Selasa, 26 Februari 2008
Memang Patut Kalau Hj Abd Hadi Tak Nak Salam !
Dan bermadahlah si Deris Jusuh, bahawa Tok Guru angkuh. Secara tersirat Deris Jusuh ingin memberi mesej, makhluk yang tak pernah angkuh walaupun sedetik ialah dirinya dan semua anggota kabilah BN/UMNO.
Roslan SMS, Setiausaha Akhbar Presiden Pas telah memberi riaksi terhadap isu tersebut, yang boleh dibaca dibaca disini. Jawapan beliau , pada pendapat teman , adalah tepat dan ada asasnya.
Kalaulah teman ditakdirkan menjadi Setiausaha Akhbar Presiden Pas, mungkin jawapan teman lain bunyinya. Teman akan tanya balik: ' oiii.... Deris , kau dan pengikut kau masih tak puas-puas lagikah bersalam siang malam dengan puteri-puteri UMNO sehingga kemaruk pula hendak bersalam dengan Tok Guru Hj Hadi yang siang malam kau kutuk dan maki , kerana tok guru konunnya tak tahu mengurus Negeri Terengganu semasa Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999 sehingga awal tahun 2004".
Jawapan teman, bunyinya agak kasar sikit . Tapi nak berlembut macam mana, Deris Jusuh dan para sekutunya tak faham bahasa yang ada irama lembut kerana perwatakkan mereka adalah seumpama orang utan.
Deris jusuh dan sekutunya, sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa yang telah dikawal rapi oleh UMNO, seterusnya menyatakan bahawa keengganan Tok Guru bersalam bertentangan dengan konsep persaudaran Islam.
Maka teman akan bertanya balik pada Deris anak kepada si Jusuh : " kalau kau pegang prinsip persaudaraan Islam, mengapa semasa Pas memerintah Negeri Terangganu , royalti minyak dimansukhkan ? Bukankah itu salah satu cara UMNO/BN hendak membunuh saudara seagama dengan kau .
Oh, tentang isu Tok Guru enggan bersalam dengan calun BN , pandai kau main sentimen Islam, tapi dalam bab yang lain kau buang Islam ke dalam laut China Selatan . Mungkin mengikut pendapat yang berdasarkan kepala otak kau yang sempit , Islam hanya terbatas kepada usaha mendirikan beribu-ribu masjid. Semakin banyak masjid yang besar dan cantik dibina , maka kau fikir islam semakin kuat".
Wahai Deris anak kepada si Jusuh , ketahuilah , teman cukup geli hati tengok berita TV 3 jam lapan malam tadi yang menyisipkan gambar Tok Guru Hj Hadi sedang berpelukan dengan Lim Kit Siang, orang kuat DAP dengan tujuan untuk memberitahu bahawa Tok Guru lebih suka bersahabat dengan seorang China yang bukan Islam dari bersababat dengan Calun Melayu BN.
Soalan teman, adakah haram bersalam dan berpelukan dengan orang China yang bukan Islam?
Lim Kit Siang walaupun tak bersetuju dengan konsep Negara Islam, tapi beliau cukup konsisten tentang soal keadilan dan suaranya cukup lantang menentang rasuah, penyalahanguna kuasa oleh kerajaan BN, tangkapan di bawah akta zalim ISA dan beberapa isu besar yang lain.
Cuba Deris Jusuh atau para sekutunya jawab secara jujur , mana satu yang lebih baik ,iaitu Lim Kit Siang yang kukuh prinsip perjuangannya untuk kepentingan rakyat atau pemimpin Melayu dari spesis UMNO yang mengaku Islam yang bukan setakat membisu terhadap amalan korup ,bahkan menjadi peserta yang aktif dalam melakukan amalan rasuah, merelakan maksiat bercambah dalam pelbagai bentuk dan menyalahgunakan khazanah negara untuk kepentingan diri , keluarga dan kroni , seolah Malaya ini mereka yang punya?
Teman cabar Deris Jusuh atau spesis yang sewaktu dengannya menjawab soalan yang mudah seperti di atas.
Sebelum teman berhenti , teman ingin membuat kesimpulan seperti berikut:
Bahawasanya teman rela berjabat tangan dan berpelukkan dengan orang China atau India yang bukan Islam yang punya prinsip membenci ketidakadilan dan perbuatan korup dari berjabat tangan dengan orang Islam yang tangannya kotor, sekotornya kerana siang malam menerima rasuah dan melakukan amalan korup!
Isnin, 25 Februari 2008
Sah, Dah Lama SPR Berpenyakit Gila !
Mengapa SPR boleh jadi gila? Jawabnya:memang SPR telah diprogram untuk berpenyakit gila. Tambahan pula , bang dollah suka , yang teramat suka bahawa SPR telah mencapai tahap gila , peringkat tertinggi.
Walaupun dalam banyak hal , bang dollah sentiasa dilabelkan sebagai PM yang paling lembab di dunia , tapi dalam bab berpakat dengan Rashid , si lidah bercabang sepuluh dan berpenyakit gila , terbukti dia cukup cemerlang, gemilang dan terbilang mengatur strategi untuk menyambung kontrak yang patut sudah tamat melalui pindaan umur persaraan di Parlimen khusus buat si lidah bercabang sepuluh.
Bang dollah tahu bahawa buat sementara ini hanya si Rashid sahaja yang sanggup menjadikan dirinya dan SPR sebagai sebuah institusi gila yang tiada tolok bandingannya bagi membantu BN yang sudah diketahui umum mempunyai penyakit gila kuasa ditahap kronik melalui apa jua cara yang serba gila dan mengila!
Oleh itu mana-mana pemimpin negara dunia ketiga,khususnya negara di sebelah Asia dan Afrika, teman syorkan , datanglah ke Malaya untuk belajar dengan bang dollah dan Rashid segala rahsia, kaedah dan jalan pintas bagaimana menjadikan institusi seperti SPR di negara masing-masing, gila, segila-gilanya.
Kegilaan SPR semakin menjadi-jadi terutama di musim Pilihan Raya Umum ke 12 ini. Beberapa paraturan baru diujudkan dan ditarik balik dengan tujuan menyusahkan parti pembangkang bagi kepentingan bang dollah dan kabilah Al Fasikunnya.
Terdapat juga beberapa bantahan Parti Pembangkang mengenai Calun BN yang boleh kehilangan kelayakan merea untuk bertanding , telah diper'dolah'kan(tidak dipedulikan) oleh SPR.
Masihkah ada lagi , orang yang separuh kojol mahu mempertahankan SPR sebagai sebuah institusi yang adil dan telus? Kalau ada , maka janganlah marah kalau anda juga perlu dicap sebagai gila persis SPR dan Pengerusinya.
Hari ini, Harakahdaily melaporkan beberapa orang calun Pas telah pergi ke pejabat SPR untuk berjumpa dengan Rashid, untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung pembatalan 'duti setem' tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon.
Diberitakan , Rashid enggan untuk berjumpa dengan beberapa orang calun Pas, diantaranya termasuklah saudara Mat Sabu. Maka berlakukan sedikit percecokan diantara PR SPR dan rombongan calun Pas. (cerita detil boleh dibaca disini).
Pada pendapat teman, rombongan calun Pas tak perlu serah memorandum kepada si Rashid. Adakah mereka lupa si Rashid adalah orang gila ditahap kritikal. Sepatutnya Dr Lo'Lo' yang menyertai rombongan calun Pas membawa alat injection untuk dibenamkan ke tubuh Rashid dan pegawai-pegawainya yang tertentu agar penyakit gila mereka, kalau tidak boleh disembuhkan ketika itu, sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit asakan penyakit yang sukar untuk diubati itu !
Tetapi nak buat macam mana , Dr Lo 'Lo terlupa. Oleh itu teman nasihatkan mulai dari hari ini Puan Dr , mesti jadikan alat suntikan dan ubat penyakit gila sebagai sesuatu yang wajib dibawa kemana saja di musim Pilihanraya ini kerana tahap kegilaan SPR kali ini rupanya teramatlah parah jika dibandingkan pada tahun 2004.
Sekali lagi teman titipkan pesan pada Puan Dr Lo'Lo supaya jangan lupa bawa alat injection berserta ubat penyakit gila . Pengerusi dan pegawai-pegawainya yang tertentu , amat memerlukannya!
Bang dollah dan menantunya Khairy si anak setan , pun teman rasa wajib diberi dua das injection setiap seorang. Mereka berdua kini diserang oleh kegillaan untuk membina dinasti Al Badawiyah .
Tentang si Najib ,tidak perlulah dirisaukan sangat kerana doktor-doktor pakar dari Monggolia sedang bertungkus lumus untuk menyembuhkan penyakit kronik , khususnya di bahagian otak dan bahagian yang paling tersembunyi di bawah pusatnya, secara 'Virtual'.
Sabtu, 23 Februari 2008
Ulasan Tentang Cakap-Cakap Tiga Ekor Orang Utan
Dr Helmi Yahya tak jadi bertanding di Permatang Pauh. Pirdaus Ismail, bekas Imam Besar Masjid Negara yang pernah kalah di tangan Dr Wan Azizah pada tahun 2004 di Parlimen Permatang Pauh dicalunkan semula. Makanyanya, terselamatlah Dr Helmi Yahya dari disembelih. Dengan demikian untuk kali keduanya pula Ahlul Kitab Islam Hadhari, Pirdaus Ismail, terpaksa menyuakan tengkuknya untuk di sembelih oleh para penyokong doktor pakar mata yang juga isteri kepada DSAI.
Geli hati betul teman membaca kenyataan seekor ahlul kitab ajaran Islam Hadhari. Tidakkah dia sedar, bahawa dia telah melakukan pembunuhan karekter ke atas dirinya sendiri. Bukannya orang lain.
Sebaik sahaja dia menyertai UMNO dan menjadi calun BN yang penuh dengan sejuta jenis kebusukan, dia telah dengan sengaja membunuh karekternya sendiri yang dihormati atas sifatnya sebagai bekas Iman Besar Masjid Negara yang alim, al hafis, warak dan mempunyai akhlak yang terpuji.
Masakan dia lupa, semasa PRU tahun 2004 bukankah dia telah mengunakan kakinya sendiri , menendang peti undi kerana marah? Bukan Wan Azizah yang paksa dia menendang peti undi itu. Dia sendiri yang tiba-tiba menjadi panas baran.
Itu sebab dari awal lagi ahli keluarganya telah berpesan: "Hang akan jadi jahat bila masuk UMNO". Namun Pirdaus yakin bahawa ilmu, amalan dan akhlaknya akan meningkat seratus peratus dengan menyertai UMNO.
Masalahnya, rakyat melihat perbuatan Pirdaus yang didorongi oleh bisikan syaitan , menendang peti undi , sebagai tanda bermulanya kerosakkan keperibadiannya sebagai bekas Imam Besar Masjid Negara.
Oleh itu teman nasihatkan Pirdaus melihat ke dalam dirinya sendiri dan seterusnya bertanya mengapa sanggup diperalat oleh bang dollah dan sekutunya sehingga terpaksa melakukan pembunuhan kereter ke atas dirinya sendiri.
Sebagai orang yang pernah menjadi makmum semasa Perdaus menjadi Imam solat Jumaat pada suatu waktu dulu! teman ingin menitipkan pesan yang amat sederhana kepada Pirdaus supaya cuba periksa sudah tinggal berapa peratus ayat-ayat Allah yang masih beliau hafal. Teman kasihan, kalau Pirdaus hanya teringatkan surah Al fatihah dan beberapa ayat-ayat dari jus Amma!
Lupakan Pirdaus sekejab.Teman nak sentuh tentang Rais yatim.
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan, bahawa Rais Yatim telah menyeru supaya Tok Guru Nik Aziz berkursus bagi meningkatkan tahap budi bahasanya. Rais Yatim sanggup menyediakan kelas di ASWARA, khas untuk Tok Guru Nik Aziz berkursus kononnya dalam bab budi bahasa yang beliau lemah.
Rais yatim mungkin beranggapan bahawa dalam dunia ini, manusia yang paling halus budi bahasanya, ialah beliau sendiri. Tok Guru Nik Aziz yang telah mengumpamakan UMNO sebagai orang Utan seolah dikatogerikan sebagai orang yang paling kasar bahasanya oleh Rais Yatim.
Teman tak nak banyak komen, sebab isu 'orang utan' teman dan kawan-kawan lain telah memberi ulasan yang panjang lebar.
Cuma teman nak berpesan kepada Yatim yang kononnya halus budi bahasanya, takutlah pada tuhan kerana budi bahasa yang tinggi tidak banyak memberi erti sekiranya sanggup beliau mengisinkan isterinya tak bertudung sanggup bersekongkol dengan kerajaan melanggar peraturan Allah.
Dan Rais Yatim mungkin tak pernah lupa bahawa tangannya telah melakukan dosa kerana menyokong dan menandatangani petesyen gerakan IFC , yang jelas mempunyai ajenda jahat terhadap Islam. Yang diantaranya , menuntut supaya orang Islam yang hendak murtad diberi kebebasan tanpa had untuk menganut agama yang dirasakan sesuai.
Adakah Rais Yatim menyangka , kata-kata yang penuh dengan kesopanan dapat menebus dosa beliau yang menyokong ajenda jahat IFC? Tolonglah fikirkan wahai Rais Yatim kalau kau tak mahu dilabelkan sebagai orang utan!
Apakata, Rais Yatim bandingkan cara hidup beliau dengan Tok Guru Nik Aziz yang bagaikan langit dan bumi.
Teman juga sarankan supaya Rais Yatim lebih prihatin dengan tahap moral pelajar-pelajar di ASWARA sebelum menjemput Tok Guru Nik Aziz berkursus di situ .
Adakah pelajar-pelajar ASWARA kesemuanya berbudi bahasa ,bermoral tinggi dan bersolat? Teman pernah dua tiga kali ke ASWARA. Amat pilu hati teman bila sampai waktu solat zohor surau yang terletak di sudut 'ground Floor' yang tidak jauh dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar , teman dapati hanya diimarahkan oleh beberapa kerat pegawai dan pelajar ASWARA!.
Rais Yatim juga , teman nasihatkan supaya tidak lupa untuk meninjau bergaulan bebas terutama pelajar jurusan Perfileman. Teman akui terdapat beberapa orang pelajar begitu pandai mengunakan bahasa yang penuh sopan santun. Tetapi apakah jadahnya jika pergaulan mereka tidak tidak dikawal secukupnya sehingga boleh mengatasi perangai dan pergaulan bintang filem Hollywood!
Sila Rais Yatim jawab soalan teman ini , adakah beliau sengaja mahu ASWARA mencetak bakal pengiat-pengiat seni yang serba keparat, yang sanggup mengabaikan agama demi dunia seni Malaya yang serba kacau bilau dan lintang pukang?.
Akhir sekali , jangan marah kalau teman cadangkan kepada Rais Yatim supaya cermin diri sendiri terlebih dahulu, sebelum bercakap tentang Tok Guru Nik Aziz. (Teman tidak bermaksud untuk mengkuduskan Tok Guru). Diharapkan beliau insaf dan keluar dari sarung orang utannya!
Sekarang lupakan tentang Rais Yatim buat sementara. Teman nak sentuh sikit tentang Khairy, anak menantu kepada seorang insan yang paling kuat berbohong di Malaya.
Khairy dilaporkan oleh Utusan Malaysia, mencabar Pas supaya meletakkan konsep negara Islam dan kebajikan di dalam manifestonya serta tidak berbohong kepada rakyat keupayaannya membentuk kerajaan.
Teman tak nak ulas panjang-panjang kenyataan si orang utan merangkap setan yang sentiasa bersilat dengan penuh tipu daya . Kalaulah Khairy boleh dengan lancangnya membuat cabaran , maka teman pun juga suka untuk mencabar balas ,supaya Khairy sanggup berdebat dengan mana-mana AJK Pemuda Pas Pusat mengenai isu negara Islam.
Kalau Khairy tak sanggup maka beliau teman nasihatkan mendaftar diri dimana-mana Taski atau Pasti supaya beliau boleh diajar mengenal huruf alif , ba , ta. Dan seterusnya belajar asas-asas Islam. Kalau belajar tentang Islam yang paling asas pun kau tak mahu , eloklah kau tutup mulut dan jangan cakap tentang apa yang kau tak tahu!
Soalnya bolehkah setan disuruh menutup mulutnya yang busuk itu ?!
Jumaat, 22 Februari 2008
Seekor Setan Bertanding Di Rembau
Dalam Islam hadhari, apa yang diharamkan oleh Islam yang hakiki boleh dijadikan halal oleh para ahlul kitabnya. Dalam kes Khairy, walaupun perangainya bagaikan setaraf dengan orang utan yang tak reti Al-quraan dan Sunnah Nabi, tetapi dari sudut pandang ajaran Islam hadhari, Khairy adalah sebaik-baik insan di dunia. Sebiji macam bapak mertuanya!
Teman suka Khairy bertanding supaya rakyat tahu bahawa bang dollah sedang membina empayar politik keluarganya: Al-badawiyah. Tapi sesaatpun, teman tak mahu Khairy menang.
Bukan teman sahaja yang tak mahu dia menang, bahkan Hisyamuddin, Ketua Pemuda UMNO Pusat, si panglima lembut yang saban waktu suka menghunus keris pun , bagai nak pecah urat kepala memikirkan bagaimana nak menjatuhkan Khairy dalam PRU nanti.
Sepupu Hisyam, Tok Najib yang takut negara bangkrap kalau harga minyak diturunkan, juga sudah tentu bukan kepalang suka , andaikata dapat melihat Khairy rebah di Rembau dan bapa mertuanya tergolek di Kepala Batas!
Tok Najib tahu, selagi Bang Dollah berkuasa , Khairy akan bermaharajalela dan nafsu gelojoh dan kemaruknya untuk menjadi Perdana Menerti termuda Malaya akan semakin menjadi-jadi sekiranya menantu Bang dollah ditakdirkan menjadi ahli Parlimen dan kemungkinan selepas itu dilantik sebagai Menteri. Ini semua sudah pasti menyusahkan jalan Tok Najib untuk naik tahta sebagai Perdana Menteri Malaya yang ke 6.
Penduduk Rembau juga dikatakan tidak suka Khairy menjadi ahli Parlimen disana. Tapi oleh kerana kebanyakkan pengundi Melayu Rembau adalah penyokong UMNO/BN , mereka mungkin tak ada pilihan melainkan mengundi si orang utan ini.
Keadaan ini tentu menimbulkan masalah yang besar kepada Hisyam dan Najib. Kedua makhluk tuhan ini, tak akan berani turun ke Rembau dan memberitahu rakyat Rembau supaya anak menantu bang dollah jangan dipilih. Walaupun bang dollah , kaki tidur, dia tak akan sanggup buat bodoh kalau Najib dan sepupunya cuba menyusahkan anak menantu, intan payungnya!
Oleh itu Cikgu Bard, yang akan bertanding menentang Khairy di Parlimen Rembau harus mengembelingkan seluruh gerakkerja PKR dan Pas untuk menamatkan riwayat si Khairy anak menantu Bang dollah.
Mungkin Cikgu Bard tak perlu diajar bagaimana untuk berhadapan dengan anak menantu kepada pembohong nombor satu Malaya. Banyak sangat isu mengenai Khairy, boleh diletupkan semula oleh Cikgu Bard yang masih belum dijawab oleh Khairy. Kalau boleh , cabar Khairy untuk berdebat cara terbuka. Teman tahu, Cikgu Bard mampu melakukannya. Kita tengok, apa alasan menantu kepada kaki bohong seMalaya, untuk tidak menyahut cabaran berdebat tersebut.
Dan kalaulah Najib dan Hisyam cerdik sedikit dan tak mahu hari-hari politik mereka berakhir dengan cepat akibat permainan Khairy yang sentiasa bernaung di bawah ketiak busuk bapak mertuanya, maka hentikanlah kerja karut marut untuk merawat kerajaan Negeri Kelantan. Cuba cari ubat yang mujarab, bagaimana nak selamatkan masa depan politik diri sendiri dari ganguan virus bahaya yang cuba disuntik oleh si Khairy.
Kedua sepupu ini, perlulah memberi tumpuan yang semaksima mungkin untuk menghapuskan Khairy di antaranya dengan cara membantu secara sembunyi menyalurkan semua rahsia kotor tentang Khairy kepada Cikgu Bard. Kerja sebegini bukannya susah. Cari saja mana-mana ahli UMNO yang bencikan Khairy untuk dijadikan orang tengah. Dan jangan lupa beri ganjaran yang lumayan. Masakan Tok Najib dan Hisyam ,buat-buat tak tahu, inilah budaya UMNO yang hakikiyun yang telah menjadikan duit sebagai tuhan nombor dua!.
Sebenarnya, tak payah teman mengajar kedua sepupu ini, kerana mereka lebih mahir dalam keraja putar memutar. Tapi entah kenapa , teman malam ini terasa gatal membuat cadangan yang sebegini.
Ikutkan perhitungan metamatik teman yang mudah , bahawa semua pemimpin UMNO , sekupang pun tak berguna. Maklumlah jenis spesis orang utan. Tapi memikirkan, Khairy sedarjat dengan setan, sepertimana yang diungkap secara tersirat oleh kawan teman yang boleh dibaca disini, maka eloklah teman titipkan pesan dan saranan kepada dua makhluk tuhan yang rasanya belum sampai ke darjat yang telah dicapai oleh Khairy!
Ayuh Najib, Hisyam dan seluruh Pengundi berdaftar di Parlimen Rembau, sila bantu untuk memasti Cikgu Bard dapat menumbang si Khairy supaya hajat bang dollah untuk membina empayar politik keluarganya tak kesampaian.
Dan kepada ahli-ahli Pas Rembau jangan gagal untuk membantu Cikgu Bard supaya Khairy tak boleh keluar kawasan walaupun seminit. Kalau alpa, Khairy boleh menyetan dan menyundal bagai setan dan sundal tulin di Kelantan demi untuk menghasut rakyat Kelantan menolak Pas dan PKR dalam PRU nanti.
Teman pernah cakap, pemilihan Khairy untuk bertanding ada hikmahnya. Namun jangan persia-siakan hikmah itu dan pergunakan dengan sebaiknya untuk memastikan kemenangan kepada barisan Parti Pembangkang satu Malaya!
Khamis, 21 Februari 2008
Jangan Bising Kalau Khairy Bertanding:Ada hikmahnya
Dalam isu khairy ini, teman rasa tidak salah bagi bang dollah mengisinkan anak menantu, intan payungnya bertanding dalam pilihan raya. Jangan sekali ada sesiapa yang mengatakan, sekiranya Bang dollah mengisinkan Khairy bertanding, maka ini bererti buat pertama kali bang dollah memecah tradisi.
Bukankkah keizinan bang dollah membenarkan anak menantu, gemala hatinya, memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO , merupakan satu percubaan pemecahan tradisi yang tidak pernah dilakukan oleh empat bekas Perdana Menteri Malaya yang tidak pernah mengisinkan anak atau menantu memegang jawatan penting dalam UMNO?.
Oleh itu teman nasihatkan marilah kita sama-sama memberi motivasi pada bang dollah untuk mengisinkan anak menantu, belahan jiwanya, bertanding dalam PRU nanti.
Lagipun, anak menantu , jantung hati bang dollah adalah pemuda Malaya yang paling 'genius' dan mempunyai akhlak yang mulia setakuk lebih tinggi dari darjat orang utan. Dan jangan kita pura-pura lupa kelebihan ketara anak menantu, gemala hati bang dollah ialah dia adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya.
Sedih juga hati teman sekiranya,Khairy naib Ketua Pemuda UMNO Pusat tak diizinkan bertanding sedangkan exco yang darjat mereka lebih rendah dari Kairy boleh pula bertanding.
Sekiranya anak menantu, belaian jiwa, bang dollah bertanding ,percayalah rakyat akan lebih dapat mengenali siapa sebenar bang dollah dan menantunya.
Faham tak maksud teman ni?!
Dan pengendali blog wwww.antikhairy.blogspot.com boleh edarkan klip video yang didakwakan ada kaitan dengan Khairy yang lebih panas dari klip Video bekas Menteri Kesihatan.
Dan kita akan melihat bang dollah mengikut skrip VK Lingam yang mungkin akan berkata :'rupa dan suaranya macam Kairy, tetapi bukan Khairy".
Percayalah cakap teman , PRU ke 12 kali ini akan semakin meriah!dengan penyertaan Khairy si anak orang utan.
Manakala nasib bapak mertua kepada menantu si anak orang utan pula akan menjadi tandatanya?
Oleh itu jangan bising bila Khairy Bertanding.
Kalau nak bising juga , tunggu semasa kempen pilihanraya. Cikgu Bard diharap dapat berdepan dengan Khairy dimana saja anak orang utan ini bertanding.
Kita akan lihat nanti adakah si khairy yang menyatakan nak muntah bila dengar DSAI bercakap tentang rasuah akan betul-betul muntah. Teman fikir, Cikgu Bard boleh mengajar Khairy erti hidup sebagai manusia selepas sekian lama jadi anak orang utan dan akhirnya terpaksa menelan muntahnya sendiri!
Rabu, 20 Februari 2008
Wahai Rais Yatim :Teman Pernah Jadi Bodoh !
Teman jarang bersetuju dengan Rais Yatim yang mempunyai isteri yang paling bergaya walaupun sudah tua. Tapi hari ini, teman bersetuju benar dengan kata-kata bernas Rais Yatim . Sesungguhnya memang wajar sekali para bloggers menilik kelemahan diri sendiri sebelum menghalakan peluru berpandu dalam bentuk kritikan ke arah Kerajaan BN.
Tak perlu teman tuding jari ke arah orang lain. Teman dengan ikhlas hati pada hari ini hendak bercakap tentang kelemahan diri sendiri.
Oh....banyak sangat kelemahan diri ini!
Semasa Rais Yatim dan sekutunya menubuh PartiSemanggat 46, teman turut menyokong kerjasama Pas dan parti tersebut , dimana Rais Yatim menjadi Timbalan Presidennya.
Rais Yatim cukup teman kagumi kerana prinsip perjuangannya. Dia sanggup membakar jambatan supaya dia tidak akan kembali kepada UMNO , terutama dalam keadaan UMNO (baru) adalah anak haram ciptaan matan Presiden UMNO, selepas UMNO (lama) diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak lagi sah.
Kekaguman teman terhadap Dr Rais Yatim semakin membara kerana akhirnya beliau berjaya memperolehi segulung ijazah Phd dari Universiti Singapura dalam bidang Undang-undang , khususnya kajian beliau berkaitan dengan isu Perlembagaan Negara Malaya.
Dengan ilmunya yang luas, dia telah mengkritik beberapa akta, termasuk ISA, yang dianggap tidak sejalan dengan kehendak dan semanggat Perlembagaan Negara.
Tak perlu teman catat satu persatu mengapa teman kagum dengan Rais Yatim. Terlalu banyak.
Bila Parti Angkatan 46, dibubarkan dan ahli-ahlinya, termasuk Rais Yatim , diserap ke dalam UMNO atas alasan untuk memelihara perpaduan Melayu dan Rais kemudiannya dilantik sebagai Menteri yang menjaga undang-undang Malaya, teman mula menyalah dan mengutuk diri sendiri.
Kalau ikutkan hati , mahu teman hentak kepala Rais Yatim ke dinding batu kerana sejak menjadi Menteri , prinsip perjuangannya yang berdasarkan kebenaran telah digadaikan dengan harga yang paling murah demi kepentingan politik peribadinya.
Sesunggunya teman bercakap benar bila teman mengaku bahawa sehingga kini teman masih menyalahkan diri sendiri, kerana pernah menjadi begitu bahalol , mengkagumi dan menyokong Rais Yatim yang ternyata tidak punya harga diri.
Sepatah perkataanpun tak pernah teman hamburkan untuk menyalahkan kerajaan BN , di atas kebahlolan dan kelemahan teman yang pernah menjadi bodoh pada satu ketika dulu kerana mengkagumi Rais Yatim. Biarlah teman akui kelemahan diri sendiri.
Dengan pengakuan teman ini, Rais Yatim sewajarnyalah , menyemak balik tuduhannya terhadap para bloggers.
Para bloggers yang pernah berada dalam kem pembangkang di hujung tahun 80an pun , teman fikir , sanggup untuk menyalahkan diri sendiri kerana sebab yang sama: iaitu dengan bodoh dan bahlolnya , menyokong dan mengkagumi anak si Yatim!
Bukan perkara yang mudah bagi teman membuat pendedahan tentang kelemahan diri sendiri yang boleh memalukan tiga generasi pewaris teman yang bakal mendatang.
Generasi pewaris teman tentunya akan menyesal bila mereka mendapat tahu tentang kelemahan ,ketololan dan kebangangan teman yang pernah menjadi bodoh , sebodohnya kerana menyokong dan mengkagumi Rais Yatim pada suatu ketika dulu yang rupanya tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tulin.
Kepada anak-anakku dan bakal pewaris generasi teman, jadikan pengakuan kelemahan seorang blogger tua ini sebagai iktibar dan panduan yang berguna dalam menjalani liku-liku kehidupan.
Dan jangan sekali dicontohi segala kelemahan dan kebodohan ini.
Namun jangan pula tidak berani untuk menyatakan kelemahan diri sendiri supaya keturunan Rais Yatim tahu bahawa keturunan Sheikh Teluk Intan dan kawan-kawan seperjuangannya , dengan izin Allah akan terus berjalan dengan berani , membawa obor perjuangan kebenaran sehingga dunia kiamat!
Selasa, 19 Februari 2008
Isu Orang Utan: Tok Guru Masih Tak Tahu Lagi Ke?
Oleh kerana Tok guru tak tahu, maka dia telah meletakkan lebel "Orang Utan'kepada puak UMNO.
Alasan Tok Guru Nik Aziz adalah mudah: kalau tak mahu pada Islam dan syariatnya, maka sesiapa sahaja, khususnya UMNO adalah orang utan.
Menurut Tok Guru lagi, perkataan yang diguna olehnya masih dikira lembut kalau hendak dibandingkan panggilan 'binatang' sebagaimana Allah sebut dalam al Quraan kepada spesis yang menolak islam atau menerima sebahagian dan menolak sebahagian lain ayat-ayat Allah.
Dalam erti kata yang lain , pada perkiraan Tok Guru Nik Aziz, gelaran 'orang utan' kepada spesis UMNO masih dikira ringgan, sesuai, tepat dan coooooooorect!
Akibat kenyataan Tok Guru Nik Aziz maka riuh rendahlah pemimpin UMNO , termasuk Tok Pa, Menteri Pengajian Tinggi , kerajaan Sementara Malaya , yang berkata penglabelan tersebut akan memalukan puak UMNO, khususnya di Kelantan.
Tok pa cuba nak memberitahu pada rakyat bahawa orang UMNO terpaksa menahan seribu kemaluan, bila mereka digelar sebagai 'orang utan' setiap kali mereka muncul di khalayak ramai.
Mungkinkah , semasa kempen pilihanraya nanti,Tok Pa akan memakai topeng, supaya rakyat Kelantan, tak mengelarkan beliau sebagai Orang Utan. Jelas sekali, Tok Pa dan sekalian spesis UMNO yang sewaktu dengannya takut sekali apabila digelar sebagai 'orang utan'.
Mereka lebih rela digelar sebagai kaki menyundal , kaki rasuah, kaki komisyen, kaki clubbing, kaki tidur waktu bekerja, kaki bohong SeMalaya dan pelbagai gelaran yang menjijikan tapi tolonglah jangan sekali memanggil mereka sebagai 'orang utan'.
Tok guru Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa beliau tak akan menarik gelaran 'orang utan'kepada puak UMNO. Rupanya Tok Guru Nik Aziz tahu bahawa kelemahan puak UMNO yang tersembunyi selama ini , ialah ketakutan yang teramat sangat kalau mereka dicap sebagai orang utan.
Dalam hal ini teman tak rasa bersalah sedikitpun untuk memberi satu tabik hormat kepada Tok Guru Nik Aziz yang lebih cekap mengesan satu kelemahan yang selama ini tak disedari oleh rakyat mengenai puak UMNO.
Walaubagaimanapun,teman masih tertanya-tanya adakahkah Tok Guru juga seperti Mahfuz Omar , Ketua Penerangan Pas Pusat, tak tahu bahawa puak UMNO, terutama ketua kabilahnya iaitu, bang dollah dan sekutunya, adalah terdiri dari makluk yang suci, sesucinya.
Disebabkan kesucian spesis UMNO ini, maka muncul beberapa ekor Ahlul Kitab aliran Ahlul Sunnah Wal Punah Ranah ,yang mengatakan bahawa adalah satu dosa besar menentang pemimpin UMNO selagi mereka tidak menghalang umat islam mengerjakan sembahyang.
Secara tersurat dan tersirat beberapa ekor ulamak yang berselindung dibalik hadis Nabi, yang dibaca secara literal, cuba memberitahu bahawa pemimpin puak UMNO adalah di antara makluk yang suci di alam maya ini .
Oleh itu jangan sekali dicerca , apatah lagi menentang pemimpin dan puak UMNO yang serba suci dan menyucikan serta telah berbakti pada umat ini ditahap tertinggi yang saban waktu melakukan 'ritual' menyapu bersih khazanah negara untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni!
Andai kata Tok Guru Nik Aziz masih tak tahu, teman ingin bertanya , tidakkah ada sesiapapun dikalangan umat Islam di Malaya berkesempatan untuk memberitahu Tok guru Nik Aziz tentang kesucian pemimpin UMNO yang bersih dari dosa dan noda ?
Dan perlukah kita membisikkan ketelinga Tok Guru Nik Aziz bahawa kesucian pemimpin dan pengikut UMNO secara langsung atau tidak , telah disahkan oleh beberapa ahlul kitab Mazhab Ahlul Sunnah Wal Punah Ranah?
Isnin, 18 Februari 2008
Gadis Manis Menulis: Kerajaan Sekarang Boleh Pergi Jahanam
Hari ini teman mengucapkan terimakasih kepada Radenjawo pengendali No2UmnO kerana menyiarkan tulisan seorang gadis manis yang nicknamenya Dark Angel.
Teman pada hari ini dengan sengaja membawa masuk tulisan gadis tersebut ke blog teman.
Bacalah tulisan gadis tersebut dan jangan lupa untuk melayari blognya:-
Haaa… mcm mana aku nak mulakan ye? Aku tau ramai tak berapa nak masuk cmpur hal ni. Tapi lagi ramai yg sibukkan hal nih. Lagi2 pilihanraya ada kat sebalik corner tuh je. So takpe. Apa2 pun korang baca dulu. Kalau malas baca, skrol je sampai penghujung entry ni pastu tulis kat comment bawah tu ”no comment”. Kalau malas jugak, tutup aje blog nih. Habis cerita. Heh~
Aku malas nak citer menda2 korang tak nmpk. Nnt korang kata aku takde bukti walhal bukti ada je depan mata aku ni ha. So aku sentuh hal2 yg memang ada depan mata korg. Pertama sekali, surat lahabau.. eh.. surat khabau dok kutuk pasal negara kebajikan yg bakal PAS syorkan andai mereka memerintah. Oleh kerana aku ni semngt inkuiri yg tinggi dan curious secara membabi buta, so aku dapatkan lah maklumat pasal kebajikan yg hendak ditawarkan dek PAS itu... so here are the list :-
(panjang nih)
- Biasiswa (yaaa.. naikkan elaun belajar- tak ke syok?)
- Pendidikan percuma di semua peringkat negeri. [ya.. bukan setakat free RM4.50 tu je]
- Menghapuskan tunggakan PTPTN [ini sgt syiioook!]
- Penghausan yuran pendidikan [mmg patut dari dulu pun..]
- Penurunan harga minyak kepada satu tahap yg munasabah [negara kita kaya minyak ok]
- Khidmat kesihatan percuma [mulianye kerja doctor]
- Penghapusan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti [yess... hak kebebasan mahasiswa dikembalikan]
- Meletakkan Petronas di bawah Parlimen, bukan bawah Perdana Menteri [sumpah aku tak tahu selama ni PM yg kontrol Petronas? Patut la...]
- Rapatkan jurang kaya miskin dan memastikan gaji minimum RM1,200 [baru lah kurang kes pengangguran... tak ramai nak memilih kerja]
- Melebarkan golongan kelas menengah kepada semua kaum bagi memperkukuhkan ekonomi rakyat [nmpk adil je..]
- Pertumbuhan munasabah dalam sektor yg menjana pekerjaan [aku belom kerja lagi... huhu~]
- Dasar makanan yg memelihara ’kemerdekaan dan keselamatan negara’ [ni aku tak paham sket..]
- Menolak perjanjian perdagangan bebas (FTA) yg mengancam pelbagai industri dan pentadbiran dlm negara [any economist yg boleh terangkan aku hal nih?]
- Tamatkan pemberian AP makanan seperti gandum, beras dan gula bagi mengelakkan monopoli yg mencekik pengguna. [laa.... selama ni menda2 basic ni di beri AP ke? WTF~?]
- Tingkatkan kualiti hidup nelayan dgn bantuan kerajaan dan persatuan nelayan capai pendapatan melebihi RM1200 [betol tu.. ingt senang ke kerja nelayan? Tak caya, tnya nurul syuhada pengacara Majalah 3 tu. Sape tak menangis tgk susah payah kerja nelayan tangkap ikan nih, mmg hati katak ler]
- Membuka ladang2 baru untuk ditawarkan kepada generasi kedua Felda dan mana-mana rakyat yg memerlukan [memang patut pun]
So there you have it, sebahagian kebajikan yg ditawarkan oleh kerajaan pembangkang andai mereka memerintah. Mcm best kan?
Aku bukan nak kutuk lah tapi nak mengata je. Memang aku nak sentuh hal minyak dan tol sebab itu menda depan mata korang. Kalau aku ckp direct, semua boleh paham kan? So, kalau anda bijak bestari, kenapa negara kita pengeluar minyak yg kaya masih mengalami kenaikan harga minyak? Ada org tu kata, sebab kualiti minyak kita lebih sesuai utk penghasilan high degree apa kejadah aku tak paham. Boleh tanya org kimia nanti. Yg pasti, dia nk ckp minyak negara kita ni tak sesuai utk buat petrol kereta. Fine~ dah tu kalau jual kat luar, sure lagi untung kan? So soalan cepu emas seterusnya, mana pergi nye keuntungan minyak negara kita? Meh aku kasik statistik...
Tahun 2005, petronas untung kasar RM58037 bilion. Tahun 2006-RM70200 billion. Tahun lepas-RM76,300 billion. Member aku yg kerja pelantar minyak ckp minyak yg dikorek dek pelantar sebijik adalah dlm RM10juta satu hari. Negara kita berapa byk ratus pelantar? Dalam setahun ada berapa hari? Haaa.. kira sendiri.
Ni aku sentuh pasal untung Petronas je, bukan untung dari segi pelancongan ataupun menda2 lain lagi. So dengar je dulu aku citer psal minyak sebab korang makan minyak hari-hari kan? Kalau amik RM10 billion dari untung petronas dan tampung subsisdi minyak, kita mampu turunkan harga minyak dgn mendadak. Amik lagi RM10 billion utk pendidikan percuma [yes my dearies and darlings yg study2 kat oversea tuh, elaun anda boleh naik mendadak plus pergi sekolah mak bapak tak risau pasal satu sen pun], keuntungan negara masih byk. Takat KLCC petronas tu? Baru RM1.8 billion je. Maintenance KLCC? RM108 juta setahun. Tapi kan.. kan… KLCC tu orang kita punyer ke? Haprak! So parti pembangkang cadang, bubuh Petronas bawah Parlimen dan tumpukan kekayaan hasil minyak utk pembangunan potensi insan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Cakap aku ni berdasarkan sumber dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri. Korang tak puas hati, ckp direct dgn beliau.
Tol? Alaaaa.. malas cakap boleh? Tol naik naik dan naik. Perjanjian konsesi konon. Sape yg pegang konsesi tuh? Tak ke kroni2 mereka? Siap warning siapa2 yg cuba dedahkn akn dikenakn tindakan ISA. Budusss. Setiap kali aku masuk lane Touch n Go tuh, mmg rasa nak lempang je mesin tuh. Ni aku nak kasi statistik fakta nyata tak payah kira. Kereta kat jalan raya makin banyak, so kereta yg lalu pun makin banyak. Tol pulak mengada2 nak naik jugak? Nasib baikkkkkkkk lah toilet kat R&R Plus tu bersih giler harum semerbak dan FREE. Kalau masuk kena bayar jugak 20posen, sumpah aku bomkan aje toilet tu. Gatal sangat pergi private kan PLUS tu sape suruh. Semua nak kaut untung aje...
Pendidikan. YA Allah.. gatallll telinga dgr mak aku membebel pasal aku kena berhutang belajar nih. Dulu zaman mak aku belajau, segala2nye free. Yuran ke buku ke hape, semua free. Zaman sekrg, budak keluar dari universiti dah kena tanggung hutang. Kerja tak lagi. [aku ler tuh] Education sepatutnye PERCUMA dari segala segi. Sebab itu hak kita sebagai remaja bawah umur. Ada org kata, kang budak2 tak sedar diri pergi clubbing lah bazir duit lah hape. Kalau Pas perintah, ingat clubbing ni legal? Jaaangan harap! Takde clubbing or disco, takde lah bazir duit. Bazir beli menda2 lagha? Bukan ke aku sebut tadi education sajor? Means yuran sekolah/universiti serta buku rujukan itu percuma. Kalau nak kasi elaun pun, kasi yg cukup2 makan je lah. Kalau habis jugak, tu masalah budak2 yg tak reti nak jaga duit lah. Then baru aku setuju kerajaan nak hentam balik rakyat terdiri dari budak2 sekolah yg tak sedar diri ni. Ok? Kerajaan kan tegas. Korang pedulik hape budak2 byk bunyik kan? Sebab dah jalankan tugas dgn adil dan saksama. Yaa... ini aku setuju! Tapi mak aku dulu belajar free, aku belajar sekarang kena berhutang, tak adil tau!
Pastu ada org hentam kata aku tak sedar diri dah ada tempat belajar kerajaan bagi tapi mcm org tak bersyukur. Ye aku bersyukur. Aku bersyukur lepas belajar aku kena bayar balik segala yuran yg aku hutang kat universiti? Hello... aku kena bayar balik kat kerajaan yg tampung universiti tempat aku belajar tu? So, mana ketulusan kerajaan dlm menyediakan tempat belajar utk aku? Ikhlas ke mcm tuh? Kalau hapus hutang PTPTN aku, ye aku akn sujud syukur.
Media? Macam lembu kena cucuk hidung boleh? Langsung takde kebebasan bersuara. Kata sorg tu, tak nak lah keluarkan statement2 yg boleh menyentuh sentimen dan hal2 peribadi negara yg boleh menyebabkan kucar kacir. Malu kat org luar nanti. Aik? Kalau takde apa2, apa nak malu? Kenapa susah sgt nak dedahkan secara telus? Kes demo BERSIH tu, ape kejadah media dok hentam tak tgk perkara yg sebetolnye? Kalau kerajaan ni telus, rakyat tak mengamuk tau? Kalau media ni telus, takde masa nak buat demo tau? Dah TERPAKSA buat demo kerana itu saje cara nak dapatkan perhatian dlm hak keadilan yg sebenarnye. Dan ISA pulak adalah menda sexy yg mencabul hak asasi manusia. Buat malu je negara kita ada ISA ni. Takde chance langsung nak bela diri. Setiap org yg bersalah ada hak utk dibicarakan. Tapi dgn ISA, langsung mulut kena gam, kaki tangan kena ikat. Sape2 tak nmpk gak pasal ISA ni, direct aku cakap, bongok boleh?
Ekonomi? Aku malas ckp byk. Aku bukan org ekonomi, aku org sains. Sebab aku pun tak baca paper seksyen ekonomi. Tahu sikit2 je lah. Pasal Proton. Hicom. Pasal CIMB. Pasal pembaziran bon kerajaan sebyk RM3.8 billion. Pasal Bail-out MAS sebyk RM668.8 juta. Pasal KLIA RM9 billion. Pasal Formula 1. Pasal Bank Islam. Pastu pasal apa ntah lagi ntah. Dapat tahu pun melalui member2 aku yg kerja kat tempat2 tu. So sumber2 aku sahih, bukan dari sumber surat lahabau. Malas nak ungkit sebenarnye. Menda dah lepas. Cuma aku harap takde jadi lagi la lepas nih. Membazir duit cukai mak pak aku je.
Aku bukan kata parti pembangkang itu perfect tapi sekurang2nye mereka menampakkan pemimpin yg menegakkan agama ALLAH. Mostly perkara yg hampir benar lah. Kalau lah Barisan Neraka nih menegakkan hukum ALLAH, mmg aku sokong je tanpa ragu2. Sebagai contoh, ada sorg berkot kolar putih ni sarankan, kalau boleh diadakan bulan membaca, apa kata diadakan kempen bulan solat? Pastu dihentam dek org jubah kopiah ni ckp, kalau dah Islam, mmg semayang hari2 tapi kalau membaca ni bukan hari2. So tak perlu buat kempen bulan solat. WTF? Solat tiang agama, tak tau? Tak membaca, takde dosa tapi kalau tak solat, berdosa besar tau? Besar hikmahnye buat kempen bulan solat nih. Kesimpulannye, bukan semestinye aku sokong org2 kopiah jubah ni, aku sokong org yg tegakkan perkara yg benar je. Dan org yg berkot kolar putih itu adalah org PAS dan org yg berkopiah jubah tu adalah org BN. So toksah lah nak cetekkan fikiran menilai org dari kulit buku aje okeh. Kerana aku bukanlah macam tu.
Menda2 yg aku cakap ni tak sampai 10% dari apa yg ada. Banyak sangat kalau aku bukak cerita. Bukan lah nak kata kerajaan sekarang langsung takde kebaikan, tipu lah tuh. Tapi itu dulu. Kerajaan BN dgn tampuk kepimpinan dulu mmg telus. Nenek aku pun sokong. Tapi biler dah makin lama nih, dah makin seleweng lar. Kebaikan mmg ada tapi dah nampak lagi byk keburukan dari kebaikan. Dalam Islam pun ada kata, kepimpinan pemerintah tak boleh lebih dari 10 thn kerana kuasa yg dipegang itu nanti akn melahirkan ketamakan haloba. Kerana tamak itu adalah sifat semulajadi manusia. Dah lama sangat BN memerintah. Jemput lah turun dan beri peluang pada parti kepimpinan yg lain.
Kepada yg sokong saya, terima kasih saya ucapkan tapi saya SANGAT2 mengalu2 kan seluas2 nya komen2 dari mereka bertentang pendapat dgn saya. Saya sangat menghargai andai korang yg nak hentam saya balik ni, siler jgn hentam membabi buta tanpa fakta. I need facts! Ckp tanpa fakta bagaikan tin kosong ada batu sebijik. Goncang2kan ada bunyi bising tapi isi kosong! Org yg low mentality adalah org yg menghentam dan kutuk saya sambil mengeluarkan kata2 tuduhan melulu seperti tuduhan PAS ni bagaikan anjing menyalak kat bukit. Jangan lah menampakkan kebodohan diri anda. Sangat kasihan kerana saya tak layan org2 low mentaliti mcm ni. Bidaskan lah statement saya dgn fakta2 anda. Kemukakan hujah2 anda. Baru lah bijak! Andai ucapan saya mcm org tak sedar diri, siler sedarkan saya. Saya bukan nak tunjuk garang. Bukan nak tunjuk pandai. Jauh sekali nak berlagak. Saya sekadar nak tunjukkan sokongan kepada pemimpin yg tegakkan perkara yang BENAR. Tu sahaja. Dan melalui statement ini, ALLAH menjadi saksi saya laksanakan tugas menjadi seorang pejuang dlm menegakkan perkara2 yg BeNaR~
Sebab ni je yg aku mampu buat...
Masih lagi sokong BN? Maaf, saya cukup bersimpati dgn anda...
Ahad, 17 Februari 2008
Sabtu, 16 Februari 2008
Respon Terhadap Tahun Merawat Negeri Kelantan:Khusus Buat Najib!
Janganlah sesiapa pun marah pada Najib. Biarkan dia, termasuk bosnya, mengisytihar seribu slogan. Makluk bumi dan langit tahu bahawa Najib dan sekutunya adalah pakar dalam bab mencipta slogan tapi gagal merealisasi makna slogan yang dilaungkan!
Sekali lagi teman berpesan jangan marah pada Najib dan biarkan beliau dan sekutunya kojol dengan slogan yang bergema kuat tapi kosong isinya!
Cuma teman hendak bertanya Najib dengan suara yang penuh kasih sayang:
"sudahkah kau lihat diri sendiri dicermin kaca . Kalau belum, cari cermin dan tengok diri sendiri dan kemudian engkau akan lihat imej diri sendiri di dalam cermin yang jelas mengetawakan diri kau sambil berkata:
" Wahai diriku yang bernama Najib , engkaukah yang akan merawat Kelantan yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan dalam bentuk ketiadaan pembangunan dan kemiskinan, sedangkan diri kau sendiri yang patut dirawat".
"Masihkah kau tidak ingat bahawa, penyakit kau sebagai lelaki dayus yang sanggup membiarkan isteri sendiri berlaga pipi dengan aktor filem hindustan perlu dirawat dengan segera. Sesungguhnya ketahuilah wahai Najib, engkau tidak akan dapat mencium kewangian surga kalau kau ada penyakit dayus!"
"Dan perlulah kau ingat bahawa penyakit misteri yang berhubungan dengan isu komisyen masih menganggu hidupmu siang dan malam"
"Juga , jangan kau lupa penyakit kronik yang kau hidapi akibat virus Monggolia".
"Wahai Najib adakah penyakit-penyakit kronik itu sudah dirawat ? Kau jawablah sendiri!".
Selain dari Najib yang pada teman berpenyakit kronik dan oleh itu tidak mampu merawat sesiapa, siapakah lagi yang diharap mampu merawat Negeri Kelantan yang dikatakan berpenyakit.
Mungkinkah si Anuar Musa?
Oh, kalau Anuar Musa , sebahagian besar rakyat kelantan akan ketawa besar!
Rakyat Kelantan tidak pernah lupa tentang cerita pelbagai penyakit kronik yang dihidapi oleh Anuar Musa.
Diantara penyakit kronik yang dihidapi oleh Anuar Musa, ialah penyakit gila babinya untuk menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, sedangkan beliau mempunyai masalah dengan Sultan.
Penyakit yang berpunca dari Virus PPRT juga masih belum hilang dari batang tubuh Anuar Musa.
Oleh yang demikian , Anuar Musa juga perlu terlebih dahulu berusaha dengan lebih gigih untuk merawat pelbagai penyakit kroniknya sebelum mengilababi hendak merawat Kerajaan Kelantan yang diperintah oleh Pas yang cuma mengidap demam selsema. Hanya dengan menelan dua butir ubat selsema, dengan izin Allah ,demam selsema boleh sembuh dengan pantas.
Tak payahlah teman huraikan panjang lebar mengenai orang yang berpenyakit kronik seperti Najib dan Anuar Musa . Cuma teman nasihatkan mereka supaya segera berubat sebelum hendak merawat Negeri Kelantan yang tidak ketinggalam dalam soal membangun dari segi fizikal dan rohani!
Di kesempatan ini juga teman ingin mengingatkan Najib selaku bakal Perdana Menteri( kalau BN tak terguling dalam PRU ke 12 nanti ), supaya jangan sengaja butakan mata sendiri sehingga tidak nampak bahawa kerajaan BN yang diketuai oleh bosnya merangkap kaki bohong nombor satu seMalaya ,dari dulu hingga kini mengidap penyakit kronik yang sukar untuk diubati.
Namakan penyakit yang tak melekat dibatang tubuh kerajaan BN? Fuuuhhh, tak terkira banyaknya. Satu dunia sudah tahu!
Penyakit kronik yang utama ialah rasuah. Penyakit ini boleh menjadikan negara ini bangkrap, sebangkrapnya!
Penyakit kronik yang tidak kurang penting ialah, zalim. Kesemua rakyat sentiasa diancam oleh akta zalim ISA. Kalaulah Bang Dollah, PM Malaya merangkap Menteri Dalam Negeri merasakan diri beliau dan kroninya dalam bahaya sekiranya rakyat bangun bersuara menyatakan kebenaran ,maka akta zalim ISA akan digunakan dengsn mengunakan kuasa yang tak terhad!
Penyakit kronik yang tidak kurang merbahaya ialah penyakit pemimpin BN yang tak tahu malu. Contoh mudah : buat masjid banyak-banyak, tapi Najib dan sekutu jarang bersolat di masjid melainkan pada hari-hari tertentu.
Contoh lain, Najib dan sekutunya banyak bercakap tentang Islam, tapi anak bini tak menutup aurat.Belum lagi teman huraikan secara detil tentang kes seorang bakal Perdana Menteri yang tak tahu malu mengatal dengan bini orang dan sanggup menuduh bekas isterinya sebagai gila!
Penyakit kronik yang masih belum ada penawarnya ialah penyakit munafik pemimpin BN. Hari ini cakap lain, besok cakap lain. Kata nak jaga kebajikan rakyat, tapi dalam masa yang sama menaikkan pelbagai harga barangan dengan alasan yang bodoh.
Penyakit kronik kerajaan BN yang juga cukup merbahaya ialah penyakit kurang atau tidak percayakan syariat Islam. Penyakit kronik ini ada hubungan dengan penyakit akidah. Akibatnya kadar jenayah meningkat dari tahun ke tahun. Banyak tempat di Malaya sudah tidak lagi selamat.
Kalau hendak ditulis tentang penyakit kronik kerajaan BN, 7 hari 7 malam tak selesai untuk dicatat.
Sayangnya penyakit ini tak mampu dirawat oleh pemimpin BN kerana mereka sendiri pun berpenyakit kronik, yang sukar untuk disembuhkan melainkan dibunuh ibunya!
Sekali lagi , teman nasihatkan Najib dan sekutunya , rawatlah diri sendiri dan kerajaan BN yang mengidap pelbagai penyakit kronik , sebelum memekik terlolong setenggah kojol untuk merawat Negeri Kelantan.
Teman cadangkan juga supaya Najib dan sekutunya menukar slogan "Tahun Merawat Kelantan" kepada "Tahun Merawat Pemimpin BN dan Negara". Slogan ini lebih relewan!
Dan kaedah yang mampu merawat Malaya akibat jangkitan virus yang dibawa oleh BN ialah dengan menumbangkan kerajaan BN . Dalam hubungan ini, rakyat mesti bangun serentak dan melaungkan "TAK NAK BN " dan beri undi kepada parti-parti politik pembangkang pada 8 Mac 2008.
Kalau nasihat teman dan kawan-kawan yang lain untuk menumpaskan BN diabaikan , maka terimalah akibatnya nanti dimana pemimpin mangkuk ayun @ BN seperti Najib yang berpenyakit kronik akan terus berkuasa dan menindas rakyat zahir dan batin!
Jumaat, 15 Februari 2008
Bang Dollah Tak Tengok Lagi Senarai Bakal Calun BN?
Rakyat kebanyakkannya berkata: "buat sekian kalinya , PM kerajaan Sementara Malaya, bercakap bohong".
Bang dollah terpaksa menerima hakikat bahawa rakyat semakin yakin bahawa beliau adalah seorang PM Malaya yang siang malam berbohong. Ataupun beliau tidak sedar bahawa dia adalah seorang pembohong yang tidak ada tolok bandingannya di Malaya.
Kalaulah betul, bang dollah belum melihat senarai bakal calun BN, rakyat akan bertanya , sempatkah beliau menyemak satu persatu senarai tersebut supaya hasratnya untuk menampilkan calun yang terbaik mengikut kayu ukurnya yang berdasarkan ajaran islam yang ada had dan harinya?
Atau pun dia telah mewakilkan tugas melihat dan seterusnya membuat keputusan mengenai bakal calun BN kepada anak menantu kesayangannya, si Khairy seorang pemuda yang terbijak di Malaya setaraf dengan VK Lingam.
Kalaulah benar bang dollah telah menyerahkan tugas tersebut kepada Khairy, ianya pun bukan sesuatu yang luarbiasa . Bukankah , selain sebagai kaki bohong nombor satu seMalaya , bang dollah juga terus dilabelkan oleh bekas bossnya dan secara diam oleh para menteri dalam kabinetnya , sebagai seorang PM yang lembab dan malas membuat kerja.
Dalam laporan penilaian prestasi yang disahkan oleh kebanyakkan rakyat , kompetensi utama bang dollah yang paling terserlah ialah bekerja kuat dalam membuat taik mata dan bersenda loka dengan seorang perempuan yang bernama Jeanne.
Apapun , sebagai seorang rakyat yang baik, teman sentiasa berharap bang dollah tak dimatikan untuk selama-lamanya sewaktu, seronok menikmati alam tidur!.
Khamis, 14 Februari 2008
Ajarkan Rakyat : Bang dollah dan Bohong Adalah Sinonim
Rakyat perlu diajar menjawab: bohong!
Berkata bang dollah: Saya bekerja kuat
Rakyat perlu diajar menjawab: bohong!
Berkata bang dollah: Saya mahu memasikan semua calun BN adalah bersih dan ada semangat untuk bekerja.
Rakyat perlu diajar menjawab: bohong!
Berkata bang dollah: kalau BN menang besar dalam PRU , saya berjanji akan menunaikan janji pilihanraya
Rakyat perlu diajar menjawab: bohong!
Berkata bang dollah: saya akan membasmi amalan rasuah
Rakyat perlu diajar menjawab :bohong!
Berkata bang dollah: Kerajaan BN akan menghapuskan kemiskinan tegar diseluruh negara
Rakyat perlu diajar menjawab: bohong!
Berkata bang dollah: hari ini saya sihat
Rakyat perlu diajar menjawab: bohong
Berkata bang dollah: Saya tak pernah berbohong
Rakyat perlu diajar menjawab: pooooooooooodahhhhhhhhhh, bohong!
Di atas adalah contoh-contoh kata-kata yang mungkin dan sudah keluar dari mulut bang dollah. Dan kita kena ajar rakyat untuk berkata: bohong! setiap kali bang dollah bercakap.
Bila rakyat dapat menerima ajaran bahawa setiap patah perkataan yang keluar dari mulut bang dollah adalah bohong ,maka mudah kerja pembangkang untuk menguguggat bang dollah dan kerajaan BN.
Parti Pembangkang tak perlu bercakap soal yang besar-besar yang tak terjangkau oleh imiginasi rakyat biasa dan tak perlu mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan umat ini!
Apa yang perlu dilakukan cukup mudah.
Kesemua penceramah dan media parti pembangkang perlu memberi pendidikan disepanjang musim PRU kepada rakyat, bahawa cakap-cakap bang dollah dalam banyak perkara adalah sarat dengan pembohongan.
Contoh mudah dan paling hangat diperkatakan ialah cakap bohong dollah tentang tarikh pilihanraya dua hari yang lepas. Walaubagaimanapun pastikan , pendidikan ini mencetuskan impak yang besar sehingga berjaya membentuk gambaran mental rakyat terbanyak bahawa , bang dollah adalah pembohong yang tersohor seMalaya.
Hasilnya rakyat terbanyak yang dulunya percaya bahawa bang dollah adalah seorang yang muslim yang baik dan berbudi bahasa , akan mulai hilang kepercayaan kepada bang dollah dan bahasa minda mereka akan berbunyi seperti berikut: 'bang dollah dan bohong adalah sinonim'.
Percayalah cakap teman ,diantara kesan yang paling ketara ialah walaupun bang dollah bercakap betul, rakyat tidak lagi akan mempercayainya kerana gambaran mental rakyat terbanyak adalah bahawasanya , bang dollah adalah seorang PM merangkap pembohong nombor satu Semalaya yang berselindung di balik jubah islam hadhari.
Rakyat juga akan membuat kesimpulan sesama mereka: 'kalaulah PM yang dikenali sebagai Imam kepada ajaran Islam hadhari adalah pembohong, maka tentu sekali kesemua calun BN adalah juga kaki bohong ditahap tertinggi!'
Oleh itu sekali lagi teman cadangkan program pendidikan yang ada unsur NLP , tentang bang dollah sebagai kaki bohong dapat digarap sebaik mungkin.
Walaubagaimanapun jangan abaikan isu-isu yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat terbanyak yang mencakupi kos sara hidup yang meningkat, pendidikan, kesihatan, kesenian dan lain-lainnya.
Yang teman tak syorkan ialah jangan bercakap benda-benda yang tak terjangkau oleh imiginasi rakyat terbanyak, isu yang penceramah parti pembangkang kurang arif dan fatwa-fatwa yang boleh mengelirukan umat.
Rabu, 13 Februari 2008
Parlimen Telah Dibubar: Sudahkah Parti Pembankang Bersedia Untuk Ditipu?
Pembubaran Parlimen pada tarikh 13 Feb 2008, secara langsung mengesahkan bahawa bang dollah percaya kepada kesaktian angka 13.
Ah, pergi jahanam dengan kepercayaan bang dollah yang telah mengkeramatkan angka 13!
Yang penting sekarang adakah parti pembangkang, telah benar-benar bersedia dari segi mental dan fisikal untuk menghadapi pilihanraya umum?.
Persediaan parti pembangkang tentu amat terbatas kalau hendak dibandingkan dengan kemampuan BN. Seluruh penduduk langit dan bumi tahu benar bahawa BN akan mengunakan seluruh alat jentera kerajaan untuk memastikan kemenangan akan berada ditangan mereka.
Politik wang akan digunakan semaksima yang mungkin. BN tidak ada masalah dalam soal kewangan. Wang akan datang dari sebelah kiri dan kanan serta dari depan dan belakang.
Tak perlu bang dollah dan BN membaca mentera beribu kali, wang untuk dibelanjakan untuk tujuan kempen dan membeli undi , pasti akan disumbangkan oleh taukeh judi, arak, dan syarikat korporat yang keparat. Golongan penjahat ini mahu BN kekal sebagai sebuah kerajaan. Mereka tahu hanya BN yang sanggup dan rela untuk mengadaikan maruah agama,bangsa dan negara demi kepentingan kelompok yang berkepentingan.
Rasanya, parti pembangkang sudah masak dengan perangai busuk BN. Walaubagaimanapun teman , ingin bertanya lagi adakah barisan pembangkang telah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang tidak adil, bersih dan telus?.
BN dengan kerjasama SPR, Polis dan berpuluh ajensi sesungguhnya tidak akan mengumumkan pembubaran Parlimen, kalau segala bentuk penipuan, putar belit dan yang seumpama dengannya masih diperingkat perancangan yang belum siap untuk dilaksanakan.
Setelah yakin bahawa perancangan untuk membelit, menipu dan memutar akan mencetuskan kemenangan besar, maka barulah bang dollah mengumumkan pembuburan parlimen. Dan teman masih tak jemu bertanya , apakah barisan parti pembangkang akan dapat mengatasi ajenda BN yang serba kotor dan menjijikan?
Apapun, sekotor mana permainanan BN, teman terpaksa akur bahawa parti pembangkang tidak ada pilihan yang banyak , melainkan terpaksa bertarung di medan pilihanraya umum yang telah dirancang dan dipasak dengan seribu macam jenis penipuan dan manipulasi.
Teman menyokong pendapat yang mengatakan, penipuan BN dalam PRU ke 12 kali ini akan menjadi berlipat kali ganda, mengatasi penipuan yang pernah dilakukan semasa PRU tahun 1999. Tahap demokrasi di Malaya akan lebih merundum ke tahap terburuk, iaitu -0.
Tapi apa pilihan yang pembangkang ada? Jawabnya:pilihan tidak banyak . Dan yang pasti barisan pembankang akan terus ditipu kerana yang ditentang adalah sebuah gabungan parti-parti politik yang berkepala otak PENIPU.
Hanya satu pilihan yang paling utuh yang boleh dilaksanakan oleh Pas ,khususnya, iaitu mengadu kepada Allah supaya segala penipuan BN akan memakan diri bang dollah dan para sekutunya!
Ahad, 10 Februari 2008
Jangan Ketawa: Bang Dollah Memang Kerja Kuat
Oleh kerana terlalu mengantuk, teman tutup laptop. Dan selepas itu teman layan rasa mengantuk. Baru hendak terlelap, isteri teman ingatkan teman, untuk makan ubat. Dengan langkah longlai, teman ikut perintah permaisuri rumah.
Selepas teman telan lima jenis pil, teman pun masuk ke bilik untuk tidur. Teman mahu tidur sepuas-puasnya. Maklumlah, sejak kebelakangan ini, banyak masa teman dihabiskan di studio. Teman mahu berkerja keras demi melaksanakan tugas menyiapkan album lagu. Walaupun, teman sangat lemah, tapi teman terpaksa bekerja kuat.
Bila bercakap tentang kerja kuat,teman teringat bang dollah. Jarang betul, teman lupa tentang peribadi cemerlang tersebut yang hampir masuk lima tahun menjadi PM Malaya.
Melalui tulisan penarikbeca, teman tahu ada berita tentang ucapan bang dollah yang memberitahu rakyat Malaya bahawa dia berkerja kuat.
The Star online melaporkan:
PENANG: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said he works very hard to carry out his responsibility to all Malaysians.
“Some of you can say that I’m not good, you can say whatever. But don’t say that I don’t work.
“I work very hard. I really mean it and you know it,” he said to applause from those who attended the Chinese Assembly Hall’s Chinese New Year open house yesterday".
Teman dapati ramai bloggers yang mengulas ucapan bang dollah. Kesian betul teman pada bang dollah , kerana ramai bloggers membuat ulasan secara sinikal,skeptikal, analatikal,dan entah apa-apa lagi yang hujungnya ada sukukata 'kal'.
Sebagai seorang rakyat yang setia, teman terpaksa menahan diri dari ketawa dan emosi yang keterlaluan bila mendapat tahu bahawa bang dollah mengisytiharkan diri sebagai seorang yang sangat kuat bekerja.
Kalau ikutkan emosi yang keterlaluan,mahu rasanya teman ketawa sambil berguling-kuling dari kamar tidur hingga ke ruang tamu.Siapakah yang tak akan ketawa bila bang dollah yang terkenal sebagai kaki tidur nombor 1 Malaya, tiba-tiba berkata: “I work very hard. I really mean it and you know it"?.
Timbalan bang dollah, Najib Razak pun teman bayangkan ketawa setengah mati bila mendengar kenyataan bossnya.
Kak Fidah, taukeh AP pun turut ketawa terbahak-bahak kerana kegelian hati yang tak terhingga dan akibatnya beliau kehilangan suku kilo berat badannya.
Sami Vellu, pun ketawa macam bekas hero Filem Taimil , Siwaji, sambil berkata: "ini uranggggg ada cakap betul kah?".
Oleh kerana teman bayangkan kesemua para menteri bang dollah dan ramai rakyat jelata ketawa semahu-mahunya apabila mendengar atau membaca kenyataan bang dollah, teman sebagai rakyat yang setia cuba sedaya upaya untuk tidak ketawa walaupun setenggah kojol teman menahan diri untuk ketawa.
Dengan semanggat yang membara , teman cuba bersimpati dengan bang dollah. Oleh itu terpaksalah teman berpura-pura sedih atas sikap para menteri serta rakyat yang bunyi ketawa mereka kedengaran melantun sehingga ke bintang Kejora.
Biarkan teman seorang memikul rasa sedih dan simpati yang tak terduga terhadap bang dollah.
Kesian teman memikirkan nasib malang bang dollah yang siang malam dikatakan suka tidur dari bekerja. Dalam ertikata yang lain bang dollah dituduh sebagai PM yang tak kuat kerja kalau dibandingkan dengan bossnya dulu.
Teman dapat rasakan apa yang bang dollah rasakan. Teman tahu , bang dollah sudah tak boleh bersabar lagi dengan kata-kata kawan dan lawan yang amat menghinakan.
Dan kerana itu, bang dollah terpaksalah bertindak. Tindakan yang wajar dilakukan disaat pilihanraya umum hampir tiba ialah mengeluarkan kenyataan yang bang dollah adalah seorang PM yang kuat bekerja berhempas pulas.
Masihkah ada sesiapa selepas ini yang mahu terus ketawakan , kenyataan bang dollah yang cukup berterus terang itu ?
Khusus buat bang dollah, teman akan memberi kata-kata perangsang yang akan menjadikan bang dollah lebih kuat bekerja. Kata-kata perangsang itu adalah seperti berikut:-
"Wahai bang dollah yang diingati, jangan pedulikan mereka yang ketawa terhadap kenyataan tentang betapa kuatnya bang dollah bekerja.
Abang dolah perlu memperteguhkah azam dan tekad untuk bekerja lebih kuat dan keras lagi untuk menidurkan diri akibat sentiasa diburu oleh rasa mengantuk peringkat tertinggi.
Abang dollah mesti terus bekerja kuat untuk memperkayakan lagi para kroni dan ahli keluarga sebelum bang dollah turun tahta.
Abang dollah kena kuat bekerja untuk mengikut kehendak anak menantu yang kemaruk sangat hendak menjadi PM termuda di Malaya.
Abang dollah mesti kuat kerja untuk mengekalkan kedudukan sebagai PM Malaya yang paling terbangang di dunia ini.
Abang dollah mesti berkerja dengan kuat dalam menabur janji-janji bohong untuk membangunkan modal insan dan negara kita.
Dan jangan lupa abang dollah mesti melipatgandakan kerja kuat untuk membelasah timbalan bang dollah yang sekarang sedang mengumpul kekuatan untuk menikam abang dari belakang.
Akhir kata , selamat bekerja kuat wahai bang dollah! dan tak sangka hari ini, mood teman cukup baik sehingga tak terfikir untuk menyokong bang dollah dengan tulisan yang penuh dengan nasihat yang cukup memberangsangkan!"
Jumaat, 8 Februari 2008
Pendekar Takbur Yang Mahu Berlawan Dengan Mungkar Nangkir
Selepas sessi rawatan, kami berbual. Beliau banyak bercerita tentang bumi syria yang terdapat ramai ulamak yang hebat dari segi ilmu dan akhlak. Dia memberitahu teman, kalau ingin mendalami ilmu ugama pergilah ke Syria.
Dia juga menceritakan beberapa buah gerakan Islam di Timur Tengah dari segi uslub perjuangan. Sempat juga dia menceritakan tentang gerakan wahabi yang berselindung di balik nama salafi, yang siang malam melakukan kerja membidaahkan amalan umat , tetapi sanggup berkerjasama dengan pemerintah yang korup dan zalim.
Walaubagaimanapun, teman cukup tertarik dengan cerita beliau mengenai seorang pendekar di Indonesia yang mempunyai ilmu kesaktian yang menjadikan beliau takbur.
Diringkaskan cerita, pendekar tersebut telah berwasiat kepada anaknya, sekiranya beliau mati, kebumikanlah mayatnya berserta sebilah pedang yang sakti. Lalu, anaknya bertanya , apa perlu dibawa pedang yang tak akan memberi apa-apa manfaat di alam kubur. Maka dijawab oleh pendekar itu dengan bangganya: "Aku mahu berlawan dengan mungkar nangkir di alam barzah nanti".
Tak lama kemudian pendekar itu pun mati. Ramailah anak muridnya menguruskan jenazahnya.
Tetapi sebaik sahaja, kuburnya siap dikambus dan upacara membaca talkin hendak dimulakan, secara tiba-tiba kubur yang baru dihuni oleh jenazah pendekar tersebut meletup dan memuntahkan mayat pendekar yang sudah bersepai.
"itulah akibat sikap takbur pendekar tersebut yang menyangka dia dapat mengalahkan mungkar nangkir dengan kesaktiannya. Ana harap, Khir Toyo yang bercakap takbur bahawa BN telah menang dalam pilihanraya , walaupun pilihanraya belum lagi diadakan segera bertaubat. Takut nanti bila dia mati , kuburnya meletup seperti nasib yang menimpa kepada pendekar yang angkuh dan takbur yang baru ana ceritakan kepada anta" kata ustaz tersebut sebelum teman melangkah kaki turun dari pejabatnya di Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi,malam tadi.
Khamis, 7 Februari 2008
Mohon Maaf: Teman Tuntut Penjelasan Daripada Tok Guru Nik Aziz
Sungguh bagus sekali pesan Tok Guru Nik Aziz. Teman sokong seratus peratus.Memang tak patut kita sebagai pejuang Islam, memaki hamun.
Walaubagaimanapun seperti yang Tok Guru sendiri sedia maklum, puak UMNO pun sering menuduh bahawa pemimpin Pas tak ada kerja lain, melainkan memaki hamun pemimpin pujaan mereka.
Sedangkan kita pun tahu bahawa kebanyakkan penceramah Pas bukan memaki hamun, tapi meminta rakyat supaya berhati-hati dengan pemimpin UMNO/BN yang korup,kaki rasuah,kaki botol, kaki betina , menghina Islam dan para pejuangnya dan yang seumpama dengannya.
Hakikatnya penceramah Pas cuma melaksanakan tugas untuk mendedahkan kebusukan keperibadian para pemimpin UMNO/BN tetapi akibatnya mereka pula dilabelkan sebagai tukang maki hamun nombor satu di dunia.
Seolah-olah yang tak pernah memaki hamun walaupun sebesar habuk atau sepatah perkataanpun dalam dunia milik Allah ini, hanyalah spesis UMNO dan sekutunya sahaja.
Pada pendapat teman yang daif ini, tafsiran maki hamun perlu dihuraikan dengan lebih detil dan jelas oleh Tok Guru Nik Aziz , Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Pas. Takkanlah menceritakan kepada rakyat , tentang kebusukan peribadi tokoh pemimpin UMNO/BN yang serba hanyir dan memualkan , boleh dikatogerikan sebagai maki hamun.
Teman sendiri pernah mendengar kuliah agama para ustaz samada yang terlibat dengan parti politik atau yang seratus peratus non partisan berkaitan dengan soal yang berligar disekitar selok belok ilmu munakahat.
Contohnya, katakan kita tahu bahawa seorang lelaki yang hendak masuk meminang seorang muslimah adalah seorang yang siang malam hidupnya bergelumang dengan seribu macam jenis maksiat, maka jatuh wajib ke atas kita untuk menceritakan kepada ibubapa atau saudara terdekat muslimah tersebut tentang kebusukan peribadi lelaki tersebut. Dengan berbuat demikian maka kita berkemungkinan besar dapat menyelamatkan seorang muslimah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang apa kata , kita namakan sebagai Najib yang busuk dengan kefasikannya.
Anologi seperti diatas, boleh juga digunapakai dalam hal memilih pemimpin. Pengikut UMNO sendiri pun tahu bahawa pemimpin mereka yang kelihatan seperti orang yang suci daripada dosa, kebanyakkannya adalah terdiri daripada tokoh-tokoh pelaku maksiat yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Kita ambil contoh maksiat yang dianggap paling remeh oleh setenggah pengikut dan pemimpin UMNO, iaitu maksiat membenarkan isteri untuk tidak memakai jilbab dan melabuhkannya sehingga ke paras bawah dada.
Dalam konteks ini adakah penceramah Pas yang secara jelas menyebut nama pemimpin yang berkaitan dan dengan bersungguh-sungguh meminta rakyat supaya pemimpin jenis 'dayus'ini tidak boleh sama sekali dimenangkan dalam PRU , secara borong terus dikatogerikan sebagai 'kaki maki hamun'.
Teman hanya sentuh soal yang melibatkan kes para isteri pemimpin UMNO yang tak bertudung. Belum lagi teman sentuh secara langsung kes pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah,korup, zalim, bacul dan anti Islam! Dan yang teman musykil , adakah pendedahan penceramah PAS yang ada fakta yang lengkap berkaitan dengan kebusukan keperibadian pemimpin-pemimpin UMNO/BN boleh dikategorikan sebagai maki hamun?
Oleh itu, Tok Guru Nik Aziz atau Ulamak Pas yang lain perlulah menjelaskan kedudukan istilah maki hamun dan perbezaannya dengan pendedahan cerita kebusukan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO oleh penceramah Pas , demi maslahah umat supaya tidak tersalah dalam soal memilih pemimpin.
Bukankah soal memilih pemimpin negara adalah lebih utama kalau hendak dibandingkan dengan persoalan memilih calun isteri atau suami!
Teman tidak menafikan terdapat segelintir penceramah Pas yang hanyut ditelan oleh emosi yang yang tak terkawal semasa berceramah sehingga ke peringkat memaki hamun pemimpin-pemimpin UMNO tanpa alasan dan fakta yang kukuh. Dan lebih parah kalau ceramah golongan yang segelintir ini terdapat unsur ghibbah(maaf kalau sebutan dan ejaannya tak tepat).
Dalam hal ini , maka wajib bagi Pas untuk mengharamkan segelintir penceramah sejenis ini memberi ceramah dalam keadaan macam mana sekalipun .Mungkin bakat mereka cuba terhad dalam kerja menampal poster pilihanraya atau kerja-kerja lain yang tak melibatkan mereka bercakap banyak!
Sekali lagi teman meminta Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan yang lebih jelas dan mampan dalam soal maki hamun. Ianya ada soal penting. Dan teman juga mengambil kesempatan supaya pemimpin-pemimpin Pas yang bertaraf ulamak dan yang menganggap diri mereka terlalu profesyional supaya janganlah merapu dan meraban dalam isu-isu yang mereka sendiri kurang arif.
Akhir kalam teman mohon janganlah kawan-kawan marah pada teman yang sekadar menuntut sedikit penjelasan dari Tok Guru Nik Aziz yang teman sayangi dan hormati. Teman minta penjelasan ini kerana teman sedar bahawa teman seribu kali bodoh daripada orang yang diminta penjelasannya.
Teman insaf, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Rabu, 6 Februari 2008
Anak Bongsu Teman Nak Lawan Najib
Walaupun umurnya baru nak masuk 12 tahun, tetapi dia sudah mempunyai beberapa buah blognya sendiri.
Dia juga teman dapati mempunyai ciri kepimpinan. Teman harap , bila dia habis belajar nanti, dia akan menjadi pejuang islam dan akan menjadi pemimpin Pas.
Malam tadi selepas teman pulang dari studio, dia bertanya teman bilakah dia boleh bertanding dalam pilihanraya.
Lalu teman jawab: "apabila umur adik , 21 tahun, adik layak mengundi dan layak bertanding".
"Ya Allah lambatnya". anak teman berkata dengan nada mengeluh .Dia seperti tak puas hati.
"Tak lambat dik. Sekarang adik belajar sampai menjadi orang yang bijaksana dan perkuatkan ilmu dan semangat perjuangan Islam. Lepas tu, adik boleh jadi ahli Pas dan jadilah pejuang yang tulin kerana Allah dan Rasul".
"Sebenarnya walid, adik dah tak sabar untuk berjuang kerana adik nak lawan TPM" kata anak teman , bersemangat.
"Apa pasal adik marah pada TPM Malaya. Bukankah dia seorang insan yang mulia".
Maka anak teman pun menjawab. "Cuba walid baca ini. TPM berkata: “Pemusnahan Kuil Padang Jawa di Klang beberapa hari sebelum Deepavali, tidak akan berulang dan “di pihak mereka, mereka silap, kami minta maaf.”
Dan berkatalah anak teman lagi: "Mengapa TPM tak minta maaf pada orang Melayu Islam kerana UMNO juga robohkan surau. Mengapa walid?"
Teman terpaksa berfikir untuk memberi jawapan yang sesuai buat anak teman yang sedang ternanti-nanti sebuah jawapan.
Sebelum teman menjawab, anak teman pun berkata:" Adik fikir sikit hari lagi, UMNO akan menjadikan ugama Hindu sebagai agama rasmi yang kedua selepas Islam di negara ini".
Sungguh teman tak sangka, anak teman boleh berfikir sampai ke tahap itu memandangkan usianya masih belum lagi mencecah 12 tahun. Rupanya, anak teman yang seorang ini dari segi daya fikirnya telah mendahului usianya.
Sebagai ayah, teman bangga. Lalu teman peluk dia. Dan teman melafaskan:" Wahai Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jadikan anak hambamu ini, mujahid terbilang"
Selepas teman melepaskan anak bongsu tersayang dari pelukan yang penuh dengan kasih sayang yang sukar untuk dihuraikan, anak teman pun berkata lagi: "Adik berjanji, bila habis belajar di Universiti, dan adik boleh bertanding , adik akan lawan manusia fasik seperti Najib"
Lalu teman pun menjawab: "Semoga Najib belum jadi mayat semasa adik nak lawan dia ".
"Tak lama lagi, walid. Lebih kurang sepuluh tahun lagi. Pemimpin Umno ramai yang fasik dan munafik .Bak kata walid , selalunya, umur mereka panjang".
Malam tadi teman semakin mengenali potensi anak bongsu yang seorang ini.