Semakin jarang teman mengemaskini blog teman. Sudah ditakdirkan sebulan dua ini,keadaan kesihatan teman semakin memburuk. Apapun, syukur kepada Allah kerana teman masih hidup. Masih dapat teman menghirup udara pagi yang nyaman.Masih dapat teman bersolat dan beribadat seadanya. Masih ada kesempatan membaca buku. Masih ada kesempatan untuk lakukan banyak perkara.Sesungguhnya kesemua ini adalah nikmat tuhan yang tak patut sungguh teman dustakan.
Hari ini teman tak mahu sentuh tentang politik. Kalaulah teman tak dapat elakkan, maaf sajalah.
Kawan-kawan sekalian, teman hari ini hendak menulis resepi masakan rendang daging. Betul, teman tak seloroh. Teman sarius nih!!! Bukanlah teman pakar memasak. Tapi isteri teman selalu cakap, banyak restoran boleh tutup kalau teman berniaga makanan. Dan kata isteri teman lagi, bakat memasak teman boleh mengalahkah Chef Wan.
Entahlah, teman tak tahu apakah cakap isteri teman ikhlas 100% atau sengaja nak perangkap teman supaya sentiasa berkincak di dapur menyediakan masakan untuk seisi keluarga dan dia boleh berkincak di pejabatnya dari siang sampai ke malam! Hanya tuhan saja yang tahu.
Baca betul-betul resepi yang akan teman tulis seperti di bawah ini.Ini amaran keras teman.Betoi!!!!!
Resepi Masakan Rendang Daging
Ramuan Yang Perlu disediakan ada seperti berikut:-
1 Kilo Daging.
25 tangkai cili kering
20 biji Bawang kecil
4 biji biji bawah putih.
secamca jintan manis
satu sudu camca lada hitam
Dua biji kelapa untuk dijadikan santan.
4 sudu besar Kerisik Kelapa
4 batang serai
1 inci langkuas
1 setengah inci halia.
5 biji ketumbar
Sehelai dua daun kunyit.
Cara Memasaknya adalah seperti berikut:-
Kesemua ramuan melainkan daun kunyit, santan kelapa dan kerisik kelapa hendaklah di kisar dengan mengunakan mesyin blender atau kalau terlebih rajin boleh digiling dengan ibu dan anak batu pengiling.
Sebuah kuali yang agak sederhana saiznya hendaklah diletakkan di atas dapor gas yang apinya juga hendaklah dalam keadaan sederhana.Kalau hendak letak minyak kelapa sawit atau kelapa, letaklah sikit saja. Kemudian masukkan ramuan yang sudah dikisar yang dicampur sedikit air secukupnya ke dalam kuali..
Sambil menyanyi lagu negaraku(tapi kena berdiri tegak), kacaulah perlahan-lahan ramuan tersebut perlahan-lahan. Jangan pula guna tangan untuk mengacau, nanti kalau lerai isi tangan ,teman tak mahu bertanggungjawab. Teman syorkan gunakan sudip yang bersaiz sederhana.
Lepas itu masukkan daging yang telah siap dipotong dan dibasuh sebersih-bersihnya ke dalam kuali. Selepas agak daging empuk, masukkan santan, garam dan air asam jawa secukup rasa. Dan bila anda telah berpuas hati maka sambil menyanyi lagu 'Malaysia Telah Berjaya', tuangkan kerisik kelapa ke dalam kuali. Jangan lupa kacau apa saja yang terdapat dalam kuali sehingga sebati.
Kemudian sambil menyanyi lagu 'Ayahku Kawin Lagi', masukkan daun kunyit dan kacau lagu apa yang ada dalam kuali sehingga anda berpendapat bahawa masakkan anda sudah siap untuk dihidangkan.
Sekian resepi masakan daging rendang. Hingga jumpa lagi dalam lain siaran....Auuuuuuuuu!!!!!
Oh yeh, teman hampir terlupa . Teman lupa nak sebut jenis daging apa yang sesuai untuk resepi tadi. Oleh itu teman dengan rasa dukacitanya menyatakan bahawasanya ianya ada daging babi!!!!!.Sejenis binatang yang amat ditakuti oleh pejuang dan pemuja gagasan ' Ketuanan Melayu'.
Sesungguhnya udah penat otak teman memikirkan makanan yang sesuai untuk makanan hamba tuhan yang sentiasa mempermainkan syariat tuhan, termasuk hukum hudud. Pikir punya pikir teman rasa resepi masakan rendang babi ini sesuai bagi mana-mana individu yang yang telah dan akan terus memperlekeh hukum hudud yang telah disyariatkan oleh Allah. Walaupun terdapat dikalangan mereka yang rajin melakukan ibadat umrah, tapi kalau dari pagi hingga ke malam memperlekeh hukum hudud dan syariat Islam yang lain, maka iman mereka boleh terbatal. Dan bila iman terbatal, maka masakan rendang daging babi ini tidak menjadi masalah buat mereka tibai sampai kojol.
Walaubagaimanapun sebagai seorang insan yang masih kasih pada orang yang seagama dan sebangsa, teman menyeru supaya jangan sekali ada di kalangan kita yang memperlekeh dan mempermainkan hukum hudud samada melalui perkataan atau tindakan yang jelas.
Dan seperkara lagi, jangan sesiapa pun yang cuba hendak memperkecilkan perjuangan Parti Pas yang sejak dari dulu hingga kini terus beriltizam untuk menegakkan syariat Allah, termasuk hudud di bumi Malaya ini. Kalaulah terdapat di kalangan puak belah sana yang sudah terlanjur ,maka segeralah bertaubat nasuha.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.