Ahad, 22 Jun 2008

Jeng! Jeng! Jeng!: Kalau Aku Jadi Perdana Menteri

Teman dah dapat sahabat baru, seorang blogger. Beliau anak kelahiran Teluk Intan, iaitu di Kg Bahagia, yang juga merupakan kampung sahabat teman , Abu Fatihah seorang blogger yang banyak jasanya pada teman yang tua dan lelah ini.

Sahabat baru teman ini, nicknamenya pelik jugak. Tetapi teman tak hairan langsung, kerana teman arif benar, setiap anak kelahiran Teluk Intan ,mempunyai kelebihan yang luar biasa dan tersendiri yang mungkin sukar untuk difahami oleh orang yang bertaraf 'awam'.

Pernahkah kawan-kawan dengar nickname jeng!jeng!jeng!?. Ah, itulah nickname sahabat baru teman itu!

Oleh kerana semenjak dua menjak ni, teman agak sibuk dengan kerja-kerja walaupun dalam keadaan sakit dan lelah, blog teman yang paling koman di atas muka bumi ini, jarang sekali di 'updatekan'. Dan hari ini, teman nak update blog ini.

Sebuah entri sahabat teman si jeng! jeng! jeng! teman copy dan paste ke dalam blog teman. Dengan berbuat demikian, blog teman ter'update' jugak. Geliga juga kepala otak teman nih!.

Entri sahabat teman nih, pun serasi pulak dengan kepala otak teman. Oleh itu sahabat sahabat boleh baca dan lawatilah blog beliau di sini.



Kalau aku jadi perdana menteri....hmmmm... Macam ni, kalau aku jadi perdana menteri, aku ada rancangan aku sendiri. Strategi bagaimana nak memerintah negara ini. Berikut adalah antara langkah-langkah yang bakal aku laksanakan
  1. Harga minyak akan diturunkan kepada harga yang paling rendah didunia. Bukankah Malaysia suka mengejar nama. Kalau aku jadi PM, minyak aku turunkan harga sampai Arab Saudi pun akan bandingkan harga dengan Malaysia. Barulah dinamakan Malaysia Boleh. Susah apa turunkan harga. Caranya. Buat sidang akhbar, turunkan harga minyak..selesai.
  2. Harga minyak kelapa akan dinaikkan. Ini adalah kerana minyak kelapa berasal dari tempat tinggi, iaitu di atas pokok kelapa. Tinggi, kan? Jadi harganya perlulah tinggi sikit. Susah apa.
  3. Minyak urat juga akan dinaikkan harga. Ini membolehkan tukang urut memperoleh pendapat lebih.
  4. Cukai pintu akan dimansuhkan sama sekali. Buat apa nak cukai pintu. Pintu tu kat situ je. Bukan bergerak pun.
  5. Cukai jalan juga mansuh. Ini bagi memudahkan kerja JPJ. Bila JPJ dah tak ada kerja, kita tutup je JPJ.
  6. Gaji polis akan dinaikkan. Ini membolehkan polis membeli hanpon mahal. Aku heran betul tengok polis, henpon dia orang semua canggih2. Dari pangkat rendah sampai yg tinggi.
  7. Polis trafik boleh bawak motor polis tu. Senang nak hantar anak pergi sekolah.
  8. Subsidi minyak. Yang sebenarnya akupun tak faham pasal tu, tapi masa tu aku dah jadi PM. Orangpun tak tanya. Bagije la subsidi.
  9. Turunkan harga kereta Proton. Bagi murah2 je. Tengah tahun buat sales. Harga runtuh.
  10. Pecat semua pembaca berita TV3. Mengarut je dia orang tu.
  11. Turunkan tambang bas. Bawak balik bas mini ke Kuala Lumpur. Bukan apa, aku memang dah rindu nak naik bas mini. Itu je. Aku kan PM, suka hati aku la.
  12. Segala cukai aku kasi turun punya. Nanti orang tanya, abislah negara tak ada pendapatan lagi. Jawapannya ada. Jual tanah kat Singapura. 1 kampit tanah jual RM10. Dia orang mesti beli punya.
  13. Sewa KLCC kat sapa2 yang nak sewa. Sewa murah2 je. Lepas tu cat warna tadika, barulah boleh nampak dari Shah Alam.
  14. Tol akan dihapuskan sama sekali. Sapa nak bayar, kira derma je.
Pergh banyak lagi tu idea aku. Bukan susahpun jadi PM. Kalau orang marah, aku letak jawatanlah. Apa nak heran.

Rabu, 11 Jun 2008

Puisi Waterlily Yang Teman Baca Hari Ini!

Di antara blog yang teman selalu lawati ialah , blog sahabat teman yang nama samarannya ialah Waterlily . Blog beliau boleh dilawati di sini.

Di bawah ini teman copy dan paste puisi beliau yang pada pendapat teman penuh dengan mesej yang tersurat dan tersirat.



June 07, 2008

Aku Marhaein


Aku marhaein.
Tidak tahu politik
Suapan slogan muluk- muluk
Glokal sana wilayah di sini

Aku buta ekonomi
Tiada kepentingan
terhadap projek-projek megamu
Tak bermaksud aku boleh engkau
Pandir-pandirkan sesuka hati

Aku marhaein
Tahuku cuma
Keluar saban hari
Mencari sesuap rezeki
Agar hidup kami
Tidak perlu jadi penadah tangan
di negara sendiri

Jangan engkau suruh aku
Ubah gaya hidup
Kerna aku cuma bermotorsikal
Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter
dan bas Rapid KL
Berasak-asak berdiri
Setaraf pendatang.

Tidak pernah menjejak Suria KLCC
Tidak pernah merasa Starbuck coffee
Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani
Cuma sesekali merasa ayam KFC
Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali.

Jangan engkau bodohkan aku
Dengan suapan slogan gila tidak munasabah
Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa
Bukan aku pernah melancong ke luar negara
Dalam negara pun tidak pernah
Mahu balik kampung
Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira

Kata si cantik seleberiti
Kurangkan makan nasi
Baik untuk kuruskan diri

Aku sekadar mau bertanya
Bolehkah kurangkan nasi
Untuk anak-anakku yang sedang membesar
Mencatu makan bisakah menghentikan tangisan

Dan engkau puak juak akhbar
Asal saja yang berucap itu pakar
Asal saja dia si cantik seleberiti
Asal saja tuanmu bisa dapat untung
Semuanya engkau main petik sesuka hati

Aku marhaein
Aku sudah hidup dengan cara marheinku
Jangan kau ajar aku berjimat
Pada kamu berjimat
Padaku mencatu

Aku marhaein
Dan aku sedang marah
Jangan sampai aku amuk.


Selasa, 10 Jun 2008

Mimpi Teman: Bergasak Dengan Bang dollah!

Teman termasuk dalam senarai hamba tuhan yang tidurnya sering didatangi mimpi.

Jangan jeles ,kalau teman pernah bermimpi berjumpa dengan bekas Yang DiPertuan agong pada akhir tahun 70an. Dalam mimpi itu, teman bersenda gurau dengan Agung. Selepas tersedar dari tidur, teman rasa gembira yang amat sangat kerana bukan senang hendak berjumpa dengan YDP Agung!

Dan semasa Tun Hussien Onn Jadi Perdana Menteri , teman pernah menasihatkan beliau dalam mimpi supaya berhati-hati dengan Timbalannya pada masa itu. Bila bangun dari tidur, teman rasa bahagia sangat kerana terasa betul Tun Hussin Onn mengganggukkan kepala banyak kali sebagai tanda bersetuju dengan nasihat teman.

Setelah masuk tahun kesepuluh atau kesebelas, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, teman pernah bermimpi berhujah dengan beliau dalam mimpi. Dalam mimpi itu, kamiberdebat tentang banyak perkara. Memang, Tun Mahathir yang berakal 'keling'cekap mematah hujah teman.

Namun teman pun tak kurang hebat. Teman patah patahkan balik hujah beliau sehingga beliau menganggkat tangan tanda mengaku kalah. Dan bila teman sedar dari tidur, teman rasa cukup bahagia.Tak disangka, Wira Dunia Ketiga yang diagung-agungkan semasa zaman pemerintahannya, tersembam dikaki teman. Indah sungguh. Miskipun, ianya cuma sebuah mimpi!

Teng...teng..teng.. janganlah jeles pada teman, wahai kawan-kawan sekalian!!!! Malam tadi, teman bermimpi berjumpa dengan Bang Dollah, Perdana Menteri Malaya yang didesak supaya melepaskan jawatannya oleh sebahagian rakyat besar, termasuk bekas musuh Ezam Mohd Noor, iaitu Tun Mahathir Muhammad Al Kuty.

Dalam mimpi tersebut, teman bukan setakat berjumpa dengan bestfren Ezam Mohd Noor, tapi teman bergaduh dengannya. Teman tak berapa ingat, punca sebenar pergaduhan teman dengan Bang Dollah.

Mungkin, puncanya kerana kenaikan harga minyak yang naik mendadak secara gila babi. Atau mungkin juga, puncanya kerana teman maki beliau disebabkan cara beliau menguruskan negara ini bagaikan Malaya ini emak bapak dia yang empunya. Atau mungkin juga, puncanya kerana dia terus buat muka selamba, semasa ramai orang memperlekehkan kepimpinannya yang berteraskan hipokrasi peringkat tertinggi.

Apapun kemungkinan punca pergaduhan teman dengan bang dollah, apa yang pasti bukanlah disebabkan teman nak merampas isterinya, si Jeanne. Tak siur langsung, teman nak merampas si Jeanne nih dari bang dollah! Mak Indon, yang bekerja di restoran Mamak dekat studio teman, lebih cun melecun lagi.

Dalam mimpi itu, kami bergaduh bukan setakat bertikam lidah. Kami betul betul bergaduh mengunakan tangan dan kaki.

Mulanya, Bang dollah cuba tampar teman. Teman dengan cepat menepis. Dan sebiji penumbuk teman, bekas pemegang tali pinggang hitam seni pertahanan diri ,karate, singgah ke muka bang dollah. Bang dollah kelihatan terhuyung hayang. Macam nak kojol!

Sedih juga teman melihat bang dollah, bapak mertua Khairy dan bestfren kepada Ezam Mohd Noor, berkeadaan begitu. Dan secepat kilat, teman cuba membantunya dia agar dia tidak tersembam ke muka bumi.

Tapi memang dasar orang tua yang tak tahu mengenang budi.Tiba-tiba dia meluru ke arah teman macam anjin gila dan cuba menendang perut teman. Syukur ,dapat teman elak. Dia cuma dapat menendang anggin. Oh, betul-betul dia begitu sarious hendak mencederakan atau membunuh teman , seorang rakyat Malaya yang hidupnya semakin tertekan , akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sebagai seorang anak jantan dan berdarah pahlawan pula , teman rasa semakin tercabar. Lalu, teman menyerang dengan menumbuk muka , tendang perut, dan terajang dekat 'anu' bang dollah secara bertubi tubi. Maka, berguling dan mengeliatlah si bang dollah, teman kerjakan.

Kali ini , teman buang rasa belas kesian ke longkang walaupun teman sayu jugak melihat keadaan bang dollah, yang memang cedera parah teman kerjakan. Dan teman pun telah siap memasang kekuda untuk memberi tendangan maut ke leher dan kepala beliau.

Sebelum sempat teman menyerang beliau buat kali kedua, pada masa itu datang sekumpulan Polis menghampiri teman. Teman telah bertekad untuk melawan sekumpulan polis yang teman lihat agak ramai juga. Miskipun teman sedar bahawa akhirnya, teman akan kojol di hujung senjata api mereka.

Tapi keanihan yang diluar jangkaan berlaku. Seorang polis yang teman rasa berpangkat tinggi (bukan Musa Hassan), datang menghampiri teman dan kemudian berbisik di telinga teman: "Sheikh, jangan takut. Kami bukan nak tangkap Pak Sheikh. Kami nak bantu membelasah si mangkuk ayun ni. Nasib rakyat dan polis semakin susah di bawah pemerintahan orang tua tak berguna sesen nih".

Suka hati betul teman mendengar kata-kata pegawai polis itu. Lalu teman ketawa sambil terguling-guling.

Sedar-sedar teman terbangun. Badan rasa sakit. Teman rupanya terjatuh dari katil. Mujurlah, katil teman tak tinggi. Taklah terasa sakit sangat. Tapi teman, menyesal jugak kerana mimpi teman terputus tanpa 'ending' yang muktamad.

Lantas, teman naik ke atas katil balik, cuba pejamkan mata. Harap-harap mimpi bertarung dengan bang dollah dapat di sambung balik. Hingga ke Subuh , mimpi itu tak menjelma lagi.Mimpi lain yang datang: Mimpi mengejar bas untuk ke sekolah!

Kepada kawan-kawan yang pandai tafsir mimpi, sila beritahu teman apakah makna di sebalik mimpi teman bergasak dengan bang dollah nih! Mungkinkah Al banjari, Ciklee, Raden Jawo, Aiman dan Ja-anuar boleh membantu ????

Sabtu, 7 Jun 2008

Apakata Bang dollah dan Gang Minum 1 Liter Petrol Setiap Seorang

Teman agak sibuk akhir akhir ini. Tak sempat nak update blog teman yang serba koman ini.

Malam ini, teman curi masa sikit. Teman nak kemukakan tuntutan 'baik punya' kepada si bang dollah dan suku sakatnya dalam kerajaan Barisan Nasionalnya.

Teman tak peduli, apa orang nak kata terhadap tulisan teman ini. Teman pun tak peduli, kalau orang kata teman menulis penuh emosi. Teman pun tak peduli, kalau orang kata, teman menulis tanpa isi yang objektif.

Kalau teman nak tulis tentang apa saja, teman punya pasallah. Biarlah orang kata, teman blogger yang terbodoh di dunia. Teman pun mengaku, teman tak punya pelajaran yang tinggi. Jadi, sedikit pun teman tak kecil hati, kalau orang kata teman bodoh, sebab teman ini memang bodoh , sebodohnya.

Oleh kerana teman bodoh, teman ada lesen untuk bercakap dan menulis setaraf dengan kebodohan teman. Orang pandai , kalau tak suka baca blog orang bodoh ini , dipersilakan menjenguk beribu blog yang di tulis orang yang kepala otaknya cerdik dan bertaraf seribu bintang

Sekian saja penerangan teman tentang sikap teman yang tak peduli dengan apa orang nak kata tentang kebodohan dan ketidakpedulian teman terhadap apa orang nak kata tentang teman.

Teman terus kepada matlamat entri ini di tulis.

Sejak ,harga petrol naik, teman setiap hari hari memaki hamun Bang dollah dan sekutunya. Sebelum harga minyak petrol dan diesel naik, teman isi minyak RM5o, dapatlah isi hampir separuh tank. Sekarang ini, isi lima RM50 hanya dapat memenuhi suku tank. Tak boleh ke lagi teman mencarut dan mencelaka bang dollah dan geng kepala toyanya.?

Sikit hari lagi, kerajaan akan umumkan kenaikan tariff letrik. Bagi rumah yang kadar bil letriknya dibawah RM 45 , tak dinaikkan tariffnya.

Betul betullah bang dollah dan geng mangkuk ayun, tak tak tahu kebanyakkan rakyat yg tinggal di bandar kecil dan besar, bil letrik mereka lebih RM 45 sebulan . Walaupun teman, tak kaya, tapi rumah teman pakai terdapat dua unit aircond. Ini belum termasuk item seperti setrika, peti ais, komputer, cerik dan periuk letrik, dan banyak lagi. Bil letrik teman sebulan, purata RM 200.Maknanya, bila tariff letrik dinaikan teman dan orang yang seumpama teman , akan membayar lebih bil letrik. Tak boleh lagikah, teman mencarut dan mencelakakan, bang dollah dan menteri-menteri mangkuk ayunnya?

Sesungguhnya teman dah muak dengan alasan kerajaan haram jadah, BN bila menaikkan harga minyak. Lebih memualkan bila, bang dollah nak bagi rebate dalam bentuk duit kepada pengguna kenderaan. Adakah, dengan memberi rebate dalam bentuk wang ringgit yang tak seberapa, dan setahun sekali pula, boleh mengurangkan bebanan rakyat akibat kenaikkan harga minyak? Jawapannya tidak sama sekali. Jelas sekali kerajaan BN haram jadah, memperbodohkah rakyat Malaya. Tak boleh lagikah, teman mencarut dan mencelakakan , bang dollah dan menteri-menteri beliau yang serba sial itu?

Teman tak nak cakap banyak. Teman minta dengan cara terhormat, bang dollah dan menteri menteri mangkuk ayunnya dan berkepala toya, berkorban demi rakyat kalau mereka pejuang tulin.Tambahan pula , pengorbanan yang teman tuntut tak perlukan modal yang banyak. Rakyat pun pasti gembira, sampai tak terkata.

Dengarkan tuntutan teman yang paling sederhana ini wahai bang dollah dan para sekutunya:"Bang dollah yang dikasihi, teman tuntut kerjasama bang dollah dan menteri-menteri yang berkepala toya supaya meminum 1 liter minyak petrol dengan sekali dua teguk. Teman, sanggup membiyaai perbelanjaaan pesta minum satu liter petrol untuk bang dollah dan menteri-menteri yang berkepala toya".

Selepas bang dollah dan menteri-menteri berkepala toya minum 1 liter minyak petrol setiap seorang, percayalah cakap teman, rakyat Malaya dimana saja mereka berada akan menurunkan bendera negara separuh tiang. Bukannya sebagai tanda marah, tapi tanda gembira yang teramat sangat. Dan jasa bang dollah dan menteri menteri mangkuk ayun kerana meminum 1 liter petrol setiap seorang, akan dikenang sampai bila-bila. Teman pun akan buat kenduri selamat.

Bukankan bagus sungguh tuntutan teman ini ,wahai bang dollah ooooooiiii!!!!!!!