Selasa, 18 November 2008

Bang Dollah, Mari Sini Dengar Pendapat Teman !!!!

Assalamualaikum Ya Bang Dollah,

Bang Dollah, dah lama teman, adik tiri abang tak berbicara dengan abang lewat blog ini.Bukannya teman melupakan Bang Dollah. Mana boleh lupa, bang. Abang Dollah bukankah PM Malaya masa kini?

Memang ada masa dan ketikanya, teman marah pada abang. Di peringkat tertentu, kemarahan terhadap Bang Dollah amat meluap-luap. Tolong jangan marah Bang Dollah kerana pernah dalam imaginasi teman, Bang Dollah hampir separuh nyawa teman hadiahkan penerajang dekat kepala dan perut.

Ingat bang, sepak terajang cuma berlaku dalam imaginasi teman. Jangan pulak Bang Dollah menggatai buat repot pada anak ulamak tajwid , Tok Ketua Pasukan Polis Malaya atas kesalahan teman berimaginasi!!!

Dengar sini bang, ketika Bang Dollah mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO, teman tak tahu samada teman nak bertepuk tangan atau memaksa airmata supaya mengalir di pipi.Teman konpius.

Ramai dari puak UMNO yang berkata, keputusan Bang Dollah itu menandakan bahawa abang berjiwa besar. Manakala Bang Dollah pulak memberi beberapa alasan mengapa tidak mahu mempertahankan jawatan tersebut. Di antaranya, Bang Dollah mengambil tanggungjawab atas kekalahan besar BN dalam PRU yang lepas. Juga Bang Dollah menafikan sekeras-kerasnya bahawa tiada tekanan dari mana-mana pihak dalam UMNO yang memaksa abang berundur dari menjadi Kapten kapal UMNO yang hampir tenggelam.

Wahai Bang Dollah, teman bukannya ahli firasat seperti ayah kepada Syed Pencari Hantu. Teman hanya insan biasa. Tapi bang, teman ada belajar sedikit ilmu bahasa badan. Dengan ilmu yang sedikit itu dapat teman simpulkan iaitu walau setenang mana wajah dan meleret panjang senyuman manis Bang Dollah selepas pengumuman untuk tidak akan mempertahan jawatan, jiwa abang merintih pilu. Kelebihan abang yang amat teman puji ialah rintihan jiwa itu , tidak terpancar di wajah Bang Dollah. Abang dengan penuh gaya menyembunyikan rintihan jiwa dekat hidung abang yang mancung itu!!

Sorilah bang, teman akan merapu agak panjang kali ini. Tujuan teman kali ini sebenarnya adalah untuk memberi pendapat dan cadangan. Abang punya pasallah samada nak dengar atau memekakkan telinga.

Begini bang: selepas campur dan tolak, teman berpendapat adalah wajar Bang Dollah menarik balik pengumuman untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan PM Malaya.

Abang dengar tak cakap teman? Tentu Bang Dollah boleh mendengar kerana teman lafazkan 'loud and clear'. Jadi, tak perlu teman lafazkan sekali lagi.

Teman tahu Bang Dollah tak sanggup menarik balik pengumuman itu. Ianya akan mendatangkan kemaluan pada abang. Oklah Bang Dollah , sebesar mana kemaluan abang , janganlah dikisahkan sangat. Yang pentingnya abang boleh melihat sejauh mana kesetiaan Tok Najib.com terhadap abang. Kalau dia betul-betul setia, dia akan menarik diri dari memegang jawatan Presiden UMNO yang telah dimenanginya tanpa bertanding dan menyerahkan semula pada Bang Dollah.

Sekiranya kesetiaan Tok Najib.com adalah umpama plastik tentu Bang Dollah tahu macam mana nak membunuh karier politiknya. Teman tahu Bang Dollah bukannya 100% bangang. Kalau Bang Dollah 100% bangang tentu sekarang abang tidak akan berada di kerusi PM Malaya. Jadi tak perlu teman tunjukkan langkah yang jitu untuk mencantas secara total Tok Najib.com.

Mungkin Bang Dollah tertanya-tanya mengapa teman mengemukakan pendapat teman yang paling jitu untuk tahun 2008 ini. Baiklah, teman terangkan sebabnya.

Pertamanya, teman tak mahu Bang Dollah menyesal menyerahkan jawatan Presiden sebuah parti yang hampir hancus kepada Tok Najib.com yang disokong oleh Dr Mahathir. Sedikit sebanyak, Tok Najib.com terpengaruh dengan ideologi politik 'mahathirism' yang lebih merbahaya dari penyakit gilababi.

Bukannya Bang Dollah tak dengar, Dr Mahathir selalu menyatakan sesalannya kerana menyerahkan jawatan PM kepada Bang Dollah pada tahun 2003 dulu. Teman tak mahu bila Bang Dollah sudah hilang kuasa, abang akan ambil alih tugas Dr Mahathir , iaitu merungut 24 jam setiap hari menyesali keputusan menyerahkan kuasa kepada timbalan abang sekarang, si Najib.com.

Keduanya, teman tak berkenan sungguh pada Tok Najib.com. Banyak sangat cerita negatif tentang anak Tun Razak nih. Teman tak nak tuduh Tok Najib.com sebagai ahli politik yang paling terkotor kerana keperibadian dan perskandalannya dalam banyak isu di alam maya ini. Ini adalah kerana teman sendiri pun tak ada bukti yang kukuh mengenainya.

Teman juga pernah mendengar, isteri Tok Najib.com yang sering dilabelkan sebagai 'Mama Busat' akan lebih berkuasa dari suaminya. Bang, kalau betul ianya berlaku , negara kita akan jatuh bangkrap. Tentu abang faham maksud teman. Dan lebih dari itu, teman menganggap Tok Najib.com suami yang DAYUS kerana membiarkan 'Mama Busat' menyerahkan pipinya di cium oleh seekor dua hero filem hindustan tak lama dulu. Bang, dengar sini!!! TAK LAYAK LELAKI DAYUS SEPERTI TOK NAJIB.COM MENJADI PM MALAYA!!!

Ketiga, teman boleh bersetuju sedikit dengan pandangan Teresa Kok, Exco kerajaan Negeri Selangor dalam wawancara dengan Harakah keluaran terbaru, bahawa Bang Dollah kelihatan jujur dan baik tetapi yang menjadikan Bang Dollah seperti PM bangang adalah kerana terlalu percayakan para penasihat seperti V.C Sekolah Atas Utara Malaysia (mencik teman nak sebut namanya) dan penasihat agung Bang Dollah , si mangkuk ayun @ menantu Bang Dollah sendiri yang bernama Khairy Jamaluddin.

Bang, masih belum terlambat untuk mencari penasihat-penasihat yang pro dan tak pentingkan diri sendiri. Bang Dollah boleh gunakan khidmat mereka untuk betulkan keadaan. Masih belum terlewat, bang. Kalau perlu ambil teman sebagai tuan penasihat. Tambahan pula teman dah tak ada korje!!!

Keempatnya, teman cukup bahagia sekali di zaman pemerintahan Bang Dollah, pembangkang telah memperolehi 5 buah negeri dalam PRU yang lepas. Ini tak pernah berlaku di zaman pemerintahan 4 Perdana Menteri yang terdahulu.

Oleh kerana itulah , teman mahu Bang Dollah terus menjadi PM sehingga kesemua negeri di Malaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dan kalau ini berlaku, ianya bukan kerana Bang Dollah lemah. Bahkan kuat keyakinan teman bahawa Bang Dollah sengaja mahu membuktikan bahawa ruang demokrasi terbuka dengan luas di negara yang kita cintai ini. Dan percayalah cakap teman, akan tercatat dengan tinta emas dalam lembaran sejarah, bahawa Bang Dollah adalah ketua kepada ketua reformasi seMalaya. Akan teman anugerahkan Nobel Faizal Tehrani kepada Bang Dollah nanti!!!

Bang, teman dah litak (letih) memberi pendapat dan cadangan. Samada Bang Dollah mahu terima atau tolak, itu abang punya hal. Teman dah tunaikan tanggungjawab sebagai adik tiri.

Atau apa kata kalau teman beri cadangan terakhir yang bernilai trillion rupiah iaitu Bang Dollah pujuk dengan romantisnya kesemua pengikut setia untuk berpakat dengan Ketua de facto Pakatan Rakyat , iaitu Brother Anwar Ibrahim supaya dapat dibentuk sebuah kerajaan baru untuk menggantikan Kerajaan Barisan Nasional yang semakin dibenci oleh rakyat.

Kalau kena gayanya Bang Dollah akan kekal untuk setahun dua sebagai PM Malaya. Masa tu, Tok Najib.com akan menggelupur separuh nyawa kerana kempunan tak dapat jadi PM. Dan percayalah Bang Dollah, Tok Najib.com akan jadi Ketua Pembangkang tahap glokal yang paling malang dan bangang dalam sejarah politik kerana tak mampu berhujah dengan fasih seperti ahli parlimen Pakatan Rakyat terutama Bro Anwar Ibrahim, musuh tradisinya.

Cantik tak pendapat dan cadangan teman seperti di atas wahai Bang Dollah, abang tiriku?

2 ulasan:

kak ja berkata...

Salam Sheikh,
Saya TERAMAT sukakan entry ni.. seakan terasa 'kasih syg' tak berbelah-bagi Sheikh pd abg tiri Sheikh tu.. Dan sgtlah ketara cinta Sheikh pd bumi Malaya ni..

Teruskan menulis, Sheikh!!

~PakKaramu~ berkata...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Salam Tuan Srikh, alahai kita ni sebelah kampung je, tak ke Ipoh kita 22 haribulan nih