Khamis, 19 Mac 2009

Najib, Betulkah Kau Suka Main Bomoh ?

Posting ini teman salin dan tampal dari www.kerajaanrakyat.com yang boleh dibaca disini

Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka.

Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak

Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:

  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.

Titipan di atas adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Cuba kita bandingkan dengan laporan berikut:

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.


Berdasarkan apa yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ oleh Mr. Thagarajoo, maka rakyat dapat membuat telahan siapakah yang cuba menggunakan ‘ilmu hitam’ atau ‘ilmu Setan’ terhadap Datuk Seri Abdullah Badawi. Mungkinkan orang itu terlalu rakus untuk menjawat jawatan perdana menteri.


Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana pastinya mereka tidak terlibat dalam kerja-kerja khurafat dan syirik seperti itu.

12 ulasan:

ISA berkata...

Salam Sifu,

Mr. Ji pandai tulis jawi ke? tak pun dia guna perkhidmatan bomoh melayu kat pekan seberang sana tu..

Teman pun nak tukar profesion jadi bomoh pulak la... masyuuuuk.

Anak Timur Laut berkata...

patutlah kawan kita tu selalu mengantuk je. kena mandrum rupanya......

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Posting ini adalah soalan teman pada Najib dan isi kandungannya teman ciluk dari laman sesawang kerajaanrakyat.com.

Sebagai Muslim teman sekadar melempar tandatanya dan tentang akaun bersumpah si Rajoo teman pun tidak boleh terima sepenuhnya .

Sedangkan Allah memberi amaran kepada orang berimam supaya 'beware' terhadap berita yang disampaikan oleh orang fasik, apatah lagi cerita atau kenyataan bersumpah orang kafir.

Isa, tolong jangan bercita-cita nak jadi bomoh walaupun banyak masyukkkkkkk....

sheikh teluk intan berkata...

Salam Anak Timur Laut,

Teman pikior Bang Dollah boleh bersetuju dengan Madey yang mengatakan tumpuan Bang Dollah terhadap sesuatu pekara amat singkat. Lepas habis tumpuannya dia mengantuklah.

Tanpa Nama berkata...

salam..
sy memerlukan pertolongan sahabat2 utk mengundi sy di contest ni..
sahabat2 yg ada kelpgn masa blh la klik kt cni utk vote sy..
http://www.milo.com.my/fuze/VIEWENTRY.htm?galID=3582

Tanpa Nama berkata...

salam..
sy memerlukan pertolongan sahabat2 utk mengundi sy di contest ni..
sahabat2 yg ada kelpgn masa blh la klik kt cni utk vote sy..
http://www.milo.com.my/fuze/VIEWENTRY.htm?galID=3582

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

org pekan pun mmg handal2 bomoh membomoh ni. almaklumla, suku kaum asli. sama2 la kita doakan agar terbuka hati nya untuk beriman pd Allah yg Maha Esa.

Seladang berkata...

Surat jampi ni memang kerja Hantu Kopek!

Tanpa Nama berkata...

ada kemungkinan yang terlibat di dalam kes ini adalah

1. Najib - nak naik pangkat
2. Rosmah - nak cepat laki naik pangkat
3. kakitangan - nak di sayangi pak lah
4. jeanne - tunduk kah kah kah !
5. Pak lah sendiri - untuk jadi pendinding.

sapa agaknya?

Bila Diary Bercerita berkata...

semakin moden pemikiran manusia semakin Ulu rupanya...alahai..

Tanpa Nama berkata...

alahai kesian ustaz2 semua, bertukar2 fitnah disini ya. malu la pada kupiah yg diatas kepala tuuuu....

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ni ni bukan fitnah tapi satu kenyataan tapi aku rasa fitnah org biru lagi dasat woi....