Isnin, 19 Januari 2009

Majlis Muhasabah Pemimpin UMNO Sudah Bermula!!

Teman pun suka baca blog pro UMNO. Suratkhabar online pun teman suka baca. Sejak sehari dua ni, kita boleh baca spesis UMNO menjerit dan meminta supaya Pemimpin UMNO buat sesuatu supaya rakyat sayang pada UMNO seperti dulu-dulu.Kekalahan UMNO/BN dalam dua PRK, iaitu di Permatang Pauh dan yang terbaru di Kuala Terengganu adalah amat merisaukan spesis UMNO.

Lalu, terdapat suara yang meminta supaya pemimpin UMNO bermuhasabah. Tengok dalam dan luar diri kelemahan yang ada. Perbetulkan. Nescaya UMNO akan kembali meraih sokongan orang Melayu yang sudah mual dengan retorika pemimpin UMNO bahawa hanya UMNO/BN yang boleh memerintah negara dengan baik. Begitulah lebih kurang jeritan batin, spesis UMNO.

Maka dengan senyuman yang meleret manis, teman berimajinasi bahawa satu majlis yang di panggil 'Bermuhasabah dengan Bang Dollah" sedang diadakan di mana kesemua Ahli Majlis Tertinggi UMNO hadir berbincang di Pejabat Agong UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi teman lihat dalam imajinasi teman , hadir dengan pelbagai wajah. Ada yang seperti tikus mondok. Ada yang seperti cipan bodoh. Ada yang seperti ungka tua. Ada yang seperti orang yang tak berdosa. Ada yang senyum kambing. Ada yang bibirnya muncung satu kilometer. Ada yang muka entah apa-apa. Dan terdengar juga suara yang berbisik: "mangkuk tu dah nak berhenti bulan Mac ni, tapi macam nak mengelat cari alasan untuk tak nak berhenti".

Dan majlis pun bermula.Teng...teng..teng...

Bang Dollah: "Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Hari ini kita bermuhasabah supaya kita dapat menyelongkar kesilapan, kelemahan, kebodohon dan entah apa-apa lagi sehingga kita kalah dalam dua pilihanraya kecil. Kita bincang dengan kepala yang dingin, ok!!"

Tok Najib : "Kita kalah kerana Pak Lah pilih calon yang tak ada kalibar, elitis, bersalam dengan pengundi pun tak pandai.Terpaksa I ajarkan".

Bang Dollah: " Aii, you salahkan i, Najib? Kan you yang buat statement kat akhbar yang sebut keputusan pilih si Wan Farid adalah dibuat oleh you and i. You dah lupa ke?

Tok Najib: " Kepala Bu*oh you. I saja cakap untuk selamatkan tengkuk you dengan Khairy. I tak mahu orang kata you pilih kroni yang kronik sebagai calon. So i buat statement macam itu. Tapi you relak goyang kaki. I yang kena bedal kerana kalah kat Kuala Terengganu. Nasib baiklah Tun Mahathir , cakap i tak bersalah".

Bang Dollah : You carut i? Sampai hati you. Bukankah you Deputy i yang berjanji untuk setia. Tapi you macam Mahyuddin dan Si Rais Yatim yang sentiasa tekan i untuk letak jawatan".

Tok Najib tak menjawab. Dia cuba membayang sesaorang yang dia kata bahawasanya dia`tak pernah kenal.Orangnya adalah wanita cantik dari Mongolia. Tapi sayang wanita mogolia itu sudah kojol kena letup sehingga berkecai.

Rafidah: " Pak Lah, kita ni nak bermuhasabah atau berbalah?"

Bang Dollah
: "Pidah, hang ni ada saja! kita sedang bermuhasabahlah. Yang berbalah adalah hang dengan Shahrizat. Kat Kuala Terangganu, hang tak mahu sama-sama dengan dia berkempen. Tak baik macam itu tau!!!".

Rafidah: " Oh tak baik konon!!!. You lantik Sharizat yang kalah masa PRU dulu sebagai penasihat bertaraf Menteri untuk menjaga pu** wanita dengan gaji lebih dua puluh ribu ringgit sebulan ,baik ke?. Itu adil ke? . I yang menang kat Parlimen Kuala Kangsar , Pak Lah tak lantikpun dalam apa apa jawatan Menteri. Besar kemaluan i, tahu? Rakyat cakap i tak dilantik kerana i jual AP. I Malu...malu". Airmata kak fidah meleleh ke pipinya dan hinggap ke bibir mulutnya yang besar. Rasanya masin.

Bang Dollah:" Pidah, i ingat buah dada you saja yang besar. Rupanya benda lain pun besar"

Rafidah : ( dalam keadaan menjerit macam kena hesteria maka Kak Pidah pun berkata). "You PM yang paling bodoh. I cakap "besar kemaluan", you pula anggap benda lain. Nama saja Imam Hadhari , tapi otak kuning. Menyesal i datang hari ini. Konon nak bermuhasabah. Buang masa saja . Baik I belah sekarang. Main dengan cucu lagi bagus!!!. Ingat Pak Lah!!! kalau you pencen nanti, Najib dah janji nak beri i jawatan dalam kabinet".

Rafidah terus bangun dari kerusi dan keluar tergesa-gesa. Kasut tumit tingginya tiba-tiba patah. Dan oleh kerana terlalu marah dia membaling kasutnya yang patah ke arah Bang Dollah. Nasib baik tak kena.Bang Dollah seperti Presiden Bush, cekap sekali mengelak dan sempat berkata: " Pidah, awat saiz kasut hang kecik saja berbanding badan hang yang tembam?" .Tapi Kak Fidah buat tak layan. Terus dia menonong keluar dewan.

Syed Hamid Albar: "Pak Lah oiii, Rafidah ni dah melampau. Kita tahan saja di bawah akta ISA".

Rais Yatim: " Mid, you ni asyik nak tangkap orang bawah ISA saja. Pidah baling kasut kat Pak Lah tak jejaskan keselamatan negara. You tahu tak?. Itu sebab UMNO/Barisan mulai kalah di dalam mana-mana PRK kerana diantara puncanya ialah isu penyalahangunakuasa ISA".

Mohammad Nazri:" Aaii mangkuk ayun yang bernama Rais!!! Kau ni pro pembangkang ke?. Nada kau jelas macam suara pembangkang".

Syed Hamid Albar: "Pundek betul si Rais ini.... Nazri, apa kata aku tahan Rais Yatim di bawah ISA".

Mohammad Nazri: "Setuju!!!"

Rais Yatim: Apa pundek-pundek nih! You all berbudi bahasalah sikit. I dulu dah buat kempen berbudi bahasa tapi bahasa kau orang macam bahasa perempuan jalang. Ini sessi Muhasabbah. Kita cari punca mengapa orang Melayu semakin menolak perjuangan UMNO. Di antara puncanya mengikut perkiraan i ialah kita tak mahu mendengar isi hati rohani rakyat yang tak suka pada akta seperti ISA".

Syed Hamid Albar: "You ni Rais masih ada darah Semangat 46 mengalir dalam tubuh you. You tahu mengikut kajian dan telah disahkan oleh Musa Hassan bahawa lebih 65% rakyat sokong ISA".

Rais Yatim:" Musa Hassan tu buat survey pakai tali rapia ke?"

Hamid Albar: "Rais you jangan nak perli i"

Rais Yatim kelihatan tak mahu melayan kerenah bodoh Hamid Albar. Tapi mulutnya berdesis: " Pundek punya Syed Hamid Albar".

Tiba-tiba Idris Jusuh bersuara: "Kita dah lari tajuk nih. Inilah akibat tak fokus dalam sessi muhassabah".

Mohammad Nazri: "Mu cakap betul. Tapi bukangkah mu yang tak jalangkan kempeng secara serius bantu Wan Farid kat Kuala Terangganu.Mu sabotaj ke?"

Idris Jusuh: Ini tuduhan palsu dan keterlaluang. I dah menjalangkan tugas sebaik yang mungking. Tapi, doh kalah nok buat cammono. Si Ahmad Said , Menteri Besor Terengganu yang bodoh tu, tak ado karisma untuk menarik kesemua rakyat nyokong Barisang".

Ahmad Zahid Hamidi: "Orang Terengganu adalah di antara orang yang tahu agama. I melihat isu hudud yang puak-puak kita bangkitkan makan diri. Sepatutnya kita jangan sentuh sensitiviti umat Islam. Ini tidak. Puteri Umno pulak masa berkempen, pakaiannya masyaAllah, teruk. Ada yang terlebih seksi. Dan ada yang keterlaluan mainkan isu Anwar Ibrahim kaki liwat. Pantang jumpa kelibat Anwar, orang kita menjerit 'liwat,liwat,liwat'. Akibatnya rakyat Terengganu semakin bersimpati pada Pas , Anwar dan Pakatan Rakyat. Kita kena kembali pada Islam".

Mohammad Taib yang sekian lama duduk terconggok berdiam diri mula bersuara: "Zahid, kita perjuangkan Islam hadhari. Islam jenis ini dapat diterima kerana ianya adalah lebih liberal dan dapat diterima kalau dibandingkan dengan Islam yang di bawa oleh Pas yang ada hudud".

Ahmad Zahid:" Islam Hadhari tak ada hudud ke? Hari ini, saya baru tahu".

Ali Rustam yang sedari tadi diam juga tiba-tiba mencelah:" Saudara-saudara, apa kata setiap rakyat Terengganu kita anugerahkan pinggat gelaran Datuk. Mungkin selepas ini, mereka mati-matian menyokong bulat perjuangan UMNO yang cakna dengan kehendak rakyat Terengganu".

Najib yang duduk diam macam tunggul kayu selepas malas melayan Bang Dollah tiba-tiba bersuara: "Ali you ni tak ada modal lain selain dari beri pinggat.Berpuluh projek pembangunan telah i isytiharkan semasa kempen pilihanraya kat Kuala Terengganu. Kesemuanya mencecah puluhan juta ringgit. Tapi time mengundi, ramai yang sokong Pas. Seolah projek pembangunan yang dijanjikan, dah tak laku. Inikan pula beri pinggat yang tak boleh dimakan. I sebenarnya bingung apa lagi yang patut kita buat. Harap-harap lepas ini sehinggalah PRU yang Ke 13 tak ada wakil rakyat BN yang kojol. I dah tak larat nak jadi Ketua kempen. Baik I belajar dengan Rosmah mengaji Al-Qur'an dan belajar tafsir".

Mahyuddin yang sejak awal perbincangan duduk di sebelah Ali Rustam tiba-tiba bersuara: "Apakata kalau Parlimen Pekan menjadi kosong sebulan dua ini?

Najib: "Apa pasal boleh kosong pulak?. Bukankah i ada lagi".

Mahyuddin: " Najib, ketentuan tuhan siapa yang tahu. Rosmah yang tak pernah i dengar rajin baca Qur'an dan belajar tafsir, tiba-tiba dah isytihar diri rajin baca Al-Qur'an dan belajar tafsir. Mungkin dia dah dapat petanda bahawa ahli Parlimen Pekan akan mati. Dan Rosmah sedang bersiap untuk menguatkan jiwanya menghadapi saat itu".

Najib: " Din, you jangan cakap macam itu. Sebak dada i. Kempunan nanti i nak jadi PM".

Mahyuddin :" Jib, nyawa manusia ni macam di hujung tanduk. Bila sampai waktu, nyawa manusia boleh di ambil oleh tuhan".

Najib: "huh...huh....huh.... (Najib menangis) you mahu i mati ke? I tak mahu mati lagi .I tahu you bercita-cita mahu ganti tempat i jadi PM. Nanti i report kat Rosmah. Biar dia amok you. Dia boleh upah orang......"

Mahyuddin: "Jib, kau jangan buat aku takut. Rosmah, isteri kau lain macam aje. Dia boleh upah orang buat apa pada aku?"

Najib:" Dia boleh upah orang hadiahkan kau C4!!!!"

Mahyuddin: "Takut jib!!!"

Najib: "Kalau takut baik diam!!!

Suasana Majlis Muhasabah yang riuh rendah dengan suara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tiba-tiba dikejutkan dengan suara Bang Dollah: "Alamak pukoi berapa dah nih!!! I tertidoqlah. Tak abis lagi kah?"

17 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Setiap baris best.

Terbahak-bahak I gelak.

Terutama bab line akhir itu.

Super class post Yeop!

More please...

ISA berkata...

Pak Sheikh,

Lu memang power....., saya paling suka bila Muhyiddin mula bercakap pada najib....

Matlamat yang sama... ha..ha..ha..

Wa salute sama lu.... ada umph...

Tanpa Nama berkata...

Dr. memang hebat. tak sangka kreatif sangat2. apa kata kita bikin film lepas ni? Skrip dah ada.

kak ja berkata...

Salam Sheikh,
Tak sangka, begitu tinggi sekali daya imaginasi Sheikh. Rasa amat terhibur membaca entry ni.. Dan sudah semestinya, seperti selalu bnyk yg tersurat dan tersirat..

Tanpa Nama berkata...

Sayang sekali Khairy al-penyamun harta negara ibni lanun ibni oxford beli ibni jamaluddin tak jadi menteri lagi. Kalau tidak semakin kembang la bontot kak pidah kita melanyak menantu Bang Samdol al mankuk ayun tu. Den bukan apo sheikh, meluat bona dongan porangai buda ghombau tuh. Dan jgn ingat oghang ghombau tak malu adonyo spesis sehino khinzir nogori ali rostam yang jadi mp ghombau secaro tipu!!! Malu eden dan oghang kampung kek sini woi

Cik Lee berkata...

Adus.. cam biasa.. Pak Syeikh punya imaginasi memang tak terjangkau dek kepala kecik saya ni. Tabik spring untuk Pak Syeikh..

Pak Lang Kiwi berkata...

haha... kelakar habis,

salam tok sheikh, teman dah lama sangat tak datang telok intan, dulu teman sekolah kat batu lapan (semesti namanye), nanti teman nak singgahlah... nak tgk jugak ape yg dah berubah

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zubli,

Terima kasih kerana sudi singgah kat blog teman. Sori, lambat respon. Uzur.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Sori lambat respon. Tak sihat. Apapun, terima kasih kerana sudi baca tulisan teman yang tak sepertinya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cik Ja,

Imaginasi teman kalau kedapatan keterlaluan, maaf saja. Sori lambat respon.Tak sihat.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Terima kasih beri komen. Dan terima kasih sudi jenguk blog teman yang tak ada nilai yang tinggi. Maklumlah teman nih orang tua yang tak berapa cerdik menulis.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Terima kasih beri komen. Dan terima kasih sudi jenguk blog teman yang tak ada nilai yang tinggi. Maklumlah teman nih orang tua yang tak berapa cerdik menulis.

Gelombang Rakyat berkata...

Sheikh Teluk Intan.

Semoga sihat hendaknya.

Apa terbuku dihati luahkan jer kat Blog mike ni.

Baru ler gumbira semua adanya...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ciklee,

Terima kasih jenguk blog teman. Dengar cerita , Ciklee sedang menanti kelahiran seorang lagi permata hati.

Dan sorilah Ciklee, teman lambat respon. Tak berapa sihat.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Buah Kiwi,

Maaf lambat respon. Terima kasih sudi ziarah kat sini.

Mike tentu Sekolah kat Sekolah Menenggah Sains Teluk Intan kat Batu Lapan. Itu sekolah di antara yang terbaik.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zubli,

Mike ni seorang yang hebat. Teman baru jawab mike punya komen, sekarang mike menjelma. Memang mike hebat yeop. Marilah bawak gang kat sini (mike tahu kan?) kita sembang dan bergumbira. Teman sayang mike

Gelombang Rakyat berkata...

InsyaAllah kita bersama lagi...