Komrad 2: Jangan dilayan sangat budak samseng tuh. Dahlah samseng, bodoh pulak tuh. Masa kempen, dia lebih beri masalah pada parti kita . Hujahnya makan diri.
Komrad 3. Betoi jangan dilayan. Bab ceramah , kira ok jugak dia nih . Ada gaya. Tapi hujahnya makan diri. I selalu menanggis memikirkan budak ini.
Komrad 1: Komrad 3, janganlah asyik menangis aje. Pemimpin kena ada sedikit hati batu"
Komrad 3: Maaflah, jiwa i ni halus sikit. Dengau takbir raya yang mendayu pun boleh buat i menanggis, teringatkan ayah yang tiada lagi. Tapi baru-baru ini i dah ugut rakyat yang nak derhaka kat kita atas nama keselamatan negara untuk menahan semua penderhaka hingga ke pinggir Kamunting.
Komrad 2: Nak kata bangang nanti komrad 3 marah. Kenyataan macam itu tak sesuai masa sekarang. Ianya membuat rakyat lebih benci pada gerombolan kita.
Komrad 1: Tak baik ngata komrad 3, dia tu satu atuk sebelah mak I. Ngata dia, macam ngata i. Menyakiti hatinya seperti menyakiti hati i. Faham tak?
Komrad 2: Maafkan i komrad 1. I yang bangang.
Komrad 1: Maaf diterima . Lain kali jangan buat lagi.... Ok balik kepada calun kita kat Bagan Pinang. Bukan Kari saja yang bising tapi ramai gerombolan kita pun nak tahu cepat supaya kesilapan pemilihan calon seperti yang berlaku di Pematang Pasir tak berlaku.
komrad 4 : Betoi kata komrad 1. Kita kena cepat putuskan . Kita mahu menang kali ini. Besor kemaluan kita kalau kalah lagi. Kesemua Pilihan Raya Kecil di Semenanjung kita kalah sejak PRU 2008 . Ingat yer !! Bagan Pinang kubu tradisi kita, tak pernah ada rekod kalah. Kalau kalah bergandalah besor kemaluan kita.
Komrad 5: I setuju. Kita mesti menang majoriti besar kali nih bahh.
Komrad 1: Masalahnya, Bahagian kat sana sebulat suara mahukan , siapa namanya, ahhh.. Mr Isa untuk bertanding kat Bagan Pinang. Tapi rekodnya tak berapa baik.
Komrad 4: Tua kutuk , Mantan ketua komrad 1 , kita dulu pun dah bagi amaran gerombolan kita akan kalah, kalau letak Mr Isa.
Komrad 1: Komrad 4, tolong jangan kata' tua kutuk' kat dia. Dia i punya mentol. Sori silap..dia i punya mentor. Cakap dia betul, boleh diterima samaada oleh orang yang ada mental dan orang yang kurang kementalannya. I pun dah sebut , rekodnya tak berapa baik.
Komrad 2: Kalau tak pilih Mr Isa, akan berlaku sabatoj para gerombolan yang sokong dia. Nanti kalah kita. Mr Isa ada pengaruh dan rekod lama dia dulu, tak jadi hal. Rakyat dah lupa. Kita seperti biasa guna akhbar supaya pembangkang tak guna isu peribadi. Kita minta pembangkang supaya bertarung berdasarkan ajenda membela rakyat kerana suara rakyat adalah suara keramat seperti yang komrad 1 cakap baru-baru ini.
Komrad 1: I ada cakap ker ' suara rakyat adalah suara keramat'? Takkan i tiru Mamat Pematang Pauh tuh?!!!
Komrad 2: Ada. Surat khabar pun siarkan. Komrad 1, jugak dah menyakiti hati penyokong Parti India dengan memerli Ketua Nambor satu mereka. 20% pengundi bangsa tu kat Bagan Pinang. Ramai tuh wahai paduka komrad 1. Ini tak termasuk kes gerombolan kita yang seret dan pijak kepala lembu dalam kes kuil kat Selangor. In tak termasuk kes budak DAP yang kojol jatuh dari bangunan masa disiasat SPRM. Kes ini orang China kat Bagan Pinang takkan duduk diam.
Komrad 1: Habis!!!!semuanya salah i ker? Talipon Ros karang baru tahu nasib u!!!
Komrad 2: Oh tolong, jangan main koling-koling kat Ros duhai komrad 1!!!!. Takut. Tapi i cakap berdasarkan fakta . I tak salahkan u. Mungkin apa yang berlaku semuanya ujian tuhan pada kita.
Komrad 1: Tahu takut yer!!!. Ok i tak talipon. Balik pada isu calon kita kat Bagan Pinang. Mr Isa ada pengaruh, tapi rekodnya agak buruk. Mentor i pun dah beri amaran jangan calonkan dia. Kalau gitu kita kena pikir calon lain.
Komrad 5: Apa kata kita pilih Kak Ros saja bahh. Dia pun orang Negori. Tentu rakyat bersimpati dengannya kerana dia sanggup disisihkan oleh saudara maranya yang terdekat kerana lebih mengutama kebajikan rakyat walaupun keluarga terdekatnya ada yang dhaif dan miskin tetapi sedikitpun dia tidak membantu, takut dikatakan mengutamakan keluarga . Betul tak?
Komrad 1: Oiii si bahhh , jangan nak cari mampus. Itu namanya , nepotisme. Lagi pun Ros , sebok sekarang ni ngajar baca Al-Qur'an dan mengajar tafsir. Namakan calon lain!!!!!
Komrad 4: Apa kata kita calonkan Ruslan Kassim. Dia bersih macam kita. Bekas ahli PKR yang dah insaf. Pidato pun pandai. Boleh selitkan ayat Qur'an dan hadis dalam ucapannya. Ternganga rakyat Bagan Pinang mendengornyer.
Komrad 5: Isteri dia pun bertudung macam isteri i , komrad 2 dan komrad 4 bahh.
Komrad 3: Lagi-lagi soal isteri bertudung. Soal kecik tuh.
Komrad 1: Betul kata komrad 3. Isu tudung nih isu tetek bengit. Ros yang pandai tafsir yang cakap.
Komrad 4: Komrad 1, maaf ya... bukan tetek bengit tapi titik bengik.
Komrad 1: Bagus teguran macam tuh. Cukup beradab dan sopan. Ok... ada cadangan lain?
Komrad 2: Letih otak i memikirkannya. Yang baik perangai dan murni peribadi seperti kita berlima, susah nak cari dalam parti gerombolan kita. Letaklah Mr Isa saja. Masa kempen nanti , i akan janji pada pengundi Bagan Pinang untuk jadikan Dun tersebut sebagai Anak Intan Payung kepada kerajaan Pusat. I jugak akan janjikan pembangunan yang tak pernah dibayang oleh imajinasi pengundi Bagan Pinang. Contohnya membina Universiti , membina bangunan seperti KLCC, membina masjid seperti Masjid PutraJaya. Untuk pengundi India, kuil terbesar di 1Malaysia. Untuk Pengundi China , peluang menjadi taukeh seperti Vincent Tan.
Komrad 1: Bergeliga betoi kepala otak komrad 2 nih. Tak abis-abis dengan anak emaslah, anak angkatlah, anak intan payunglah. Lepas tu buat janji yang bersyarat. Itu sebab orang gelar komrad 2 'Mat Sembab'. Akhirnya yang kena bambu , aku jugak!!!!
Komrad 2 kelihatan tunduk bodoh. Kesembabannya jelas terserlah diwajahnya.
Komrad 4: Satu perkara yang kita jangan lupa bahawa pengundi Pos ada lebih kurang 5 ribu orang. I dah bisik kat setiap orang ketua mereka supaya pastikan orang dibawah mereka undi Parti Gerombolan.So, kita letak siapa saja ,tak kira siapa termasuk tunggul kayu dan batu, parti kegerombolan menang punya !!!!!
Komrad 1 : Oh letak tunggul kayu dan batu kita boeh menang yer? Dah lapok punya teori nih. Derebar teksi si Kari yang berlakon dalam klip video yang diterbitkan oleh 15Malaysia pun ada cakap , dia pilih calon , tentu maksudnya calon yang baik dan tak rasuah bukannya Parti lagi. U all tak tengok ke video klip si mangkuk berayun tu berlakon?
Kesemua komrad Parti Gerombolan ketawa sampai nak pecah perut bila teringatkan klip video lakonan ketua sayap Pemuda Gerombolan. Walaupun drama pendik, lakonan si kari cukup berkesan mengalahkan M.Rajoli. Kesemuanya bersetuju sebulat suara bahawa si kari lebih sesuai jadi pelakon filem atau drama dari menjadi orang politik.
Komrad 1: Oklah. Keputusan belum dapat kita capai. Sementara tu, u all bincang sesama sendiri dulu yer. I nak makan nasi beriani kejap.
Komrad 5: Belum masuk waktu berbuka lagi Komrad 1!!!
Komrad 1: Yer ker? I ingat dah masuk waktu. Tak apalah , i pergi kejap saja nak tengok nasi beriani tu. Nak periksa masih elok atau dah basi.... teruslah bincang yer!!!
Semasa komrad 1 keluar 'memeriksa' nasi berianinya, komrad 2 berbisik pada komrad 4 : Kita cadangkan Zaina Zam artis wanita yang pernah nyanyi kat Port Dikson sebelum kahwin dulu dicalon kat Bagan Pinang . Dan Pengarah pilihanraya di Bagan Pinang adalah komrad 1".
Secara tak disengajakan, dua ekor komrad ini ketawa sehingga terguling-guling . Yang dua ekor lagi kehairanan.....
Nota: N3 ini teman tulis petang semalam. Tapi koneksi internet terputus kerana petir sambung menyambung. Baru dapat koneksi jam 10 tadi. Dan teman ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kawan-kawan semua.