Malam tadi adik ipar teman datang ziarah. Banyak cerita , keluar dari mulutnya. Semua ceritanya teman dengar dengan teliti tanpa menyampuk. Tapi bila dia cerita tentang seorang pegawai kanan di Kementerian Pelajaran Malaysia murtad teman rasa kesal dan marah.
Mengikut ceritanya pegawai kanan ini , telah diarahkan melakukan tugasan ke Sabah. Dipendikkan cerita di Sabah dia telah jatuh hati dengan seorang gadis Khadazan yang beragama Kristian. Dan cintanya berbalas. Gadis tersebut sudi berkahwin dengan pegawai berkenaan dengan syarat pegawai itu meninggalkan Islam dan menganut Ugama kristian. Entah apa yang merasuk kepala otak dan hati pegawai itu, dia bersetuju dengan syarat yang diberi. Maka berkahwinlah kedua mereka.
Bila tugasan di Sabah selesai, pegawai itu balik ke Semenanjung bersama isteri barunya dan dia memberitahu Isteri tuanya , seorang Guru di Puchong , Selangor dan anak-anaknya bahawa dia telah berkahwin lagi satu dan telah bertukar agama.
Isteri tua dan anak-anaknya terkejut. Mereka tidak menyangka seorang suami dan ayah yang selama ini taat beragama, boleh menukar agama dengan begitu mudah dan tak menunjukkan sedikitpun rasa bersalah. Malah berbangga dengan agama dan isteri barunya.
Maka diringkaskan cerita, pegawai kanan itu meninggalkan rumah tetapi cuba mengambil anak-anaknya untuk tinggal dengannya. Tetapi berkat didikan agama anak-anaknya, termasuk yang sedang belajar tahfiz, mereka sepakat untuk tetap kekal bersama ibu mereka. Dan mengikut cerita adik ipar teman, bekas isteri pegawai itu telah membawa kes ini ke pengetahuan Kementerian dan pejabat agama , tetapi belum ada tindakan dibuat. Malah diceritakan, bahawa pihak Kementerian Pelajaran berusaha supaya kes murtad ini tidak diketahui . Entahlah, bolehkah teman percaya bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia cuba menyembunyikan kes murtad salah seorang pegawai kanannya?
Dan adik ipar teman seterusnya bercerita , "sebagai ikthar yang terakhir bekas isteri pegawai berkenaan telah menemui seorang wakil rakyat kawasan itu, memohon bantuan dalam bentuk kewangan untuk menunaikan haji supaya dia boleh berdoa di depan Kaabah agar bekas suaminya insaf dan kembali ke pangkuan jalan".
Sebak hati teman mendengar cerita itu. Dan kesebakkan hati semakin menjadi-jadi, bila adik ipar teman bercerita lagi, bahawa adik kepada isterinya, seorang gadis remaja yang baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma , di salah sebuah cawangan UITM di Perak, turut didakyahkan oleh sekumpulan pelajar perempuan berbangsa Melayu yang lengkap bertudung labuh, supaya datang ke sebuah gereja untuk mendengar ceramah tentang kehebatan ugama kristian.
Sesungguhnya, kes murtad orang Melayu yang banyak diperkatakan oleh Mufti Perak dan orang-orang Islam yang prihatin, bukan kisah dongeng. Ianya benar berlaku. Soalnya mengapa ada orang Melayu/Islam yang sanggup murtad? Jawaban teman secara ringkas, diantaranya adalah seperti berikut:-
1. Pendakyah kristian semakin berani walaupun mereka tahu mendakyah ugama lain kepada penganut ugama Islam adalah melanggar perundangan negara.
2. Terdapat segelinir orang Melayu/Islam begitu mudah terpengaruh dengan ugama kristian kerana agama sesat ini cukup bertoleransi dengan kejahatan dan maksiat. Perkara-perkara yang haram di sisi Islam, menjadi halal di sisi ugama kristian. Amalan ugama kritian adalah semudah memetik hujung jari ditanggan.
3. Mengikut kepercayaan Kristian ,setiap orang yang walaupun dia bapak kepada bapak samseng , dijamin seratus peratus akan terus masuk syurga , asalkan percaya bahawa Jesus anak tuhan, yang diturunkan ke dunia untuk menebus dosa seluruh manusia yang berpunca dari dosa Nabi Adam.
4. Pendakyah kristiani, memancing mengunakan harta dan wang memerangkap umat Islam yang dalam kesempitan hidup , masuk dengan sukarela ke dalam ugama sesat ini.
5. Sikap lunak kerajaan menjadikan tugas mendakyah ugama yang percaya tuhan itu tiga dalam satu amat menyelesakan bagai minum kopi sambil menghisap rokok di waktu petang!
6. Tahap kepedulian umat Melayu/Islam terhadap islam semakin merosot kerana dibuai oleh keseronokan duniawi yang sementara ini.
Dan dikesempatan ini, teman ingin bertanya kepada pihak polis, apa jadi dengan kes Raja Sherin(?) yang pernah ditahan bagi siasatan isu pembatisan remaja Islam di Gereja Jalan Selibin,Ipoh ,Perak tak lama dulu? Dah tak dengar bunyi!
Teman juga tak lupa nak bertanya pada Jakim, dan semua jabatan agama di seluruh negara, adakah gejala murtad yang sedang melanda umat ini, adalah cerita donggeng dan tahyul yang sengaja diperbesarkan dan tidak sepenting menangkap pendakwah Islam yang berceramah tanpa tauliah!?
Jangan marah teman bertanya pada pihak Polis dan pihak yang menjaga urusan agama, kerana teman sejak lahir lagi adalah warga negara Malaysia yang cukup prihatin. Teman percaya, Pak Lah suka rakyat seperti teman , bertanya berkaitan dengan soal agama dan umat Islam kerana dia adalah satu-satunya Imam Besar Islam Hadhari yang tersohor di atas muka bumi ini.
Teman sedang membayangkan Pak Lah cukup gembira dengan pertanyaan teman sehingga dia bertepuk tangan dan bersorak dengan Isteri barunya.
10 ulasan:
Kalau kes pegi Sabah murtad masuk kristian, org melayu suka kaitkan dengan holy water. Org melayu takut habih dengan holy water. Ape la sgt holy water. Kalau power sgt holy water, paderi tuang dalam kolam takungan JPS kat KL ni(kolam yg dah siap la) sure satu KL dah murtad.
dengan penuh rasa hormat dan rendah diri saya ingin menyatakan kepada saudara bahawa kenyataan yang saudara berikan adalah tidak benar..saya tidak pernah mengetahui pun bahawa agama kristian bertoleransi dengan kejahatan dengan maksiat..jangan salah faham wahai saudara..dan tolong jangan memanggil agam kristian itu sesat..saya bukan ingin menentang saudara tetapi ingin mengingatkan saudara bahawa hormatilah agama lain..jika saudara berpendapat begitu sy ingin bertanya kepada saudara berapa dalamkah saudara mengetahui tentang ajaran kristian? apakah perasaan saudara apabila ornag lain menyatakan bahawa agama yg saudara anuti itu sesat? pasti saudara berasa sangat marah bukan? jika saudara tidak memiliki sebarang pengetahuan tentang sesuatu perara tentang agama lain janganlah dengan sesuka hati meyatakan sesuatu yang tidak benar..kerana saya percaya dalam setiap agama meyatakan sesuatu yang tidak benar adalah dosa..
Anonymous, saya baru terbaca komen saudara. Saya dengan rendah hati ingin menyatakan bahawa adalah hak saudara untuk tidak bersetuju dengan pendapat saya.
Sebagai seorang Islam, saya menghormati penganut ugama lain, termasuk kristian. Tapi saya tetap beranggapan bahawa agama kristian adalah agama yang sesat. Agama itu, bukan lagi asli sebagaimana yang di dakwahkan oleh Nabi Isa Al Masih yang dianggap anak tuhan oleh kristian.
Saya berani untuk mengajak saudara bersumpah dengan saya dengan kalimah Allah bahawa agama kristian adalah agama sesat.Kalaulah saya atau saudara salah dalam sumpah yang mengunakan kalimah Allah, maka salah seorang dari kita akan menerima balasan tuhan di dunia lagi.
Sanggupkah saudara menyahut cabaran saya ini atau saudara mahu tunjukkan satu persatu kesesatan agama kristian?
Pilihan terletak pada saudara!
saudara sheikh teluk intan,
Maaf kerana masuk campur, saya sangat kagum dengan cabaran saudara kerana berani bersumpah, dengan kalimah Allah(Islam). Walaubagaimana pun saya sambut cabaran saudara. Jika saudara benar2 mengatakan agama Kristian adalah sesat. Ok, dimana kita boleh betamu saudara bawa Al Quran saya bawa Alkitab. Saya akan berdiri di atas Al Quran saudara tadbir sumpah dan saudara berdiri di atas Alkitab saya pula tadbir sumpah. Kita sama-sama lihat siapa yang sesat.
saya pun bukan nak masuk campur, bagi smua pihak tak kira agama apa sekalipun, kita x boleh melihat dengan mata kasar sahaja. kalau nak komen pasal agama lain haruslah ada bukti. kalau polis dakwa awak atas tuduhan mencuri dengan tiada bukti pun wak marah juga kan... jadi pikir2kan lah..
Assalamualaikum Sheikh Teluk Intan
Apa khabar Sheikh?
Org kristian itu sendri buta pada agama mereka kerana menyokong triniti..masakan tuhan mempunyai anak??menghantar anaknya ke dunia untuk menyelamatkan umat manusia?dan menyalib jesus untuk mengampuni dosa sekalian umah??sepertimana yang kita tahu pada zaman sekarang ini dunia dalam kekacauan, dosa di sana sini..mengapa x tuhan hantar lg anak nya untuk menyelamakan umat??perlukah kita menyalib jesus sekali lg untuk mengampuni dosa semua umat??Saya x perlu besumpah atas nama tuhan sesiapa..tp sy mengkaji semua agama dan semua kita..kalau bisa sy utarakan semua kebengongan didalam bible..xkan cukup untuk sy taip disini..jadi anda perlu kaji agama anda wahai kristian..jgn menoggak pada air yg keruh..
jgn membawa al-quran... Al-quran terlalu suci
Anda bandingkan antara perjanjian lama dan perjanjian baru
Anda baca dengan seksama kedua kitab anda (kristiani)
Assalamualaikum . Bismillah... .. bg sy sheikh.. kt ptt pdakwah scara bhikmah.. itu y dianjurkn oleh Nabi kt.. kt bdakwah spya org tertarik dgn agama kt.. tp mlg bila kt bdakwah.. org jd benci pd agama kt.. itu y kt nk elakkn... maaf saudara kristian.. kmi tidak pernah mperlekehkn agama y kamu anuti skg.. smd zmn Nabi Muhammad S.A.W pun.. bginda mnjadi pmimpin Madinah.. dlm piagam y dlksanakn sbg udg2 madinah.. Nabi Muhammad tidak petnah mghina agama lain y dianuti d Madinah slain islam.... malah bginda mbenarkn agama lain dipraktikkn di Madinah slgmna agama tersebut tidak mgancam agama islam sbg agama rasmi di Madinah.. Malah baginda tidak pernah memaksa pnganut agama lain untuk mmluk agama islam... mreka bebas mgmalkn ajarn agama mreka...
Tp dlm kes murtad ini.. ingin sy jelaskn..kami sebagai saudara seislam.. kmi btgjwb thdp golongn y tlah mnukar agama islam ke agama lain.. krna apa. .. krna kami syg mreka.. kami belas kasihn kpd mreka.. mereka sbg ssudara seagama kami.. kmi tidak ingin mreka brada di jln y tidak diredhai oleh Allah... bgtupun.. sedihnya.. udg2 sekularisme d Malaysia.. mmg tidak akn mmihak kpd kami.. krna apa ... anda sndri pun tahu. X plu sy jelaskn.. dan disebBkn itu . Kmi bgkit utk sedarkn golongn y murtad ini.. spya mereka sedar.. mana y hak.. dan mna y batil.. tp lgsg xbniat untk mhina agama lain. Pndg la dakwah kami sbgmna kaliah myampaikn dkwah agama kalian.. apa pun.. seandainya ada dakwah islam y mhina agama kalian.. itu bukn dianjurkn oleh agama kami.. mskipun ada ayat dlm Alquran y mgtakn kkafiran sesorg.. itu adalah pndekatan y kami anjurkn untk pnganut agama kami sndri.. bukn ntuk mhina anutan sseorg.. Wallahualam..
Apa pun.. kt xplu berbalah dlm soal ini.. hnya mmecahkn perpaduan... sekian..wassalam.. maaf seandainy tlanjur bicara .tsilap kata..
jgn lah Kita berbalah balah pasal agama ni..kita punya pengetahuan bukan tinggi dlm agama ni..di Sabah tdk hairan ada yang murtad sbb di Sabah ni sudah tiada orang yang betul betul di geruni dlm Islam itu sendiri..pernah berlaku di than 70 an dulu..mcm ni lah masing masing mengatakan agama masing masing benar..Apa yang berlaku ,seorang tuan guru di lahad datu telah di bawa berdebat oleh misionaris Kristian,peliknys tuan guru itu tdk setuju utk berdebat membuktikan agama siapa yang lebih benar..sebaliknya tuan guru itu meminta di Bina Satu pondok kecil,kemudian dia mencadangkan misionaris Kristian itu Dan beliau sendiri masuk ke dlm pondok itu.. kemudian pondok itu akan di bakar.. siapa pun yang tdk terbakar hangus dlm pondok itu ,make agama itulah yang benar,masalahnya misionaris Kristian itu tdk berani ikut masuk ke pondok itu..akibatnya dakyah Kristian itu terhenti setakat itu saja di lahad datu..jadi drp berbalah balah pasal agama ni,bagus ikut cara tuan guru tu utk membuktikan agama siapa yang lebih benar..
Catat Ulasan