktibar..hidup sebagai artis, jgnlah nk sombong..kita tahu kemana kesudahannya kerjaya kebanyakan artis jika tidak tahu merancang kewangan dan masa depan!!

Mata kecik sebelah..

MAT berkata...

Orang Melayu/muslim di sini ,peliklah!!! tapi tak semua... Nabil yang lawak nye standard Tampoi &Tanjong Rambutan itu pun mereka minat!MasyAllah!!apa nak jadi???..

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

nabil ni memang dah tunjukkan kebangangaan tahap maksima. dia ingat semua org bodoh nak termakan ngan lawak-lawak spastik dia tu. aweks dia tu pun bengong juga.. rasa bangga pula bersubahat dengan pakwenya.. depan orang peluk.-peluk, belakang orang? Lu Fikirlah Sendiri.. ^_^

alif ba ta duniaku berkata...

objektif sama, penyampaian berbeza..
http://gurubashid.com/blog/panduan/saya-tidak-bimbangkan-kesannya-ke-atas-ekonomi-negara-tetapi-saya-bimbangkan-kesannya-ke-atas-periuk-nasi-nabil-sendiri.html

pikir lah sendiri..apepun teman memang tak berkenan program dia yang tak bermanfaat tu

Seladang berkata...

Tv, radio di negara ini sedang dilanda sindrom hiburan melampau batas agama dan budaya negara ini. Perhatikan betul-betul persembahan, lakonan, dailog serta masej seuatu persembahan itu! Inilah yang dikehendaki oleh yahudi! Adakah ini yang hendak diteruskan oleh Rais Yatim ?

kulatlapok berkata...

salam Bro: TEKAK AKU MACAM DAH NAK KEMBANG DENGAR NABIL BUAT KENYATAAN BEGITU. DASAR ARTIS TAK SADAR DIRI. KHAAKAK TUUIIII

Tanpa Nama berkata...

Aku suka nabil, tapi aku tak suka cara dia, bagi aku nabil hanya setakat penenang waktu aku boring jer... lepas habis tengok dia aku tutup buku.. aku buat keje aku mcm biasa jer..solat tetap solat.. tanggungjawab terhadap agama tetap aku teruskan, cuma kalu bleh perlakuan, tingkah laku perlu dijaga dan adab adab ketika berada di dalam sesuatu majlis perlu diketahui oleh segenap orang, x kira la nabil ka sapa ka, kena jaga la adab tu... kesimpulan, pastikan setiap gerak geri dan tingkahlaku kita semua selaras dengan syariat islam, sebab pa... sebab kita manusia yang mengucap dua kalimah syahadah. ingat saja-saja mengucap ke.. hayatila ckit. ku doakan nabil akan cepat bertaubat.

Abuarif berkata...

Semua orang yang faham tentang agama tahu bahawa mencebur diri dalam dunia artis(seperti di Malaysia ni)adalah duduk didalam maksiat.Jangan hairanlah kalau mereka ni tak kisah halal haram.Semuanya berlakon kononnya.
Secara kasar Ulama silam membahagikan manusia yang buat maksiat adalah terdiri dari 4 golongan:
1.Jahil(tak tahu hukum hakam.tak mahu tahu,tak mahu belajar.
2.Ada ilmu tapi tak dapat lawan nafsu serakahnya.
3.Berkepentingan dunia yang amat sangat walau tahu sesuatu itu haram dan maksiat.
4.Mempunyai pendapat sendiri yang songsang tanpa merujuk kepada Al Quran,Hadith,Qias dan Ijmak Ulama.

Jadi pelawak atau pelakon atau artis termasuk dalam satu golongan ini....BERTAUBATLAH...!

A berkata...

Pak Sheikh,

apa nak heran, memang macam ni cara hidup zaman sekarang kebanyakan orang melayu.terutama mereka yang sekular tak kira dimana2 tempat. [orang china india bukan Islam tak payah kiralah. lain ugama dan budaya] berpeluk, betepuk-tampar sesama lelaki perempuan, cium pipi nak ucap bye2 sebab cuti rayake, birthday ke, hantar balik rumahke, tak kira laki orang ke bini orang ke janda orang ke andartu orang ke, semua sama. lepas tu yang laki orang ada affair dengan janda orang atau bini orang ke. lepas tu kasi alasan macam2 kat bini dirumah kata kawan2 je tak de feeling, tapi satu ofis dah kecoh mengata ke dia. itulah budaya hidup orang melayu sekarang. saya sendiri dah tekena batang hidung. laki saya yang sekular tu bercium pipi dan betepuktampar dengan geng2 dia kat opis tu. siap temankan bini orang tu pegi kedai emas lagi. konon2 nak tolong temankan bini orang tu sebab bini orang tu nak belikan cincin utk laki dia. caya Pak Sheikh! lakonan klasik lelaki dan perempuan sekarang!! last2 pecah tembelang. kantoi. ada affair ngan bini orang tu. tapi biasalah kan, penafian habis2an. tak mengaku, kata orang fitnah.
macam mana nak buat dengan lelaki yang macam ni? bukan bujang tapi dah kahwin. apa pendapat Pak Sheikh? patut ditendang ke tidak?

Khazinatul Asrar berkata...

Adakah nabil cuba nak menafikan hkum Allah??
Aku memg xsuka pun nabil tuh..
memg xlawak pun lawak dia..
xde rase nak tegelak pun..
dia cam xde idea pun nak melawak..
cam terdesak je lawak2 dia..
kita berdoa sajalah moga diberikan hidayah pada Nabil...

Tanpa Nama berkata...

nabillll.....ko tak ingat mati keee....itu saje pesan aku...