Sabtu, 21 Mac 2009

Andainya Adlin Aman Mengkritik Calun Ketua Pemuda Umno.

Teman hari ini salin dan tampal posting seorang blogger yang mengelarkan dirinya Pak Andak, kat blog ini. Tulisan asal Pak andak yang merupakan seorang Perunding Motivasi, Penceramah Bebas dan Penulis Buku boleh di baca kat sini . Terus terang teman cakap, blog Pak Andak teman baru terjumpa sekejab tadi. Teman suka membacanya. Lalu teman nak kongsi dengan kawan-kawan sekalian, termasuklah Bang Dollah dan Bang Lan . Selamat membaca.

aku nak dengar adlin aman ramli mengkritik calon ketua pemuda

kalaulah adlin aman ramli boleh mengkritik semua calon yang bertanding dalam pemilihan umno macam dia kritik peserta akademi fantasia mesti best.

agaknya macam ni skrip yang keluar.Dia cakap sambil colek-coleek mata dan hidung dia.

Oii khairy , kau jangan nak beranganlah.aku tengok kau macam tak betul je.macam nak bawak isu besar tapi rembau pun kau tak settlekan.Aku bukan apa aku kesian kat kau,ke hulu kehilir,lebih baik kau duduk diam jaga duit kau jaga bini jaga pak mertua kau, ye lah semua orang tau lepas ni dia nak duduk rumah je , nak buat blog pun malas.So kau jaga dia je lah.

Satu lagi,kau simpan janggut sejemput tu tak sesuai dengan imej kau.kau aku rasa kena rambut panjang , dan bela misai.baru sesuai.

khir toyo.aku nak sebut nama kau kena betul-betul,takut terlebih sebut,silap pulak.Apa aku nak cakap kat kau ialah.eloklah kau bukak kilang tempe dan salon botox.Bukan apa ,aku tengok muka kaumakin cun,boleh jadi model tempe.
lagi satu , aku ingat kau kena pastikan segala rahsia kau disimpan elok-elok,warning siap-siap kekawan kau,biar pecah diperut jangan pecah di dewan,nanti susah.lepas tu barulah kau cari mana-mana yang silap,curi ayam ke.parking tak bayar ke,atau khalid tak pakai tali pinggang belakang ke,kau repot polis.barulah orang respek kat kau.

Alang-alang dan cun , aku rasa elok kau warnakan rambut kau,warna coklat.cari dye yang ada logo halal.lepas tu misai ngan janggut bubuh hitam.puhh baru hebat.

Mukhris , kau pulak aku rasa jangan kasi orang sebut nama mukris mahathir sebab bapak kau tu teruk.Bila orang tengok kau ngan bapak kau ada selisih faham orang akan percaya dengan kau,orang akan kata tengok mukhris,kalau bapak dia pun dia lawan,presiden pun mesti dia berani lawan,kalau presiden umno dia lawan apatah lagi presiden pas , mesti dia lawan.Aku rasa kalau kau bagitau umum yang kau benci bapak kau , mungkin kau akan menang ketua pemuda.

Tapi aku nak cakap sikitlah,kalau kau menang ,memang sahlah kau kurang ajar ngan bapak kau.

Mukhris aku tengok imej kau dengan rambut sejemput tu , rasanya kalau botak lebih baik.Lepas tu kau sentiasa pakai cermin mata hitam dan bawak beg james bond.Puhh.macam mafia.

untuk kau orang bertiga ,aku doakan salah sorang menang,ini ada masa lagi,kalau nak jumpa bomoh eloklah jumpa sekarang.Rasuah tak boleh,kau bomohkan je perwakilkan,Carilah komat sekampung,biar orang nampak kau baiiiik je.ok terima kasih

hahahahaha.takpelah aku gelak sendiri

Jumaat, 20 Mac 2009

Contoh Kempen Umno Dlm Bahasa Inggeris Di Bukit Gantang

Pak A. Samad Said , Sasterawan Negara, beberapa hari yang lalu telah meminta supaya pemimpin Umno berkempen dalam Bahasa Inggeris di Bukit Gantang. Maka teman pun berimaginasi Tan Seri Mohd Taib bin mohd yang pernah didapat bersalah kat Australia kerana membawa berjuta ringgit dengan selambanya.Macam orang tak bersalah.

Dipendikkan cerita , kes ini dapat liputan meluas di alam buana ini. Walaubagaimanapun akhirnya beliau dibebaskan oleh mahkamah Ausrtalia kerana didapati bahawa hamba tuhan ini , tidak pandai berbahasa Inggeris sehingga tidak memahami langsung peraturan Australia mengenai had duit yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke negara tersebut.

Bayangkan cabaran Pak A. Samad Said telah disambut dengan senang hati oleh matan menantu Sultan Selangor suatu waktu dulu dan merangkap mantan Menteri Besar Selangor. Dan kini bakal Timbalan Presiden Umno kalau Mahyuddin tewas!!!:-

Lady and gentleman

You all sure knew me very-very well. I am Tan Seri Mohd Taib. People always call me Mike Tyson. The boxer champion.

Tonight we joint together, Malay, Chinese and Indians. Why we joint together?. Because you all know we must compulsory Bukit gantang will fell again into our hand. Only Barisan,!!!!yes only Barisan Nasional can sure you all many happiness and kemewahan to the rakyat of Bukit Seguntang. Oh sorry , i mistaken . I means , Bukit Gantang not Bukit Seguntang.

I don't want to talk many because i am very-very busy .I got to go to much more kempen in the area of Bukit Gantang Parliment. But I like to told you, that we put Barisan best candidate in this small election. He also can speak good English like me. As Malay people always said :Dia calun serba boleh.

And I like to told you all that our candidate is very cleaning person. He did'nt like to carry million of ringgit wherever he went. He did'nt like to take money coffee. The opposition candidate are very-very naughty fellow. If he won, i sure he will eat money coffee. Did you all wanted this kind of candidate to be your MP? Better said nolah to Pakatan Rakyat or Pas candidate.

Pleaselah , give your undi to Barisan Nasional candidate. If you all undi Barisan, we sure made up Bukit Gantang just like Ipoh city. We will built beautiful-beautiful building like schools, public toilets, masjid, tokkong, and kuil . You all will live long time because everybody are very happy. Right? If you don't undi BN candidate, we stop project so you all will supper!!!!

Ok, i like to thanks you all because you all listening to my lecturing with full heart. Hidup Barisan!!!

Before i went to other places, i like to called upon my dear friend ,no other else it was Mr Ali Rustam to give lecturing about why you all got to support BN candidates. Lady dan gentleman, please welcoming him with a very-very big-big claps!!

Khamis, 19 Mac 2009

Najib, Betulkah Kau Suka Main Bomoh ?

Posting ini teman salin dan tampal dari www.kerajaanrakyat.com yang boleh dibaca disini

Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka.

Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak

Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:

  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.

Titipan di atas adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Cuba kita bandingkan dengan laporan berikut:

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.


Berdasarkan apa yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ oleh Mr. Thagarajoo, maka rakyat dapat membuat telahan siapakah yang cuba menggunakan ‘ilmu hitam’ atau ‘ilmu Setan’ terhadap Datuk Seri Abdullah Badawi. Mungkinkan orang itu terlalu rakus untuk menjawat jawatan perdana menteri.


Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana pastinya mereka tidak terlibat dalam kerja-kerja khurafat dan syirik seperti itu.

Selasa, 17 Mac 2009

Paluan Gendang Telah Bermula....

Posting kali ini teman ambil 100% dari seorang blogger muslimah yang besar bakatnya dalam penulisan sastera. Lawatilah blognya disini.

*******************************************************
Maka para bentara pun telah mula memukul gendang. Paluan gendang sebagai tanda untuk pembesar bergelar yang ingin merebut kerusi emas siap sedia dengan ilmu yang dituntut dan gelanggang AMNOR telah bersedia untuk menahan amuk. Betulkah begitu?

Hulubalang yang lain terpinga-pingga, masa peraduan belum pun tiba. Mengapa perlu dipalu gendang beradu. Datanglah Nenek Kebayan memberi hikmat akan pentingnya paluan itu supaya dapat memberi gerun kepada pembesar yang berhajat benar akan kerusi emas merasa cemas sebelum rentak dan senjata sama beradu.

Sirih Pinang didalam puan
makan bersama ditengah serambi
cerita rasuah dah mula jadi hebahan
yang bertanding mula tak sedap hati

Cantik sungguh Anggerik di desa
tumbuh meliar di dalam hutan
Mari tengok siapa yang kena
dicantas kaki sebelum kedepan

htttp://aishahjamal.blogspot.com

Khamis, 12 Mac 2009

Selamat Hari Jadi Albanjari: Malam ni Bunuhlah Setan!

Sejak pagi kemarin badan teman lemah longlai. Hari ni, teman kena tulis sikit. Tak mahu sentuh politik. Kalau tersentuh, tak membatalkan wudhu teman.

Lewat tulisan ini, teman nak ucapkan selamat hari jadi pada kulaan albanjari . Kebetulan hari jadi kulaan teman ni, bersamaan dengan tarikh hari jadi teman pada 12 Mac. Hari nilah, bukan semalam!!. Tapi kulaan albanjari ditakdirkan lewat lahir. Dan teman pula terlebih dahulu lahir dari beliau di alam maya.

Maknanya, kulaan albanjari masih muda sesangat berbanding teman yang dah tua .Usia teman pada hari ini genap 53 tahun. Tapi, anak-anak teman tuduh bahawa teman kelihatan muda sepuluh tahun dari usia teman yang sebenornya!!

Teman tumpang bangga kerana blog kulaan albanjari semakin meletup. Boleh dikatakan teman setiap hari asyik berulang alik ke blognya. Terutama apabila kem dari zionis Melayu buat hal kat Negeri Perak.

Sesungguhnya, teman amat menghargai perjuangan al banjari dan semua bloggers pro Pakatan Rakyat yang siang malam bekerja tanpa mengenal penat dan lelah mengemaskini setiap perkembangan yang berlaku. Teman yang sudah tua dan sakit tak mampu untuk melakukannya seperti yang dilakukan oleh al banjari dan kawan-kawan yang lain. Lagipun, teman tinggal jauh dari Perak . Betoi teman cakap, kediaman teman boleh dikatakan sangat berhampiran dengan rumah kediaman Ketua Zionis Melayu yang melakukan kudeta di Perak .

Teman tak ada hadiah hari jadi buat al banjari, melainkan doa. Semoga Allah mengekalkan kesihatannya dan terus mendapat rahmat Allah ke atas beliau dan keluarganya.

Akhir kata, teman nak pesan pada al banjari : " kulaan , sempena hari jadi hari ini, mike bunuhlah sedosen setan. Booster yang bernama TRicaJus masih ada kan?. Apa tunggu lagi . Jangan asyik-asyik suruh orang lain test. Ini malam , kulaan mesti test pada diri sendiri. Malam jumaat beb. Dapat pahala. Tapi janganlah mengaum kuat sangat, nanti Zamry terkejut dan dia ingat dunia dah kiamat".

(Nota: Hampir lupa teman nak ucapkan terima kasih kepada Cik Ja, Puan Aishah Jamal dan bekas-bekas staf teman yang masih mengingati teman kerana ucapan selamat hari jadi pada teman samada melalui kad ucapan, sms, komen kat blog dan ada yang tulis kat entri hari ini.)

Selasa, 10 Mac 2009

Anda Tahukah Pakar Tinjulah Yang Menghidupkan Semula Bulan Dakwah?

Hari ini teman nak tulis sikit saja tentang seorang hamba tuhan.

Teman , pernah hadir mesyuarat kat bangunan Ibu Pejabat BSN semasa dia jadi Pengerusi Bank itu suatu ketika dulu. Dalam meyuarat itu dia secara tidak langsung mempromosi dirinya sebagai orang yang kuat berpegang teguh pada agama.

Selepas dia dipaksa melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO, semasa era reformasi 1998, dia sambung belajar dalam bidang komunikasi kat UPM. Akhirnya dia berjaya memperolehi M.Sc dalam komunikasi.

Lepas tu, dia sambung buat Ph.D dalam bidang yang sama. Sekarang dia dah ada Ph.D. Maka wajiblah dari segi adatnya , bagi kita untuk memanggil hamba tuhan ini seperti berikut: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas ni, jangan ada makhluk tuhan yang mengatai berkata bahawa anak jawa nih beli 'Ph.D'. Teman akan menafikan sekeras-kerasnya.

Hamba tuhan yang seorang ini merasakan dirinya pandai berpidato. Dan sesuai dengan kepakaran dan kelulusannya dalam bidang komunikasi , maka dia telah menulis sebuah buku berkaitan pidato politik.

Tapi tok guru teman kat UPM dulu yang juga tok guru kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah berjenaka dengan teman yang hingga hari ini teman masih ingat. Katanya , walaupun satu lori buku-buku mengenai kesenian berpidato yang sedang dan akan ditulis oleh anak jawa Sungai Tiang, Bagan Datuh ini , kepandaiannya berpidato tak akan mampu mencapai tahap 10 % kehebatan pidato Bro Anwar miskipun matan TPM Malaya ini, tak pernah menulis sedikit habuk buku tentang seni pidato.

Selain dari kepandaiannya berpidato dan bersekongkol bersama Najib dalam melakukan kudeta di Perak, dia juga mahir dalam seni bertinju. Teman tak cakap bohong. Kalau tak percaya baca kat sini

Teman dah baca. Kesimpulan teman mudah saja : Jangan gelak, pakar tinjulah yang menghidupkan semula Bulan Dakwah yang pernah dilancarkan buat pertama kalinya pada akhir tahun 70an!!!

Isnin, 9 Mac 2009

"Hidup Ketua-ketua Agama!!!!"

Hari ini wayang baik punya telah ditonton oleh ramai rakyat jelata. Yeop bang kena tahu ada rakyat jelata yang terpesona. Ada jugak yang mengaru kepala. Nak buat macamana, Ketua-ketua agama yang tak pernah belajar untuk jadi ulamak , hari ini wajib bermain wayang .Wajib mereka bersyarah yeop bang ooii kerana , bukankah hari ini sambutan Maulidur Rasul.

Maka dari mulut mereka , kedengaran oleh kita, cakap yang molok-molok: "Kita mesti bersifat amanah seperti Nabi. Kita mesti bersifat fatonah seperti Nabi dan bla...bla..."

Bila sampai pada frasa: "kita kena ikut cara hidup dan keperibadian Nabi", teman terus terpegun. Hati pun berbisik " oh hebatnya ketua agamaku".

Terbayang dimata teman , ketua-ketua agama berpakaian teramatlah sederhana seperti Nabi S.A.W. Tempat tinggal mereka seperti rumah kediaman Nabi S.A.W yang serba dhaif.

Mereka begitu prihatin terhadap rakyat jelata dalam semua keadaan seperti Nabi S.A.W . Mereka selalu lapar kerana tidak ada apa yang hendak dimakan seperti yang selalu dilalui oleh kekasih Allah , Nabi S.A.W .

Tumit mereka pecah kerana kuatnya mereka bersolat malam sewaktu orang sedang nyenyak tidur seperti amalan yang sentiasa dilakukan oleh Nabi S.A.W yang teman cinta sepenuh hati.

Bukankah hebat yeop bang oii, ketua-ketua agama kita!!!Apapun yeop bang dan teman wajib berbangga!!!

Yeop bang ooii, kekaguman teman pada ketua-ketua agama , semakin bertambah memuncak hingga ke paras tertinggi gunung Himalaya, bila teman membaca berita hari ini , tentang kehilangan yang masih belum dapat dikesan , sebuah kereta Porsche yang berharga lebih kurang RM1.5 juta kepunyaan salah seorang anak Ketua Agama.

Yeop bang ooi, kereta tu tersangat murahkan? Lebih murah dari kereta kancilkan ?

Oleh itu yeop bang , marilah kita bertempik kuat-kuat: " Hidup Ketua-ketua Agama!!!!!"

Sabtu, 7 Mac 2009

Alat Jentera Zionis Melayu Buat Hal Lagi !!!!

Kerjasama ahli bahasa, sasterwan, ahli akademik , ahli politik dan badan NGO (Pekida tak ada ke?) telah berjaya membawa rakyat lebih dari 100 ribu orang ke perhimpunan menentang PPSMI siang tadi walaupun disambut oleh alat jentera zionis Melayu dengan bedilan 'water Canon' dan gas pemedih mata.

KerajaanUMNO/BN mungkin tak menduga bahawa rakyat seramai itu dapat dikumpulkan oleh tokoh-tokoh tersebut untuk berhimpun. Tahniah teman ucapkan pada para pengerak mansukhkan PPSMI kerana kejayaan mengumpul sebegitu ramai rakyat jelata dalam perjuangan ini . Akibatnya, Bang Dollah , PM Malaya tersentak dan meminta Kementerian Pelajaran mengambil tindakan segera seperti yang diberitakan disini

Dengor ceriternyer sepupu isteri Rosmah , Mr Auuuww , merungut lebih kurang begini ..."apa pasal baru sekarang pejuang bahasa bangkit dan berhimpun untuk menyerah memorandam pada Agong . Dulu mengapa tak bangkit seperti ari ini ahh, auww!!!!"

Ehwah tewah Mr Auuwww ni,buat bodohlah pulak.Sejak pengenalan PPSMI pada tahun 2003, para pejuang bahasa , ahli akademik ,badan NGO dan ahli politik tidak pernah berdiam diri goyang kaki.

Mereka telah merayu sejak tahun 2003 lagi supaya di mansukhkan PPSMI. Banyak usaha yang telah mereka buat . Berseminar tentang buruk dan baik PPSMI pun sudah. Pertemuan meja bulat dan panjang dengan kerajaan dan sesama sendiri pun dah dijalankan. Tapi kerajaan dan Hisham,panglima ketuanan Melayu yang sentiasa menghunus keris adat, lambat buat keputusan. Apa hal lambat?. Dia bermain dengan masa ker?

Mengikut ceriter yang teman dengor dari kawan-kawan yang berkorje dekat Kementeriaan MR auuuww, banyak masalah akan berlaku kalau PPSMI di mansukhkan. Diantaranya , para kroni yang telah di beri kontrak membekal beribu laptop ke sekolah Rendah dan Menenggah akan naik angin satu badan. Kroni yang diberi kontrak menyelenggara komputer yang kerjanya membuang habuk dan melakukan defrag akan hilang kerja. Ini belum termasuk kroni yang menyedia dan menyelengara projector serta peralatan yang lain, termasuk 'courseware'.

Dalam bahasa lain, kelewatan Mr Auuwwww, membuat keputusan samada untuk mansukhkan PPSMI atau meneruskannya dipengaruhi oleh rasa kasih sayang yang tanpa sempadan terhadap para kroni pemimpin UMNO yang mencari makan hasil anugerah kontrak penyediaan pelbagai peralatan untuk kegunaan PPSMI .

Teman tak mahu sentuh apa perlunya PPSMI ini dimansukhkan kerana telah di perkatakan oleh pejuang bahasa, ahli akademik dan bekas kawan teman , seorang ahli Parlimen yang bernama Datok Dr Fuad Zarkashi , ahli parlimen BN yang dulunya pernah jadi aktivis Pas.

Yang penting teman nak nyatakan disini adalah semoga bedilan air dari 'water canon' yang ada bahan kimia dan semburan gas pemedih mata oleh Angkatan Polis UMNO Malaysia,(Zonis Melayu) telah menyedarkan sasterawan negara, pejuang bahasa, dan ahli akademik, bahawa kerajaan UMNO/BN adalah rejim zionis Melayu yang sedang dibenci oleh rakyat jelata dan sedang menunggu saat ajalnya.

Jumaat, 6 Mac 2009

Yeop Bang Lan,Tolong Ngadap Sultan Perak Segera!!

Assalamualaikum Yeop Bang Lan,

Teman tulis nota ini bukan sengaja. Teman tulis dari hati yang tulus. Sudilah apakiranya Yeop Bang Lan membacanya. Kalau tak sudi , teman tak tahu nak kata apa. Teman akan bersangka baik, Yeop Bang Lan terlalu sibuk membaca Al Qur'an atau sedang mentelaah kitab Tafsir Jalalain , Bagdadi, Ibnu Kasir, Tabari, Fil Zilal Quran atau pun kitab tafsir terunggul ulama nusantara seperti Tafsir Al Azhar, karya Buya Dr Hamka.

Kalaulah Yeop Bang Lan sudi teman rasa bahagia sekali!!!

Yeop Bang Lan, kemelut politik Perak masih mencengkam rakyat jelata. Macam tak ada kesudahannya. Pada pendapat teman, kemelut ini perlu diletak tanda berhenti. Dan jalan terbaik dan paling aula , ialah meminta Sultan Azlan, memperkenankan permohonan rakyat supaya DUN Perak dibubarkan segera.

Yeop Bang Lan pun mungkin dah tahu , bila-bila masa dari sekarang, Nizar akan mengadap Sultan untuk memohon baginda membubarkan DUN Perak.

Sebelum Nizar mengadap Sultan, Yeop Bang Lan , teman rayu supaya pergilah mengadap Sultan Perak. Teman tahu mike dengan Sultan Perak tersangatlah kamceng. Tambahan pula mike pandai menguna bahasa Istana. Teman tak pandai. Bukan saja teman tak pandai, tapi teman geli geleman nak mengunakannya.

Ungkapan seperti 'ampun tuanku' apa ke jadahnya teman nak ucapkan. Sungguh teman cakap dari hati yang paling dalam bahawa teman tak sanggup nak melafazkannyer.

Nabi S.A.W pun bila para sahabat berjumpa dengannya, mereka tak pernah ucapkan 'ampun Ya Rasulullah '. Sedangkan Nabi S.A.W , kecintaan teman , adalah pesuruh yang diutuskan oleh Allah, Rabbul Jalil , sebagai rahmatan lil a'lamin.

Lagi satu ungkapan yang boleh membuat teman geli geleman ialah ungkapan, 'patik pacal yang hina mengadap'. Ini bahasa, apa barang yeop?!!!

Yeop Bang Lan pun tahu , teman jenis mat rockers memang tak betah untuk mengadap Sultan. Pantang tok nenek teman nak sembah menyembah walaupun teman jugak berasal dari keturunan Raja Sumatra. Dan Yeop Bang Lan pun tahu bahawa teman tak suka pada tradisi , adat istiadat dan bahasa istana Melayu yang banyak dipengaruhi oleh tradisi dan adat istiadat Raja Hindu.

Oleh kerana itulah, teman merayu , Yeop Bang Lan sahaja yang mengadap dan slow talk dengan Sultan supaya memperkenaankan permohonan Nizar untuk mengadap baginda dan seterusnya meluluskan permohonan hamba Allah itu untuk membubarkan DUN Perak.

Percayalah Yeop Bang Lan ooii, rakyat akan berterima kasih dan memuliakan Sultan sebagai hamba tuhan yang bersikap pro rakyat. Bila di takdirkan, Sultan di jemput tuhan mengadap ke pangkuanNya, dengan izin Allah jua, berpuluh ribu rakyat akan menyembahyangkan jenazah Sultan dan mendoakan kesejahteraan rohnya di alam sana.

Semoga Yeop Bang akan mempertimbangkan permintaan teman yang tersangat mudah ini. Kalau usaha Yeop Bang Lan berjaya , maka teman akan tabik spring pada mika , seorang sahabat lama teman yang masih dipisahkan oleh jarak dan waktu.

Akhir kalam, teman mohon sekali lagi agar Yeop Bang Lan segeralah mengadap Sultan!!!

Temuduga Untuk Yeop Bang Lan,Teman Dan Umat Satu Dunia!

Sempena hari Jumaat nih , apakata yeop bang Lan, kalau kita memikior sejenak tentang persediaan kita untuk kembali ke alamat tetap. Kita mesti bersedia yeop bang Lan ooii. Mati ni yeop bang Lan ooii , bila-bila boleh berlaku ke atas kita.

Teringat teman pada kata bekas pemimpin teman yang masih lagi hidup tapi tak berapa sihat macam teman jugak dan beliau tuh masih tetap mengaku dia adalah keturunan Bani Tamin yang akan menjadi orang kanan Imam Mahdi nanti. Kononnyalah. Katanya: "hendak mati pun akan mati, tak nak mati pun akan mati. Rakyat biasa mati , Raja pun mati"

Yeop bang Lan , sehubungan dengan itu , mari kita baca posting kawan kita yang begitu kreatif dalam menyampaikan dakwahnya tentang mati . Yeop bang LAn kena lawat blognya disini

Yeop bang Lan bacalah, teman nak mengohloh . Ngantuk nih. Lagipun teman dah baca postingnyer. Semoga teman dapat bangun subuh nanti . Kalau teman tak bangun, anggaplah entri ini sebagai yang terakhir. Salam yeop bang Lan . Baca yer, jangan tidak!!!

Kalau yeop bang Lan tak baca , teman sunat sekali lagi!!!!

Tajuk postingnya bunyinya agak menyeramkan:-

TEMUDUGA SEBAGAI CALUN JENAZAH.

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Khamis, 5 Mac 2009

Berita Yang Masih Panas : Zamry Kantoi Lagi!!!

Entri kali ini, teman salin dan tampal dari blog UmmiAnni yang boleh di baca disini

Dan dibawah tulisan UmiAnni , teman letak klip video yang ada kaitan dengan kecerdikan melampau Zambry , Menteri Besar di Pulau yang mengunakan mahkamah untuk menghalang V.Sivakumar, Speaker DUN Perak mengadakan sidang tergempar kemarin yang dikatakan tidak sah. Teman cilok klip vedio ini dari blog pinkturtle2 yang boleh dilawati disini


Zambry kantoi lagi...Ridwan Ibrahim telah tamat tempoh perkhidmatannya
Semalam Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah melarang Speaker DUN Perak daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang didakwa tidak mengikut undang-undang.

Larangan itu dipertikaian oleh beberapa pihak termasuk penafian peguam swasta yang mewakili Speaker ditolak oleh hakim mahkamah Tinggi Ipoh. Penghujahan Wakil dari Penasihat Undang-undang Negeri yang mewakil Speaker diragui kerana pihak berkenaan juga mewakili Zambry dalam kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perintah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim setelah mendengar penghujahan dalam kamarnya oleh pihak Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kudeta kerajaan negeri yang diwakili sepasukan tujuh peguam diketuai oleh Firoz Husain Ahmad Jamaluddi

yang menggemparkan adalah berita ini...kenyataan in ummi ambik dari chatbox notoumno..yang ditulis oleh Tongkat Besi..dan dichat box ummi oleh aduka...

Pesuruhjaya Kehakiman yang membuat keputusan Persidangan DUN oleh Sivakumar sebagai tidak sah ADALAH SEORANG YANG TELAH TAMAT tempuh perkhidmatannya. Dia dilantik secara kontrak 2 tahun mulai 1 MARCH 2007 hingga 28 February 2009. Dia membuat penghakiman pada 3 March 2009. iaitu 3 hari selepas"tempuh khidmat dia tamat. PENGHAKIMAN dia TIDAK SAH. Zambri memang kartun..


************************************************************************************

Rabu, 4 Mac 2009

Bang Dollah Heppi Tak, Malaysia Pecah Rekod Dunia Hari ini?

Tiba-tiba teman dapat berjumpa dengan Bang Dollah. Teman dah tak ingat ini kali yang ke berapa Bang Dollah muncul tanpa diduga. Bang Dollah pula kelihatan macam ingat-ingat lupa bila terpandang wajah teman yang masih belum hilang kehensemannya.

Dan berlakulah dialog seperti berikut:

Bang Dollah: "Aiik, muka hang ni nampak macam familiar saja . Rasanya kita pernah berjumpa tapi dimana ya?"

Teman : "Ala, takkan Bang Dollah tak ingat. Kitakan dah dua tiga kali berjumpa secara tak sengaja dalam mimpi".

Bang Dollah: " Hang pangge aku Bang Dollah? Yang lebih tua dari aku pun mereka pangge aku Pak Lah".

Teman : "Saya selalu anggap abang macam abang tiri saja".

Bang Dollah: "Awat lagu tu?"

Teman : "Lagu tu, 'Ayahku kawin lagi' yang dinyanyikan oleh L. Ramlee".

Bang Dollah : "Hang ni bodo piang sunggoh no? Aku tak maksudkan macam itulah. Yang aku maksudkan, awat hang anggap aku macam abang tiri hang. Bapak hang pernah menikah dengan mak aku kah?".

Teman : " Taklah, bang. Saja-saja, tanpa sebab".

Bang Dollah : "Oh gitu. Macam ni punya manusia pun ada dalam dunia ni. By the way , siapa nama adik tiri aku ni? Wakakaka...".

Teman : " Saya dah bagi tahu dulu pada bang. Tapi tak apalah, bak kata Mahathir, Melayu mudah lupa. Jadi saya bagi tahu semula. Nama saya Sheikh Teluk Intan"

Bang Dollah :" Oppppp, hang jangan dok sebut nama orang tua kutuk tu.!!!!Berbulu telinga aku dengaq. Kononnya dia saja yang pandai memerintah Malaysia. Aku tak reti, kunun. Pooodaahh".

Teman: " I am sorry, bang. Saya akan mencuba untuk tak sebut nama boss abang dulu".

Bang Dollah : " Bagoih hang ni, macam aku jugak, berbudi bahasa .... wakakaka.....Oh ya, la ni baru aku ingat. Hang pernah sebut nama hang yang sebetoinya tak lazat. Jadi hang guna nickname Sheikh Teluk Intan. Ya sheikh al mukaram, aku heppi sangat dapat jumpa hang hari ini".

Teman : "Saya pun hepi sangat hari ini, bang ooi. Pertama, kerana dapat jumpa abang. Itu sudah pasti. Keduanya disebabkan satu peristiwa penting berlaku hari ini, Malaysia mulai hari ini telah berjaya memecah rekod dunia. Dan ketiganya, nanti saya akan bagi tahu".

Bang Dollah :" Bagoih , hang heppi kerana dapat jumpa aku. Yang Malaysia hari ini berjaya pecah satu rekod dunia , aku tak taulah pulak. Misbun Sidik berjaya jadi johan Badminton All England ka? Kalau dia jadi johan, aku dah tak sabaq nak heppi ni!!!! "

Teman :" Bang ooii , Misbun dah lama tak masuk tournament Badminton. Bang nih ketinggalan keretapilah ".

Bang Dollah: " Saja aku buat bodo, untuk test IQ hang..wakakaka..habeh tu, rekod dunia yang macam mana Malaysia sudah pecah? Jangan hang kata , aku yang telah pecah rekod dunia sebagai PM yang terbangang di dunia ini dan telah dimasukkan ke dalam ' World Guinness Stout Records' ".

Teman ketawa terbahak-bahak mendengor Bang Dollah buat lawak bodoh tentang World Guinness Stout Records. Betoi-betoi bang dollah nih , seorang insan yang kepala otaknya sentiasa dalam keadaan konpius.

Bang Dollah : "Awatlah hang gelak, Sheikh? Aku cakap salahkah atau zip seluaq aku terbuka? Sat aku tengok.... oh, nasib baiklah zip seluaq aku selamat wal afiat , kalau tidak 10 hari , 9 malam hidup hang suei. Sebabnya , aku tak pakai underwear".

Teman: "I am sorryyyy. Saya nih bang , dah insaf. Tak mahu cakap lagi , Bang Dollah sebagai Pemimpin yang paling terbangang. Oklah bang, saya akan terangkan mengapa saya cakap Malaysia dah pecah satu lagi rekod dunia. Tapi sebelum tu , bang dollah kena tepok tangan bila saya selesai menyanyi sebaris lagu 'if you happy happy clap your bloody hands'...."

Bang Dollah: "Ya sheikh , janganlah nak berseloroh sampai macam itu dengan aku. Sedih pilu hati aku, hang tau?. Lagipun, bukanka aku hang punya PM dan hang pulak adalah adik tiri aku".

Teman:" Alah bang, kitakan patut hepi sehepinya hari ini. Rekod dunia, Bang Dollah Ooii!!!"

Bang Dollah: "Okaylah hang punya pasai, aku tepuklah. Lagipun lagu tu, aku pun suka. Sejak aku di standard one lagi , cikgu dah ajaq nyanyi lagu itu"

Teman: " Abang nih memang PM yang world classlah. Ok bang, saya nyanyi : 'If you happy happy clap your bloody hands".

Sebaik lagu itu habis teman nyanyikan, Bang Dollah dengan heppinya menepuk kedua belah tapak tangannya hampir 10 kali.

Teman :" Fuyooo bang oooii !!!! Cara abang menepuk tangan pun memang klass gitu."

Bang Dollah : " Oklah Sheikh, masa begitu cemburu. Orang rumah aku sedang tunggu aku ni. Hang cepatlah cakap tentang Malaysia dah pecah rekod dunia supaya aku boleh heppi dan ceria. Cepatlah Sheikh, adik tiri kesayanganku".

Teman: "Baiklah bang. Wahai Bang Dollah , tak pernah berlaku di zaman moden nih dan langit terbuka ,sidang tergempar DUN dalam kes ini, kat perak, telah diadakan dibawah pokok. Maknanya bang, Malaysia telah pecah rekod dunia. Negara paling mundur di dunia nih pun tak pernah bersidang samada peringkat Parlimen atau Dun di bawah pokok. Pecah rekod dunia hari ni bang.!!!Itulah sebabnya kita kena heppi. Saya tahu abang pun tersangat hepi. Bukti abang hepi adalah begitu jelas sekali. Belum dengar cerita ini, abang dah terlebih dahulu tepuk tangan. Betoi tak bang?".

Bang Dollah: " Heppi kepala bana hang!!!!! Hang tahu tak sheikh, kes sidang tergempar Dun Perak ni betoi-betoi memalukan negara. Aku tumpang malu , hang tau dak? Nanti Presiden Obama talipon dan tanya tentang kes ini, apa aku mau jawab ah, bahlol!!!! Kita putuih saudara".

Teman: "Janganlah marah bang!!!! Tadi saya tengok abang heppi sesangat sehingga tepuk tangan banyak kali".

Bang Dollah : " Lupakan aku punya tepuk tanganlah. Sheikh, hang betoi-betoi derhaka!!!".

Bang dollah terus berlalu. Teman terpaku. Tak sempat dia mendengar satu lagi berita heppi tentang kemungkinan dia akan terus jadi PM , kalau dua ekor mangkuk ayun UMNO yang petang tadi telah buat PC kat sebuah hotel mengenai kemungkinan kedua spesis UMNO tuh nak buat injuksi kat mahkamah untuk menangguhkan Perhimpunan Agong Parti United Malay No Otak yang bermula pada 24 Mac 2009 atas beberapa sebab.

Sayang Bang Dollah tak sabar . Kalau dia bersabar, tentu dia heppi sehingga sanggup melompat ke langit yang ke tujuh bila dia mendengar cerita selanjutnya dari mulut teman.

Tapi nak buat macam mana, Bang Dollah melesapkankan diri kerana marah tak tentu pasai. Kalau dia bersabar dan tunggu dialog selesai, tentu dia akan pulang dengan perasaan yang membuak-buak dengan keheppian.

Isnin, 2 Mac 2009

Apa Nak Jadi Dengan Zambry? Nama aja ada PhD

Hari ini teman tak sihat sangat. Seperti biasa dalam keadaan kesihatan teman yang tidak begitu baik, maka terpaksalah teman merajinkan diri untuk mengorjekan posting seorang sahabat teman untuk disalin dan di tambalkan di blog teman ini. Dengan izinnya teman telah mengatai membuat pindaan sedikit-sebanyak posting tersebut. Dan silalah baca tulisan asal beliau disini,

Pelik seorang pegawai kerajaan yang ditugaskan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri( dah digantung tugasnya oleh Speaker DUN Perak petang tadi ) sepatutnya menerima arahan Speaker sebagai pihak yang berkuasa di Dun. Ataupun dia dipaksa untuk terima arahan dari Zambry PhD, Menteri Besar Halam.

Tetapi beliau sungguh tidak profesional. Sanggup kunci dewan kerana tidak mahu bagi Speaker Dun Perak, buat persidangan tergempar. Apakah beliau tidak tahu kuasa speaker? Speaker ini lebih kurang sama macam seorang hakim di mahkamah.

Kalau Setiausaha mahkamah kunci mahkamah tanpa kebenaran tuan hakim bagaimana sesi pengadilan hendak dijalankan sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Jadi bila SU Dun kunci Dun, supaya kononnya persidangan tergempar tidak dapat dijalankan , dia secara langsung memperkecilkan hak rakyat dan merela maruahnya diliwat oleh Zambry PhD dan sekutu yang sewaktu dengannya.

Apakah disebalik tabir, SU Dun Perak pun diugut atau dapat wang besar. Kesihan juga kalau orang kerajaan pun diugut. Kalau dapat wang besar memang tidak patut, celaka rakyat dibuatnya.

Notis arahkan kosong bangunan Dun dikeluarkan tanpa tandatangan tetapi pakai surat rasmi kerajaan negeri Perak. Siapa yang berkuasa nih? Hebat betoi , kuasa notis tersebut sehingga boleh kunci Dun. Ini macam kuasa KEMAS kunci pagar Tadika kononnyer, kerajaan Pakatan Rakyat yang kunci. Kemudian buat tuduhan Pakatan Rakyat yang mengunci balai raya sehingga menyukar budak-budak tadika bersekolah. Ohhh, baik punya sandiwaralah!!!!

Lah nih hamba rakyat jelata melihat keadaan politik semakin haru biru dan celaru di Perak. Tutup Dun macam tutup balairaya. Sudah tidak ada undang-undang. Sedangkan kita selalu berbangga bahawa rakyat Malaysia amat bertamadun dan ada peraturan dan undang-undang. Jadi siapakah dalam kes politik Perak kini yang tidak mahu ikut undang-undang?

Itu hari Tun Mahathir ketawakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana suruh Datuk Dr Zambry buat repot polis bila beliau digantung oleh speaker. Tapi pelik pula bila Mahathir menjadi bisu bila Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persidangan tergempar Dun Perak tidak sah kerana ada kes mahkamah, iaitu kes Nizar saman Zambry. Betoi-betoilah si Najib nih , mahkluk yang menambah lagi kelucuuuuan.

Mahathir tak nak ketawa ke? Saya sedang ketawa nak pecah beruk nih!!!.

Kita hamba rakyat marhen bertambah pelik , puak UMNO dan jongosnyer , ikut peraturan dan fasal yang ke berapa dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang membolehkan SU DUN Perak merintah agar Dun di kunci .

Dan SUK Negeri pulak mengharamkan mahkluk yang tak berkenaan memasuki bangunan yang seolah bapak dia yang punya.

Polis pulak dah jadi lebih UMNO dari UMNO, dengan menyatakan bahawa persidangan tergempar esok tidak boleh diadakan kerana ianya adalah tidak sah. Polis akan menghalang V.Sivakumar dan ahli-ahli Dun Pakatan Rakyat memasuki bangunan milik bapak SU kerajaan Negeri.

Aii, kacau betoi , permainan kotor UMNO dan para jonggosnya!!!

Amat memalukan dan melucukan puak UMNO sanggup untuk tidak ikut peraturan dan perlembagaan. Sebenarnya puak nih dah terlalu terdesak, maka mereka akan guna kuasa Kerajaan Persekutuan yang ada tentera dan polis untuk buat jahat di Perak. Kalau Thailand guna tentera tapi Malaysia sebenarnya guna polis.

Izinkan saya beri sikit pandangan. Kalaulah persidangan tergempar itu tak boleh dibuat kat DUN di bangunan, bapak SUK yang punya, Mr V. Sivakumar bolehlah adakan persidangan dimana-mana saja, termasuk di restoran zambry. Soalnya, masih belum terlewatkah untuk memberi notis berkaitan dengan venue persidangan tersebut kepada puak Adun BN. Kalau tak sempat , puak adun BN boleh buat repot pada pihak yang berkenaan. Berhati-hatilah Mr Sivakumar,ok?

Kita tunggu esok yang tinggal berapa jam lagi. Siapakah yang akan terduduk esok?

Ahad, 1 Mac 2009

Pertandingan Teka Teki:Siapakah Pembunuh Altantuya?

Yeop bang nak masuk tak , pertandingan foto memoto yang dikendalikan oleh bakal Perdana Menteri Malaya yang ke 6 tak berapa lama lagi, itu pun kalau Bang Dollah tak mengelat.

Teman cakap betoi nih yeop bang !! Najib sendiri yang tulis di halaman sesawangnyer. Tak percaya sila baca postingnyer yang teman dah salin dan tampal kat blog teman dalam bahasa glokal. Oleh itu dengan bangganyer teman persilakan yeop bang bacalah. Kalau tak faham nasiblah. Jangan pulak yeop bang mengatai mintak teman tolong terjemahkan. Banyak korje lain teman nak buat nih!!!:-

My fellow young Malaysians,

I recently launched my own personal website at www.1Malaysia.com.my as a means to reach out to my fellow citizens and engage more openly with everyone on the issues that matter to our country. I am very pleased to say that the experience of blogging and owning a website has been interesting and fun at the same time!

As one would say, a picture paints a million words. Malaysia is blessed with our nature, beauty and most importantly, our background of different cultures and races. For this reason, I would like to personally invite you to participate in the 1Malaysia.com.my photo contest, beginning March 1, 2009 and ending March 31, 2009. To enter, you need to submit any photo, taken in Malaysia, that best captures the phrase "Unity through Diversity". I am looking forward to presenting the prizes personally to the winners.

This contest is hopefully the first of many more activities that I hope you can participate via my website. Details of the competition will be uploaded onto www.1Malaysia.com.my beginning 28 February 2009. You could also obtain some of my thoughts on how together, we can build a stronger, more united Malaysia.

Najib Razak.

Dengor ceriternyer setiap pemenang akan dihadiahkan dengan sebuah Camera Digital setiap sorang.

Teman tak teringin masuk pertandingan ituh. Sebaliknyer teman nak ajak yeop bang bersama menganjurkan pertandingan teka teki.

Ada jugak , terpikor dalam kepala otak teman , nak koling Bang Dollah kalau-kalaulah orang tua tuh , sanggup menaja hadiah yang lebih lumayan dari apa yang Najib akan beri pada pemenang pertandingan anjurannyer. Tapi dengor ceriternyer Bang Dollah sedang sibuk terobong sini sana sebelum dia ucap selamat tinggal pada jawatan-jawatannya dalam kerajaan dan Parti Rasuahnyer tak berapa lama lagi.

Apakata yeop bang kalau teman ajak Najib untuk jadi penaja kepada pertandingan teka teki ini. Dia pun tentu suka sebab teka teki itu hanya ada satu soalan saja dan peserta cuma memilih satu jawapan yang paling tepat yang memang telah siap disediakan.

Teki-teki itu berbunyi : "SIAPAKAH PEMBUNUH SEBENAR ALTANTUYA SHARIBU?".

Peserta pertandingan hanya dikehendaki memangkah pada nombor jawapan yang dirasa paling tepat seperti berikut:

1. Altantuya di bunuh oleh dua anggota Polis Mongolia.

2. Altantuya dibunuh oleh pakar bom C4 Monggolia.

3. Altantuya dibunuh atas arahan Pengembala Kambing Hitam yang sedang berangan-angan untuk ditabalkan sebagai PM kat Malaya.

4. Altantuya meletupkan dirinyer sendiri dengan Bom C4 yang dipinjam dari Kementerian Pertahanan Monggolia.

5. Tidak ada sesiapa yang membunuh Altantuya. Altantuya terpijak bom C4 semasa dia berjalan-jalan mencari buah mangga di pinggir hutan.

6. Altantuya terpijak jerangkap samar C4 semasa sesat dari hutan Monggolia hingga ke hutan Malaya ketika mencari petai. Sebab itulah namanya tak ada dalam data kemasukan ke negara ini!

Orait tak teka teki ini yeop bang ? Kalau orait, teman teruskan...