Khamis, 15 Januari 2009

Teman Sokong Bang Dollah Dalam Isu Palestin!!!

Teman pun macam orang lain yang marah dan benci pada negara haram jadah Israel/zionis yang seminggu dua ni semakin menjalang membunuh umat Islam di Gaza. Dan tak salah juga teman benci pada syaitan besar USA yang sanggup menjadi khadam kepada sebuah negara haram jadah zionis yang saban waktu menyembelih umat islam Palastin.

Semua Bani Adam di atas muka ini yang prihatin sudah terlalu meluat dengan kerajaan USA dan kerajaan haram jadah Israel. Tidak sedikit Bani Adam di seluruh dunia yang keluar berdemonstrasi mengutuk kezaliman tentera regim zionis di Gaza sekarang.

Bani Adam di USA pun turut mengutuk kerajaan mereka yang sanggup menjadi babi tunggangan negara haram jadah zionis. Ramai Bani Adam tahu, kelangsungan kerajaan USA samada di bawah Parti Republikan atau Demokrat adalah disebabkan sokongan bangsa Yahudi Amerika yang menguasai pelbagai bidang, terutama perekonomian.

Sebenarnya teman dah lama bosan dengan kerja mengutuk Negara Haram Israel/Zionis dan USA. Semakin dikutuk semakin menjadi penyakit gila babi negara haram jadah Israel dan USA , menzalimi umat Islam Palestin.

Tapi teman tahu, itu saja yang mampu dibuat oleh bani Adam buat masa ini , samada umat Islam dan bukan Islam yang prihatin. Maka teman pun ikut samalah mengutuk dua kerajaan laknutullah alaih.

Teman pun ikut samalah seperti kesemua ahli Parlimen Malaya yang menyokong sebulat suara usul tergempar Bang Dollah di Parlimen ,Isnin yang lalu , mengutuk secara rasmi perbuatan laknat negara haram jadah Israel.

Terdapat segerombolan Bani Adam yang memuji usul Bang dollah dalam persidangan tergempar di parlimen baru-baru ini sebagai satu langkah yang terlalu berani.Oh yeh!!!

Teman setuju !!!!. Sesungguhnya Bang dollah luar biasa keberaniannya . He he he.... setelah lebih dari sepuluh hari umat Islam di Palestin diserang dan di sembelih , siang dan malam oleh pengganas zionis di Gaza !!!

Harap-harap usul tergempar bang dollah yang dikatakan amat berani di Parlimen Isnin yang lalu telah membuat negara haram jadah Israel terpaksa masuk ke dalam selimut kerana menggiggil ketakutan dan kerajaan USA akan memohon maaf kepada semua bani Adam atas kedurjanaannya menyebelahi regim zionis laknatulaah .

Teman juga bersetuju dengan gesaan matan PM Malaya yang masih bernyawa. Walaupun si tua itu , saban waktu mengutuk diri sendiri kerana menyesal menyerahkan jawatan PM kepada Bang Dollah dan tak pernah merasa bersalah menjemput pasukan kriket negara haram jadah Israel bermain di BOLEHLAND ini pada suatu ketika dulu, beliau juga turut mengesa Bani adam bertekad untuk memboikot setiap produk USA dan Israel yang dikata menyumbang kepada keganasan rejim haram jadah Israel.

Dan teman telah mencipta sejarah tersendiri kerana buat kali pertama teman turut bersetuju dengan kenyataan menantu kesayangan Bang Dollah yang sejak dua menjak ini sangat asyik wal mahsyuk bermain dengan isu hudud, yang menggesa supaya semua negara di atas muka bumi ini bersatu mengadakan sekatan ekonomi terhadap regim haram jadah Israel.Hebat juga si Khairy nih ghopenya!!!

Sesungguhnya teman sokong tindakan mengutuk, berdemonstrasi , memboikot produk USA dan apa saja tindakan yang sesuai oleh mana-mana pihak, tak kira orang Islam , bukan Islam mahupun gerombolan munafikun. Ianya adalah lebih baik dari setengah bani Adam yang buat-buat bodoh macam tidak ada apa apa yang berlaku pada umat Islam di Gaza khususnya dan di Palestin amnya.

Kalau tanya pada teman apa lagi yang boleh kita lakukan untuk membantu umat Islam di Palistin sekarang dan di masa hadapan, teman boleh memberi pelbagai jawapan: Mungkin Bang dollah boleh minta Tok Najib memberi nasihat bagaimana nak menghantar rakyat Malaya yang mahu berjuang di medan jihad di Palistin dengan dibekalkan bom C4.

Atau Bang Dollah boleh menghantar Datuk Ketua PPIM yang pro akta zalim yang bernama ISA ke seluruh negara umat islam dalam usaha berkempen memboikot produk USA dan Israel. Sahabat teman Dr Ahmad Zaki Ismail yang juga Penasihat PPIM, tentu meloncat gembira hingga ke langit ketujuh kerana turut bersetuju.

Atau pun bang dollah boleh menghantar menantunya melobi ke setiap negara di atas muka bumi ini untuk bersama-sama mengemukakan usul di PBB supaya sekatan ekonomi ke`atas rejim zionis dapat dijalankan kerana ianya adalah lebih baik daripada membiarkan budak terlebih bijak itu terus bercakap merapu tentang hudud.

Ataupun Bang Dollah boleh meminta dan membiayai Bang Osman Bakar Kg Gajah yang mengetuai NGO , 'Badan Bertindak Perpaduan Melayu ' supaya menjelajah ke serata dunia Arab untuk mengajar erti faham kebangsaan yang lebih afdol berdasar kitab Hikayat HangTuah Atau kitab Sejarah Melayu yang di tulis oleh Tun Sri Lanang.

Teman percaya Bang Osman Bakar yang teman tahu boleh bercakap bahasa Arab agak fasih tentu boleh mengajar pemimpin dunia Arab supaya memperkenalkan gagasan konsep ketuanan Arab mengikut acuan gagasan konsep ketuanan Melayu .

Dengan berbuat demikian , semangat kebangsaan Arab akan lebih mantap untuk menentang konsep ketuanan bangsa Yahudi yang telah mengkuduskan bangsa Yahudi sebagai bangsa terpilih bukan seperti bangsa Arab dan Melayu yang telah diberi cop mohor sebagai setaraf dengan lembu!!

Bang Dollah janganlah risau, teman tak akan mencadangkan supaya Tok Brahim Ali di hantar ke mana-mana . Tanpa dihantar ke mana-mana, dia boleh pergi ke mana saja dengan cara melompat katak. Nampak pada`zahirnya lompatan si katak relatif lambat. Tapi kalaulah orang sebaik Tok Guru Nik Aziz boleh terkena, inikan pula anak bani Adam yang lain, termasukBang Dollah!!!

Kalau tanya pada hati teman yang paling dalam, negara haram jadah isreal ini, boleh diligan sampai hancur berkecai sekiranya umat Islam serentak bangun menumbangkan kesemua pemimpin negara umat Islam yang perjuangan mereka tidak berasaskan Al Qur'an dan Al Sunnah. Di atas keruntuhan pemerintahan yang tidak berdasarkan Al Qur'An dan As Sunnah,maka kita tegakkan sistem pemerintahan Islam. Yang terbaiknya ditegakkan sistem Khilafah Islam.

Dengan tertegaknya sistem Khilafah seorang Imam bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia dapat diketengahkan. Mekanisma perlantikan Imam boleh difikirkan kemudian.

Imam yang dilantik wajib mempunyai ciri-ciri hamba tuhan yang bertakwa dan mempunyai bakat dan kemahiran memimpin yang cemerlang samada dalam waktu perang ataupun aman.

Percayalah dengan kepimpinan ,keberanian , kebijaksanaan dan ketegasan Imam yang hebat , umat Islam seluruh dunia yang bukan dari spesis munafik akan sanggup berjihad dengan nyawa dan harta mereka sehingga berjaya menghancurleburkan negara kecil haram jadah Isreal.

USA pun akan dapat kita tundukkan. Seluruh Bani Adam yang bukan Islam pun akan menikmati keadilan dan keamanan yang sebenarnya di bawah sistem khilafah sedunia.

Teman tahulah bahawa pendapat teman kedengaran terlalu idealistik dan sukar untuk di realisasikan. Tapi apakah ada jalan lain? Kalau ada pandangan lain, sudilah teman mendengarnya.

Apapun teman yakin pada janji Allah bahawa` umat Islam baik di Palestin mahupun dimana-mana akan menang akhirnya. Janji Allah pasti benar.

Atau mungkinkah Imam Mahadi yang tulin dan telah sekian lama kita tunggu kemunculannya, sudah bersiap untuk hadir memimpin umat ini?

Akhir kata berdoalah supaya Allah segerakan kemunculan imam Mahadi untuk memimpin umat ini. Dan teruskanlah bermunajat dan bersolat hajat supaya Allah membantu umat Islam membenamkan regim zionis Israel laknatullah dan para sekutunya serta negara-negara umat Islam yang dipimpin oleh gerombolan munifikun. Amin ya Rabb!!

4 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

hadhari sokong ke?

Harimau-Menaip berkata...

Tahniah sahabat.

Kalian memang layak kerana telah bekerja kuat..

(komen perihal PRK KT)

sheikh teluk intan berkata...

Salam Prof,

Terima kasih menjenguk blog teman seorang tua yang sakit dan lelah.

Teman sokong hadhari(tamadun). Tapi tidak pernah sesaatpun, insyaAllah mendokong Islam hadhari atau apa` saja Islam yang ada tambahan dihujung selepas perkataan 'Islam', seperti Islam Liberal, 'Islam dan yang seumpama dengannya.

Sekali lagi teman ucap terima kasih kerana Prof sudi berkunjung disini. Blog teman laeh sesuai dengan tahap intelektual yang tak berapa tinggi. Dan saya meminati blog Prof.Selamat berjuang Prof.

Salam

sheikh teluk intan berkata...

Salam Harimau-Menaip,

Terima kasih kerana ziarah di sini.

Tak sangka mike sudi jenguk di sini. Teman peminat blog mike.

Sesungguhnya kerja kuat dan berdoa adalah resepi kejayaan.