Ahad, 31 Ogos 2008

Tok Najib Pun Berpuasa!!!

Agak terkejut juga bila seorang anak muda bertanya teman: "Pak Sheikh, besok bermulanya bulan Ramadhan. Adakah Tok Najib berpuasa?".

Sepantas kilat teman menjawab: " Jangan sangka buruk pada Tok Najib. Walaupun, isterinya kita nampak pada zahir tidak bertudung, Tok Najib adalah seorang tokoh agamawan. Bro Anwar pun iktiraf ketokohan Tok Najib dalam bidang agama"

" Sebagai seorang Muslim, kita mesti bersangka baik terutama pada orang Islam yang bertaraf insan kamil seperti Tok Najib. Berdasarkan pengamatan pak sheikh , Tok Najib apabila tidak bercakap , mulutnya melafazkan zikir atau berselawat ke atas Nabi S.A.W."

"Tok Najib tidak pernah lewat mengerjakan solat fardhu. Solat malam pula adalah sebahagian pakaian malamnya"

"Oleh kerana itu ,wahai anak muda !!! , sekali lagi pak sheikh mohon supaya jangan buruk sangka pada Tok Najib , walaupun macam-macam cerita buruk tentang keperibadian beliau dijaja dari mulut ke mulut setiap hari".

Demikianlah jawapan teman secara ringkas terhadap kemusykilan seoang anak muda yang mungkin belum kenal siapakah Tok Najib yang sebenarnya.

Anak muda tersebut sepatutnya berfikir positif, bahawa bukan saja tok Najib, bahkan pemimpin UMNO tersangatlah warak dan bertakwa. Cara hidup mereka pun amat sederhana. Jangan ingat , Tok Guru Nik Aziz saja sahaja pemimpin yang mengamalkan cara hidup zuhud. Bang Dollah, terutama Tok Najib serta pemimpin UMNO yang lain dan yang sewaktu dengannya, juga tersangatlah zuhud cara hidup mereka. Dan tak kurang menonjol dan tertonjol ialah sikap mulia mereka yang juga suka bersedekah kepada rakyat yang ditimpa kesusahan dengan mengunakan wang rakyat juga.

Dan pada bulan puasa yang akan bermula esok, Tok Najib akan menjadi di antara makluk yang cukup sibuk berbuka puasa bersama rakyat di surau kat hotel lima bintang . Semasa solat tarawih, Tok Najib akan tampil sebagai Imam solat.

Selepas Solat tarawih, beliau akan mengetuai tadarus. Cukup punya hebat, Tok Najib kita ini dalam beribadah!!!!

Oleh itu , janganlah ada sesiapa yang gatal mulut berkata: "Tok Najib tak puasa tapi tak pernah mis berbuka puasa di mana- mana saja beliau dijemput walaupun diceruk hutan belantara".

Masih dalam tajuk yang sama , teman cuba pertegaskan disini , kalaulah Timbalan Perdana Menteri Malaya , Tok Najib yang juga merupakah tokoh agamawan dan tersangatlah zuhud hidupnya, begitu khuyuk dan tawaduk menjalani ibadah puasa, maka janganlah ada para buruh, petani, pegawai kerajaan, pekerja swasta , polis dan tentera ponteng puasa.

Sekiranya Tok Najib yang selangkah lagi akan menduduki kerusi Perdana Menteri Malaya PUN BERPUASA, maka tiada alasan bagi mereka yang muslim dan tidak termasuk dalam katogeri uzur syariee, mentadarah di waktu siang di bulan puasa.

Akhir kalam teman ucapkan : Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Merdeka!!!.

Malam ini, malam sambutan kemerdekaan.

Tentu banyak pesta. Anak-anak Melayu yang suka pada pesta tentu tak akan lepas peluang berhibur. Sambutan kemerdekaan di Malaya adalah pesta-pestaan. Tak ada pesta seolah Malaya belum merdeka. Berjaya sungguh Kerajaan Barisan Nasional menterjemahkan dalam minda sebilangan anak-anak Melayu bahawa sambutan kemerdekaan adalah pesta hiburan!!

Oleh kerana pesta dan sambutan kemerdekaan adalah sinonim, maka janganlah pemimpin Barisan Nasional muram durja dan marah, kalau rumah kediaman dan kereta rakyat Malaya sudah kurang dikibarkan dengan bendera Jalur Gemilang. Dan janganlah pemimpin BN menuduh sebahagian rakyat tak sayang pada Jalur Gemilang yang merupakan salah satu tanda kemegahan dan kedaulatan negara. Mereka sayang sangat pada negara. Mereka sayang sangat pada bendera. Tapi mereka telah dididik untuk sayang pada pesta mengatasi kasih terhadap negara dan bendera.

Sebagai rakyat Malaya yang cintakan pada negara, teman kibarkan bendera di rumah. Teman tak seperti setengah orang yang menganjurkan bendera Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Teman kibarkan bendera secara betul.

Bukan nak cakap besar, teman sanggup berperang dengan orang yang menganjurkan supaya Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Puak seperti itu tersangatlah biadap. Contohilah teman yang cintakan negara. Kibarkanlah bendera secara betul. Tak elok diterbalikkan. Dan datanglah ke rumah teman, lihatlah teman kibarkan bendera secara betul tetapi dikibarkan separuh tiang.

Teman kibar bendera separuh tiang, bukan kerana ada pembesar yang kojol. Yang kojol ialah demokrasi. Yang kojol ialah ruang keadilan. Dan banyak lagi yang patut tak kojol telah kojol di tangan kerajaan BN.


Dan di kesempatan ini, teman sekali lagi menyeru supaya janganlah dikibarkan bendera lambang kedaulatan negara secara terbalik. Hormatilah bendera kita. Banyak kegunaan bendera negara.

Katakan dalam waktu terdekat ini Bang Dollah atau Tok Najib dimatikan oleh Allah, bendera negara juga akan kita gunakan untuk membalut keranda salah seorang atau kedua mereka.

Oleh itu sekali lagi, teman merayu pada rakyat Malaya yang menterbalikkan bendera supaya kibarkan bendera Jalur Gemilang secara betul. Bendera yang diterbalikkan itu boleh juga digunakan untuk membalut keranda Barisan Nasional pada 16 September 2008.

Merdeka yang sebenarnya mungkin berlaku pada tarikh keramat yang bakal tiba sedikit waktu lagi!!!!!

Khamis, 28 Ogos 2008

Cayalah Sama Lu Nuar!!!

Suka juga teman, bila Pejuang Islam Hakikiyun, siapa lagi kalau bukan Bro Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh baru baru ini.

Kalau ikutkan kekuatan balatentera Tok Najib, Anwar macam akan kecundang. Tapi Anwar muncul sebagai pemenang. Kesian pada Tok Najib. Bang Dollah tentu boleh tuding jari pada Tok Najib "Hang gagal dalam misi menumbangkan Anwar. Aku rasa hang tak layak jadi PM. Aku kansel letak jawatan tahun 2010. Biarlah aku jadi PM sampai kojol".

Teman juga kesian dengan bekas hulubalang Anwar, si Ezam Mohd Noor. Berguni kelemahan bekas idolanya dan puluhan kritikannya pada bekas bossnya didedahkan semasa kempen di Permatang Pauh .Tapi sikitpun tak beri kesan. "Dei ,Raden Ezam!!hang boleh masuk kelambu bermesra dengan bini hang. Itu lebih awla dari cuba nak jatuhkan bekas boss hang yang kau pertahankan setengah kojol, sampai sanggup keluar masuk penjara, sedangkan masa itu mustahil kau tak sedar siapa bekas boss kau itu"

Terus terang teman cakap, sesungguhnya teman dah tak sabar nak tengok Anwar jadi PM Malaya selepas 16 September 2008. Dapat teman bayangkan, segala penyakit warisan Barisan Nasional akan diubati oleh PM baru kita nanti. Dan akan tertegaklah sebuah pemerintahan yang seakan menyerupai pemerintahan para sahabat Nabi.

Indahnya imaginasi teman. Selepas16 Septemberini, teman yang tak bekerja, akan dibantu oleh kerajaan pimpinan Anwar. Elaun khas untuk orang seperti teman akan diberi. Oh, senang hidup teman pada waktu itu. Maklumlah, Anwar akan melaksanakan manifesto Pilihanraya,yang menjanjikan sebuah Negara Berkebajikan. Hidup Anwar!!!!

Sungguh tak sabar teman menunggu 16 September 2008. Teman yakin, dengan daya usaha dan ketokohan Anwar yang super hebat, Kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar akan berjaya ditegakkan. Hidup Anwar!!!!!

Teman dapat bayangkan selepas tarikh keramat itu, Bang Dollah akan meraung sekuat-kuatnya kerana terpaksa jadi Ketua Pembangkang.

Tok Najib, yang bibirnya macam bergincu, mungkin terus jatuh sakit dan terpaksa berubat di Mongolia kerana tak sanggup hanya menjadi Ahli Parlimen Pekan. Harap-harap Rosmah, jangan tinggalkan Najib yang waktu itu sedang dalam kesakitan!!

Menantu kesayangan Bang Dollah yang merupakan di antara makhluk yang terbijak di dunia, iaitu si Khairy mungkin masa itu lebih sanggup berkelana di hutan dekat Rembau dari hidup di bawah pemerintahan Anwar yang dituduh sebagai bapak kepada kepala bapak Amerika.

Mantan Perdana menteri. Cik Det tak perlu lari ke Zimbawe. Teman cadangkan, dia teruskan buat kerja mengkritik dan menuduh Anwar sebagai peliwat Negara Nombor 1. Pasti Bro Anwar akan saman Cik Det satu billion.Kalau Anwar menang, sudilah apa kiranya duit sebanyak itu disedekahkan pada teman yang sedang melarat dalam kemiskinan yang tak pernah teman rasakan selama ini!!!

Di kesempatan ini, teman nak tanya pada Anwar, bakal PM Malaya tentang Tok Guru Abdul Hadi Awang. Apakah jawatan yang akan dianugerahkan kepada Tok guru . Adakah beliau akan dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Malaya?.

Kalau Tok Guru Haji Abdul Hadi tak dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri tentu ramai pengikut Pas muram durja dan marah . Bersabarlah, wahai kawan-kawan dalam Pas. Sabar itu bukankah separuh dari iman? Mungkin, kalau mood Bro Anwar baik, beliau akan melantik Tok Guru Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Dan cadangan teman, Bro Anwar lantiklah Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaya. Bukankah Lim Kit Siang adalah seorang insan kamil mengikut ukuran Bro Anwar. Oleh itu sangat layaklah beliau diberi jawatan kedua penting selepas Bro Anwar. Teman percaya Lim Kit Siang boleh membantu mengekalkan sokongan keturunan orang Cina untuk menyokong Bro Anwar sebagai Perdana Menteri seumur hidup. Dan semasa itu janganlah dikisahkan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam yang kini semakin tercabar. Kedua-duanya bolehlah dicampakkan ke Laut China Selatan. Puuuuhhhh , ngam tak soalan dan cadangan teman ini ?

Mak ooii , hari ni teman demam selsema dan batuk masih tak lega sepenuhnya. Itu pasallah hari ini kemerapuan dan kemerabanan teman semakin menjadi . Tambahan pula , kepala teman amat senget hari ini!!!!

Oleh itu, maafkan teman wahai kawan-kawan. Apapun, teman ucap tahniah pada bakal PM 16 September ini , dengan ucapan: ' Beb, gua caya sama lu!!!'

Ahad, 10 Ogos 2008

Bakaq Aka Penarikbeca Mungkin Dah Lupa!

Lama jugak teman tak kemaskinikan blog teman ini.Hari ini teman nak cuba buat entri baru. Teman mencuba nih!. Harap harap , percubaan teman tak lingkup ditengah jalan!

Di kesempatan ini saja teman nak beritahu, teman jenis yang selalu ketinggalan keretapi.Selepas sehari Bakaq Haq aka Penarikbeca ditahan polis, seorang kawan telah menalipon memberitahu teman tentang penangkapan sahabat kita itu.

Terkejut juga teman mendengar khabar buruk yang menimpa si Bakaq. Kawan yang menalipon hanya memberitahu pada teman ,Bakaq ditangkap tapi bila teman tanya apa kes, dia sendiri mengaku tak tahu punca sebenarnya.

Dalam keadaan itu , tak banyak yang dapat teman lakukan . Hanya sempat teman berdoa agar Bakaq dibebaskan segera. Teman tahu walaupun bakaq bukan jenis manusia yang banyak harta tapi dia hampir mustahil merompak bank untuk belanja hidup. Dia juga bukan jenis manusia yang punya potensi untuk ditahan kerana rasuah kerana dia tak pernah pegang jawatan penting dalam syarikat korporat atau kerajaan.

Selepas beliau dibebaskan dari tahanan polis, barulah teman tahu punca beliau ditahan. Teman mengeluh dan bertanya pada diri sendiri, adakah Bakaq sudah lupa di antara makluk yang suci di dunia ini, ialah Polis, khususnya Polis Malaya.

Sebagai Pasukan Polis Malaya yang suci lagi menyucikan terutama ketuanya yang lahir dari benih Ulamak Tajwid dan Taranum, sepatutnya Bakaq jangan sentuh walaupun seinci kesucian Polis Malaya. Tanpa polis yang serba suci lagi menyucikan, rakyat Malaya akan hidup dalam ketakutan kerana para samseng dan penyamun bebas melakukan apa saja yang merasuk dalam minda mereka. Tapi lihatlah Bakaq Ooii, Malaya cukup aman. Rakyat Malaya merasa cukup selamat di waktu tidur dan jaga berkat kesucian Polis Malaya.

"Bakaq ooii , di Malaya mana ada kes rompakan, rogol, penculikan, samun menyamun ,pengedaran dadah dan yang seumpama dengannya. Semua penyamun , perogol, peliwat, dan penjahat telah lama bersara dari professi masing-masing kerana takutkan 'bala' dan 'daulat' dari makluk suci dan menyucikan. Itulah sebab, Malaya boleh berbangga kerana kadar jenayahnya adalah sifar. Masihkah Bakaq tak faham-faham lagi?".

Mungkin semasa Bakaq ditahan untuk di siasat, setiap pegawai Polis telah memberi kerjasama yang secukupnya. Teman bayangkan, pegawai polis yang suci dan menyucikan telah menempatkan Bakaq dibilik tahanan yang seumpama bilik hotel 5 bintang. Dalam imaginasi teman, Bakaq telah dilayan dengan penuh sopan oleh pegawai polis yang suci dan menyucikan.

"Maaf Bakaq, teman macam terasa hang telah mengeluarkan setempayan airmata kerana tak sanggup meninggalkan bilik tahanan yang indah serta selesa dan pegawai-pegawai Polis yang telah memberi layanan penuh sopan santun kerana sifat mereka yang suci dan menyucikan.Tapi Bakaq, nak buat macam mana, hang terpaksa keluar jugak. Ini juga merupakan bukti bahawa pegawai-pegawai polis yang suci dan menyucikan adalah begitu baik hati.Makluk-makluk suci lagi menyucikan maha mengetahui bahawa anak-anak dan isteri tercinta hang , mahukan hang pulang ke pangkuan mereka".

"Oleh itu bersujud syukurlah bakaq, kerana hang telah dikeluarkan dari tahanan selepas dua malam menginap di bilik tahanan yang selesa dan indah dan di kelilingi oleh makluk yang suci lagi menyucikan".

Sebagai penamat bicara, teman pula nak tabik pada makluk-makluk yang suci lagi mensucikan kerana mulai hari ini teman semakin seriau dengan 'karomah' pasukan mereka. Mungkin teman nak cipta wirid baru untuk amalan harian yang lebih kurang begini bunyinya: " Ya, makluk suci lagi menyucikan,mohon ampun atas segala kesilapan".

(Nota: teman teringat sebaris lagu yang teman lupa penyanyinya yang lebih kurang begini bunyinya : "ala-ala Datuk, jangan saman")