Sabtu, 13 Jun 2009

Pemidato Hebat UBN Di Dun Manik Urai : Dengarkanlah!!

Asalamualaikum...Warahmatullahiwabarkatuh,

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Apa khabar semua? Ada baik? Semoga baik belaka hendaknya. Terimaaaa kasihhhhhhh kerana sudi hadir mendengar ceramah kempen saya ini. Saya mewakili PM yang kita kasihi yang hendak datang berkempen disini tapi beliau terlalu sibuk 1Malaysia!!!!!

Berdirinya saya disini adalah untuk bertemu muka dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya berasa gembira dengan kehadiran yang begini ramai. Ini membuktikan rakyat kelantan mahukan perubahan, bukannya kemunduran seperti yang dapat kita sama-sama saksikan di bawah pemerintahan Pas di Kelantan ini. Betul tak?

(Satu suara memekik: "Betul belako. Tak ada betul melainkan betul belako")

Terima kasihhhhhhhhh , kepada saudara yang memekik menyokong cakap saya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ada golongan, terutama Pas yang menyatakan UMNO dan Barisan Nasional tak diterima oleh rakyat lagi. Dah tak relewan lagi. Kononnyalah.

Percayalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, UMNO dan BN telah lama memerintah 1Malaysia. Tak ada Parti dalam dunia ini yang boleh bertahan lama di alam maya ini melainkan UMNO dan BN. Sebab apa? Sebabnya UMNO dan BN betul-betul pandai memerintah. Bukan setakat itu saja, bahkan UMNO dan BN mempunyai pemimpin yang hebat. Kesemua pemimpin UMNO dan BN , tak melakukan korupsi. Tak ada kronisme. Kami berjuang untuk bangsa , negara dan agama. Oh silap.......

Maaflah ,kita kena dahulukan agama. Saya ulang balik. UMNO dan BN berjuang untuk agama , bangsa dan negara. Ya, kita mesti utamakan agama Islam. Dalam bab agama Islam ,Umno dan BN telah dan akan terus perjuangkan dengan sungguh-sungguhnya sehingga peluh yang terakhir. Buktinya, UMNO DAN BN telah membina banyak masjid, Universiti Islam, Bank Islam, Sekolah Islam, Tandas Islam, Keretapi Islam, Kapal terbang Islam, Tol Islam, Penjara Islam dan banyak lagi. Betul tak?

(Suara yang sama memekik lebih kuat:"Betul belako. Tak ada yang tak betul melainkan betul belako")

Terima kasihhhhhhhhhhhh kepada saudara yang memekik dengan kuatnya menyokong hujah saya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian .Ada golongan tertentu berkata bahawa kami anti hudud. Sesugguhnya ini adalah fitnah yang sengaja diada-adakan. Kami akan tegakkan syariat Islam termasuk hudud bila Amerika, England, Rusia, Perancis, Jepun ,China, dan negara-negara lain menegakkan hukum hudud . Mengapa UBN tunggu negara-negara itu tegakkan syariat Islam? Sebabnya , negara yang kita cintai ini , kena pastikan negara yang lebih maju dari kita melaksanakan hudud terlebih dahulu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ,kalau kerajaan Umno dan BN yang mulakan, secara langsung kita akan dituduh sebagai sebuah negara yang ektremis agama yang perlu diperangi . Kita belum mampu untuk berperang dengan kuasa besar. Dan lebih memualkan , bila kita beli lebih banyak peralatan perang dan beli lebih banyak jet pejuang dan kapal selam nanti, Pas dan Pakatan Rakyat akan tuduh pemimpin UMNO dan BN membeli kesemua itu dengan tujuan memakan komisyen.


Cukup teruk buruk sangka , Pas dan Pakatan Rakyat . Mereka tak tahu, pemimpin UMNO semuanya bersih dari rasuah. Bersih dan noda dan dosa. Setakat tepok ponggung perempuan yang melambangkan kasih sayang sesama insan, takkan masuk nerakakan? Kalau ada diantara kami berzina atau meletupkan orang dengan C4, terus kami minta Allah ampunkan dosa. Allah Maha Pengampun kan? Betul tak?

( Orang yang tadinya menjerit kuat, terus naik ke pentas dan berkata: " Tok berhenti sekejab, Kawae nok pinjam Microphone sekejab". Dan dia pun memekik bagai nak pecah gegendang telinga pendengar: " Betul...tersangat betul. Tak ada yang betul melainkan betul belako")

Terima kasihhhhhhhhhh. Bersemangat betul kawan kita nih, siapa nama?

(Maka bangunlah orang yang memekik tadi dan memperkenalkan dirinya: "Orang panggil saya Imam Sauti")

Ohhhhh cantiknya nama itu!!!!.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian contohilah Imam Sauti . Nanti lepas habis pilihanraya kecil , Imam Sauti datanglah ke pejabat saya di Putrajaya. Saya nak bincang sesuatu.

(Orang yang mengelarkan dirinya Imam Sauti kelihatan mengangguk sambil memekik: "Hidup Datuk!!!!!)

Tuan-tuan dan puan sekalian , sebelum saya beredar kerana banyak tempat lagi yang saya kena pergi berkempen, saya ingin mengumumkan untuk membangun kawasan Dun Manik Urai ini .

Untuk peringkat permulaannya, kerajaan UMNO dan BN akan membina sebuah bangunan seperti KLCC di sini. Batu asasnya akan dirasmikan oleh Y.Amat Berhormat, Perdana Menteri yang kita kasihi yang telah diiktiraf oleh isterinya sebagai seorang lelaki yang paling penyabar di 1Malaysia ini. Ini bukan projek Mee Segera tetapi telah dirancang sebelum merdeka lagi!!!.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian sekiranya saya tersilap bahasa, terkasar bicara, tercakap bohong, maafkan saya. Saya ini insan biasa walaupun ada title Datuk Seri. Dan jangan lupa, esok selepas solat subuh , saya akan turun membantu membuat kerja kampong bersama rakyat jelata disini kerana saya diminta oleh PM yang kita kasihi untuk menoreh getah. Tapi pokok getah ada tak kat sini?

(Imam Sauti menjawab dengan kuatnya: "Semua jenis pokok ada Tok , termasuk pokok demokrasi")

Baguslah kalau gitu. Saya mengucap terima kasihhhhhhhhh kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana meminjamkan telinga mendengar ceramah saya. Ok tak ceramah saya ini?

(Imam Sauti menjawab dengan suara yang kuat:" Tak ada yang ok, melainkan ok belako!!)

Terima kasihhhhhh. Kehebatan pidato ini, saya pelajari dari buku Ilmu Pidato, tulisan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang belajar di peringkat Ph.D dalam bidang komunikasi. Buku beliau berkaitan dengan ilmu berpidato boleh dibeli di kedai buku di 1Malaysia. Silalah beli, supaya tuan-tuan dan puan-puan boleh menjadi pemidato yang hebat seperti saya.

Akhir kata, undilah Pas, oh silap teknikal. Undilah BN untuk kemajuan didunia dan akhirat.

Kabir!!!!!!!!!!. Oh silap lagi. Takbirrr!!!!!!!!!!!!!

(Dijawab oleh Imam Sauti:"Takbirrrrrrrr Tok.............")

Oklah, minta diri dulu yer. Mari kita bersalaman.

Maka berebutlah lebih kurang 30 orang pendengar bersalaman dengan DatukSeri .

"Ehhhh pocuttt.......lebih kurang 30 orang aje ke?. Nampak macam ramai?"

"Ini pun dah kira ramai Datuk. Yang lain pokok pisang" Jawab Imam Sauti.

Khamis, 11 Jun 2009

Mohon Allah Lindungi Teman Dari Mencelakakan Ulama'

Teman jenis bangang. Teman genetik Melayu yang bengap. Pelajaran tak tinggi. Tak seperti bloggers lain yang terlalu bijak mungkin kerana genetiknya berasal dari mahkluk Planet Marikh.

Oleh yang demikian tak hairanlah , teman banyak merapu. Tak tahu menganalis sesuatu perkara seperti politik semasa dan hal-hal lain terutama ' subject matters' yang berat.

Dan teman mengaku tak tahu apa ke bendanya 'tactical', 'falsafah', 'perancangan strategik', 'pemikiran lateral' dan yang seumpama dengannya. Bengap betul temankan?

Teman juga tak pernah membaca buku 'the art of war :Sun Tze', 'Attilla: The art of War', ' The Prince karya Machiavelli','What Would Machiavelli Do? The Ends Justify the Meanness' dan beberapa buku yang mengandungi perihal tactikal dan strategi peperangan yang dikatakan boleh diaplikasikan dalam arena politik dan bisness pada bila-bila masa.

Jadi kompemlah teman jenis bangang , tahap langit ketujuh.

Walaupun demikian, teman sewaktu muda boleh dikatakan rajin mengaji kat surau-surau dan masjid.

Seorang Tok guru yang paling teman sayang pada masa itu, selalu berpesan jangan sekali menghina Ulama' yang jelas memperjuangkan Islam. Tok Guru teman kata, para ulamak yang sebenarnya ( bukan ulama suk dan ulamak jadi-jadian), bukanlah insan maksum. Dan Tok Guru teman yang amal ibadatnya dari segi lahiriahnya , memang teman kagumi, juga telah berpesan pada teman bahawa ulama' yang baik perlu dihormati kerana ilmu dan amalnya. Kalau ulama' buat silap, bukan tak boleh ditegur, tapi biarlah dengan cara yang cukup beradab.

Masih teman ingat lagi, pada suatu malam di sebuah surau kat Jalan Batak Rabit Teluk Intan , Tok Guru teman itu , telah mengarahkan teman supaya teman pecahkan gitar yang berada dibilik tidur rumah teman. Katanya, tak boleh simpan gitar kerana ianya adalah alat muzik yang bertali.

Lalu, bila balik saja ke rumah , tanpa banyak fikir , teman telah menghempuk gitar yang teman sayangi di pokok rambutan bantut dihalaman rumah teman. Pecah berderai gitar teman. Bapak teman , menepuk dahi melihat perbuatan teman ditengah malam buta.

Bila dah tua nih, teman membaca sebuah buku Sheikh Dr Yusuf Qardawi mengenai hukum hiburan dan alat muzik . Ulama' bertaraf mujtahid tersebut , lebih kurang menyatakan bahawa harus hukumnya bermain alat muzik yang bertali berdasarkan dalil naqli dan aqli dengan beberapa syarat.

Dan bila teman dah tak bekerja dengan sebuah syarikat GLC kerana menerima tawaran VSS, teman pun membeli sebuah gitar eletrik dan gitar accoustik . Teman kembali belajar bermain. Maklumlah lebih 30 tahun tak pegang dan main gitar.

Adakah teman memekik dan mencelakakan Tok Guru teman dulu yang pernah mengarahkan supaya memecahkan gitar kesayangan teman?. Jawapannya tidak sama sekali.

Tok Guru teman dulu(sekarang dah meninggal dunia: semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah), memberi arahan tersebut berdasarkan kitab-kitab yang telah dipelajarinya di Makkah selama 23 tahun.

Oleh itu bila ada bloggers yang berani mencelakakan peribadi Tuan Guru Haji Abdul Hadi , seorang ulama' kerana isu-isu tertentu , teman meminta Allah supaya melindungi teman dari melakukan perbuatan yang sama. Teman tak mahu berhujah dengan mana-mana bloggers mengenai betapa tidak beradabnya mencelakakan ulama' seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang banyak jasanya dalam melonjak kebangkitan Islam dan Parti Pas umumnya, sejak pertengahan tahun 1970an lagi.

Mengapa teman tak mahu berhujah dengan bloggers yang telah mencelakakan ulamak seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi?. Sebabnya, teman ni berasal dari genetik Melayu yang bengap dan tonggong!!!

Secara peribadi teman pun tak bersetuju dengan pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengenai UG dan beberapa hal yang lain. Dan teman, dua tiga hari yang lepas telah menulis supaya beliau berehat sekejab. Mungkin beliau dah letih berjuang dan memerlukan masa untuk berehat.

Dan hari ini Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah melantik Cikgu Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung Pas .Sekali lagi teman mengeleng kepala dan hati teman bertanya: "Dah tak ada orang lain yang lebih berwibawa ke lagi dalam Pas ini?".

Walaupun teman tak bersetuju dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, teman kali ini tak mahu tulis apa-apa tentang perlantikan Cikgu Mustafa Ali. Jauh sekali untuk mencelakakan Tuan Guru Presiden Parti Pas, parti yang teman sertai sejak tahun 1979. Dan jauh disudut hati teman, Tuan Guru Abdul Haji Abdul Hadi tetap teman sayangi walaupun teman lebih sayang pada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas.

Dan cinta mutlak teman hanya pada Allah dan Rasul. Teman mengharapkan keredaanNya , bukannya keredhaan manusia.

Rabu, 10 Jun 2009

Betulkah Kisah Buruk Kelaku Rosmah Dalam Klip Video ini?

Bila teman tonton klip video yang dipaparkan di bawah ini, timbul tanda tanya dalam kepala otak teman : "betulkah cerita buruk tentang isteri kepada PM 1Malaysia yang telah disahkan oleh isterinya sendiri sebagai suaminya yang penyabar di atas muka bumi ini?"

Secara peribadi teman cuba untuk tidak mahu percaya. Tapi masalahnya sanggupkah beberapa individu dalam klip video itu termasuk adik beradik dan saudara mara Rosmah sengaja berbohong mengenai kebusukan peribadi yang merupakan isteri PM 1Malaysia yang dikatakan amat penyabar itu?

Entahlah . Pada teman masakan orang beriman dan mengaku tiap hari membaca tafsir Al-Qur'an sanggup menjatuhkan diri sendiri ke lembah yang cukup hina itu.

Tontonlah dan nilailah sendiri. Jangan emosi. Guna akal sebaik yang mungkin . Dan buat siasatan kalau perlu.

Sebaiknya tanya Rosmah sendiri dan PM 1Malaysia. Mungkin Zahid Hamidi , Ustaz UMNO , boleh kita minta untuk bertanya pada tuan punya diri atau kita suruh Mufti Perak yang berani dan tegas terhadap kemungkaran untuk bertanya. Teman tak berani. Takut tak balik rumah pulak.



Selasa, 9 Jun 2009

UG:Tutup Kes!!!. Al Banjari Buat teman Menanggis!!

Teman baca Harakah Daily siang tadi yang ringkasnya berbunyi seperti berikut:-

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Harap-harap semuanya patuh dengan arahan tersebut. Teman pun patuh. Teman bersangka baik selepas ini tidak ada lagi usaha dua tiga kerat pemimpin Pas yang mengatal mencubit hati nurani ahli Pas yang bangang macam teman dengan idea UG yang kabur dan mengelirukan.

Teman harap juga pemimpin Pas peringkat pusat lebih baik beri perhatian bagaimana hendak memperkasakan parti dan lebih fokus dalam perjuangan yang penuh dengan onak dan ranjau berduri.

Dan jangan lupa juga untuk beri perhatian kepada suara ahli bawahan yang sayangkan perjuangan ini sehingga ada yang sanggup mati kerana memperjuangkan Islam yang merupakan dasar perjuangan Pas.

Ok. Tutup kes.

Hari ini juga teman membaca entri yang ditulis oleh Raden Al Banjari tentang Malek Noor, figur yang terkenal dalam dunia sukan dan lakonan yang boleh dibaca disini

Adakah teman dah jadi pondan, sehingga air mata teman mudah mengalir lesu ke pipi bila membaca entrinya tentang kisah Malek Noor yang mengaku dulunya beliau banyak melakukan maksiat tetapi sekarang telah insaf? Atau teman dah jadi lelaki tua yang cukup sensitif? Ah, tak kisahlah. Apa yang penting entri Raden Al banjari telah menyebabkan teman menanggis sendirian.

Apapun teman mengucapkan Alhamdulillah syukur kepada Allah dan tahniah kepada Malek Noor kerana sejak beliau mencecah usia 46 tahun beliau telah kembali ke pangkal jalan. Jalan yang diredhai oleh Allah. Semoga dia dan teman akan istiqamah dalam mencari keredhaan Allah.

Buat Raden Al Banjari terima kasih kerana entri itu walaupun beliau membuat air mata teman tumpah. Sayang sangat teman pada Al Banjari ini dan tak lupa kawan-kawan bloggers yang lain seperti Isa, Raden Jawo,Mamamat,Al-Brangi, Man Kadir, Rahimkassim, Telokbakong, Shalehuddin, Intan Hijau, BagindaReformasi,AbgBro, Mr Kolumpo, Fajridil , Dr Abdul Wahab Arbain, Prof Dr Hamirdin, Manjungmari dan tak lupa Penarik beca . Dan lain-lain bloggers Pakatan Rakyat dan yang berkecuali tanpa Parti yang terdapat dalam blog list teman.

Bloggers BPN boleh belah......

Isnin, 8 Jun 2009

Rasa Letih Berjuang?Berehatlah Dulu Sayang!!!

Kalau rasa dah lama berjuang dan terasa akal fikiran dan tubuh badan letih dan lesu, berehatlah sekejab sayang!!!.Nanti bila dah segar akal fikiran dan tubuh badan, teruskan perjuangan.

Tidur dan berehatlah. Itu lebih baik dari merapu bercakap tentang UG yang entah apa-apa.

Yang seorang lagi nih , kalau you tak setuju dan nak tunjuk hebat pada Tuan Guru Nik Aziz, eloklah berehat juga. Belajarlah supaya cakap jangan berbelit-belit. Dan jangan lupa ,fikir baik-baik apa pesanan orang tua itu.

Orang tua itu memberi pesan yang difikirkan baik untuk perjuangan ini. Dia tak mahu musnahkan parti yang merupakan wadah perjuangan Islam . Betullah dia bukan maksum tapi pengalamannya mengajar dia tentang sejarah permainan kotor dan penipuan UBN.

Berdirilah didepan cermin realiti . Cuba bandingkan watak dia dengan watak you . Dan jangan lupa bandingkan rumah Tok Guru dengan rumah you. Rumah dia , biasa saja. You punya rumah berharga setiap satu hampir RM sejuta . Mungkin you anak orang kaya kut? Atau duit turun dari langit dan masuk rumah you tiap malam jumaat? Berehat dulu. Bila fikiran dah tenang , kembalilah dalam saf perjuangan.

Husam dan Mad Sabu, biarkanlah anjing terus menyalak, kabilah perjuangan terus berjalan!!!!!