
Ini jawapan sahabat teman seorang ustaz yang boleh dibaca disini
_____________________________________________________
Menjawab Persoalan Mengenai Kempen Politik Untuk Mendapatkan Jawatan.
Apakah benar kata-kata ahli HT di atas?
JAWABAN.
Meletakkan tajuk sepertimana dalam persoalan iaitu "SABDA RASULULLAH VS FATWA ULAMA2 PARTI" adalah suatu
tuduhan dan fitnah yang besar ditimpakan dengan kejam ke atas para ulama parti terutamanya golongan ulama PAS; pimpinan jama'ah Islam yang sedia ada di negara ini. Bukankah tajuk itu secara tidak langsung membawa faham bahawa para ulamak parti menentang hadith Rasulullah SAW? Bukankah menentang Rasulullah SAW itu kafirjadinya?
Konten dalam teks tersebut juga adalah berbentuk serangan dan fitnah yang dilemparkan kerana ia membawa pengertian "ulamak berhujah dengan akal semata" dalam isu meminta jawatan. 'Hukum rapuh' yang diwujudkan penulis tersebut adalah di atas sikap tidak wajar; tanpa mengikuti landasan ilmu yang sebenar.. Adalah suatu kejahatan yang amat apabila ia didakyahkan pula kerana perbuatan tersebut bakal mendatangkan bahana yang buruk kepada perjuangan Islam khususnya di negara ini yang sepatutnya didokongi bersama. Orang ramai akan semakin jauh daripada kalangan ulama dan segala percakapan serta perbuatan yang selama ini benar akan mula dipersalahkan. Sikap menghormati para ulama akan semakin terhakis.
Secara asasnya meminta jawatan sememangnya adalah dilarang dalam Islam. Namun di sana adanya kelonggaran sebagaimana disebut oleh Imam Nawawi rhm yang meletakkan hadith-hadith yang berkaitan perkara ini di dalam kitab beliau; Riadhus Sholihin di bawah bab 81 : "Larangan Meminta Jawatan Kecuali Dilantik ATAU Dalam Keadaan Darurat". Dan sudah tentunya dalam hal sebegini penulis itu sendiri tentunya juga tidak berhajat untuk saya tandingkan beliau pula dengan Imam Nawawi rhm dalam memahami hadith-hadith Rasulullah SAW atau mana-mana ulama lain seperti Imam al Qurthubi yang akan saya datangkan hujah-hujah mereka selepas ini.
Di bawah tajuk "Larangan Meminta Jawatan Kecuali Dilantik ATAU Dalam Keadaan Darurat", imam Nawawi mendatangkan empat buah hadith, tiga darinya mengenai meminta jawatan dan satu selainnya adalah mengenai akibat merebut jawatan.
Sayugialah diingatkan di sini apa yang telah disepakati, apabila sesebuah negara tidak diperintah secara Islam bererti ia adalah negara yang penuh dengan kezaliman. Manakala memerangi kezaliman itu secara muwajahah silmiyah itu adalah suatu kewajaran kerana kezaliman itu adalah punca pelbagai kejahatan yang wajib diperangi dengan apa saja cara yang diharuskan! Percakapan dan penerangan semata sekalipun berapi-api tidak akan mengubah hakikat ini kerana itulah adanya penjelasan daripada Imam Nawawi dalam meletakkan tajuk pada bab tersebut. Justeru itu, janganlah sesiapapun bermain dengan kalam faadi dalam perjuangan ini!
Ketahuilah juga selain hujah di atas, adanya komentar-komentar para mufassirin yang mengisyaratkan akan kewajaran meminta jawatan atau menonjolkan diri untuk mendapatkan jawatan dalam keadaan tertentu seperti membina atau menguatkan lagi jama’ah Islam dan apalagi jika membina kepimpinan negara, ia bukanlah suatu dosa asalkan bukan dengan niat merebut atau haloba kepada kekuasaan. Fuqaha menggunakan dalil dari al Quranul Karim, iaitu yang mahfumnya: Firman Allah : Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya lagi mengetahui cara mentadbirkannya".
(Yusuf : 55)
Silalah kita melihat pula tafsiran mufassirin yang menyentuh rapat perihal persoalan.
1. Berkata Imam At-Thabari dalam tafsirnya atas ayat tersebut (VII/241), berkata Ibnu Zaid tentang makna kalimat Qaalaj’alnii… : bahwa Fir’aun Mesir tersebut memiliki banyak sekali pembantu-pembantu selain untuk urusan menteri perbendaharaan (pertanian), maka semua pembesar Mesir setuju pada pengangkatan Yusuf di posisi tersebut dan mereka semua tunduk pada keputusannya.
2. Berkata Syaibah Adh-Dhabiy: Maksudnya mengurus urusan pangan (tadbir sumber makanan dan perkara berkaitannya). Adapun makna Inni hafiizhun ‘aliim : Hafiizh (mampu amanah dalam mengurus) tugas tersebut dan ‘aliim (tahu ilmunya) atas pekerjaan tersebut.
3. Berkata Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya (II/633): Dalam ayat ini menunjukkan dibolehkan bagi seseorang memuji dirinya sendiri (tentang kelebihan dan potensinya), jika orang lain tidak tahu dan hal tersebut diperlukan.
4. Imam Al-Baghawiy dalam tafsirnya (I/251) menukilkan hadith Nabi SAW dari Ibnu Abbas ra:
“Semoga Allah SWT merahmati saudaraku Yusuf as, seandainya ia menyatakan ANGKATLAH AKU SEBAGAI MENTERI PERBENDAHARAAN, saat pertama bertemu maka ia akan diangkat. Tetapi ia sengaja mengakhirkannya selama setahun, sehingga ia boleh bersama Raja Mesir tersebut di rumahnya.”
5. Berkata Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya (IX/181): Di dalam ayat ini ada beberapa hukum fiqh sebagai berikut:
5.1. Baginda (Yusuf a.s.) menjelaskan (memperkenalkan) siapa dirinya, iaitu orang yang mampu mengurus amanah tersebut dan mengetahui -akan tahap- ilmunya. (inilah keadaan yang perlu difahami)
5.2. Berkata sebagian ulama (di antaranya Imam Al-Mawardi) bahawa para ulama berbeza pendapat tentang makna ayat ini, berkata sebahagiannya "bahawa dibolehkan bagi seorang yang memiliki keutamaan untuk bekerja pada seorang yang pendosa (fajir) atau penguasa yang kafir dengan syarat ia mengetahui hal-hal yang salah sehingga ia berupaya memperbaikinya semampunya. Adapun jika yang dilakukannya tersebut untuk menuruti syahwat sang pendosa, maka hal yang demikian tidak diperkenankan".
Dan berkata pula sebahagian ulama lainnya, "bahawa hukum ini hanya khusus untuk Yusuf a.s saja dan tidak berlaku bagi selainnya".
Tetapi menurutku [Imam al Qurthubi] pendapat yang pertama lebih kuat, walLahu a’lam.
Lihatlah pula apakah kata Imam al Qurthubi seterusnya dalam hal seseorang yang kempenkan dirinya untuk sesuatu jawatan yang dia ada keahlian padanya.
5.3. Dalam ayat ini juga menunjukkan hukum dibolehkannya seseorang untuk menyampaikan keahliannya dalam sesebuah pekerjaan.
Ada yang menyatakan bahawa hal ini adalah bertentangan dengan hadith riwayat (Bukhari dan) Muslim daripada Abu Sa’id, Abdur Rahman bin Samurah r.a, beliau berkata :
Rasulullah (SAW) bersabda kepada saya: (dimana telah bersabda nabi SAW)
“Wahai Abdur Rahman janganlah engkau meminta kekuasaan (jawatan) kerana sesungguhnya jika engkau diberi kerana engkau memintanya maka ia dibebankan seluruhnya padamu, sedangkan jika engkau diberi tanpa engkau memintanya maka engkau akan ditolong (Allah SWT).” [Muttafaqqun ‘Alaih]
Maka jawabanku [Imam al Qurthubi] atas hal ini adalah sebagaimana berikut:
1) Ketika nabi Yusuf a.s. meminta kekuasaan tersebut ia mengetahui tidak ada seorangpun yang lebih adil dan lebih baik untuk menyantuni fakir miskin untuk tugas tersebut, sehingga menjadi fardhu ‘ain baginya dan bagi sesiapapun selain nabi Yusuf a.s untuk menyampaikan kemampuannya dan maju ke depan mengambil jabatan tersebut.
Adapun jika baginda melihat adanya orang lain yang lebih adil dari dirinya dan lebih mampu maka wajib baginya menyerahkan pada orang lain tersebut sebagaimana hadith Muslim di atas.
2) Bahawa nabi Yusuf a.s tidaklah memuji dirinya sendiri, baginda tidak mengatakan bahawa ia orang baik atau ia tampan, melainkan ia hanya menyampaikan informasi yang benar tentang kemampuannya dan tidak menyembunyikannya. Sehingga berkata Nabi SAW memuji Yusuf a.s : “Al Kariim ibnul Kariim ibnul Kariim ibnul Kariim, Yuusuf bin Ya’quub bin Ishaaq bin Ibrahiim.”
3) Bahawa beliau menyampaikan tentang hal tersebut karena orang-orang belum tahu, sehingga beliau a.s. menganggap fardhu ‘ain atas dirinya untuk menjelaskan agar mereka mengetahuinya,
4) Bahawa hal ini menjadi hukum bolehnya seseorang untuk mensifati dirinya tentang kemampuan dan kelebihannya, berkata Imam Al-Mawardi bahwa maksudnya bukan seluruh kelebihannya disampaikan, melainkan hanya yang berkaitan dengan jenis pekerjaan yang sedang atau akan dihadapi tersebut.
Jelasnya di sini adanya khilaf. Bukankah kaedah fiqh telah menyatakan sesuatu ijtihad tidak akan tertolak dengan adanya ijtihad yang lain. Ia bukanlah perkara mungkar qat'ie yang wajib dicegah sebagaimana yang dijelaskan oleh muhaddithin dalam menerangkan hadith berkaitan nahyu mungkar. Janganlah disemarakkan api perpecahan pada tindakan sedangkan niat dihati mahukan penyatuan ummah.
Kami mengakui bahawa kami tidaklah sempurna dan begitulah juga dipihak saudara. Nasihat saya yang khusus kepada saudara Al Mahdi. Sebutlah nama Allah dan celikkanlah mata hati saudara pula. Ketahuilah saudaraku, jama'ah Islam iaitu PAS lebih awal terlibat dengan penyatuan ummat Islam di Malaysia dengan berqias kepada bai'ah harakiah (faham betul-betul kertas undi hanya alat) untuk mewujudkan bai'ah udzma/imam/khalifah dan bai'ah udzma yang
sebagaimana dilaungkan kemudian oleh HT. Bai'ah udzma ini mungkin tidak akan wujud di negara ini jika waqi' semasa tidak difahami kerana kenyataan di atas hanya menambah pecah belah ummat Islam di negara ini yang masih dihantui dengan pelbagai permasalahan lain.
Sedarlah dakwah Islam dan nasihat kepada pentadbiran negara ini yang diamalkan PAS tidak hanya dalam bentuk kata-kata atau penulisan semata-mata, malahan PAS juga berpegang kepada konsep muwajahah silmiyah kerana mengambil kira kerajaan hari ini yang tidak mengambil Islam sebagai dasar pemerintahan.
Sedarlah HT pula adalah jama'ah yang kemudian datangnya ke Malaysia ini. Namun atas alasan apapun janganlah dilupakan ta'adud jama'ah yang diwujudkan HT di negara ini sebenarnya beralasan atas gerak kerja yang berbeza dengan memegang faham yang berbeza dengan kami, maka ia tidak boleh tidak mestilah berpegang kepada syarat lain keharusan berta'adud yakni berkesinambungan dengan jama'ah sedia ada yang menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai perundangan tertingginya untuk mengelakkan bertambah parahnya perpecahan di kalangan kaum Muslimin.
Oleh kerana itu, fahamilah apa sebenarnya Ahlus Sunnah wal Jamaah yang disabdakan junjungan kita Rasulullah SAW. Cukuplah golongan yang tidak berhajat secara benar untuk memperjuangkan Islam menentang dan menghina kami dengan kecaman-kecaman yang tidak benar.
Walau bagaimanapun kami yakini sebenarnya apa yang dipertikaikan saudara tidak mewakili faham HT yang sebenar, jika itu fahaman HT yang sebenar. Maka tinggalkanlah perjuangan yang sebegitu kerana Allah dan dengan nama Allah Yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Pengampun , silakanlah saudara memadam 'hujah rapuh' saudara yang medakyahkan ajaran karut untuk menolak para ulamak haraki yang berparti!
Wallahu a'lam
Ustazthrash Mujahid (UM)
20 ulasan:
Salam Sifu...
Perghhh.. pening2... pening2... hahaha...
Walau apapun tetap menjadi pencerahan kepada ana...
Good info.. tq.
ketinggalan keretapi mamat HT tu..salafi di mesir pun dah ada parti politik..dan menang bebrapa kerusi
Penulis artikel dalam keratan di atas
Al Mahdi seorang yang BODOH gaban
tidak memahami hadis.... Inilah antara manusia sesat yang mahu menyesatkan orang lain dengan kebodohan. Kalu tak reti tu belajarlah dulu...
HT ni pun ada bengongnya juga.
mereka kata demokrasi itu sistem kafir dan tidak sepatutnya pejuang islam menyertai demokrasi dan melulut mengharapkan kemenangan dgn sistem kafir tu.
masalahnya tidak ada sesiapa yg faham islam meredhoi demokrasi atau berniat memperjuangkan demokrasi dari sistem kafir ini.
kita hanya menyertai sebagai satu peluang bersuara yg dibenarkan oleh perlembangaan yg juga digubal oleh kafir.
if not pemerintahan akan terus dikuasai golongan fasik dan kafir dan umat islam tidak ada kesatuan dlm pentuk parti politik yg boleh mencabar mereka.
kalau dah semua dlm dewan rakyat itu terdiri gologan kafir dan munafiqin serta fasik...maka umat islam ssemua jadi lauk lah kepada mereka...langsung tkde kekuatan..atas alasan tidak mahu join pilihnaraya yg mengiktiraf demokrasi sistem kafir.
apakah ini agenda disebalik HT ?
Salam Yob
Apekehe senyap je? tengha betape ke?
Hati2 dgn hisbut tahrir ni gerakkan mereka menolak politik sama sekali. Mereka berpegang kpd ketua menubuhkannya sebagai khalifah. Pada mereka hanya ketua dan keturunannya layak menjadi khalifah. Lebih kurang dgn pengikut ahmadiah yg mengaku nabi di india. Pegerakan ini semakin berkembang di indonesia dan malaysia.Jangan jadi macam al-arqam sudahlah.
Ana terlalu kagum dengan fahamn saudara sehingga ingin melantik saudara menjadi penasihat politik saya pula. Sudikah saudara? Call me.
Assalamualaikum,
Al Mahdi bukanlah aktivis Hizbut Tahrir. Beliau sendiri ada mengatakan didalam salah satu postnya. Sikap menuduh melulu ini amatlah bertentangan dengan ajaran Islam. Semoga dijauhkan kita dari dosa fitnah. Sila betulkan artikel ini.
- Hamba Allah
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarkatuh........ikut menyimak .....dan salam ukhuwwah.
magnificent issues altogether, you just gained a new
reader. What might you suggest in regards to your publish that you made
a few days ago? Any sure?
Also see my page - contractor in Orlando fl
At this moment I am going away to do my breakfast, once having my breakfast coming over again to read additional news.
Also visit my site :: bad credit payday loan
Hellο Theге. ӏ found your
weblog the usage of msn. That іѕ an
extremely neatlу ωrіtten articlе.
I'll be sure to bookmark it and come back to read more of your useful info. Thank you for the post. I'll definitеly comebaсk.
Herе іs my pаge losing weight you'll
Actually no matter if someоnе doesn't understand then its up to other viewers that they will help, so here it happens.
my web site :: anabolic androgenic steroids
My page: steroids gone wrong
Good day! І could have swοrn I've been to this website before but after looking at some of the articles I realized it's new to me.
Anywаys, I'm definitely delighted I stumbled upon it and I'll be book-marking it and
checking back frequently!
my site ... hcg experience
Selling for $60 at Ben silver dot com, this espadrille is a print laid over canvas and a rope sole. The shoes are made in Spain but designed with the summer heat of Carolina south beach in mind. Ben Silver Seersucker makes for a perfect match with blue blazer and khaki trousers for a dash of European flair. They definitely a perfect summer weekend footwear for the beach.Keira Knightley[url=http://www.cheaptomsbuy.com]Cheap Toms sale[/url] Zac EfronTOMS One-for-One Foundation" oversees the working of the TOMS charity program. [url=http://www.onlinetomsoutlet.com]Toms Outlet[/url] TOMS RIVER, NJ - Leading Toms River cosmetic dentist, Dr. Stan Mahan, is pleased to offer new patients free whitening for life when scheduling an appointment. All new patients can now receive free whitening for life when they schedule a new patient exam with full mouth x-ray and prophy. In a time span of 3 years TOMS shoes has been successful in providing shoes to more than 600,000 pairs of tiny little feet. [url=http://www.tomsfans.com]Cheap Toms[/url] Ben Silver Seersucker Going for the same price as Sperry Top-Sider Largo, Tretorn are currently available from Zappos. They have a classic shape reflected by Tretorn in a feather-light canvas, they come with a rubber sole that is PVC free. The major difference between these and the Sperry Top-Sider Largo is that Tretorn have a low-slung profile and care-free attitude expressed by the makers intentional removal of the roping common with espadrilles. A truly Swedish invention.
Relate Post
[url=http://www.dougeverettcpa.com/node/76?page=13#comment-27894]cheap toms high quality for you discount buy[/url]
[url=http://www.blogger.com/comment.g?blogID=2342886671826549612&postID=7323950840210599005&page=1&token=1366962672071]best toms high quality for you discount sale [/url]
Somebody necessarily lend a hand to make critically posts I'd state. That is the first time I frequented your website page and up to now? I amazed with the research you made to create this actual put up amazing. Excellent process!
My blog; recycling facts
Your style is so unique compared to other people I've read stuff from. Many thanks for posting when you have the opportunity, Guess I will just bookmark this site.
Look at my homepage; coconut Oil For hair
Greetings from Carolina! I'm bored to death at work so I decided to check out your blog on my iphone during lunch break. I really like the knowledge you present here and can't wait to take a look when I get home.
I'm surprised at how quick your blog loaded on my mobile .. I'm not even using WIFI,
just 3G .. Anyways, fantastic site!
my website Mon Jervois
Thanks for finally writing about > "Jawapan Terhadap Ahli Hisbut Tahrir Oleh Ustazthrash" < Loved it!
My blog post: http://www.
1spanishcompany.co.uk/
Catat Ulasan