Jumaat, 26 Disember 2008

Resepi Masakan Daging Rendang Buat...........

Semakin jarang teman mengemaskini blog teman. Sudah ditakdirkan sebulan dua ini,keadaan kesihatan teman semakin memburuk. Apapun, syukur kepada Allah kerana teman masih hidup. Masih dapat teman menghirup udara pagi yang nyaman.Masih dapat teman bersolat dan beribadat seadanya. Masih ada kesempatan membaca buku. Masih ada kesempatan untuk lakukan banyak perkara.Sesungguhnya kesemua ini adalah nikmat tuhan yang tak patut sungguh teman dustakan.

Hari ini teman tak mahu sentuh tentang politik. Kalaulah teman tak dapat elakkan, maaf sajalah.

Kawan-kawan sekalian, teman hari ini hendak menulis resepi masakan rendang daging. Betul, teman tak seloroh. Teman sarius nih!!! Bukanlah teman pakar memasak. Tapi isteri teman selalu cakap, banyak restoran boleh tutup kalau teman berniaga makanan. Dan kata isteri teman lagi, bakat memasak teman boleh mengalahkah Chef Wan.

Entahlah, teman tak tahu apakah cakap isteri teman ikhlas 100% atau sengaja nak perangkap teman supaya sentiasa berkincak di dapur menyediakan masakan untuk seisi keluarga dan dia boleh berkincak di pejabatnya dari siang sampai ke malam! Hanya tuhan saja yang tahu.

Baca betul-betul resepi yang akan teman tulis seperti di bawah ini.Ini amaran keras teman.Betoi!!!!!

Resepi Masakan Rendang Daging
Ramuan Yang Perlu disediakan ada seperti berikut:-
1 Kilo Daging.
25 tangkai cili kering
20 biji Bawang kecil
4 biji biji bawah putih.
secamca jintan manis
satu sudu camca lada hitam
Dua biji kelapa untuk dijadikan santan.
4 sudu besar Kerisik Kelapa
4 batang serai
1 inci langkuas
1 setengah inci halia.
5 biji ketumbar
Sehelai dua daun kunyit.


Cara Memasaknya adalah seperti berikut:-

Kesemua ramuan melainkan daun kunyit, santan kelapa dan kerisik kelapa hendaklah di kisar dengan mengunakan mesyin blender atau kalau terlebih rajin boleh digiling dengan ibu dan anak batu pengiling.

Sebuah kuali yang agak sederhana saiznya hendaklah diletakkan di atas dapor gas yang apinya juga hendaklah dalam keadaan sederhana.Kalau hendak letak minyak kelapa sawit atau kelapa, letaklah sikit saja. Kemudian masukkan ramuan yang sudah dikisar yang dicampur sedikit air secukupnya ke dalam kuali..

Sambil menyanyi lagu negaraku(tapi kena berdiri tegak), kacaulah perlahan-lahan ramuan tersebut perlahan-lahan. Jangan pula guna tangan untuk mengacau, nanti kalau lerai isi tangan ,teman tak mahu bertanggungjawab. Teman syorkan gunakan sudip yang bersaiz sederhana.

Lepas itu masukkan daging yang telah siap dipotong dan dibasuh sebersih-bersihnya ke dalam kuali. Selepas agak daging empuk, masukkan santan, garam dan air asam jawa secukup rasa. Dan bila anda telah berpuas hati maka sambil menyanyi lagu 'Malaysia Telah Berjaya', tuangkan kerisik kelapa ke dalam kuali. Jangan lupa kacau apa saja yang terdapat dalam kuali sehingga sebati.

Kemudian sambil menyanyi lagu 'Ayahku Kawin Lagi', masukkan daun kunyit dan kacau lagu apa yang ada dalam kuali sehingga anda berpendapat bahawa masakkan anda sudah siap untuk dihidangkan.

Sekian resepi masakan daging rendang. Hingga jumpa lagi dalam lain siaran....Auuuuuuuuu!!!!!

Oh yeh, teman hampir terlupa . Teman lupa nak sebut jenis daging apa yang sesuai untuk resepi tadi. Oleh itu teman dengan rasa dukacitanya menyatakan bahawasanya ianya ada daging babi!!!!!.Sejenis binatang yang amat ditakuti oleh pejuang dan pemuja gagasan ' Ketuanan Melayu'.

Sesungguhnya udah penat otak teman memikirkan makanan yang sesuai untuk makanan hamba tuhan yang sentiasa mempermainkan syariat tuhan, termasuk hukum hudud. Pikir punya pikir teman rasa resepi masakan rendang babi ini sesuai bagi mana-mana individu yang yang telah dan akan terus memperlekeh hukum hudud yang telah disyariatkan oleh Allah. Walaupun terdapat dikalangan mereka yang rajin melakukan ibadat umrah, tapi kalau dari pagi hingga ke malam memperlekeh hukum hudud dan syariat Islam yang lain, maka iman mereka boleh terbatal. Dan bila iman terbatal, maka masakan rendang daging babi ini tidak menjadi masalah buat mereka tibai sampai kojol.

Walaubagaimanapun sebagai seorang insan yang masih kasih pada orang yang seagama dan sebangsa, teman menyeru supaya jangan sekali ada di kalangan kita yang memperlekeh dan mempermainkan hukum hudud samada melalui perkataan atau tindakan yang jelas.

Dan seperkara lagi, jangan sesiapa pun yang cuba hendak memperkecilkan perjuangan Parti Pas yang sejak dari dulu hingga kini terus beriltizam untuk menegakkan syariat Allah, termasuk hudud di bumi Malaya ini. Kalaulah terdapat di kalangan puak belah sana yang sudah terlanjur ,maka segeralah bertaubat nasuha.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

15 ulasan:

kak ja berkata...

Salam Sheikh,
Amat gumbira rasanya bila dpt membaca tulisan Sheikh lagi.. Rupa2nya selama ini Sheikh sakit lagi.. Semoga Sheikh akan segera sembuh dan dpt meneruskan perjuangan dan segala projek yg selama ini mungkin asyik tertangguh atau tergendala..

Sheikh, saya ingin bertanya, utk resipi ini, boleh tak daging babi digantikan dgn daging biawak (sesuai utk yg berlidah cabang) ataupun daging ular sawa yg sesuai pulak dgn yg asyik duduk berlengkar tak payah bekerja sbb dah kenyang makan (rasuah)?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cik Ja,

Orang yang lidah bercabang adalah satu ciri munafik. Kita tak boleh putuskan sesorang itu munafik atau tidak. Oleh itu berikan daging ayam utk org seperti ini.

Buat orag kaki rasuah, dosanya adalah lebih berat dari mentadarah rendang daging ular sawa.Walaubagaimanapun, rasuah tidak membatalkan iman. Tetapi kalau orang tersebut menyatakan, Islam menghalalkan rasuah, maka orang itu telah terbatal imannya. Bila ini berlaku, Cik ja boleh buatkan rendang ular sawa untuknya. Tapi Cik Ja, kena dakwah dia dulu sebelum beri dia makan rendang ular sawa.

Cik Ja, jangan tanya soalan yang memeningkan kepala saya untuk saya jawab.Cik Ja tahu saya sakitkan?. Tambahan pula saya bukan ulamak.

Apapun, tahniah kerana cekap mengesan entry baru saya ari ini.Dan terima kasih kerana mengunjungi blog org tua yang hina dina ini.

A Mum Of Three Mohd berkata...

Apa kata kita buat rendang daging campor sebab deme tu lakunya bermacam-macam.

Nak buat satu-satu....mau tumpor. So buat rendang daging campor bior deme melantak sampai tak mahu.

Ade market rendang ni pak Sheikh!!!

jane berkata...

salam ziarah...
salam kenalan dari saya!

ISA berkata...

Salam Pak Sheikh,

Lama-lama sekali baru timbul yea...
sekali timbul habis di sapu bersih...

Ingat lagi pada aimancrs, sekarang saya dah berblog dan pak sheikh menjadi idol saya untuk blogging.

Maaf, tanpa izin menu rendang tu saya dah link ke blog saya http://ikutsukaakuisa.blogspot.com dibawah tajuk Menu Rendang Hudud.

Semoga kesihatan Pak Sheikh bertambah baik hendaknya...

Wassalam.

sheikh teluk intan berkata...

Salam A Mum Of Three Mohd,

Yong terima kasih sudi ziarah blog teman yang serba koman. Teman sebelum tu, dah ziarah blog yong. Memang 'you are a great mum' Banyak yang teman belajor dari posting yong. Kalau semua muslimah kat Perak seperti Yong, dah lama tumpo spesis UMNO/BN.

Mengenai cadangan yong untuk campor ketiga jenis daging,teman sesungguhnya sokong benor.Tapi teman masih berharap benor-benor spesis UMNO yang semakin pupus agar tidak memperlekehkan syariat Allah.

Yong, teruskan berblogging.Teman suka bebenor.Takbir!!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam A Mum Of Three Mohd,

Yong terima kasih sudi ziarah blog teman yang serba koman. Teman sebelum tu, dah ziarah blog yong. Memang 'you are a great mum' Banyak yang teman belajor dari posting yong. Kalau semua muslimah kat Perak seperti Yong, dah lama tumpo spesis UMNO/BN.

Mengenai cadangan yong untuk campor ketiga jenis daging,teman sesungguhnya sokong benor.Tapi teman masih berharap benor-benor spesis UMNO yang semakin pupus agar tidak memperlekehkan syariat Allah.

Yong, teruskan berblogging.Teman suka bebenor.Takbir!!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cikgu Jane,

Terima kasih kerana sudi ziarah kat sini. Teman pun dah ziarah blog cikgu. Bagus kandungannya.

Salam Cikgu, nanti jumpa lagi.

sheikh teluk intan berkata...

Salam ISA,

Teman tak pernah lupa aimancrs. Selalu juga teman ziarah blog aiman.Kalau aiman tengok senarai blogrol kat bawah blog teman, telah teman masukkan add blog aiman.

Memang teman sejak kebelakangan ini dah jarang timbul. Bila teman sakit terasa malas nak tulis. Semoga Allah berikan, teman kekuatan untuk rajin menulis.

Aimancrs, linkkan atau salin dan tampal mana-mana posting teman yang dihajati, teman tak ada halangan.

Akhirkata, teruskan berblogging dan terima kerana berdoa agar teman sihat.

abdrahim kassim berkata...

Yoep,
Terima kasih kerana mengikuti blog teman. Ngapa meka tak buat resepi rendang tok. Itu kan ke resepi orang Perak?..... Kalau meka bukak kedai makan pun elok jugak. Nanti kalao teman balik Utan Melentang boleh le teman singgah.

Leenoh berkata...

Saya memang suka dan amat suka rendang tok tapi setelah diri sendiri jadi tok wan, dah tak berani makan banyak lagi.

Pandai jugak dia masak noo, Leenoh kalau masak sayur sawi bolehlah, yang lain tu tak pandai, sikit-sikit ada la.

Apapun makanlah sehingga hilang lapar. bila hilang lapar kenalah berhenti. Itu pesanan Nabi bukan pesanan Leenoh.

Wassalam.

Gelombang Rakyat berkata...

Hai senangnya dalam hati
Mike dah follow teman
Seperti a duniya hai ana yang punyia...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Rahim,

Teman ucap terima kasih kerana sudi ziarah blog teman. Lama kita tak berjumpa. Mungkin yeop tak perasan teman. Tapi mike, tetap di hati teman.

Terus terang teman cakap, walaupun teman orang perak, teman tak pandai masak rendang tok.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Leenoh,

Maaflah kerana lambat respon. Teman jarang buka blog sendiri. Teman lebih suka merayau ke blog orang lain.

Apapun, terima kasih kerana sudi ziarah kat sini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zubli,

Teman tiap hari singgah blog mike. Mike punya tulisan semuanya teman suka. Maklumlah mike ada degree master dalam mass communication.Sangguplah teman menjadi pengikut mike yang setia.

Dulu teman ingat mike penyokong BN,maklumlah orang meniaga. Ghopenya, mike menampakkan kecenderungan yang ketara menyokong pakatan rakyat.Seorang yang ada nama agak besar dalam dunia korporat dan penulisan sanggup menampilkan nama sendiri demi menegakkan keadilan.

Teman sayang mike, zubli!!!!