Ibu bapa, adik, dan beberapa orang sepupu teman , pernah dan masih menjadi guru.
Maknanya teman ni, keturunan guru. Dan teman berbangga, menjadi anak cikgu. Hidup sebagai anak guru walaupun tak semewah anak/menantu seorang Perdana Menteri Malaya, yang sekelip mata boleh jadi jutawan, tetapi cukup selesa berbanding anak seorang buruh atau petani.
Walaubagaimanapun, teman bukanlah anak cikgu yang baik kelaku sejak memasuki sekolah menenggah. Semasa berada di tingkatan empat, teman yang merupakan anak cikgu, telah menjadi cukup popular. Semua guru kenal teman, termasuk Director Sekolah , Brother Calvin.
Populariti teman disekolah, bukanlah disebabkan teman pelajar cemerlang, tetapi disebabkan keterbilangan kelakuan teman yang amat memeningkan kepala para guru. Datang lambat, ponteng sekolah, lompat pagar sekolah , meng'karate' meja dan kerusi, adalah bukan kelakuan teman yang luar biasa.Ianya tersangat normal.
Teman pernah kena rotan di bilik Director kerana tulis bukan-bukan di papan hitam. Sebelum guru disiplin merotan teman dihadapan Brother Calvin, dia berbisik ditelinga teman yang lebih kurang maksudnya dalam bahasa Melayu: "Jangan marah boss. Saya rotan dengan lembut." Dan dia betul-betul menunaikan janjinya. Tangannya mengangkat rotan tinggi-tinggi, tapi bila rotan itu sampai ke punggung teman, macam tak terasa sebatan.
Sejak hari itu , bila guru disiplin itu ternampak teman di kawasan sekolah, dia pasti mengubah haluannya. Sengaja dia nak mengelak berselisih atau berdepan dengan teman. Kadang-kadang teman pula yang terpaksa melaungkan ucapan seperti berikut kepadanya: "Good morning . How are you today , sir ?". Dari jauh dia menjawab sayup-sayup: " Yes ,I am fine". Tak sampai seminit dia hilang dari mata teman.
Teman tak tahu, selepas teman habis tingkatan lima di St Anthony's School Teluk Intan, masihkah terdapatkan jenis murid yang mewarisi kelakuan teman yang cemerlang ,gemilang dan terbilang di sekolah tersebut sehingga kawan-kawan dan guru memanggil teman sebagai 'boss'. Atau mungkin teman spesis terakhir yang menunggu saat untuk pupus.
Oh yeh, hampir terlupa teman nak sebut bahawa isteri teman pun seorang guru. Selepas Solat Subuh pagi tadi, teman yang masih mengantuk sempat keluar bilik dan pergi ke ruang tamu. Isteri teman masa itu sedang menulis sesuatu di laptopnya. Macam orang bodoh teman hulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Dia pun menyambut salam teman. Kasar tapak tangannya, mungkin banyak menampar murid-muridnya. Dan teman sambil tersenyum berkata: " Selamat Hari Guru".
Dia macam terkejut. Mungkin dia ingat teman menghulur salam kerana nak mohon mohon maaf, kerana termengorat wanita indon yang bekerja di restoran mamak yang cukup dekat dengan studio teman.
Selepas hilang rasa terkejut, dia pun berkata: "hai seumur hidup ,tak pernah ucap 'Selamat Hari guru', tiba-tiba ucap. Ini kes nak buang tebiat atau ada tujuan lain".
Teman pun ketawa. Dan teman tanya isteri teman: "awak sukakah ,saya kojol".
Isteri teman pun menjawab: " Suka atau tak suka, bila tiba waktu abang sampai, tak siapa yang boleh tahan. Redho sajalah ".
Itulah kehebatan isteri teman. Tawakalnya tinggi. Kepercayaan kepada Qado dan Qadar, boleh diberi markah A+. Susah nak dapat isteri macam ini. Teman rasa cukup bertuah!
Kemudian, teman melangkah ke bilik tidur. Teman mahu sambung tidur. Malam tadi , teman tidur tak lena.Tidur ayam. Sebabnya, nafas teman macam tersekat di dada.
Sebelum terlelap teman tiba-tiba teringat beberapa kajian tentang guru. Dah tak ingat kajian tersebut pihak mana yang buat. Tapi kajian itu pernah merisaukan teman. Teman rasa cukup tak selamat. Habis pisau belati dan parang panjang yang terletak didapor atau distor teman sorok di tempat yang teman fikir tak dapat dikesan. Dan tak lupa teman pastikan ,kain teman diikat kuat-kuat semsa tidur.
Mengikut kajian tersebut, para guru lebih mudah mengidap penyakit jiwa. Ada banyak faktor, yang menyebabkan para guru mudah diserang penyakit jiwa. Pertama, perangai murid-murid sekarang semakin keterlaluan. Guru marah atau tarik telinga murid, ibu bapa datang yang eksyen bodoh menyerang sekolah dan maki hamun guru tersebut.
Kedua, beban kerja guru semakin bertambah. Selepas habis waktu sekolah, para guru kena bersama untuk buat tugas ko kurikulum. Balik ke rumah sebelum maghrib. Lepas solat dan makan malam , mereka terpaksa memeriksa dan memberi markah buku latihan murid-murid.
Dan entah berapa banyak tugas lagi yang terpaksa mereka lakukan demi memperbaiki dan mengekalkan pencapaian akademik murid-murid. Dan dalam usaha hendak mencapai 'target' , tersebut, rasa tertekan mungkin timbul dikalangan sebahagian guru.
Oleh itu ,teman ingin bertanya adakah teman dah gila babi, bila menyorok pisau belati dan parang panjang di satu tempat yang tidak diketahui oleh isteri teman?
Rasanya ,teman telah mengambil langkah yang betul. Tolong jangan beritahu pada isteri teman yang masih belum berjaya dimadukan, bahawa sesungguhnya teman takut beliau termasuk dalam senarai pesakit jiwa. Setiap kali dia bertanya: " bang , mana pi pisau belati dan parang panjang" serta merta , teman yang dulu di gelar 'boss' oleh guru-guru dan kawan-kawan , mengiggil ketakutan. Keluar peluh jantan. Oh yeh!
Dan bila malam tiba, teman selalu merintih "oh , alangkah baiknya aku ada cawat besi". Teman tak takut isteri teman , seorang guru, mengambil beribu ringgit yang selalu teman letak dalam laci meja bacaan. Tapi teman takut pada seorang isteri yang profesinya adalah guru tapi ada penyakit yang tu, memotong kelakian teman. Benda ni, mana ada alat gantinya. Betul tak?
Begitulah keadaan teman untuk beberapa ketika , selepas membaca kajian tentang penyakit jiwa yang banyak dihidapi oleh para guru.
Mujurlah, kehidupan teman kini semakin tenang. Isteri teman walaupun seorang guru yang begitu mabuk dengan tugasnya, syukur masih belum menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan. Apapun , teman tetap berhati-hati. Bak kata orang tua-tua dulu, 'air tenang jangan disangka tiada buaya di dalamnya'.
Dan teman tak menafikan, isteri teman ni banyak mengajar teman tentang erti hidup berdikari. Teman , yang sedang dalam keadaan tak berapa sihat , terpaksa menyediakan sarapan pagi dan tengahari sendiri kerana sebagai seorang guru yang tulin, setulinnya, isteri teman subuh seppie lagi telah berangkat ke sekolah dan pulang bila matahari sudah tenggelam.
Oleh itu jangan hairan , wanita Indon yang bekerja di restoran mamak , berhampiran dengan studio teman , yang pada peringkat awal tak faham kini mulai faham, bila teman melaungkan order: '"Adik! isteri saya paling rajin memasak, oleh itu siapkan saya empat keping capati dengan kuah sardin untuk saya simpan dalam peti ais supaya boleh dipanaskan pagi besok untuk makan pagi dan tenggahari".
Pernah tak lama dulu, teman sakit teruk .Isteri teman begitu prihatin sekali. Tanpa banyak soal dia terus membawa teman ke hospital dan memujuk teman masuk wad: "Bang , dekat wad ramai nurse dan doktor untuk merawat abang sampai sembuh . Tentu abang selesa disana"
Pandai isteri teman membuat jangkaan yang tepat. Sesungguhnya teman, betul-betul rasa selesa kerana tiada gangguan. Isteri teman telah melatih teman untuk hidup berdikari tanpa dirinya disisi di hospital. Lepas teman sihat sikit, teman terpaksa memanggil teksi untuk pulang ke rumah. Huh, cukup bagus sekali latihan yang diberikan oleh isteri teman. Mana nak cari jurulatih terbaik seperti isteri teman. Oh yeh, teman cukup berbangga!
Demikianlah serba sedikit rencah kehidupan teman yang beristerikan seorang guru.
Sebelum teman berhenti menulis, teman ingin sekali lagi mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seorang isteri, merangkap seorang guru. Hidup teman cukup bahagia. Dan kebahagiaan ini akan menjadi berlipat gandai andai kata, dia bersetuju menghadiahkan teman seorang isteri yang lebih muda supaya dapat mengurangkan bebannya menjaga seorang tua yang sakit dan lelah.
Semoga , isteri teman merangkap seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang sudilah apa kiranya membaca entri ini dan terus bersetuju dengan cadangan teman yang paling bernas selama teman bernafas di dunia ini dengan berkata: " Saya dengan ini, membenarkan suami yang sedang sakit dan menanti saat kekojolannya, untuk berkawin lagi satu".
Pasti teman melompat gembira sampai ke langit yang ke tujuh!
Jumaat, 16 Mei 2008
Khamis, 15 Mei 2008
Mencari Vokalis: Bang Dollah Dijemput!
Teman sedang cari Vokalis. Siapa yang rasa dirinya berbakat boleh datang untuk audition.
Sebagai menghormati abang tiri teman , merangkap Menteri Perdana Malaya, teman ingin menjemput bang dollah untuk menjadi vokalis. Mungkin bang dollah tak pandai berpidato seperti Anwar, tapi mana tahu, abang dollah pandai menyanyi seperti Jamal Abdillah bin Ustaz Ali. Tak mustahil juga, kemerduan suara bang dollah mampu mengalahkan kemerduan suara sang katak memanggil hujan!
Tok Najib yang tak kenal pada Altantuya, tapi Altantuya kenal padanya, pun dijemput hadir untuk audition. Walaupun suara ,dan gaya pidato Tok Najib hanya setakuk diatas bang dollah , teman percaya , beliau boleh menyanyi sebaik Zaina Zain. Maklumlah sifu beliau dalam menyanyi ialah isterinya sendiri yang merasakan dirinya sehebat Siti Nuraliza.
Anak al marhum Tun Hussin Onn , sengaja teman tak mahu jemput datang audition. Suaranya terlalu sedap, sehingga sang kaldai pun boleh pengsan mendengar suaranya . Dan lebih menakutkan kalau dia menyanyi dalam sesuatu persembahan sambil menghunus keris !
Lihatlah betapa baiknya hati teman ini. Tak pernah dibuat oleh mana-mana individu di atas muka bumi ini menjemput seorang Menteri Perdana dan Timbalannya dengan penuh sopan untuk menjadi vokalis syarikat rakaman teman.
Tak payah pecahkan kepala untuk menconggak apakah album kedua hamba tuhan ini, mendatangkan keuntungan atau kerugian. Teman cukup yakin , album nyanyian dua mangkuk ayun ini boleh mendatangkan kerugian besar pada teman yang semakin miskin ini. Tetapi nak buat macam mana ?.Inilah jasa teman, kepada dua orang hamba tuhan yang telah berkorban untuk negara dalam mempertahankan prinsip ketidakadilan , sistem ekonomi , politik, sosial serta pendidikan yang tersangatlah pincang dan pelbagai akta yang serba sial.
Sekiranya, mimpi Bro Anwar Ibrahim menjadi kenyataan untuk menumbangkan kerajaan BN pada 16 September, 2008, maka dua orang hamba tuhan tersebut, selain menjadi Ketua dan pembantu ketua pembangkang, bolehlah menjadi penyanyi. Tak baik lagi kah hati teman ini,duhai dua orang hamba tuhan ?!
Kedua hamba tuhan ini, teman tahu bukan menyanyi kerana duit. Duit mereka ,kalau dikumpulkan mungkin boleh menjadi setinggi gunung Himalaya. Dan tujuh keturunan dua hamba tuhan ini mentadarah duit tersebut , pun belum tentu boleh habis.
Dan teman percaya , kedua hamba tuhan ini kalau menjadi penyanyi bukan kerana faktor nama. Emak bapak mereka berdua telah memberi mereka nama sebaik mereka dilahirkan ke dunia. Mereka sekadar menyanyi untuk menghiburkan diri sendiri yang teramat sedih dan kecewa kerana terpaksa turun dari tampok pemerintahan pada 16 September 2008 nanti.
Yang pasti orang yang paling tak sabar untuk mendengar bang dollah menjadi penyanyi ialah , Tun Mahathir. Dan tukang tepuk pada setiap kali bang dollah membuat persembahan, tentulah si mahkluk yang tercerdik di dunia iaitu si Kairy. Dan juga Nori, Kamaruddin dan Jeanne.
Kalau jemputan teman ini, tidak dihiraukan oleh kedua hamba tuhan ini, teman secara peribadi tak boleh buat apa apa. Teman sekadar menjemput. Walaubagaimanapun teman ingin memberi pesan kepada dua orang hamba tuhan ini iaitu, jangan nanti menyesal sampai gantung diri!
Sila ambil perhatian , teman memang sarious nak cari vokalis/penyanyi.
Untuk menjadi Vokalis syarikat rakaman teman, pun bukan senang. Mesti ada pakej sebagai penyanyi. Bakat semata-mata tak cukup untuk mendapat sokongan peminat .
Malaya bukan Amerika. Pendengar lagu di Malaya mahu penyanyi yang hensem, walaupun kepala otak, setaraf otak lembu dan perangai macam binatang yang bernama kinzir.
Walaubagaimanapun , teman agak berbeza dengan penerbit dan syarikat rakaman yang lain. Teman telah mengariskan secara kasar syarat-syarat tertentu untuk menjadi artis rakaman milik teman.
Syarat pertama, calon penyanyi mestilah disahkan oleh doktor seorang lelaki tulin yang sudah baligh yang berusia 25 tahun sehingga 40 tahun. ( bang dollah dan tok najib di kecualikan)
Syarat kedua calon penyanyi mesti tak tinggal mendirikan solat lima waktu . (bang dollah dan tok najib dikecualikan)
Syarat ketiga, calon mesti memiliki akhlak yang baik , dan ada latarbelakang agama yang kuat (bang dollah dan tok najib dikecualikan)
Syarat keempat, calon tersebut mesti mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.(bang dollah dan tok najib dikecualikan)
Syarat kelima, calon tersebut boleh menyanyi dalam pelbagai rentak (bang dollah dan tok najib dikecualikan)
Dan syarat yang terakhir, calon tersebut sanggup menghadapi risiko ditangkap di bawah ISA. Syarat terakhir ini, perlu teman sebut, kerana terdapat lagu yang telah siap dicipta melodi dan liriknya, mengkritik dasar kerajaan Barisan Nasonal. (bang dollah dan tok najib, lu orang fikirlah sendiri)
Sekiranya, ada sesiapa yang berminat sila hubungi teman melalui e-mail seperti berikut: sheikhtelukintan@gmail.com.
Pihak teman akan menghubungi semua calon untuk menghadiri sessi audition yang akan diadakan pada tarikhnya dan masa yang akan ditetapkan.
Dibawah ini teman turunkan beberapa gambar yang sempat dirakam mengunakan kamera digital kawan teman. Gambar-gambar itu menunjukkan beberapa sudut studio bilik teman yang terdapat beberapa buah alat musik dan rakaman secara digital sepenuhnya.

Ahad, 11 Mei 2008
Rupanya Hari ini, Hari Ibu!
Seorang sahabat teman, hantar sms. Dia tanya samada teman telah memberi ucapan Selamat Hari Ibu yang jatuh pada hari ini, kepada isteri teman yang paling sulung.Lalu teman balas smsnya. Teman katakan ,teman tak pernah ingat 'Hari Ibu'yang disambut di seluruh planet bumi.
Dia kemudian mendesak teman untuk hantar sms kepada Isteri teman yang belum pernah dimadukan itu.
Macam orang mamai, teman hantar sms kepada isteri teman yang sedang melawat Kak Yang( anak teman yang nombor tiga),yang kini sedang menuntut di tingkatan 4 di sebuah sekolah berasarama penuh di Ibu Kota.
Bunyi sms teman ringkas saja: "Selamat 'Hari Ibu' wahai isteriku. Semoga hepi dan merasa bertuah kerana menjadi ibu kepada anak kita yang seramai 5 orang".
Tak berapa lama kemudian, isteri teman yang belum pernah merasa nikmat bermadu, membalas sms teman: "Cik abang ,buang tebiat ke? Tak pernah sepanjang perkahwinan kita dan telah beranak pinak , tiba-tiba ucapkan 'Selamat Hari Ibu'. Apapun, terima kasih sajalah.".
Nak tergelak juga teman membaca balasan sms ,isteri teman yang masih belum berhajat memakai payung emas di syurga nanti. Tak sangka sungguh dia balas. Beruntung teman dapat isteri yang tersangatlah baik walaupun orangnya agak sarious. Tapi, dalam masa yang sama, teman seriau jugak, bila dia menyoal teman "Cik abang ,buang tabiat ke?".
Sungguh teman takut, kalau-kalau betul teman sedang buang tabiat. Mengikut kata-kata orang tua-tua dulu, salah satu tanda sesorang itu sedang menghampiri saat kematian ialah perangai atau sikap yang jarang dibuat, tiba-tiba dibuat. Dalam erti kata yang lain , bakal simati sedang buang tabiat.
Dalam kes teman ,teman macam sedang buang tabiat. Teman yang dari awal tadi mengaku, sememangnya tak pernah mengucapkan 'Selamat Hari ibu' kepada isteri teman yang sepatutnya bertindak bijak untuk mengalakkan teman untuk mencarikan bakal madunya, tiba-tiba melafaskan ucapan yang pertama kali teman lafaskan melalui sms.
Ah, adakah teman sedang buang tabiat yang bermaksud, kematian teman sedang berada diambang pintu? Oh , tidakkkkk! Teman Ngak mahu mati lagi,sih. Dosa teman, memang menggunung,dan kerana itu, takut sangat teman bila dimatikan. Dan jika teman mati sekarang, terdapat mimpi teman yang cukup indah , pasti tidak dapat direalisasikan!
Dan memandangkan teman pun mula syak bahawa teman sedang buang tabiat,maka dengan bodohnya teman periksa katil: takut di bawah katil ada pembunuh sedang bersedia untuk membunuh teman yang serba lemah ini. Syukur, dibawah katil tiada sesiapa bersembunyi.
Juga, teman periksa tong gas di dapur dan macam seekor tikus mondok, teman menghidu bau gas yang mungkin keluar akibat bocor paip getahnya.
Puas teman menghidu di sekitar dapor masak tapi sikit pun teman tak terbau apa-apa. Dan untuk puaskan hati teman, maka teman sengaja mengores mancis api. Kalau gas keluar, tentu berlaku letupan bila terkena api. Syukur, tak berlaku letupan. Kalau berlaku letupan, betullah teman sedang buang tabiat!!!!!
Ringkas cerita, banyak benda yang teman periksa. Sebutkan apa barang yang teman tak periksa? Mulai dari pintu studio (yg mempunyai kelengkapan seperti di rumah) hinggalah ke dalam stor , habis teman periksa. Dan akhirnya, teman membuat kesimpulan mudah bahawa teman berada dalam keadaan selamat. Lega.
Dalam lain perkataan, teman yakin, ucapan pertama kali 'selamat Hari Ibu' kepada isteri yang tak sepatutnya gagal membawa bakal madunya untuk teman sebagai hadiah sempena 'Hari Ibu', sesungguhnya tidak mengandungi sebarang unsur 'buang tabiat'.
Dan selepas solat asar, teman yang tadinya amat letih mencari 'tanda-tanda apakah teman sedang buang tabiat', terus berbaring dan cuba melelapkan mata sekejab dengan tujuan mengumpul sedikit kekuatan supaya bila bangun nanti dapat menyiapkan kerja-kerja rakaman.
Belum pun sempat mata terpejam, tiba-tiba seorang yang teman anggap sebagai 'budak' mengantar sms , bertanya samada teman mahu kol dia . Teman tahu dia rindu untuk mendengar cakap-cakap teman yang merapu dan meraban.
Tanpa membuang masa , teman pun kol 'budak' itu. Kami pun berbual tentang banyak perkara: tentang kehidupan insan; tentang bang dollah; tentang E-learning dan tentang entah apa apa lagi. Termasuklah tentang 'Hari Ibu'.
Sesungguhnya sebagai anak manja, teman suka sekali bercerita tentang kelebihan arwah ibu teman yang sangat teman kasihi jika dibandingkan dengan wanita lain di dunia ini. 'Budak' itu pun suka mendengar betapa besarnya kasih sayang teman kepada arwah ibu teman.
Dan perbualan kami semakin tawar dan tak berapa ceria lagi, bila teman cakap " Hai budak, banyak sisi kehidupan dalam dunia ini belum kau ketahui lagi" . Dia kedengaran macam tak puas hati dan terus berkata dengan nada marah: " Look, I am an adult".
Teman sikit pun tak tersentuh hati padanya bila dia berkata dengan nada yang marah, kerana teman bersangka baik bahawa orang muda darahnya sentiasa mengeleggak.Tambahan pula dia pun dengan segera mohon maaf kerana berkata agak kasar.
Bila dia minta maaf, dalam diam , airmata teman mengalir kerana bangga dengan sikapnya yang sungguh terbuka. Kemudian dia minta diri, kerana kepalanya terasa bergoyang kerana tak cukup tidur. Dan perbualan kami terhenti setakat itu.
Apapun teman di kesempatan ini, suka menyatakan disini bahawa teman suka pada budak itu.
Walaupun usianya jauh berbeza dengan teman yang sedang menghitung hari, otaknya cukup pantas berfikir , tahap 'sense of humor' nya adalah tinggi dan dia jenis hamba tuhan yang suka bercakap terus terang . Pernah teman terfikir alangkah baiknya dia dapat menjadi PM mengantikan bang dollah yang tahap bangangnya sudah menghampiri nilai 'infinity'.
Selepas maghrib dan isyak teman masih di studio.
Jam sebelas malam lebih kurang, teman pun berangkat pulang ke rumah.
Bila sampai di rumah terus teman buka pintu dan kelihatan isteri teman yang sedang tersandar di sofa dengan penuh bergaya menghadiahkan sekuntum senyuman yang sukar untuk ditafsirkan bila dia melihat kepala teman. Dan kemudian dia berkata sambil ketawa kecil: "Aaii, bila abang mengontotkan rambut abang yang panjang tu?".
Lalu teman jawab: "Dats gud .Inilah isteri yang terbaik didunia. Suaminya yang dah potong rambut dua hari yang lalu , malam ni baru dia sedar. Walaubagaimanapun , sekali lagi diucapkan 'Selamat Hari Ibu' wahai isteriku. Silap betul kerana tak terfikir untuk kumpul rambut yang dipotong dua hari lepas, untuk di masukkan ke dalam kotak yang siap dibalut dengan kertas berbunga serta ada ribon, sebagai hadiah sempena sambutan Hari Ibu".
Selepas telan ubat, teman terus buang seluar dan mengantikannya dengan kain ,kemudian buka baju dan terus merebahkan diri di atas katil dan masuk ke dalam selimut , kerana alat penghawa dnggin , yang telah dipasang oleh anak bongsu teman, berada di paras yang amat sejuk sekali.
Seperti biasa teman capai laptop. Dan hasilnya, lahirlah entri ini.
Kalau nak tahu tajuk entri ini , silalah lihat di atas! Kalau tak nampak, mungkin itu tandanya ada orang sedang buang tabiat! Yang pasti bukan teman, kerana teman nampak tajuk itu!.
Sebab apa teman nampak?
Ini lah satu soalan bodoh dari teman dan jawapannya pun perlu ada nilai bodoh iaitu : "sebab teman yang tulis!".
Tapi kalau selepas di publishkan , teman pun tak nampak tajuknya, maka terlebih dahulu teman mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri teman yang serba bodoh dan hina ini , bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan tolonglah halalkan makan dan minum.
Dan kepada sesiapa yang hatinya sedang sarat menanggung siksa dan tersangkut kata-katanya di balik jiwanya, akibat perbuatan dan mulut teman yang tak ada lesen KDN ini,maka sudilah apakiranya memberi keampunan kepada diri teman, seorang hamba tuhan yang tak sunyi melakukan dosa.

Khamis, 8 Mei 2008
Kawan kawan Sakalian: Teman Masih Hidup!

Lama teman teman tak tulis apa-apa. Malam ini sengaja nak tulis sikit. Bukan ada benda yang besar yang teman nak tulis. Selama ini pun, teman bukan blogger yang tulis hal-hal yang besar. Ini sesuai dengan kebanggangan teman yang amat ketara. Kawan-kawan pun sudah tahu.
Jadi tak payahlah sesiapapun, baik kawan mahupun musuh yang menjerit dan bertempik:" Sheikh Teluk Intan ni mengapa banggang sangat"
Rasanya pengakuan teman yang berterus terang bahawa teman adalah spesis banggang cukup jelas. Janganlah hairan. Tahap pendidikan teman tak tinggi.
Waktu muda dulu dan badan masih sihat, teman banyak menghabiskan masa secara sia-sia. Teman termasuk dalam katogeri yang tak teringin hendak meningkatkan tahap pendidikan akademik. Walaubagaimanapun, teman tidaklah termasuk dalam katogeri buta huruf. Setakat mengeja dan mengira yang mudah-mudah , tak jadi masalah.
Contohnya teman cukup mampu mengira bahawasanya yang isteri teman masih seorang. Belum ada pertambahan dari segi bilangan lagi walaupun hajat untuk meningkatkan jumlah isteri , memang ada. Maknanya kepandaian mengira teman boleh dianggap okaylah tu. Yang tak okay apabila teman tersilap kira dengan menyatakan bahawa jumlah isteri teman adalah seramai dua orang, walaupun pada hakikatnya seorang saja!
Sejak dari awal tadi teman telah menyatakan, bahawa teman nak tulis sikit saja pada malam ini.
Pertamanya, mungkin ada orang beranggapan, teman yang sakit dan agak lama tidak menulis, telah kojol. Jadi melalui entri ini, teman ingin mengesahkan bahawa teman masih hidup. Syukur pada tuhan.
Kedua, teman dengan sengaja telah memasukkan gambar teman yang terbaharu dalam entri ini seperti di atas. Teman berbuat demikian kerana ada saorang hamba tuhan tu, tak mampu hendak 'imagine'bagaimana rupa teman yang sebenarnya dalam usia 52 tahun. Nah.....lihatlah wajah teman yang tak hensem ini tapi manisnya masih ada.
Pada hamba tuhan tersebut, teman suka menyatakan, gambar teman seperti diatas adalah tulin. Setulin kelakian teman! Moga dia dengan mudah akan membawa teman ke alam mimpinya atau bila dia berselisih dengan teman di tepi jalan dia akan berkata: "Yes, inilah orangnya, Sheikh Teluk Intan".
Ketiga, teman ingin memberitahu secara tidak langsung, bahawa Sheikh Teluk Intan tidaklah seperti yang disangka. Teman tidak hairan kalau ada yang terkejut bila melihat teman berambut panjang kerana selama ini teman mungkin digambarkan berkopiah, atau berserban atau berjubah. Maklumlah, nama teman ada perkataan Sheikh. Kalaulah ada sesiapa selepas ini , nak panggil teman sheikh rockers, teman persilakan. Sikitpun teman tak kecil hati. Tapi teman akan lebih kecil hati, kalau ada yang masak cekodok pisang, tapi tak sudi ajak teman makan bersama!
Keempat, teman ingin merayakan sambutan sempena setahun teman terlibat dalam arena blogging. Teman, mula main blog pada bulan Mei tahun lepas. Sedar tak sedar dah genap setahun. Mak oiii, terasa sungguh cepat waktu berlari. Tapi ada ketikanya, teman rasa waktu berjalan macam semut. Terutama bila hajat tertentu masih belum berjaya digapai. Apapun, teman akan ikut takdir tuhan. Dan kepadaNya, teman bermohon agar takdir tuhan berjalan menuju ke arah hajat yang teman idamkan. "Ya Rabbi, perkenankanlah permohonanan hambaMu yang lemah ini".
Kelima, sejak terlibat dengan arena blogging ini, senarai kawan-kawan baru semakin bertambah. Diantara kawan-kawan baru itu, termasuklah: Abu Fatihah, Tok Mudim, Raden Jawo, Albanjari Online, Saiful Islam, Kata Tak Nak, Sepol, Zanulfakar( Calon yang ditolak tanpa alasan ,menentang Bang Dollah di Parlimen Kepala Batas), Mahaguru 58, msrizal, syawal, said mirro, cik lee, Aiman CRS, Ijadz, Pujangga jihad, shattirs, waterlily, kasim selamat, dan dark angel.
Ada lagi yang teman tak sebut? Oh ada lagi! : Si bakaq aka penarikbeca (yang pernah cakap: hang lebih baik main muzik) dan si Ja, yang sejak dua menjak ni, selalu melafaskan: "La Tahzan".
Andainya ada sesiapa yang namanya teman tak sebut, mohon maaflah. Maklumlah , orang tua yang romantis ni (bukan teman yang kata, tapi orang lain), semakin pelupa. Kata orang-orang tua dulu , kita boleh mudah jadi pelupa kerana terminum kopi yang terdapat berekor-ekor semut yang kojol didalamnya. Entah benar atau tidak kata-kata org-orang tua dulu, teman tak peduli. Yang teman tahu, teman semakin pelupa.
See! Teman dah pecah janji. Konon nak tulis sikit , tapi tertulis panjang entri ini. Inilah akibat, kalau penyakit merapu dan meraban masih tak sembuh. Nanti teman akan tanya sahabat teman, si Albanjari , apakah ubat yang mujarab kepada dua penyakit ini!
Sebelum teman berhenti , teman ingin memberi amaran kepada si apek China Muslim, Redhuan Daniel Onn iaitu kalaulah dia terjenguk ke blog teman ini, hendaklah dia jangan mengatai bertanya:" Helo bro, what is the moral of the story?".
Kalau si China muslim ni masih nak tanya jugak, teman akan dengan bodohnya akan berkata: " hello apek, lu mahu kena sunat lagi kah? Gua punya kawan si Tok mudim bila-bila masa boleh asah dia punya pisau , potong satu kali lagi lu punya burung kakak tua".
Langgan:
Catatan (Atom)