Selasa, 9 Ogos 2011

Berjumpa Rasulullah S.A.W Dalam Mimpi:Indahnya.


Dalam hidup ini, teman sangat mencintai Muhammad Rasulullah S.A.W melebihi cinta teman pada ayah dan ibu serta diri sendiri. Nyawa teman, sanggup teman gadaikan untuk Habibullah.( dulu teman selalu menyebut perkataan "baginda" untuk Rasulullah S.A.W yang dicintai tapi sekarang ini , teman rasa tak sesuai . Bunyinya kedengaran koman. Panggilan 'Baginda' sesuai untuk manusia seperti Raja-raja yang bukan maksum).

Walaubagaimanapun teman sentiasa berdoa agar semasa nafas masih ada , sekurang-kurangnya dapat satu kali pun tak mengapa , bermimpi berjumpa dengan Habibullah S.A.W . Biar terubat rindu ini.

Mendengar cerita hamba-hamba Allah yang pernah bermimpi berjumpa Rasullullah S.A.W, sudah cukup menyentuh hati teman yang sedang dalam kerinduan ini.

Tok Guru Nik Aziz Aziz , Tok Guru Abdul Haji Abdul Hadi dan Dr Harun Din dikatakan sudah pernah berjumpa dalam mimpi dengan Rasullullah S.A.W. (klip video Dr Harun Din pun teman kepilkan juga: dibawah sekali ). Rezeki merekalah.

Teman sebenarnya tak pernah puas menonton kedua klip video yang teman letak dibawah ini. Setiap kali teman menontonnya , menitis air mata teman. Untuk itu teman mempersilakan sesiapa yang sudi, tontonlah kedua klip video ini walaupun ada yang pernah menontonnya dan jangan lupa untuk memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W khususnya di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

********************************************

********************************

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah mereka2 ini bertemu Rasulallah Muhammed saw?. Apa bukti mereka bertemu?. Sampai hari ini rupa nabi tdak terrakam. Jangan mudah terpedaya dengan mimpi. Apa yang harus dipentingkan ialah jauh dari syirk.

Na'im Nikmat berkata...

Salam Pak Sheikh,
Video ini buat ana meremang bulu roma dan menitiskan air mata.

Anon,
Sesungguhnya ummat Rasulullah S.A.W akan tahu bila mereka bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. Ummat Rasulullah S.A.W yang bertuah ini pasti dapat merasainya.

Abdul Razak berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
Apakah mereka2 ini bertemu Rasulallah Muhammed saw?. Apa bukti mereka bertemu?. Sampai hari ini rupa nabi tdak terrakam. Jangan mudah terpedaya dengan mimpi. Apa yang harus dipentingkan ialah jauh dari syirk.

----aku bukan lah pandai bab2 agama...yang aku tahu, syaitan tidak diizinkan sesekali menyerupai rasulullah SAW...lain kali tukang komen yg kat atas skali tu, banyak membaca & belajar...jgn main sedap tangan jer menaipp

qalamseni berkata...

salam tuan...mohon izin tuan saya copy video al fadhil tn guru ustaz haron din.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa Nama diatas sekali....,Kau belajar dulu Agama betul-betul.....baru nak komplein2...., Dan kalau boleh...,dengar dulu penjelasan Dr.Harun Din dlm klip video tuuu...A-Z....,baru kau paham...,ingat Ulamak tuu...suka2 ke..nak nak buat cerita....!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama 7.24pm.

Mereka jumpa Nabi S.A.W? Saya bersangka baik. Dr Harun Din, yang saya kenali bukan termasuk orang yang berbohong. Wajahnya berseri dengan cahaya keiimanan. Pergilah bertemu dengannya dan tanya tentang mimpinya.

Tak boleh rakam gambar Habibullah S.A.W , kerana wajahnya tidak boleh dilukiskan. Ini ijmak ulamak.

Betul perbuatan syirik wajib dijauhi oleh umat ini.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikummus'salam Na'im Nikmat,


Baik sekali Na'im menitiskan air mata . Itu tanda Na'im amat mencintai Rasulullah S.A.W. Semoga kita bersama akan memperolehi syafaat dari Rasulullah S.A.W di Padang Mahsyar nanti. Aamen.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Saudara Abdul Razak,

Terima kasih kerana sudi memberi komen. Memang terdapat Hadith yang sahih yang mafhumnya bahawa syaitan tidak boleh menyerupai Nabi.

Dan yang terlebih penting, kita wajib mencintai Allah dan Muhammad Rasululllah S.A.W ,melebihi diri kita sendiri.

Terima kasih sekali saudaraku.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumus'slam qalam Seni,

Saya telah melawat blog saudara. Alhamdulillah, saudara diberi kelebihan untuk melakar khat yang memperlihatkan keindahan kesenian Islam. Saya sangat suka. Teruskan saudara.

Video klip Tok Guru Dr Harun Din saya ambil dari You Tube. Silalah ambil . Mungkin ini akan jadi bahan dakwah, khususnya umat Islam agar lebih mencintai Rasulullah S.A.W dan amnya mereka yang belum diberi hidayah untuk menganut Islam.

Terima kasih .

Tanpa Nama berkata...

Sahabat nabi pun pernah terkejut lihat ukiran wajah nabi kat satu negara yang mereka pergi untuk dakwah raja tersebut masuk islam. sahabat tanya macam mana mereka(puak kafir) tu boleh ukir gambar nabi cun 100% macam nabi Muhammad sebenarnya. Orang raja kata kami ukir gambar nabi kamu ikut keterangan para pendita kami. Pendita kami lebih tahu tentang nabi kamu daripada mereka kenal anak mereka sendiri cuma kami tak mahu beriman dengan apa yang nabi kamu bawa.
Alangkah baiknya mereka yang pernah mimpi atau lihat nabi secara rohaniah ini jumpa pakar lukisan dan cerita gambaran wajah nabi tu. Nanti merka lukislah wajah nabi tu. Tak tepat 100%, 90% pun ok apa. Gambar tu pun bukan untuk disembah. Untuk hilangkan kerinduan.

warkahjiwa berkata...

Assalamu'alaikum...
Yang jelas dilarang maka tetaplah terlarang, antaranya adalah melukis wajah baginda saw atas alasan apa sekalipun... wallahua'lam...

fajridil adha berkata...

Subhanallah.. Menitis air mata ini.. Aku Rindu PadaMu Ya Rasulullah..

**Pak Syeikh, terima kasih kerana kongsikan video ini.. Moga Pak Syeikh dan kami semua juga dapat berjumpa dengan Rasulullah.. InsyaAllah..

Ada Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Sahabat nabi pun pernah terkejut lihat ukiran wajah nabi kat satu negara yang mereka pergi untuk dakwah raja tersebut masuk islam. sahabat tanya macam mana mereka(puak kafir) tu boleh ukir gambar nabi cun 100% macam nabi Muhammad sebenarnya. Orang raja kata kami ukir gambar nabi kamu ikut keterangan para pendita kami. Pendita kami lebih tahu tentang nabi kamu daripada mereka kenal anak mereka sendiri cuma kami tak mahu beriman dengan apa yang nabi kamu bawa.
Alangkah baiknya mereka yang pernah mimpi atau lihat nabi secara rohaniah ini jumpa pakar lukisan dan cerita gambaran wajah nabi tu. Nanti merka lukislah wajah nabi tu. Tak tepat 100%, 90% pun ok apa. Gambar tu pun bukan untuk disembah. Untuk hilangkan kerinduan.
14 Ogos 2011 7:33 AM

^^^ Kamu ni bodoh. Buat komen ikut sedap mulut. Yang haram tetap haram. Banyakkan membaca dan bertanya jika tak tahu.

Tanpa Nama berkata...

^^^ Kamu ni bodoh. Buat komen ikut sedap mulut. Yang haram tetap haram. Banyakkan membaca dan bertanya jika tak tahu.

27 Ogos 2011 5:56 AM

Alhamdulillah. Memang le saya ni x pandai. Tapi dalam video tu Prof. Haron Din kata jikalah saya seorang pelukis pasti saya dapat lukis keindahan wajah Rasulullah itu. Memang x boleh dilukis wajah para Rasul dan juga para sahabat. Ini untuk menjaga kemuslihatan umat. Saya tahu lama dah perkara tu. Memanglah nati jika ada gambar nabi dicetak orang, maka hujung-hujung orang yang dah diselewang oleh iblis akan sembah dan puja gambar tu. Saya tulis tu cuma untuk merasakan kerinduan rasa hati pada nabi. Jangan cepat marah/ melenting ya tuan. he-he

Haji Muhammad Zulkhibri Bin Dato' Musa @ Munir berkata...

Alhamdulillah tanggal 21 Syawal 1432 bersamaan hari isnin di waktu pagi (3am – terjaga 3.50 am) ya ALLAH Engkau Maha Besar, Engkau Maha Mendengar+Mengetahui rintihan hatiku selama ini, Engkau Maha Kaya+Berkuasa kerana telah mentaqdirkan+menentukan segala²nya kerana Engkau telah mengizinkan+memberi khabar berita yang gembira dengan mimpi yang paling baik di dunia ini. Ya ALLAH, sesungguhnya mimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. adalah kurniaanMu+anugerahMu, ampunkan dosa²ku & tak lupa juga kepada hamba²Mu yang lain (blogger² @ sesiapa) yang pernah mendo’akan untukku agar dapat khabar berita gembira seperti ini ampunkan dosa² mereka & semoga mereka juga mendapat khabar berita gembira (mimpi Rasulullah S.A.W.) seperti yang telah Engkau kurniakan kepadaku sebelum² ini.. Ya Rasulullah ;( terima kasih tuan kerana tuan sudi memeluk+mencium bibir+mencium dahi+memeluk ana & mengizinkan ana membalas kucupan di bibir+dahi tuan kembali dalam mimpi baru² ini, terima kasih tuan kerana tuan sudi hadir dalam mimpi baru² ni & menarik tangan+memimpin tangan ana berjalan beramai² berjema’ah masuk ke masjid serta memberi kain berwarna putih yang berada di tangan tuan untuk ana memegang kain tersebut, bau kasturi kegemaran tuan itu sangatlah wangi SubhanALLAH ;( Ma’afkan ana jika dalam kehidupan ana ni masih banyak yang belum ana laksanakan segala sunnah² tuan ;( Ya ALLAH, aku takut kalau² aku ada buat kekasihMu (Nabi Muhammad S.A.W.) bersedih dengan segala kedho’ifanku (mohon dijauhkan kedho’ifan ini), sempurnakanlah+perelokkanlah akhlakku & segala urusan kehidupanku+urusan kematianku+urusan kebangkitanku menurut keredhaanMU, sesungguhnya keredhoanMu yang kupohon..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Hj. Muhammad dan pembaca semua. Apa agaknya amalan hj. muhammad hingga selalu atau berkali-kali mimpi abi. Jika ada bagilah kat kami-kami ni. Tq