Khamis, 4 Ogos 2011

Jenaka Ramadhan: Jangan Ambil Sarious.


Seorang pendengar Radio Sempoi FM sedang tergesa-gesa menelefon DJ tersebut di konti radio..

Pendengar : Hello radio sempoi fm ke tu?

Penyiar : iye ye..betul..dengan siapa sy berckp ni?

Pendengar : Saya Jep dari Kg Laut, boleh request tak ?

Penyiar : Ya..Boleh...Boleh.. Encik Jep mahu request apa 2?

Pendengar : Blh ke tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar sgt nih...

Nota: N3 ini diambil dari kawan di FB: Tsunami Hijau

10 ulasan:

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam tuan Sheikh,
Seronok hati saya kerana tuan aktif semula. Ramadhan karim, kullu 'am wa antum bi khair.

al-brangi Online berkata...

salam akhi

nanti jais dtg serbu konti tu

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikummus'salam Dr,

Terima kasih kerana Dr sudi singgah sini. Saya sangat berbesar hati. Entri ini saya copy dan paste saja.Dah lama tak update blog. Semoga Dr sihat dan dirahmati Allah . Terima kasih sekali lagi.

Mohamadazhan.com berkata...

hehe.memang terbaik konti tu...

sheikh teluk intan berkata...

Salam akhi al-brangi. N3 ini jenaka saja. Sejak kesakitan semakin menjadi2 saya rasa dah kekurangan 'sense of humour'.

Saya kini lebih suka membaca blog kawan2 dan jarang tinggal komen, termasuk blog akhi.

Semoga bulan Ramadhan ini akan meningkatkan kesabaran saya menanggung ujian Allah ini.

Terima kasih kerana akhi sudi menjenguk disini. Rahmat Allah ke atas akhi dan famili.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mohamadazhan,

Pakcik ucapkan terima kasih kerana sudi singgah sini dan tinggalkan komen.

Memang konti tu terbaik.

Pak Chik selalu baca n3 akhi. Suka Pakcik membacanya . Teruskan berdakwah melalui blog.

Terima kasih sekali lagi anak muda.

Na'im Nikmat berkata...

Salam Pak Sheikh,
Terbaik he3.....

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikummus'salam akhi Na'im Nikmat,

Saja berseloroh untuk hilang kemarahan terhadap permainan politik kotor UMNO/BN.

Apapun terima kasih kerana sudi singgah sini dan selalu beri komen. Pak Sheikh sangat berbesar hati.

Pak sheikh sentiasa membaca setiap n3 terbaharu akhi Na'im.

Terima kasih. Rahmat Allah ke atas Na'im dan famili.

Isa berkata...

Salam Ramadhan Shifu;

Sekali... konti tu pasang azan Subuh... amacam...???

Nak teruskan berpuasa atau macamana...???

hahaha...

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumus'salam Isa,

Komen Isa ini dibuat pada jam 5.11am tadi dan kemudian sibuk menyiapkan nasi goreng dengan Pramugari Isa seperi iklan TV 9 untuk bersahur dan tiba2 konti tu pasang azan subuh, maka wajib berpuasa. Bersahur sunat , puasa wajib.

Eh, macam ustaz. Pak Sheikh buang tabiatlah Isa.