Ahad, 18 Januari 2009

Meto Betoi Teman Dengan Si Nizar Nih !!!!!

Betul-betul teman meto pada Ir Nizar, Menteri Besar Perak yang membuat Raja Muda Perak sebak mengingatkan orang-orang China diberi hak kekal atas tanah yang mereka duduki di penempatan yang dinamakan Kg Baru.Penempatan orang China di Kg Baru yang terdapat di Perak mempunyai sejarah yang lama.

Oleh kerana teman pun terlalu sebak, teman tak mahu nak hurai panjang-panjang sejarah penempatan semula orang-orang China yang melebihi 400 ribu orang di 440 buah Kg Baru pada pertengahan tahun 1950 di bawah Rancangan Briggs yang diketuai oleh mangkuk ayun yang bernama Henry Gurney.

Memang Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu Negeri-negeri Bersekutu,yang disebut sebagai Mesyuarat Durbar buat pertama kali diadakan di Istana Bukit Chandan. Di majlis Durbar itu kesemua Raja-raja Melayu yang berada di bawah Negeri-negeri Bersekutu hadir. Turut hadir beberapa ekor wakil penjajah dan Frank Swettenham adalah pengerusi mesyuarat.

Cuma teman nak berkisah sedikit tentang Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu pada suatu ketika dulu kerana ianya ada kaitan dengan kesebakan Raja Muda Perak sekarang!

Setiap kali Raja-raja Melayu naik angin satu badan terhadap Residen (penasihat) mereka atau yang berkaitan dengan isu lain, Sir Frank Swettenham akan buat jenaka. Akhirnya Raja-raja Melayu ketawa pecah perut dan lupa pada isu yang menyebabkan darah mereka naik atas kepala. Kalau Raja Muda Perak sekarang ada semasa itu, mungkin dia tak ketawa tapi teramat rungsing dengan gelagat Raja-raja Melayu!!!


Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bila rancangan Briggs diperkenalkan pada pertengahan tahun 1950, memang Raja-raja Melayu menentang penubuhan Kg baru untuk orang China. Sejarah ini, Raja Muda Perak sekarang telah sentuh sedikit dalam ucapannya baru-baru ini.

Memang, Raja-raja marah. Tapi teman tak tahu samada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu waktu itu selincah Frank Swetenham yang boleh buat jenaka sampai Raja-raja Melayu bergelak sakan sehingga lupa. Mungkin bekas pensyarah teman Prof Dr Khoo Kay Kim(Org Kg), boleh ceritakan.

Apabila Raja Muda sebak dengan tindakan Ir Nizar, teman pun turut sebak samalah!!!

Hari ini,kedengaran pula beberapa ekor pemimpin UMNO di peringkat Pusat dan negeri, mendesak Ir Nizar letak jawatan kerana tindakannya menyebabkan Raja Muda Perak dan teman anak jati Perak,turut sebak.Huh huh huh (teman menangis nih!)

Banyak sangat kesalahan Ir Nizar nih! yang membuat teman menangis!!!!!!!

Bukankah keluarga Nizar yang mengadakan perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 yang memberi ruang kepada Inggeris menjajah Perak melalui Residen pertamanya yang mati dibunuh di Pasir Salak? Raja Muda Perak tentu lebih sebak bila teringatkan Perjanjian Pangkor ini. Teman pula tak henti-henti menangis.

Tengok ni airmata teman sedang menitik!!!! Siapa nak lapkan airmata teman?

Bukankah keluarga Ir Nizar yang telah memajakkan dan menjual Pulau Pinang kepada mangkuk ayun ,Francis Light dengan ganjaran setahun 6,000 peso (duit Sepanyol), yang akhirnya membuka ruang penjajahan Inggeris ke atas Pulau Pinang?

Bukankah keluarga Ir Nizar yang mengadakan perjanjian dengan Inggeris di Negeri Sembilan sebagai ganjaran atas kebaikan penjajah Inggeris menaikkan keluarganya sebagai Yang di Pertua Negeri Sembilan?

Bukankah keluarga Ir Nizar yang menandatangani Perjanjian dengan Stamford Raffles untuk menjajah Singapura sebagai ganjaran menundukkan saudaranya yang berebut nak menjadi Raja di Johor?

Cis banyak sungguh kesalahan dan kebodohan keluarga Ir Nizar terhadap keturunan yang dikatakan berasal dari keturunan Raja Zulkarnian yang memerintah di atas angin dan air.

Sepatutnya Ir Nizar jangan sesekali membuat Raja Muda Perak sekarang sebak. Besar sungguh peranan raja-raja Melayu. Jasa mereka tak terhitung dengan jari di tangan. Contohnya seperti berikut:-

Bukankah Raja-raja Melayu yang mula menentang penjajahan Inggeris?

Bukankah Raja-raja Melayu bangun menentang 'Malayan Union'?

Bukankah Raja Melayu semasa Jepun menjajah tanah Melayu, mereka masuk hutan menentang penjajahan Jepun?

Bukankah Raja-raja Melayu yang menentang 'jus soli'(bukan chili sos)?

Bukankah Raja-raja Melayu yang begitu konsisten mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan?

Bukankah Raja-raja Melayu yang memperjuangkan supaya ditegakkan syariat Allah di bumi Malaya ini?

Bukankah Raja-Raja Melayu sanggup ke depan di medan jihad untuk memperjuangkan hak umat Islam yang tertindas di atas muka bumi ini?

Bukankah Raja-Raja Melayu kehidupan mereka teramat zuhud seperti Saidina Omar Abdul Aziz?

Ah, banyak lagi pengorbanan dan kehebatan perjuangan Raja-Raja Melayu!!!

Oleh kerana itulah teman terlalu sebak dan menangis memikirkan peranan yang gemilang yang telah dan sedang dimainkan oleh Raja-raja Melayu sehingga tak tahu apa yang nak ditulis lagi.

Kawan, biarkanlah teman sebak dan menangis sendiri!!!!

26 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Ape ke ha nye Yeop?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zubli,

Tak ade ape-ape. Maklumlah tulisan orang bodoh. Tapi cuba baca betoi-betoi.Teman dah mual dengan keturunan yang dikatakan berasal dari Raja Zulkarnian.

ISA berkata...

Salam Pak Sheikh,

Sedih ya... bila mengenangkan semua tu, tapi apakan daya, nak komen lebih-lebih pun tak guna...

Teringat saya apabila komen saya berkenaan raja-raja ni kena block oleh sorang blogger tu... alasannya isu sensitif walaupun ianya benar...

Tapi... apa fungsi Raja-Raja ya... saya sedang ketawa dalam tangisan ni... siapa nak lapkan pulak... ha..ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

Salahkah bagi tanah tempat kediaman tu selama-lamanya.. sebelum ni sapa yang bagi.. tanah tu hak Nazrin punya nya yang ia sedih sangat tu..apa yang yang Nizar buat dah betul dah... kita hendaklah berlaku adil kepada semua manusia..sekurang-kurangnya mereka tahu betapa Islam tu adil.. dan hasilnya KT PAS dah menang..

Tanpa Nama berkata...

bagusla..korang sokongla lagi PR tu..jangan pulak menang sorak tapi tanah tergadai dah jadik macam pak pandir...

manjungmmari..ko tak nampak ker pusat snooker tumbuh macam cendawan kat area manjung nie..ko tak kesah pun..tempat yg meruntuhkan akhlak...hasil gabungan PAS,DAP, PK..PAS nak komen apa pulak tentang nie..yg kerajaan negeri perak pulak sibuk nak kunci Tadika KEMAS yg jadik tempat pembelajaran kanak-kanak..nak jadik kan tempat org2 PAS bagi ceramah murahan ker??? ..ooo..lupa pulak..korang nie memang suka golongan-golongan rendah akhlak cam mat rempit, mat-mat snooker join korang..tempat merempit dah ada kat kelantan..kat tempat lain bykkan pusat snooker atau disko pulak ekk..baru golongan2 ni join PR..kui..kui..kui...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama,
kao pulak terpengaruh dengan tipu daya media putar belit BN? Bila masa Nizar arahkah Tadika Kemas dikunci? jangan termakan fitnahlah kawan! Betul kata penulis, keturunan Nizar (ke?) yang menyerahkan Singapure dan Pulau Pinang kepada Inggeris..maka nak marah kat sapa?

Biar rasionallah sikit!

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah seikh Tk Intan, teman kat H.Melintang ni

ALI MAIDIN berkata...

Ha ha ha wajib minum teh sama

dokmat berkata...

Reverse psychology yg hampir sempurna. Cukup cantek. Teman suke! Tahniah Yop!

Tanpa Nama berkata...

MAHI... Saya setuju bebenor ngan tulisan ni kita kena adil dan buka fikiranlah...kalau nak difikirkan dah banyak sangat kita terkorban dek kerana terlampau taat kat raja raja niii..

perfectwater75 berkata...

Salam Yop!

Maaflah teman menayampuk mike...

Benarkah hebat benor Raja-Raja melayu pertahan syariat Islam..tengok la rupe bini raja muda perak yang kamu banggekan tu...Anggun betui rambutnya dipamerkan kepada umum...mungkin untuk raja2 ada hukumnya yang dilonggarkan syariat...maklumlah ketua agama Islam negeri...

Mana ada ketuanan Melayu dalam Islam, yang ada dan wajib ditegakkan ialah Ketuanan dan kedaulatan Islam...

apalah nak jadi, sikit2 melayu,sikit2 melayu yang diperjuangkan itupun selepas BN kalah di 5 negeri..

Mungkin sheikh ada hadis sahih yang mewajibkan jihad untuk memastikan ketuanan melayu ditegakkan di Malaysia...kalau ada teman akan tarik balik komen teman ni...tetapi kalau takde teman rasa mike berentilah tulis blog bab melayu dan raja2nya yang 'berdaulat' tu...tulislah bab lain yang lebih membuka minda dan hati...

Kerajaan PR Perak memerintah tak sampai setahun dah kita nak tengok kejayaan sedangkan kerajaan BN yang memerintah puluhan tahun langsung kita tak semak kegagalannya...

maaf kalau terkasar...anyway thx dan
Salam Ziarah....

Tanpa Nama berkata...

Saya tanpa nama 2.
Pak Sheikh gelihati teman bace posting mike ni. Makasih.
Perfectwater ni tak perfect lagi penerimaan satira blog ini. Terus berusaha.

Harimau-Menaip berkata...

Salam Tuan.

Tepat kena muka. Sakit woo..

Tanpa Nama berkata...

teman tak tau nak kata aper yeop oooi... cuma yang teman tau ler.... deme-deme nie yang buat Raja Muda Perak murka.... memang le keturunan "Dato' Sagor"....

"Dato' Sagor" nie dulunya bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat marhaen... tapi kepentingan kuasa dan cukai serta hamba yang dipunyai olehnya dari dirampas oleh JWW Birch..

Ikut sejarah betoinye... "Dato' Sagor" nie... bukannya pahlawan... tapi cendawan jer...

Same ler dengan deme-deme yang bagi Raja Muda Perak murka...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Hari ni kerja teman respon terhadap semua komentar.

Terlebih dahulu teman ucap tahniah kerana blog mike semakin dapat sambutan.

Teman tulis entry ini kerana dah tak tahan dengan kerenah keturunan yang dikatakan berasal dari Raja Zulkarnian. Nanti teman nak tanya puak nih, sebagai Ketua Agama bagi negeri-negeri pernah tak mereka jadi imam dan baca khutbah jumaat.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Manjungmari,

Terima kasih sudi ziarah.

Teman setuju pendapat mike.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa nama (1)

Maki hamunlah semahunya PR. Mike punya hak demokratik kat sini. Gua respect sama lu. Lu punya otak sangat cerdik. Susah nak cari dah orang seperti lu. Maklumlah spesis yang hampir pupus.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama (2)

Terima kasih tolong teman jawab spesis tanpa nama (1) yang hampir pupus.

Dan terima kasih kerana`sudi jenguk kat sini. Sori lambat respon. Teman sekarang tak berapa sihat.

sheikh teluk intan berkata...

Salam PakKaramu,

Terima kasih sudi ziarah. Teman pun dah ziarah blog mike. Mike Tok guru ghopenya. Nanti kalau teman balik Teluk Intan, kita boleh jumpa.

sheikh teluk intan berkata...

Salam LensaPR,

Suka hati teman tengok mike ziarah sini. Lama kita tak jumpa. Nanti kalau teman ada masa ,kita minum teh di bawah pejabat mike.

sheikh teluk intan berkata...

Salam dokmat,

Terima kasih kerana sudi ziarah.

Ada orang tak faham tulisan teman. Tapi mike jenis cerdik. Tahniah dari teman kerana memahami pendekatan dan kandungan tulisan teman.

Terima kasih sekali lagi dan mohon maaf kerana lambat respon kerana orang tua banyak sakitnya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam perfectwater75,

Terima kasih kerana ziarah kat sini dan beri komen.

Mungkin teman terlalu bodoh sehingga tak pandai membuat orang cerdik boleh memahami maksud yang tersurat dan tersirat lewat tulisan teman.

Maafkan teman wahai anak muda kerana teman mungkin dah semakin bangang.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Harimau-Menaib,

Terima kasih kerana sudi lagi ziarah kat sini. Suka teman dengan komen mike yang mudah difahami. Mata teman baru berpinau macam mana nak jawab komen perfectwater75 seperti di atas.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cencurut,

Terima kasih kerana sudi ziarah.

Terima kasih kerana beri komen. Ada yang teman faham tapi mungkin teman jenis benak sehingga tak faham samada ada mike mengutuk Ramli Ngah Talib,bekas Menteri Besar Perak yang merupakan cicit piut Tok Sago.

Tanpa Nama berkata...

ayat teman berkias yeop ooi... mike jangan penin kepala.... senang ajer nak paham...

Tanpa Nama berkata...

Salam, orang2 cina dulu, sekarang ni sedang 'bersyukur' kerana doa mereka di'makbolkan' oleh orang melayu untok anak cicit mereka jadi Msia sebagai negara 'china-2'.
Usaha moyang2 mereka sudah menjadi kenyataan.

melor