Ahad, 2 Disember 2007

Bang Dollah Jangan Nak Marah :Jawab Sahaja Tuduhan Hindraf

Hari ini teman terbaca dalam utusan Malaysia Online tentang betapa marahnya PM Malaya , Bang Dollah pada Hindraf . Masakan bang dollah tak marah , kalau Hindraf membuat tuduhan bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO sedang mengamalkan perbuatan terkutuk iaitu pembersihan etnik. Kemarahan bang dollah juga disebabkan gerombolan Hindraf bukan setakat turun dijalan raya tanpa permit, bahkan telah menghantar puluhan salinan memorandum kepada Kerajaan Britain, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan luar dan dalam negara dan beberapa buah negara-negara lain.

Bang dollah juga menegaskan, Malaya ada undang-undang yang perlu dipatuhi dan gerombolan Hindraf akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Beginilah bang dollah, teman pun dalam beberapa hal berkaitan dengan gerombolan Hindraf ini, tidak bersetuju dengan beberapa tuduhan/tuntutan Hindraf yang tak masuk akal . Kalau ikutkan hati dan fikiran teman yang tak terkawal , bukan setakat teman akan bersama abang dolah untuk menceceh dan marah-marah, bahkan teman sanggup merayu kepada ADUN Barisan Nasional kawasan Paloh,Kelantan , si Norzula Mat Diah untuk menendang dan menumbuk kesemua pemimpin Hindraf yang menuduh kerajaan BN dengan beberapa tuduhan yang boleh dikatogerikan sebagai gila babi.

Tapi sebagai Imam agama Islam Hadhari yang dikatakan ajaran terlengkap dan diredai oleh Presiden Bush , abang dollah sepatutnya menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi. Tak boleh marah-marah. Rasa marah selalunya tidak dapat menyelesaikan banyak masalah. Bahkan boleh mengusutkan lagi keadaan.

Kalaulah betul kerajaan BN di bawah kepimpinan Bang dollah, tidak berdosa sebesar habuk pun kepada orang India beragama HINDU , maka jawab dengan berani dan jujur kesemua 18 tuntutan/tuduhan Hindraf dengan segera. Rujuk disini untuk membaca 18 tuntutan Hindraf http://www.mymassa.com/news/117/ARTICLE/1164/2007-11-15.html.

Jawab! bang dollah , jangan tahu nak marah saja.

Tiada ulasan: