Sabtu, 27 Ogos 2011

Teman Mahu Datuk Seri Najib Kekal Sebagai PM.

Teman tak tahu samada hendak bersedih atau gembira dengan usaha-usaha pihak tertentu dalam UMNO untuk menjatuhkan Hj Najib. Bercampur aduk perasaan teman nih!

Terdapat juga bloggers pro Pakatan Rakyat yang cukup gembira dan laju menulis menyokong supaya Haji Najib meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia.

Dalam FB ada page '100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation'. Dan angka yang 'like' page ini terkini telah mencecah 214,365 orang . Dan suka dimaklumkan teman termasuk salah seorang yang telah click 'like'. Haji Najib jangan marah ya!!!

Mantan PM Malaysia yang pernah membayar jutaan ringgit kepada pelobi di Amerika hanya untuk berjabat tangan dan bersembang dengan bekas Presiden Amerika, pun sudah mengubah fikiran untuk tidak lagi menyokong Haji Najib. Sila tonton sekejab ,klip video di bawah ini sebagai bukti:



Sahabat teman, blogger yang semakin terkenal dengan tulisan yang 'hot' , iaitu Bro Isa dalam komentarnya terhadap klip video ini menulis :" Kalau mantan Presiden dah kata macam tuuuuu .... walllllaaaaweeeiii .... sendiri mahu ingat laaaaa.."

Seorang Datuk yang juga blogger Pro UMNO yang dikatakan dulunya turut menyumbang kepada perletakan jawatan abang tiri teman, iaitu Bang Dolah untuk menaikkan Haji Najib sebagai PM Malaysia, kini dikatakan sudah berubah haluan untuk menyingkirkan hamba tuhan yang berbinkan Tun Abd Razak. Dan mahu menaikkan Pak Jiddin sebagai PM Malaysia. Walllllaaaaweeeiii (tiru Isa) .

Itu belum termasuk persatuan bekas MP UMNO yang diketuai oleh bekas Setiausaha Politik kepada seorang tua yang juga mantan PM Malaysia yang sepatutnya duduk diam-diam dan beliau pernah dilantik menjadi Menteri ,juga dikatakan berkomplot untuk menyingkirkan Haji Najib demi menyelamatkan UMNO dan negara!!!!. Walaupun dia baru-baru ini menafikannya, tapi teman tak mudah percaya. Walllllaaaaweeeiii!!! (tiru Isa lagi)

Setelah menepuk kedua belah kepala teman tiga kali , datang idea songsang teman ini.

Maka dengan ini teman dengan sukacitanya, menyokong Haji Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga PRU yang ke 13. Janganlah marah. Ini hak demokratik teman .

Hujah teman mudah aja. Masa Pak Lah diangkat jadi PM Malaysia, harapan rakyat begitu tinggi terhadapnya. Pak Lah dianggap hamba tuhan yang paling bersih dan putih bak salju dibandingkan mantan PM yang terdahulu.

Natijahnya, pada PRU ke 11 , tahun 2004 , Kerajaan Pas di Kelantan hampir rebah. Kerajaan Pas di Terengganu , lingkup wal punah ranah. BN menang besar. Nama Pak Lah menjadi gah dan hebat kerana mendapat mandat yang cukup besar.

Tapi dalam PRU ke 12, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang ( ini sebelum berlaku kudeta di Perak) dan BN hilang 2/3 majoriti di Parlimen.

Di antara punca kekalahan besar BN , ialah Pak Lah banyak berjanji buat itu dan ini. Tapi habuk pun tarak, kata musuhnya. Juga dikatakan , Pak Lah adalah PM yang boleh berucap sambil tidur serta kegagalan beliau mengawal anak menantunya yang bijak lagi bistari itu. Bukan teman yang kata tapi mantan PM yang menyesal menyerahkan jawatan kepada Pak Lah yang kata. Teman tak suka fitnah. Bloggers pro UMNO lainlah.....

Lalu bermulalah episod yang cukup menyedihkan. Banyak pihak dalam UMNO , terutama Pak Yiddin dan mantan PM yang kerjanya dari siang hingga ke malam menghentam Pak Lah. Dan ramai bloggers pro UMNO pun turut memberi cuitan maut pada Pak Lah. Puak-puak ini mahukan Haji Najib diangkat menjadi PM Malaysia dengan segera kerana 'kecerdikannya' yang luar biasa. (Ezam Mohd Nor pun pernah mendakwa bahawa Bro Anwar Ibrahim pernah berkata berkata kepadanya bahawa Haji Najib, cerdik orangnya). Sekali lagi teman cakap, teman tak kata. Ezamlah..

Teman sebagai adik yang lain mak dan bapak kepada Pak Lah, begitu kesian pada Pak Lah. Teman cakap: "Bang dolah jangan letak jawatan". (boleh cari posting teman dalam isu Pak Lah nak meletak jawatan dan alasan-alasan mengapa teman mahu dia kekal sebagai PM)

Tapi Pak Lah akhirnya letak jawatan. Tak tahan dia dengan perangai pengikut-pengikutnya yang mengaku akan menyokongnya tapi menikamnya dari belakang. Kata oranglah, dalam UMNO, ramai juga yang ahlul hipokrit. Bukan teman cakap. Kalau teman 'tercakap' mungkin sebab tersasul saja.

Dan sekarang ini, nasib yang menimpa Bang Dollah yang ditekan untuk meletakkan jawatan sudah menimpa ke atas Haji Najib. Haji Najib seolah baru disedari oleh puak-puak tertentu dalam UMNO sendiri telah membawa sial kepada UMNO dan negara. Dia dituduh kaki tamberang, cakap berbelit-belit, kaki menerima komisyen dan pelbagai skandal yang tak elok untuk diceritakan .

Dan yang paling menyedihkan hati teman , ada orang UMNO yang mengatakan minda Haji Najib di 'control' oleh isteri kesayangannya, First Lady Of Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Kak Mah. Teman tak kata. Kalau teman terkata, ianya bukan disengajakan. Teman pun ada masanya termakan juga dengan cakap-cakap, terutama cakap-cakap mantan PM mengenai mengenai hal-hal yang tak baik tentang Haji Najib dan memberi tahu UMNO di zaman Haji Najib sudah "rotten to the core"

Pada pendapat teman Mantan PM Malaysia selama 22 tahun itu sepatutnya menumpu perhatian bermain dengan cucu-cucunya. Atau berulang alik ke Masjid untuk bersolat dan mendengar tazkirah.

Sekali lagi maaflah Haji Najib kalau teman 'terkata'.

Sesungguhnya dengan hati yang ikhlas , teman minta janganlah Haji Najib letak jawatan sehinggalah PRU ke 13 selesai. Buktikan bahawa Haji Najib sebagai PM Malaysia yang unggul dengan membuka ruang demokrasi seluas-luasnya di Malaysia supaya Pakatan Rakyat boleh melangkah ke Putrajaya dengan penuh bergaya. Dan teruskan buat bodoh kepada tekanan yang datang dari pelbagai penjuru dari dalam UMNO supaya Haji Najib meletak jawatan dengan sukarela. Jahat sungguh mereka ini pada Haji Najib. Kesian teman padanya!!!. 'Nya' yang mana? Haji Najiblah!!!.

Dan untuk memulihkan imej Haji Najib yang dikatakan boleh menjahanamkan UMNO dan negara, teman harap silalah buat sesuatu dengan pantas.

Di antaranya, buktikan bahawa cincin permata yang dikatakan berharga RM24 juta, adalah betul-betul duit simpanan Kak Mah sejak beliau keluar dari rahim ibunya.

Dan buktikan bahawa bahawa Haji Najib tak terlibat dengan sebarang bentuk komisyen walaupun seduitpun kalau di panggil oleh Mahkamah Perancis yang dikatakan , akan bersidang pada bulan September ini. "Just around the corner". Dan jangan banyak berdalih. Pergilah sebagai lelaki Melayu yang berani kalau sah tak bersalah.

Teman dengan penuh hormat akan 'salute' Haji Najib jika beliau yakin 110% bahawa beliau tak terlibat langsung dalam kes liwat 2 Bro Anwar Ibrahim dengan cara melangkah dengan berani berani menuju ke Mahkamah supaya Karpal Singh dan gang lawyernya boleh bersoal jawab dengan Tuan Haji Najib. Dan jangan lupa dukong Kak Mah sekali ke Mahkamah. Dan teman percaya , Bro Anwar pun kepinggin amat untuk bertentang mata dengan kawan lamanya.

Terubat rindu Bro Anwar melihat kawan lamanyer!!! Ini juga cara yang boleh menaikkan imej Haji Najib yang dikatakan lemah dan penakut. Matan PM yang patut duduk rumah dan yang tak jemu-jemu nak menghambat Haji Najib keluar dari Purtajaya , pun akan turut berbangga!!!.

Kalau boleh teman mencadangkan supaya diadakan perdebatan dengan kadar segera antara Haji Najib dan Bro Anwar mengenai ekonomi atau apa saja tajuk. Rakyat mahu lihat siapa yang akan terkencing dalam seluar semasa perdebatan itu. Teman percaya Anwar yang akan terkencing selepas perdebatan itu dan jatuh demam. Haji Najib pernah berkata bahawa dia tahu banyak perkara mengenai Anwar yang boleh menyebab Bro Anwar akan demam . Ha, berdebatlah...

Dalam bab demam , teman tak kata. Haji Najib sendiri yang pernah kata!!!. Haji Najib takkan lupa walaupun mantan PM Malaysia yang terlama di Malaysia yang juga terkenal sebagai adijagat ' dunia ketiga' pernah menyatakan bahawa "Melayu mudah lupa".

Dan teman juga meminta supaya Haji Najib tak payahlah tubuh apa saja namanya , jawatankuasa yang dianggotai oleh pihak BN , Pembangkang dan NGO yang dikatakan untuk membaiki SPR. Ramai sangat hamba-hamba tuhan menyatakan Haji Najib bersendiwara dalam hal ini . Untuk menaikkan imej Haji Najib , tunaikan saja 8 tuntutan BERSIH 2.0. Dan satu perkara lagi, Haji Najib jangan pula mengatal mengumumkan PRU ke 13 selagi 8 tuntutan ini belum selesai. Ada berani?

Sebenarnya banyak lagi syor teman untuk memulih imej Tuan Haji Najib yang dikatakan tercemar dengan teruk sekali dengan beberapa skandal sebelum dan selepas menjadi PM Malaysia. Tetapi cukuplah setakat ini sahaja.

Teman akan meneruskan sokongan pada Haji Najib sekiranya apa yang teman telah syorkan , Tuan Haji Najib dengan rela hati menunaikannya. Percayalah cakap teman. Bukankah teman, penyokong tegar Haji Najib buat masa ini saja!!.?

Kepada penyokong Pak Yiddin yang mahu sangat Haji Najib meletak jawatan, teman ingin bertanya , mulia dan bersih sangatkah Pak Yiddin? Ada orang kata, siapa saja di kalangan pemimpin UMNO , menjadi PM Malaysia , negara Malaysia akan terus hancur. Khazanah negara macam khazanah mak bapak dia. Kata oranglah. Teman tak kata.

Kalaulah teman terkata, biasalah . Teman hanyalah hamba tuhan yang telah lama memerhatikan bakat kenakalan kebanyakkan pemimpin UMNO dalam bab rembat merembat yang bukan hak mereka. Hak rakyat tu......

Sekali lagi teman meminta rakyat dan bloggers pro PR , jangan biarkan Pak Yiddin naik jadi PM. Jangan lupa pada tahun 2004 pembangkang kalah teruk dalam PRU ke 12 , kerana Pak Lah yang dianggap bersih lagi menyucikan telah mendapat dokongan rakyat, terutama orang Melayu.

Dan kalau Pak Yiddin naik, teman risau orang Melayu (khususnya pengundi atas pagar) , terutamanya yang tinggal di mini bandar , terlebih lagi penduduk kampung akan menaruh harapan yang tinggi kepada Pak Yiddin sebagaimana yang pernah diberi kepada Pak Lah dan Haji Najib di awal pemerintahannya. Graf pengaruhnya akan mencanak naik!!!!.

Orang Melayu (pengundi atas pagar) nih cepat terpengaruh dengan isu yang berkaitan dengan Melayu, walaupun isu sebenar yang diangkat oleh Pak Yiddin adalah Melayu yang di sebelah sana(fikir sendirilah!!!) .

Dan Pak Yiddin telah mendahului Haji Najib dalam bab ini . Hal ini perlu dicatat dalam nota aktivis pro pembangkang agar jangan mudah termakan dengan permainan politik Pak Yiddin dan gangnya. Terdapat orang yang berkata bahawa yang menguasai Putrajaya sekarang ialah Pak Yiddin.

Oleh itu teman merayu agar Haji Najib mengguna kuasanya untuk menurunkan Pak Yiddin dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Perdana Menteri . Jangan dipecat , seperti tindakan mantan PM Malaysia memecat Bro Anwar dulu sehingga rakyat berpecah belah . Bukan teman yang kata. Yang kata seperti ini ialah Mufti Perak yang sangat arif dan bijak bistari itu.

Dengan demikian teman nasihatkan Haji Najib sebaiknya naik kereta jam 10 malam esok (lebih romantis lagi pada masa itu hujan turun pulak) dan terus pergi ke rumah Mufti Perak. Minta pandangan yang bernas mengenai bab pecat memecat ini. Slow talk dengan dengan Pak Mufti Perak dan minta pandangan bernas beliau.

Suka teman nyatakan sekali lagi di sini bahawa teman cuma mahu melihat Haji Najib kekal menjadi Perdana Menteri buat masa ini SAHAJA. Harap-harap selepas PRU ke 13, PM Malaysia yang baru akan dilantik dikalangan pemimpin PR yang terbaik dari segi akhlak dan " do the right thing " , bukan sekadar "doing things right" buat rakyat Malaysia yang telah dicengkam oleh pemerintahan BN selama lebih lima dekad

Sesiapa yang nak ketawa dengan sikap politik teman yang menyokong Haji Najib kekal sebagai PM Malaysia sebelum PRU ke 13 , bolehlah terus ketawa.

Buat macam manapun, teman tetap serious dengan idea ini.

17 ulasan:

Manjungmari berkata...

Salam Tuan Sheikh...

Sesekali menulis mantap dan padat... ni semangat nak beraya atau nak pilihanraya...

Apa pun Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin....

Unknown berkata...

Salam Tuan Sheikh,
Pak Long pun tolong 'amin'kan Najib gak...

http://paklongonline.blogspot.com/2011/08/tolong-aminkan-najib.html

Pa pun Pak Long nak ucapkan Selamat kembali ke Fitrah buat Tuan sekeluarga selepas sebulan menyuci diri...

Shalehudin berkata...

Salam Eidulfitri Tuan Sheikh...

sheikh teluk intan berkata...

Wa'alaikummusalam Manjungmari,

Sudah lama teman tak menulis. Teman menulis nih kerana didorong oleh Ibu Hasyim ( abang kepada isteri teman).Lalu dengan sedikit qudrat , teman menulislah.

Dan selamat menyambut hari raya aidil fitri buat sahabat dan famili.

sheikh teluk intan berkata...

Wa'alaikumssalam kepada Pak Long,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Sudah lama saya 'linkkan' blog Pak Long di blog teman yang serba dhaif ini.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada Pak Long dan famili.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Din,

Pak sheikh juga mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada Din dan famili. Masa saya sihat dulu, selalu juga menziarahi keluarga isteri di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tetapi sekarang ini beraya di KL saja.

Selalu juga Pak Sheikh menjenguk blog Din. Menarik tulisan Din. Teruskan menulis.

Tanpa Nama berkata...

Ha! ha! ente ni nyokong bawa rebah!Kang kena tindeh kak Mah tak lalu nak bangun! He! He! Selamat hari rayasahabat!

Tanpa Nama berkata...

ini pertama kali saya membaca karya pak sheikh.memang intan berlianlah pak sheikh dari benua teluk ni.saya bacakan pada warga tua keluarga[digedong lalang kek ghumah mak mah],diorang ni memang buta siber,almaklumlah zaman mereka zaman surat khabar jawi.mereka ketawa sampai terkencing kencing,disuruh saya baca empat kali ulang pulak tu.dalam ketawa boleh tanya pulak,pak sheikh ni arab ke atau melayu?.apa pun mereka mengucapkan selamat hari raya pada pak sheikh serta keluarga.

Na'im Nikmat berkata...

Salam pak Sheikh,
Gembira saya tengok Pak sheikh kembali semangat menulis :-)
Ramadahan semakin hampir meninggalkan kita adakah kita semua berjaya dalam Tarbiyah Ramadhan Insha Allah harap semuanya sukses. Dikesempatan ni saya sekeluarga nak ucapkan selamat menyambut Aidilfititri kepada Pak Sheikh sekeluarga semoga kita semua kembali kepada fitrah kita yang suci dan murni. Takbir!!!

sheikh teluk intan berkata...

salam sahabatku alhusseyn,

Ana menyokong membawa rebah ker? Di jauhkan oleh Allah Kak Mah menindih ana. Boleh kojol dibuatnya.

Apapun terima kasih wahai sahabat kerana sudi singgah sini. Dan selamat Hari Raya aidil fitri . Maaf Zahir Batin.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama 8:25 AM,

Terima kasih kerana sudi singgah disini.

Saya orang Arab ke Melayu? Jawapannya saya ada darah arab dan melayu yang. Saya mengelarkan diri saya sheikh kerana bila saya mula menyertai Darul Arqam dan kemudian Pas, orang memangil saya: "ya sheikh". Disini bukanlah gelaran sheikh itu membawa pengertian seorang ulama.Ianya sekadar gelaran pada saya.

Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada saudara dan famili.

sheikh teluk intan berkata...

Wa salam ya ahki Na'im Nikmat,

Ana malu dengan anta kerana selalu jenguk blog anta tapi jarang meninggalkan komen. Nanti kalau perlu pak sheikh akan memberi komen di blog anta.

Sebenarnya akhi Na'im , Pak Sheikh malas nak menulis. Tapi Ibu Hasyim (abang kepada isteri pak sheikh) selalu suruh menulis walaupun sekali sekali. Jadi Pak Sheikh tulislah. Ikutkan hati dan keadaan fisikal yang sakit lama nih, malas nak menulis. Tapi kerana tak nak 'menderhaka' kepada abang ipar, pak Sheikh tulislah walaupun merapu dan meraban.

Ya, tak lama lagi lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga tahun depan Pak Sheikh dapat menemui bulan Ramadhan , bulan yang penuh keberkatan , pada tahun hadapan. InsyaAllah.

Pak Sheikh ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada akhi Na'im dan Famili. Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan Na'im dan keluarga. Aamin.

ISA berkata...

Salam Shifu;

Memandangkan di izinkan ketawa, maka ana ketawa dulu lahhhh... hahahahaahahahahahaha.....

Kadang-kala terfikir juga, seharusnya kita menyokong segala hasil kerja Najib laki bini selama ini. Supaya cepatttttt.... hehehe...

Walau apa pun, biarlah semua itu buat sementara waktu, marilah kita bermaafan dan bergumbira dulu meraikan hari kemenangan.

Salam AidilFitri buat Tuan Sheikh Teluk Intan sekeluarga, semoga bergembira di hari yang mulia ini.

(p/s: bila agaknya kita dapat berjumpa yeaaaa... ana nak berikan ubat yang ana maksudkan tu dan minta Shifu mencubanya, manalah tahu serasi dengan shifu)

sheikh teluk intan berkata...

Wa'salam Isa,

Ketawalah Isa selagi ketawa bukan satu jenayah di Malaysia ..

Betul Isa, kita biarkan semua itu buat sementara waktu. Kita fokus pada menyambut hari kemenangan yang akan menjelang dua tiga hari lagi. Kita bermaafan. Dan jangan lupa menunaikan zakat fitrah. Haji Najib ditunaikan. Masuk surat khabar lagi.

Oleh itu ana, Pak Sheikh Teluk Intan, memohon ampun maaf zahir dan batin kepada Isa sempena Hari Raya aidil Fitri.

Ana sebenarnya malu pada Isa kerana boleh dikatakan setiap n3 baru anta, ana jarang komen. Bukan tak mahu komen, tetapi ana sentiasa bersetuju dengan tulisan Isa.

Sekali lagi ana mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada Isa dan keluarga. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama Isa dan famili.

Mengenai ubat itu , nanti kita berjumpa bila ana sihat sikit. Sekarang nih lemah sangat untuk keluar rumah terpaksa bertongkat supaya tak rebah.

Dan lebih kurang jam 6.00pm , petang tadi, ana telefon Isa dengan menggunakan talifon rumah. Tapi Isa tak angkat. Mungkin Isa masa itu sedang shopping atau menolong paramugari Isa menyediakan juadah berpuasa.

Hingga jumpa lagi Isa.

IBU RISKA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
IBU RISKA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.