Rabu, 31 Oktober 2007

Klip Video Lagu Buat Bang Dollah!

Tahniah Bang Dollah Kerana Genap 4 Tahun Jadi PM

Assalamualaikum Bang Dollah.

Semoga sihat dan ceria selalu. Teman hari ini nak ucap tahniah pada Bang Dollah kerana hari ini genap 4 tahun jadi PM Malaya. Apa rasanya jadi PM, bang? Sedap? Adakah sesedap makan ubi rebus? Hanya bang dollah sahaja yang tahu. Betul tak bang?

Memang teman tahu, banyak cabaran yang terpaksa abang dollah tempuhi. Di antara cabaran tersebut ialah kritikan sebahagian rakyat terhadap Abang dollah. Teman cukup tabik pada bang dollah kerana buat bodoh terhadap setiap kritikan.Abang cuma buat-buat bodohkan? Bukannya betul-betul bodoh?

Untuk pengetahuan bang dollah, teman juga suka melihat cara bang dollah berpidato atau beri syarahan yang jelas menunjukkan kelainan dengan cara Tun Mahathir dan Bro Anwar. Tetapi teman larang anak bongsu teman untuk mengikut cara bang dollah berpidato atau bersyarah, kerana nanti diketawakan orang. Apa tidaknya, meninggi suara ditempat yang patut direndahkan dan selalu juga suara mendatar tak tentu kira. Jadi sekarang, teman sedang mengajar anak bongsu teman berpidato dengan puluhan teknik dan kaedah yang tentunya berdasarkan piawai antarabangsa.

Tak boleh juga teman sembunyikan betapa geli hati teman bila terbaca akhbar hari ini, seorang wanita telah secara tiba-tiba naik pentas semasa bang dollah sedang berucap di majlis pelancaran plan ECER di Kuantan semalam. Terpaksa bang dollah berhentikan ucapan bila wanita itu menyerahkan sesuatu pada abang. Dan abang dollah pun tanya wanita itu, "Apa ini?" dan wanita itu membalas dengan berkata ,"bunga". Yang lucunya, bang dollah berkata"saya bukan penyanyi". Kemudiannya wanita itu dibawa turun dari pentas oleh dua orang pengawal.

Bang, wanita yang membawa sekuntum bunga mawar merah jambu itu , mungkin dia terlalu sayangkan pada Perdana Menteri Malaya yang kacak. Ataupun wanita itu mungkin mahu beri bunga itu dengan harapan kewangian bunga itu dapat menghilangkan rasa mengantuk bang dollah semasa berucap. Walau apa pun, teman bangga, kerana abang dollah telah menunjukkan 'sense of humour' yang tinggi sewaktu berdepan dengan wanita mistri bertudung hitam semalam.

Teman, tak mahu ulas kegagalan atau kejayaan abang dollah sepanjang tempoh perkhidmatan 4 tahun sebagai Perdana Menteri Malaya. Biarkan orang lain buat ulasan. Teman kali ini hanya sekadar nak ucap tahniah. Semoga bang dollah bahagia dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah bagi menegakkan sebuah pemerintahan berdasarkan syariat Allah.

Selepas dari posting ini , teman akan masukkan sebuah klip video lagu yang berdasarkan puisi Bang Dollah yang teman lupa tajuknya, tapi ada kena mengena dengan hasrat bang dollah yang tak mahu harta bertimbun, tapi mahu mencari Iman As-Syafiee dan Imam Al-Ghazali. Klip Video lagu itu, anggaplah sebagai hadiah sempena 4 tahun bang dollah naik tahta sebagai PM Malaya. Sila lihat di posting terbaru teman seperti di atas yang tarikhnya sama dengan posting ini.

Assalamualaikum Bang Dollah!

Selasa, 30 Oktober 2007

Sedikit Ulasan Tentang Ucapan Tok Guru Nik Aziz di Majlis Pelancaran ECER

Kalau teman melayari internet, Harakahdaily merupakan laman web yang pertama ,teman lawati. Dan hari ini yang mula-mula teman baca ialah transkrip ucapan Tok Guru Nik Aziz yang diletak dibawah tajuk "Ucapan Nik Aziz di ECER - Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno"
Sila rujuk dihttp://
www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama_lead/ucapan-nik-aziz-di-ecer-tazkirah-mursyidul-am-pas-kepada-presiden-umno.html

Teman telah memberi pandangan ringkas terhadap ucapan Tok Guru dalam kotak komen yang disediakan oleh Harakahdaily seperti berikut:-

"Kita berbangga dengan ucapan Tok guru. Sarat dengan kata-kata yang berhemah, walaupun terdapat unsur sindiran halus yang masih dalam kerangka tazkirah. Tetapi, saya tak pasti kalau terdapat kesilapan menaip(typing error) bila ada sebaris ucapan Tok Guru yang boleh diekploitasi oleh musuh seperti berikut
:"Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi".

Pada pendapat saya tak mungkin Tok Guru berucap sebegitu kerana beliau tahu bahawa apa sahaja yang hendak diciptakan oleh Allah adalah mudah walaupun dari sudut logika manusia, ianya amat sukar.

Saya yakin transkrip ucapan Tok Guru telah disilap taip. Dan harakahdaily sepatutnya lebih cermat sebelum menyiarkannya".

Demikian komen teman yang telah dipublishkan oleh harakahdaily bersama-sama dengan puluhan komen yang lain.

Teman juga membaca tulisan Mohd Sayuti Omar dalam blognya , yang membangkitkan rasa terkilan beliau terhadap ucapan Tok Guru Nik Aziz yang dikatakan tidak molek kerana disulami dengan kata-kata sindiran yang seakan tidak mesra tetamu dan pantun yang penuh emosional.

Baqak a.k.a
penarik beca pun dalam blognya juga menyentuh pendirian Kerajaan Negeri Kelantan,khususnya pendirian Tok Guru berkaitan isu rezab Melayu di Kelantan seperti berikut:"Tetapi saya sangat terhiris apabila Tok Guru memberi jaminan kerajaan Kelantan akan memberi sokongan penuh dalam merealisasikan pelan pembangunan itu. Adakah kerajaan Kelantan akan menyokong penuh pengambilalihan 66,736 km persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan ECER?"

Ahli-ahli Pas atau pendukung Pas yang lain, mungkin ada pandangan masing-masing tentang ucapan ataupun pendirian Kerajaan Pas di Kelantan dalam soal ECER. Kita bebas mengemukakan pendapat bagi kepentingan perjuangan Pas.

Seperkara lagi teman amat berharap agar Pas perlu berwaspada dengan setiap gerak geri Abang Dollah dan gengnya kalau mereka tiba-tiba sahaja kelihatan amat bersopan santun dan mesra dengan pemimpin-peminpin Pas. Memang wajar berwaspada kerana puak ini boleh berubah perangai setiap detik dan saat, maklum sahaja mereka seolah-olah makluk dua atau tiga alam.

Media arus perdana pula seakan mengambarkan Abang Dollah sebagai PM yang begitu "bersahabat" dengan Tok Guru dengan membimbing Tok Guru yang kita kasihi dengan tangannya semasa majlis pelancaran ECER semalam. Tapi jangan lupa ! tangan itu juga yang telah menandatangani penahanan atau melanjutkan tahanan ke atas ratusan insan Malaya tanpa bicara dibawah akta kejam ISA.

Tetapi teman akan bersyukur sekiranya ucapan Tok Guru semalam sedikit sebanyak menyentuh kalbu Abang Dollah dan gengnya. Dan alangkah indahnya kalau mereka kemudian berjumpa dengan Tok Guru dan kemudiannya berkata dengan penuh keinsafan : " Marilah kita bersama-sama membangunkan seluruh negara dengan berpandukan Islam yang hakiki."

Pasti teman di antara insan di Malaya ini yang akan menanggis tanda gembira kalau ianya benar-benar berlaku.

Ahad, 28 Oktober 2007

Semoga Perhimpunan 100 Ribu Rakyat Berjaya


Pak Lah biarkan perhimpunan ini. Ianya perhimpunan aman. Jangan Pak Lah kerah Polis menghalang rakyat menyertai perhimpunan ini dengan menutup seluruh jalan untuk ke Dataran Merdeka dan ke Istana Negara. Perhimpunan 100 ribu rakyat bukannya ramai.Lainlah kalau 1 juta. Pak Lah juga dijemput hadir bersama supaya perhimpunan ini lebih berseri lagi.
Musa Hassan adakah kau sudah terima arahan dari pihak atasan, supaya cari jalan bagaimana nak halang perhimpunan 100 ribu ini? Jangan jadi alat, musa. Tak baik. Biarkan perhimpunan ini berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan provokasi. Kau tu, anak orang-orang baik. Malu emak bapak kau, kalau kau sanggup jadi boneka menteri-menteri BN yang pemikiran mereka setaraf Mat Rempit. Musa, kau pun dijemput hadir. Anwar nak berjabat salam dengan kau sebab lama tak jumpa. Jangan lupa bawa adik kau bernama Fuad Hassan. Dia dulu anak murid Anwar.Mana dia sekarang?
Ya Allah permudahkan perhimpunan ini. Hamba-hambaMu yang lemah merayu agar perhimpunan ini kau berkati. Wahai Allah Pemilik Alam Semesta dan Segala isinya, makbulkan doa hamba-hambaMu. Amin.

Sabtu, 27 Oktober 2007

Dei Tambi, Awak atau Anwar yang popular?

Baru kejap tadi , teman singgah membaca berita di Klpos.

Maka teman terbaca komen mamak Zainuddin Maidin yang menyatakan bahawa ada individu tertentu yang guna kes klip video Lingam untuk tujuan raih populariti. Kata Zam seorang mamak yang sepatutnya balik ke Sg Petani jual toseh, cendul,popiah dan pesembur bahawa individu tersebut yang sudah hampir tenggelam dalam politik tanah air mencuba meraih perhatian rakyat dengan cara memanipulasi kes video Lingam. Kata beliau lagi, individu tersebut mulai dapat liputan akhbar. Kesemua ini, kata mamak sekor ni, adalah juga untuk tujuan mempromosi diri menjelang pilihanraya.

Dei tambi! apa pasal awak tarak cakap, orang itu Anwar Ibrahim? Sebut nama dia pun , tambi sudah takut? Macam mana kalau dia ajak, tambi debat sama dia pasal ini punya kes? Saya ingat tambi akan terkecing banyak-banyak jugak. Tambi tahu dia tokoh internasional, bukan macam tambi, main dekat Malaya saja. Itu manusia bernama Anwar Ibrahim ,rakyat selalu ingat sama dia. Dia tarak payah guna kes video Lingam untuk cari populariti. Tambi tahu, tapi akal tambi akal keling jugak. Tambi buat bodoh walaupun tambi memang bodoh punya urang.

Beginilah tambi, perintah RTM buat undian , Anwar kah atau Tambi yang lebih popular. Undian itu mesti bebas. Tambi jangan manipulasi. Tapi harap-harap nanti tambi jangan terus kojol, bila lihat undian menyebelahi Anwar.

Ada berani kah tambi?

Jumaat, 26 Oktober 2007

Hentikan Sandiwara Anda Wahai Apa Saja Nama Kamu

Teman ingat Pengerusi SPR sahaja yang lidahnya bercabang sepuluh. Rupanya ramai lagi, termasuk Ketua Pengarah BPR. Teman cuba untuk tidak mengingat namanya .Dalam kes klip video Lingam, beliau jelas bersandiwara. Semalam , seorang pegawai BPR telah menalipon DSAI bahawa pertemuan yang sepatutnya di adakan di Pejabat DSAI bagi tujuan mengambil baki salinan klip video Lingam, dibatalkan secara mengejut. Tup-tup hari ini, KP BPR, kata DSAI masih belum hantar klip asal Video Lingam ke pejabatnya .

Terus terang teman dah bosan dan mual dengan perangai PM , TPM, Menteri-menteri kabinet terutama, Mamak Zainuddin Maidin dan Nazri Aziz. Teman juga dah bosan dengan Pegawai atasan seperti KPN, KP BPR, Pengerusi BPR dan lain-lain makluk yang sanggup jadi pecacai kerajaan taughut , BN.

Kalaulah Islam membolehkan kesemua mereka dibunuh, lama dah teman tembak setiap orang dari mereka sampai kojol. Tetapi agama Islam , tidak pernah mengajar bahawa pembunuhan boleh dilakukan terhadap sesama insan tanpa alasan yang kuat. Apa sahaja tindakan seorang umat Islam mesti berdasarkan syariat yang telah termaktub. Oleh itu syukur teman masih seorang individu muslim yang walaupun sakit , namun kewarasan akal fikiran tetap dijamin stabil. Teman tahu, islam itu agama yang menganjurkan nasihat menasihati.

Oleh itu sempena hari Jumaat, penghulu kepada hari, maka teman ingin menasihati KP BPR dan yang seumpama dengannya, berhentilah bersandiwara terutama dengan tujuan memuaskan hati para penguasa. Sesungguhnya ,rakyat sedang memerhatikan sebuah sandiwara yang serba tak kena, kerana pengarah dan penulis skripnya, termasuk dalam kategori banggang.

Rabu, 24 Oktober 2007

Betui Ke Pak Lah Nak Hantar angkasawan Kedua Malaya ?

Paklah oh Pak Lah , hendak hantar lagi kah angkasawan(Pelancung angkasalepas)? Betui ke akhbar hari ini tulis bahawa Pak Lah cakap, negara Malaya mampu hantar lagi calun angkasawan negara yang kedua kerana duit ada untuk tujuan tersebut dan dalam masa yang sama duit masih bertimbun untuk membangunkan negara? Kalau betui cakap Pak Lah, teman nak tanya sikit, masa Pak Lah bercakap tu, Pak Lah sedang separuh tidur atau tidur sepenuhnya? Kalau separuh tidur atau tidur dengan penuh perasaan, maka teman anggap bahawa cakap Pak Lah tak boleh pakai.

Kalau Pak Lah tak tidur dan sedar apa yang Pak Lah cakap, maka teman nak tanya beberapa soalan mudah supaya Pak Lah senang faham.

Pertama: Adakah duit negara, Pak Lah rasa macam duit Pak Lah sendiri , boleh buat sesuka hati sehingga sanggup hantar angkasawan kedua ?

Kedua: Apakah Pak Lah telah berfikir dari sudut keutamaan ? Mana lebih utama menghantar angkasawan ke angkasa lepas atau membantu ramai lagi rakyat jelata yang hidup mereka semakin tertekan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi? Mana lebih utama ,membelanjakan duit untuk menghantar angkasawan untuk tujuan ujikaji bodos atau menghapuskan PTPTN dan kembali memberi biasiswa kepada pelajar di IPT?
,
Ketiga: Apa tujuan Pak Lah hendak hantar angkasawan kedua? Oh hendak buat kajian!. Dah habiskah kajian tentang hal-hal yang berkaitan dengan bumi sehingga perlu dihantar rakyat Malaya ke angkasa?

Ketiga : Adakah Pak Lah rasa dengan program menghantar angkasawan ke angkasa lepas, Malaya akan dihormati oleh seluruh negara maju dan membangun sedangkan Malaya sudah cukup terkenal, diantaranya kerana Indeks rasuahnya yang tinggi, tahap kebebasan akhbar semakin jatuh merudum, indeks jenayah yang semakin meningkat , badan kehakiman semakin hilang kridibilitinya dan banyak lagi yang seumpama dengannya? Atau pun Pak Lah hendak penaik nama Pak Lah sebagai pemimpin yang berwawasan untuk menyaingi imej Tun Dr Mahathir yang pernah dilabelkan sebagai pemimpin agung Malaya?

Demikian soalan teman.

Cadangan teman:-

1. Kalaulah Pak Lah banyak duit, hantar saja menantu lelaki Pak lah yang sekor tu ke angkasa lepas. Sebaik saja misinya selesai dan selamat pulang ke Malaya, beri dia ganjaran. Calun Angkasawan yang tak dapat naik ke angkasa lepas pun boleh dinaikkan pangkat dari jawatan Kapten ke jawatan Mejar , masakan menantu Pak Lah yang sekor tu, tak diberi apa-apa. Sekurang-kurangnya beri dia peluang menentang Datuk Seri Najib untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.Bior cepat budak itu jadi Perdana Menteri Malaya mengantikan Pak Lah. Pak Lah jangan risau, ahli UMNO takkan berani menentang selagi Pak Lah berkuasa.

2.Kalaulah benar perbendaharaan negara Malaya bertimbun dengan duit, eloklah Pak Lah gunakan duit itu untuk membantu orang miskin macam teman, membantu pelajar di IPT dan lakukan aktiviti kebajikan yang lain. Ianya adalah lebih utama dari menghantar seorang demi seorang angkasawan ke angkasa lepas.

3. Teman tak kata, hantar angkasawan ke angkasa lepas seratus peratus tak baik. Banyak juga faedahnya. Teman tak juga kata, pembangunan program angkasalepas tak bagus. Tapi, bab program yang berkaitan dengan angkasalepas pada pendapat teman , adalah permainan negara-negara yang sudah bertaraf maju. Malaya adalah negara yang sedang membangun. Mungkin pada tahun 2020 , Malaya boleh dikatogerikan sebagai negara maju. Masa tu, kalau Pak Lah masih bernyawa lagi dan masih kekal sebagai PM, Pak Lah boleh hantar rakyat Malaya ke angkasa lepas setiap hari.Buat masa ni,bereskan soal yang lebih utama. Kalau Pak Lah terus berdegil hendak laksanakan impian Pak Lah, teman dengan sukacitanya ingin memberi gelaran paling berprestij kepada Pak Lah iaitu: Pak Lah:Bapak Kepada Kepala Babak Pembangunan Angkasa Lepas Negara.

Sekian cadangan teman seadanya.

Teman tahu, blog ini Pak Lah tak pernah singgah.Pengunjung ke blog ini pun bukan ramai.Boleh dikira dengan jari. Teman sedar bahawa teman bukannya penulis blog yang mutu tulisan dan penganalisaanya adalah tinggi. Sesungguhnya keadaan kesihatan teman semakin teruk , maka natijahnya , tahap pemikiran teman semakin merosot.Tapi rasanya belum sampai ke peringkat pikun!

Namun demikian , selagi teman bernafas , teman akan menulis apa sahaja yang melintas di kotak pemikiran.Sekurang-kurangnya untuk bacaan anak-anak teman.Bior mereka tahu dalam keadaan lemah pun ,teman tak pernah berhenti melawan UMNO dan BN yang merupakan paksi segala kejahatan dan ketidakadilan di Malaya.

Sabtu, 20 Oktober 2007

Lawak Jenaka Di Malaya Hari ini

Teman petang tadi sempat baca akhbar. Terdapat tiga berita yang teman rasa boleh dijadikan cerita jenaka yang hebat.

Pertama, berita Ketua Pengarah BPR, tak siau nak teruskan siasatan isu video clip Lingam, kerana dia mendakwa clip video itu telah disunting. Makanya, video itu telah diganggu. Dia minta kerjasama orang ramai yang ada salinan asal video tersebut supaya menyerahkan pada BPR dan ianya akan dihantar ke Hongkong untuk dipastikan ketulinannya. Dan dalam masa yang sama tiga ekor ahli Panel Bebas yang dilantik oleh kabinet, tak dapat hendak mulakan sisatan, selagi tak menerima laporan BPR.

Oh, begitu caranya BPR dan Panel Bebas berkerja.Kedua pihak ini seakan-akan berlumba-lumba hendak menjadi banggang seperti Perdana Menteri dan anggota Kabinet yang bilangannya entah berapa ekor tu! Kalaulah hendak main silap mata dalam isu ini, cubalah cari alasan yang lebih kreatif. Yang bodos sangat ni ngapa!

Kedua, Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha , yang dikatakan angkasawan pertama Malaya, dilaporkan melakukan beberapa experimen yang diantaranya bermain gasing dan yoyo. Ini satu lagi kes banggang. Nasib baik dia tak main layang-layang, kalau tidak tentu kebanggangan sukar untuk tidak diketawakan. Tapi kita yang setenggah mampus ketawa dengan kebanggangan tahap tertinggi seperti itu ,dia pula akan ketawa besar kerana dianugerah pinggat yang membawa gelaran Datuk. Ah, Tak kisahlah. Yang pastinya, rakyat UMNO/BN telah terhibur dengan ujikaji yang fantastik dn bodostik itu!

Oiii Pak Lah lepas ini , teman ingat tuan boleh hantar diri tuan ke angkasa lepas. Di sana hang boleh buat ujikaji, berapa lama seseorang itu boleh tidur di angkasa lepas.

Ketiga,Menteri Penerangan yang sepatutnya balik ke Sungai Petani untuk menjual popiah dan cendol,telah meminta supaya rakyat jangan susah hati dan seharusnya mengetepikan hasil kajian Reporters Without Borders (RSF), yang meletakkan Malaya di tangga ke-124 kebebasan akhbar dunia berbanding tahun lepas Malaya berada ditangga ke 92.

Kata mamak sekor tu, kajian tersebut "berasaskan nilai kebebasan akhbar Barat yang umumnya didorong oleh pasaran dan wang". Kalau gitu, apa pula asas nilai yang dipegang oleh akhbar arus perdana? Jawapannya mudah: Jadi tukang angguk kepada kerajaan Barisan Nasional!

Tiga berita jenaka seperti diatas , jelas membuktikan Malaya adalah sebuah negara yang dipimpin oleh raja-raja lawak seMalaya yang diketuai oleh Abang Dollah dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Khamis, 18 Oktober 2007

Tahniah Malek !: Kau Menang Dan Kaya


KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memenangi ganti rugi RM2.5 juta dalam saman yang difailkan terhadap polis dan kerajaan bagi penahanan dan penderaan terhadap dirinya pada 1998.

Abdul Malek Hussin, 51, diberikan RM1 juta sebagai ganti rugi am bagi penangkapan dan penahanan secara salah, RM1 juta sebagai ganti rugi teladan, RM500,000 sebagai ganti rugi am bagi serangan dan layanan buruk dan faedah lapan peratus dari hari ini dan kos oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata Abdul Malek berhak kepada ganti rugi itu kerana penahanannya pada 10 malam, 25 Sept 1998 dan selama 57 hari ditahan mengikut ISA adalah menyalahi undang-undang dan dilakukan secara mala fide (niat jahat).Katanya soal siasat yang dijalankan ke atas Abdul Malek di Bukit Aman adalah bersifat politik bagi risikan mengumpulkan maklumat bagi tujuan politik dan tiada kena mengena dengan kebimbangan terhadap keselamatan negara.

"Perlakuan para defendan adalah tidak berperikemanusiaan, kejam dan hina, kerana plaintif (Abdul Malek) bukan sahaja ditangkap dan ditahan secara salah selama 57 hari tetapi juga turut disakiti, diaibkan dan didera secara fizikal dan mental," kata Hishamudin.

Abdul Malek, pengerusi Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel), sebuah organisasi bukan kerajaan, mendakwa beliau dianiaya oleh polis.
Di petik Dari Kl Pos.

Sebagai seorang yang pernah mengenali Malek Hussin, teman tumpang gembira dengan kemenangan beliau di Mahkamah hari ini. Hamba Allah yang bernama Malek Hussin ini yang pernah menjadi aktivis Pas suatu masa dulu dan pernah mengemparkan seluruh ahli Pas yang komited pada perjuangan, apabila secara mengejut menarik diri semasa beliau menjadi calun mewakili Pas bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan seterusnya menjadi ahli UMNO dilaporkan mengulas kemenangan beliau seperti berikut: "Bukan soal duit, tapi soal maruah".

Beginilah Malek , kau ambil kembali maruah kau, dan kau sedekahkan duit sebanyak RM2.5 juta pada aku yang sedang dalam kesusahan. Ada setuju?

Rabu, 17 Oktober 2007

Pas Kalah Teruk Dalam PRU Ke 12?

Terkejut teman bila Pas gagal pertahankan Negeri Kelantan dalam Pilihanraya Umum. Di negeri lain pun Pas kalah teruk. Jadi teman pun menanggis. Airmata teman bercucuran membasahi pipi teman. Siapa yang teman nak salahkan kerana kekalahan yang cukup memalukan itu?

Sebelum pilihanraya umum, terdapat pemimpin Pas yang menyatakan bahawa Pas akan tawan balik Negeri Trengganu. Kelantan pula akan terus kekal dibawah pemerintahan Pas. Juga diramalkan, Kedah dan Perlis akan buat pertama kali diperintah oleh Pas. Negeri-negeri lain, Pas diramalkan akan memenangi banyak kerusi.

Tapi terbukti ramalan pemimpin Pas meleset. Kelantan yang dipimpin oleh Tok guru Nik Aziz pun boleh tumbang. Semakin deras airmata teman mengalir dipipi yang pucat serta tak berseri ini.

Adakah kekalahan teruk Pas disebabkan kekurangan isu yang boleh mengugat kerajaan BN? Tentu jawapannya tidak. Isu terlalu banyak: Isu rasuah, isu Pak Lah suka tidur, isu perangai buruk pemimpin BN, isu indeks jenayah semakn menjadi, isu harga barangan keperluan naik, isu babi di Melaka, isu polis dan Umno berkerja cetuskan provokasi di Batu Buruk,isu video Linggam, dan ratusan isu yang telah dibangkitkan dan dihuraikan , yang kalau ikut sifir mudah, banyak kerusi Dun dan Parlimen BN pasti terlingkup. Tapi akhirnya BN menang besar.

Esakan dan tanggisan teman mulai reda. Menerpa pula api kemarahan yang meluap-luap di hati teman. Kekalahan maut Pas dalam Pilihanraya kali ini, tentu disebabkan penipuan dan manipulasi BN yang jauh lebih busuk dari pilihanraya umum tahun 2004. Untuk menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan, BN dikatakan , bukan setakat mengunakan pengundi hantu tapi mengunakan pengundi setan. Dan berbilion duit dihamburkan untuk membeli undi rakyat Kelantan.

Memang pada zahirnya teman lihat, Pak Lah seorang tua yang banggang ,kuat tidur dan lebih berminat bersuka ria. Tapi Pas lupa bahawa dalam keadaan banggang dan kuat tidur, Pak Lah mempunyai kelebihan yang tak ada pada Mahathir, iaitu wajah beliau. Nak kata Pak Lah hensem, rasanya teman lagi hensem. Teman perhatikan, wajah beliau macam rumah kebajikan. Ramai rakyat jatuh kesian tengok muka dia yang bersahaja (toho)dan tak berdosa. Dan dia juga pandai mencipta selogan yang boleh menjerat minda orang Melayu.

Orang Melayu yang mudah kesian, terus memberi undi kepada BN kerana kesian dengan Pak Lah yang macam Pak Pandir tapi semacam ada tarikan magnetik di wajahnya.Kalaulah kepala otak ramai para Professor Melayu yang mendiami menara gading pun boleh tergeliat sehingga sanggup menjual kesarjanaan mereka dengan memuji kepandiran Pak Lah, apa sangat yang boleh diharap dari rakyat terbanyak.

Oleh itu isu-isu besar yang bersifat nasional tenggelam akibat dari wajah Pak Lah yang kelihatan macam pandir, tapi wajahnya ada cop "kebajikan masyarakat"

Demikianlah mimpi teman malam tadi. Moga malam ini, teman bermimpi BN tersungkur dalam keadaan menjijikkan dalam PRU ke 12 nanti. Kalau BN terus juga menang, teman akan tunggu malam esok.

Mungkin malam esok, teman akan cuba bermimpi bahawa rakyat diseluruh negara akan menumbangkan kerajaan BN melalui perjuangan di jalanraya. Mimpi yang sebegini lebih manis dan indah dari mimpi berjumpa girl friend lama! Betul tak Pak Lah!

Jumaat, 12 Oktober 2007

Esok Raya

Hari ini akhir ramadhan. Esok raya. Memang patut umat islam bergembira kerana berjaya melakukan amalan puasa yang merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Sesungguhnya bulan ramadahan adalah madrasah tarbiah terbaik buat seorang muslim.

Malam nanti selepas solat maghrib, takbir raya akan bergema. Malam nanti Perdana Menteri merangkap al imam Islam Hadhari akan menyampaikan ucapan hari raya. Malam nanti, Tv akan siarkan rancangan hiburan dan bergilababilah para artis yang berpuasa dan tak puasa , menyanyi dan menari.

Seronok berhari raya di negaraku. Ada takbir. Ada Pm yang akan nasihat rakyat sempena hari raya. Ada artis akan menyanyi dan menari. Macam-macam ada.

Besok pagi menderu umat islam ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidil firti. Lepas itu ada yang menderu pergi ziarahi pusara tok nenek dan ayah bonda. Dan ada yang bersedia untuk serbu panggung wayang. Ada yang tak kemana-mana, melekat depan TV. Ada yang pergi ziarah rumah saudara mara dan kawan-kawan. Ada yang tidur sampai ke petang. Eh, macam-macam perangai ada.

Suka atau tak suka inilah budaya kita di Malaysia.

Buat kawan-kawan, teman ucapkan Selamat menyambut eidul Firtri al mubarak.

Khamis, 11 Oktober 2007

Tajuk Asal Telah Di Padam(Delete)

Hari ini hari Jumaat, sedangkan tarikh posting ialah semalam 11 Oktober. Baiklah teman cerita mengapa ianya berlaku.

Sebenarnya teman telah menulis mengenai keinginan teman untuk menghantar Pak Lah dan para menterinya ke bulan sebaik sahaja , roket yang membawa angkasawan pertama Malaysia(ada pihak yang kata yang dihantar ialah 'spaceflight participant') dilancarkan ke angkasa . Tetapi teman telah delete posting tersebut kerana bunyinya semacam sedikit. Lebih kurang begini posting asal teman yang telah dipadamkan dan kerana itu tidak mungkin dapat di 'publishkan'.

"Kalau teman kaya raya, teman akan upah sekumpulan yang berkepakaran tinggi untuk membina sebuah roket. Roket itu semestinya paling besar bagi membolehkan Pak Lah dan Menteri-menterinya di hantar beramai-ramai ke Bulan. Di sana beliau dan sekutunya yang setaraf dengan sekumpulan Mat Rempit boleh menjadi penghuni tetap disana selagi hayat dikandung badan.

Di bumi ini, kehadiran mereka, khususnya di Malaysia tidak diperlukan lagi. Sesungguhnya kehadiran mereka boleh merosakkan pemandangan indah negara tercinta ini dan lebih dahyat mereka dan pemimpin terdahulu dari kumpulan spesis yang sama telah sekian lama menyeksa batin/perasaan teman. Ngapa teman kata macam itu?.

Sebabnya , dah lama sangat teman teringin melihat , negara ini diperintah berdasarkan Al-Quran dan Assunnah, tapi sampai kini, teman yang dah nak kojol, masih belum melihat usaha Barisan Nasional menuju ke arah itu. Bahkan BN adalah penentang utamanya. Memang batin teman cukup tersiksa. Kalau ikut firasat teman, cara demokrasi penuh najis ciptaan Barisan Nasional, cukup menyukarkan bagi parti pembangkang seperti Pas untuk memerintah Malaysia.

Sekali fikir, biarlah teman gulingkan kerajaan Barisan Nasional ini bukan melalui peti undi, tetapi dengan parang kontot yang teman gunakan untuk lancarkan amok. Tapi teman tahu ,itu kerja gila. Dan dapat teman bayangkan, sebahagian ulama berebut-rebut mengeluarkan fatwa berkaitan dengan 'kemelampauan' teman bahawa selagi pemimpin mendirikan solat dan tak mengajak umat ini melakukan maksiat, adalah salah kesalahan besar menentang kerajaan.

Fatwa ini bukan barulah mamat!. Teman pun ada hujah untuk lawan fatwa macam itu"

Itulah lebih kurang kandungan posting yang teman tulis semalam, tapi telah di'delete'kan kerana teman kira bunyinya agak kasar. Dan seolah-olah teman yang sakit dan lelah ini, kelihatan seperti mempunyai ciri-ciri "pengganas" mengikut takrifan Amerika dan sekutunya.Pada hal, teman seorang hamba Allah yang lembut dan menyayangi semua insan yang beradab.

Oleh itu, teman tak tulis apa-apa semalam walaupun hajat hendak menulis itu ada.

Jumaat, 5 Oktober 2007

Aku Pening Dengan Perangai Kau Labu

Hei Labu, kau siasat saja kesahihan kandungan video clip Lingam. Apa barang ,yang kau peduli sangat tentang dari mana sumber video clip Lingam. Kau boleh jamin keselamatan pembekal video clip Linggam?

Dialog seperti di atas berkaitan dengan berita seperti berikut:http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/pita-lingam-ugutan-bpr-sivarasa-sanggupberdepan-tindakan.html

Cukuplah tu! Rakyat dah muak dengan perangai macam itu!

Khamis, 4 Oktober 2007

Posting Yang Tak Ada Tajuk

Bayaran tol akan dinaik mulai januari 2008.Biarkan.

Polis semakin menganas menganggu program penerangan parti pembangkang. Biarkan.

Imej Institusi Kehakiman Malaysia semakin merudum kerana jawatan Hakim boleh dijual beli macam di pasar malam. Biarkan.

Indeks Jenayah semakin meroket. Biarkan.

Rasuah semakin meningkat. Biarkan.

Keruntuhan moral bukan lagi luar biasa, bahkan banyak ditaja oleh pihak tertentu.Biarkan.

Suara menteri lebih keramat dari suara rakyat.Biarkan.

Duit rakyat macam UMNO dan BN yang punya. Biarkan.

Para artis dibelai dan disanjung. Ulama yang anjur makruf dan cegah mungkar dicaci.Biarkan.

Ramai Profesor dan pensyarah yang ada PhD di kebanyakkan Universiti tempatan melacurkan kesarjanaan mereka untuk kepentingan diri dengan jadi tukang angguk pada menteri-menteri yang tahap pemikiran mereka setaraf Mat Rempit. Biarkan

Kalau sesiapa di kalangan umat Islam nak murtad ,kerajaan BN tak boleh buat apa-apa. Biarkan.

Media arus perdana dikawal dan sanggup jadi budak suruhan menyebar fitnah. Biarkan.

Perdana Menteri Malaysia semakin banggang. Biarkan.

Menantu PM yang seorang itu, semakin samseng dan biadab. Biarkan.

Terdapat petanda kepentingan negara yang strategik boleh diserahkan pada kuasa luar.Biarkan.

Umno dan BN yang semakin kalut ,mahu perintah negara ini sampai dunia kiamat. Biarkan.

Syariah Islam yang total tak ada tempat dalam sistem perundangan negara.Biarkan.

************************************************************************************
Hoi, kalau semuanya kau kata biarkan hancur negara.

Alah Biarkan!!!!!!!!!!!!!!!

*************************************************************************************
Kalau hancur negara ini, kau pun kena jual. Tahu tak?

Beeeeeetul ke?

Betul. Jangan asyik kata biarkan.Bahaya!

************************************************************************************* Habis nak buat apa?

Ngapa kau bodoh sangat? Kita kena lawan!!!!

************************************************************************************* Macam mana nak lawan. Aku tak ada pistol , tak ada bom, tak ada mesingun

Tak perlu pistul. Tak perlu bom. Tak Perlu mesingun. Yang perlu kita buat, ajak rakyat jangan undi UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti.

************************************************************************************* Kalau puak tu tipu guna SPR, POLIS, Pengundi hantu, tentu BN terus menang. Bolehkah kita tumbangkan kerajaan secara revolusi?

Tentang itu, nanti aku tanya Pak Lah samada guna cara revolusi tumbangkan kerajaan BN boleh atau tidak.

************************************************************************************
Tentu Pak Lah kata tak boleh. Lagipun nak tanya Pak Lah buat apa. Bukankah dia PM yang banggang.

Betul juga kata kau. Nanti aku tidur dulu. Mungkin semasa tidur, dapat mimpi bagaimana BN boleh ditumbangkan.

************************************************************************************* Tidur??????????????. kau dengan Pak Lah pun sama kaki tidur!!!!!!!!!!!!!!! Itu sebab Pas dan parti Pembangkang lain susah nak perintah negara.

Rabu, 3 Oktober 2007

Nasihat Buat Kawan Lama Yang Sedang Sakit

Seorang kawan lama baru-baru ini mengantar e-mail pada teman. Dia bercerita tentang penyakitnya dan sekarang tak bekerja. Dia seolah-olah merasakan dia sahaja di dalam dunia ini yang sedang sakit dan sekarang tak bekerja. Membaca e-mailnya membuat teman tersenyum. Dia tak tahu teman sudah 12 tahun dihinggapi penyakit yang belum sembuh. Dia juga mungkin tak tahu bahawa teman, sudah hampir dua tahun tak bekerja. Teman cuba meringkaskan e-mailnya seperti berikut:-

1. Aku yang sakit seperti tak dipedulikan oleh isteri yang mempunyai kerja tetap dan bergaji agak banyak.

2. Semasa aku berkerja dulu, gaji aku banyak. Dapatlah aku beri pada isteri untuk belanja itu dan ini. Tapi sekarang, aku rasa , rendah diri kerana tak mampu memberi walaupun sesen untuk keperluan isteri dan anak-anak.

3. Aku mahu hidup lagi, itu sebab aku masih berubat. Duit simpanan semasa bekerja dulu telah hampir habis. Dan sekarang aku selalu minta bantuan adik lelaki aku untuk membiayai kos perubatan aku yang mencecah hampir seribu sebulan. Tapi sampai bila aku mesti mengemis dari adik aku?

4. Dulu masa emak aku masih hidup, dia tempat aku mengadu. Emak aku tak lokek kalau aku minta duit sekiranya aku dihimpit oleh masalah kewangan. Tapi sekarang emak aku telah tiada. Semakin rindu aku padanya yang telah tiada.

5. Kerap kali aku menitiskan airmata kerana hidup dalam kesakitan dan sudah jatuh dalam jurang kemiskinan. Dan airmata semakin bercucuran bila memikirkan nasib isteri dan anak-anak yang terpaksa menjalani kehidupan yang lebih sukar dibandingkan semasa aku bekerja dulu.

6. Jangan kau tuduh bahawa aku tak berdoa memohon supaya Allah menyembuhkan penyakit aku, agar aku boleh melakukan ibadat dengan lebih sempurna dan seterusnya mencari rezeki yang halal untuk anak bini. Tapi nak buat macam mana ,doaku belum dimakbulkan. Aku seolah-olah merasakan, tuhan tak terima doa dari insan yang banyak melakukan dosa, seperti aku.

7.Apa pendapat kau kalau aku jadi komposer lagu dan merakamkan lagu kerana bidang itu telah lama aku minati. Berdosakah? Aku rasa kerja itu lebih baik dari merompak bank.Lagipun tak perlu pergerakan yang banyak.

8. Semoga kau balas e mail aku. Aku nak kau menasihati aku. Sekian.

Begitulah ringkasan e mail dari seorang kawan lama yang sedang sakit dan tak bekerja. Sehingga ke hari ini teman belum lagi membalas e mailnya. Maafkan teman, kalau teman katakan bahawa e mail kawan lama itu membuat teman nak tergelak. Masakan tidak, dia minta nasihat dari teman yang juga sedang sakit dan tak bekerja. Dia hilang akal ke? Tapi di saat tertentu , teman cukup simpati dan sedih mengingatkan keluhannya melalui e mailnya yang memang teman tak sangka teman terima dari seorang kawan lama. Manalah si mamat ini dapat alamat e mail teman?

Kalaulah dalam sehari dua ini teman terfikir nak balas e mailnya, maka lebih kurang begini jawapan teman:

"Salam wahai kawan lama. Masa kau sihat dulu, kau tak terfikir nak jaga kesihatan. Kau bedal apa sahaja makanan yang ada didepan mata. Kau pula tak lakukan senaman. Itu sebab badan kau jadi gemuk macam badak sumbu . Dan kau pula jarang lakukan pemeriksaan kesihatan. Sekarang, terima sahajalah akibatnya.

Tentang rasa rendah diri dan macam diri tak berharga kerana tak bekerja dan sakit, aku turut rasa simpati. Aku kira perasaan seperti itu normal. Tapi kau mesti atasi perasaan yang macam itu. Nanti kau akan lebih sakit. Aku harap kau tak dihinggapi penyakit murung. Penyakit ini merbahaya kerana kalau kau tak kuat, kau akan gila atau mati kerananya. Oleh itu, teruskan berdoa pada Allah. Bukan setakat berdoa, kau perlu setiap waktu minta ampun atas dosa-dosa yang pernah kau lakukan. Dan jangan tinggalkan solat. Kalau boleh, dirikan solat tahajud dan hajat ditenggah malam ketika orang sedang lena dibuai mimpi. Tapi jangan buat sekali sekala. Jadikan solat tahjud,solat hajat, solat dhuha , berzikir dan berselawat sebagai amalan yang tetap. Kau perlu istiqamah!

Dan kau kata, isteri kau tak peduli pada kau. Hei kawan, jangan buruk sangka pada isteri. Takkan kau mahu dia asyik menanggis sebagai tanda dia pedulikan kau yang sedang sakit dan tak berkerja. Tanggisan tak boleh menyelesaikan masalah. Sepatutnya, kau bersyukur, dia tak hambat kau keluar dari rumah atau hantar kau ke rumah orang-orang tua. Isteri kau ,wanita yang ada karier , tentu banyak benda yang dia kena fikir dan lakukan. Oleh itu jangan fikir bukan-bukan tentang Isteri kau yang aku rasa amat bertanggungjawab.

Tentang niat kau nak jadi komposer lagu dan buat album, aku fikir, kau sudah tua untuk kerja seperti itu. Kau pun bukan berbakat sangat. Kalau setakat pernah melalak di atas pentas masa muda dulu, itu bukan tanda kau berbakat besar. Walaumacamanapun, kalau kau nak cipta lagu, kau ciptalah. Itu lebih baik dari merompak bank atau minta duit dari adik kau. Tapi apa barang yang kau mahu cipta?. Lagu nasyid? Lagu pop? Lagu rock? Lagu Balada? Lagu heavy metal? Lagu Melayu Asli?. Entahlah, terpulanglah pada kau.

Kalau kau masih susah hati dengan kehidupan sekarang, mahukah aku ajarkan kau dengan satu doa?. Doanya berbunyi begini: Ya Allah, berikan aku kesabaran untuk menempuh ujian ini. Ya Allah yang Maha Mengetahui, janganlah kau uji hambaMu ini, dengan ujian yang tak sanggup hambaMu pikul. Ya, Allah, sekiranya, iman hambaMu ini semakin layu dan lemah kerana ujian sakit dan tak bekerja ini dan dalam masa yang sama menyusahkan ramai orang ,maka persilakan ambil nyawaku .Dan hambaMu memohon dan merayu agar kau letakkan rohku disamping hamba-hambaMu yang beriman dan beramal soleh.Amin.

Sekian dan salam buat mu kawan".

Lebih kurang begitulah kemungkinan jawapan teman terhadap e mail dari seorang kawan lama. Moga dia dapat meneruskan hidup ini dengan penuh sabar dan terus bersyukur kerana masih bernafas lagi untuk melakukan ibadat berlipat ganda lagi .Kalaulah ditakdirkan dia mati dalam waktu terdekat ini,teman berdoa semoga dia mati dalam keadaan beriman.

Perlukah sebagai tambahan , teman beritahu pada kawan lama : kita punya nasib macam sama!

Isnin, 1 Oktober 2007

Tazkirah Ramadhan Buat Yang "Mabuk Mengerja Umrah Saban Tahun"

Teman lama nak tulis isu yang satu ini, tetapi teman risau takut disalah anggap. Tetapi oleh kerana isu ini sejak dua tiga hari ini asyik berputar dalam kotak pemikiran teman, baiklah teman suarakan.

Isu yang telah lama berligar di kepala otak teman, ialah tentang segelintir umat islam di Malaysia yang seolah-olah menjadikan ibadat Umrah sebagai hobi atau pencuci dosa, khususnya di bulan Ramadhan. Namun dalam masa yang sama , teman tidak menafikan ramai yang mengerjakan umrah secara kerap dengan hati yang ikhlas.

Memang tak salah pergi melakukan umrah kerana ianya merupakan ibadat yang kalau ikhlas dilakukan akan diberi pahala. Masalahnya, mengapa perlu pergi setiap tahun? Memang baik pergi ke Makkah, daripada bercuti ke Ausralia, Amerika , Eropah atau di mana sahaja. Tetapi apakah jadahnya kalau ada yang menunaikan umrah setiap tahun, tanpa pernah mengerjakan Ibadat haji. Ini merupakan masalah. Golongan ini, perlu mengerjakan ibadat haji terlebih dahulu. Berdosa mengutamakan yang sunnat dan mengabaikan yang wajib.

Teringat teman pada teguran Al-Allamah sheikh Dr Muhammad Yusuf alQardhawi yang menegur segolongan orang Islam yang pergi ke Makkah mengerjakan Haj saban tahun. Beliau berpendapat alangkah baiknya, mereka( bilangan mereka ramai), mengunakan perbelanjaan untuk melakukan ibadat haj saban tahun atau secara kerap untuk maslahah sebahagia besar umat yang masih dihimpit oleh ribuah masalah, terutama dari segi ekonomi.

Apa yang hendak diberitahu oleh Al Allamah Sheikh Yusuf al Qardhawi, cukuplah ibadat haj, dikerjakan sekali dua sahaja. Kalau ada perbelanjaan lebih, adalah lebih utama, golongan ini melakukan amal jariah dalam pelbagai bentuk. Memang ibadah haji kalau dilakukan secara ikhlas akan memperolehi ganjaran pahala. Tetapi alangkah baiknya sekira sebahagian dari mereka disedarkan bahawa ganjaran pahala yang lebih besar akan diperolehi sekiranya golongan ini membelanjakan wang mereka untuk tujuan jihad yang banyak cabangnya. Khususnya, dalam membantu umat Islam di Palestin, di Kahsmir,di Iraq,di Afganistan dan di beberapa beberapa buah negara umat Islam yang masalah kemiskinan dan kebuluran masih menghantui kehidupan mereka siang dan malam.

Yang disentuh oleh Al allamah Yusuf Qardhawi adalah berkisar di sekitar persoalan segolongan orang Islam yang telah menjadikan Ibadah Haji sebagai rutin tahunan. Dalam isu mengerjakan umrah saban tahun atau secara kerap, tentu ianya lebih wajar diberi perhatian berganda. Kita tak mahu, individu islam yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah , menjadi manusia jenis "mabok berumrah" sehingga merasa tidak bersalah mengabaikan usaha untuk membantu sebahagian umat Islam yang dilanda penderitaan dalam pelbagai bentuk.

Mungkin juga terdapat setenggah individu Islam yang mengerjakan umrah , selepas sepanjang sebelas bulan melakukan maksiat, seperti melakukan rasuah dan seterusnya berfikir secara salah bahawa Makkah tempat meminta ampun daripada Allah . Seolah-olah Allah hanya berada di Makkah. Buat golongan ini, elok sangat diperingatkan bahawa jangan merasa selamat kerena tuhan Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati setiap insan. Oleh itu hentikan kerja seolah-olah hendak menipu tuhan. Maha Suci Allah dari tipuan makluk.

Tidak hairan bila kita perhatikan , berpuluh kali golongan ini mengerjakan umrah, aurat anak bini masih tak ditutup sepenuhnya. Riba dan rasuah masih terus ditibai. Dan masih tak merasa berdosa mempertahan sistem kuffar . Masih tergamak menahan rakyat di bawah akta zalim ISA. Masih tergamak mencaci pejuang Islam yang merindui syahid. Masih merasa tak berdosa duduk dalam parti yang mempelopori kemunculan ribuan jenis maksiat atas nama kebajikan dan riadah. Dan kalau mereka merasa berdosa, jalan pintas yang terfikir mereka lakukan ialah dengan mengerjakan umrah supaya segala dosa otomatik terampun!

Mungkinkah, ramalan Rasulullah s.a.w, bahawa diakhir zaman , pergi ke Makkah seolah pergi melancung, telah berlaku?

Teman juga ingin meminta tolong kepada para Ustaz yang membawa dan membimbing segolongan umat Islam, menunaikan ibadat Umrah dan menjadikannya sebagai satu bisniss, dapatlah kiranya memperhatikan segolongan umat Islam yang saban tahun pergi melakukan umrah tetapi mengabaikan urusan umat yang lebih perlu diberi keutamaan dan masih tenggelam dalam kemaksiatan. Berilah tahu kepada golongan ini apa yang sepatutnya diutamakan.

Jangan tak nak beri tahu, kerana takut kehilangan pelanggan.