Rabu, 30 Januari 2008

Berita Tentang Kematian Orang Yang ada Nama Besar

Setiap hari ada orang mati dan setiap hari ada yang dilahirkan. Yang tidak punya nama besar, kematiannya diketahui oleh sahabat dan saudara mara yang terdekat. Manakala orang yang punya nama besar, maka satu Malaya akan mendapat liputan media.

Begitulah hakikat hidup.

Selepas zuhor petang tadi, teman berangkat dari Putrajaya bersama seorang kawan, merangkap bekas pemandu teman sewaktu bekerja dulu yang sangup mengambil cuti semata-mata membantu teman memandu kereta untuk ke Hospital Tawakal. Bukan untuk dimasukkan ke dalam wad, tetapi buat 'medical check up'. Dah jadi rutin dua kali dalam sebulan.

Sebaik sahaja teman melangkah masuk ke dalam klinik doktor pakar neurologi, teman telah diberitahu bahawa Dato' Ishak Baharom telah meninggal dunia. Jam masa itu hampir 3.50petang.

Agak terkejut dan tersentak teman mendengar berita kematian, bekas Mufti Selangor yang amat dimusuhi oleh bekas PM Malaya, Tun Mahathir.

Sesungguhnya, teman amat bersedih dengan berita itu. Tapi tidaklah sampai menitiskan airmata.

Semasa mata, jari, tekanan darah, dan sebagainya diperiksa , teman pun bertanya doktor yang sudah pun menjadi kawan baik teman sekarang: "Doc, do you think that my days are numbered".

Maka jawab Doktor tersebut dengan tersenyum " Sheikh, don't ever you say that again. Let Allah decide. He Knows better. Just pray , night and day ,so that your health problem will be back to normal and you can live another 50 years"

Dan doktor teman menambah:

"You tahu tak ada orang yang sihat tiba-tiba tumbang dan mati. Dan ada orang yang sakit banyak tahun, tapi tak mati-mati.Ini semua kerja Allah"

"Adakah maksud doc, orang yang sakit banyak tahun tapi tak mati-mati adalah saya"

"Yes, you adalah diantaranya. Allah beri ujian sakit, so that by the time you have to go , you are already well prepared with all the good deeds and insyallah you get His blessing".

Itulah diantara isi perbualan teman dengan doktor yang selalu memberi teman semanggat untuk hidup.

Semasa teman sedang menunggu di Bahagian Farmasi untuk mengambil ubat di tingkat bawah Hospital Tawakal , teman mendapat tahu dari seorang ahli farmasi yang sekian lama telah teman kenali bahawa Loloq, sang penulis lirik yang terkenal, telah meninggalkan dunia yang fana. Beliau dikatakan meninggal dunia selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di otaknya.

Berita kematian lagi!.

Sepanjang perjalanan pulang ke Putrajaya, teman dan bekas pemandu yang jarang menolak permintaan untuk membawa teman ke mana saja yang teman mahu, bercakap tentang berita kematian dua tokoh yang ada nama dalam bidang masing-masing.

Sesungguhnya kami berdua tak kenal secara peribadi kedua tokoh tersebut. Tapi entah kenapa kami bercakap tentang kematian mereka ,sedangkan dalam masa yang sama, semasa kami sedang berbual, mungkin terdapat ratusan orang yang tak ada nama besar sedang dimasukkan ke dalam liang lahat.

Semasa hendak memasuki plaza tol Sg Besi, tiba-tiba kami dengar bunyi siren. Dan tak berapa saat kemudiaan beberapa buah motor polis trafik memberi isyarat supaya mana-mana kenderaan yang berada di atas jalan, memberi laluan kepada kereta ambulan dan beberapa buah kereta Proton Perdana berwarna hitam.

"ah, mungkin ada satu lagi berita kematian" kata kawan teman merangkap bekas pemandu teman yang setia.

"Siapa pula yang mati kali ini?" tanya teman bodoh, sebodohnya.

"Mungkin orang besar yang ada nama " jawab kawan selamba.

"Kau ingat siapa?" tanya teman menduga.

"Tak kena tangkap polis kah kalau saya meneka"

Lalu teman menjawab: "Bukankah di Malaya , anggota polisnya walaupun suka mentadarah rasuah, adalah sebaik-baik insan di dunia ini. Jangan risau, kalau setakat meneka tak mengapa. Lagipun kita ada dalam kereta. Mereka tak boleh dengar apa yang kita sembangkan"

Lantas kawan teman yang sedang memandu kereta dengan tenang , mengaru kepalanya yang teman fikir tak gatal dan berkata:"saya ingat, PM kita yang disayangi mati mengejut"

Teman hampir tergelak besar mendengar tekaan kawan yang sudah berjaya teman pengaruhi supaya menyokong pembangkang. Dan teman pun bertanya: "kalau bang dollah mati mengejut apa pula puncanya?".

Maka dijawab oleh kawan teman dengan mukanya yang selamba , " pagi tadi , saya sempat buka internet dan baca harakahdaily. Salah satu tajuknya, berbunyi lebih kurang ' Tak Malukah PM Meminta Mandat lagi?' yang ditulis oleh Abdul Halim Abdul Rashid. Saya tak baca habis tulisan itu. Tapi saya rasa Pak Lah terbaca. Dia terkejut membaca tajuk seperti itu serta kandungannya sehingga mati"

Tak tahan geli hati teman mendengar penjelasan kawan teman.

Maka teman pun ketawa berdekah-dekah. Dan selepas agak reda sedikit ketawa teman , teman pun berkata: "Tak mungkin dia baca tulisan itu di harakahdaily. Dia bukan kaki baca. Fail-fail yang diatas mejanya pun tak sempat dia tengok. Dia sibuk meraban sini sana."

"Tapi mana tahu hari ini dia ditakdirkan terbaca tulisan itu, lalu dia tumbang dan mati mengejut"

"Tak baik kau cakap bang dollah mati mengejut. Aku rasa , umurnya panjang. Kata orang , orang yang tak tahu malu dan suka berbohong, sengaja Allah panjangkan umurnya, samada untuk diberi kesempatan bertaubat atau pun Allah hendak membuka lebih ruang masa untuk orang seperti itu melipatkan ganda dosa-dosanya. Semoga Allah jauhkan kita dari berumur panjang tapi mengerjakan maksiat dan tak pernah berusaha untuk bertaubat"

Perjalanan ke rumah teman di Putrajaya semakin hampir.

Namun kawan teman tak mahu menghabiskan topik tentang bang dollah begitu sahaja.

Lalu dia bertanya: "katakan Pak Lah betul-betul mati mengejut. Siapakah orang yang paling suka?"

Pantas teman menjawab:"engkaulah, kerana beriya-iya sangat hendakkan bang dollah mati"

"Salah. Samada Paklah mati atau hidup, kita tetap lawan BN. Itu yang pasti. Dan yang pasti orang yang paling suka dengan kematian Pak Lah , tentu Najib. Dia akan buat kenduri kesyukuran 40 malam berturut-turut. Siapa yang tak suka untuk dilantik menjadi PM menganti arwah Pak Lah".

Sekali lagi teman ketawa. Tapi kami terpaksa berhenti berbual kerana kereta teman yang dipandu oleh seorang kawan yang setia telah dihentikan kerana kami telah sampai betul-betul dihadapan rumah teman.

Dan tak berapa lama kemudian , kawan teman menuju ke keretanya yang telah berapa jam diparkir di tepi jalan yang berdekatan dengan pintu pagar rumah teman. Dia akan meninggalkan teman , untuk pulang ke rumahnya di Bangi.

Setelah kawan teman hilang dari pandangan, teman terus membuka pintu pagar rumah dan masuk semula ke dalam kereta untuk dipandu masuk ke dalam perkarangan rumah.

Sebelum teman keluar dari kereta yang telah diletakkan ditempat parkir, teman tersenyum sendiran sambil berkata:"hari ini ada dua kematian orang yang ada nama besar. Jumlah itu akan menjadi tiga kalau betul-betul tekaan kawan teman menjadi kenyataan".

Al Fatihah.

Selasa, 29 Januari 2008

Terkenang Tok Guru Teman: Seorang Alim Tapi Anaknya Suka Berbohong

Teman pernah ada seorang kawan baik. Tak payah disebut namanya. Kalau sebutpun, tak tentu dapat pahala.

Bapa kepada kawan teman ni adalah seorang Tok Guru. Siang malam beliau mengajar ugama samada di masjid atau di surau. Anak muridnya ramai.

Kitab yang selalu diajarnya, kebanyakkan kitab kuning. Kemungkinan ramai anak muda zaman sekarang yang tak tahu apa itu kitab kuning. Kalau mereka hendak tahu , cubalah tanya kepada ayah mereka yang sekarang berumur disekitar 50 tahun ke atas. Itupun kalau diwaktu muda , ayah mereka rajin ke masjid mengaji kitab kuning.

Dipendikkan cerita, teman pun pernah jadi anak muridnya.

Teman mengaji dengan Tok guru yang juga ayah kepada kawan baik teman dalam jangka waktu yang agak lama juga.

Ada beberapa kitab yang diajarkan oleh beliau.

Dan teman tak pernah lupa salah sebuah Kitab yang diajar oleh beliau adalah sebuah kitab yang tebal. Nama kitab itu ialah 'Sabilal Muttadi'. Kitab tersebut adalah kitab fikh yang boleh dianggap di antara kitab kuning yang tebal dalam bahasa Melayu tua. Kitab tersebut mengandungi bab Ibadat, bab Munakahat, bab Muamalat dan bab Jenayat.

Dalam setiap majlis Ilmu Tok Guru tersebut, teman adalah diantara anak muda yang paling konsisten hadir. Teman juga, dikenali sebagai seorang anak murid yang setia kerana duduk betul-betul berhadapan dengan Tok Guru setiap kali dia mengajar.

Bukan setakat duduk berhadapan, teman juga rajin membuat catatan di atas kitab tersebut yang teman beli di sebuah kedai kitab ugama yang terletak berhampiran dengan Menara Jam Condong, Teluk Intan.

Tok Guru tersebut sayang pada teman sebagaimana teman menyayanginya.

Mengikut kata kawan-kawan yang sama-sama mengaji dengan teman ,sekiranya teman tak dapat hadir disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan, Tok Guru tersebut akan selalu menyebut nama teman sepanjang majlis mengaji kitab dengan berkata: 'kalaulah dia ada, majlis ini tentu tak muram macam sekarang".

Bila teman sambung belajar peringkat ijazah, maka teman tak dapat mengkhatamkan kitab 'Sabilal Muttadi" walaupun setelah hampir satu tahun teman belajar kitab tersebut. Macam mana boleh khatam cepat, kalau sekali mengaji tok guru tersebut menghuraikan tiga baris ayat hampir satu jam.

Pernah teman tanya pada Tok Guru tersebut , mengapa kitab-kitab kuning lambat untuk dikhatamkan. Maka menjawablah tok guru teman, bahawa salah satu tanda keberkatan kitab kuning ialah, ianya ditulis oleh ulama yang ikhlas dan kerana itu setiap patah perkataan ada makna yang tersurat dan tersirat yang perlu diuraikan.

Sebagai murid yang setia , teman mengiyakan saja walaupun teman cukup tak selesa dengan tulisan jawi lama yang bahasanya berbelit-belit kerana pada hemat teman, penulis kitab lama menulis dalam bahasa melayu sedangkan bahasa dalam minda mereka adalah Arab.

Belum lama teman memasuki dunia pekerjaan, di suatu pagi teman dikejutkan dengan berita kematiaannya. Apa yang boleh teman lakukan melainkan mendoakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tak dapat teman elakkan, airmata meleleh di pipi.

Pagi itu teman terselalu sedih.

Teman tak terkilan kerana tak sempat mengkhatamkan kitab 'Sabilal Muttadi', kerana kalau teman mahu, teman boleh pergi ke Kedai buku di Wisma Yakin untuk membeli kitab tersebut yang telah diterbitkan semula dalam bahasa moden. Yang teman terkilan, ialah perangai anaknya, yang juga kawan teman.

Kawan teman walaupun berbapakan Tok Guru yang pernah mengaji di Makkah Al Mukaramah selama 23 tahun, sayang sekali tidak sampai sepuluh peratus mengikut perwatakan ayahnya yang alim dan berakhlak mulia.

Kelemahan dan keaiban peribadinya terlalu banyak untuk diceritakan walaupun dia belajar hingga ke peringkat Universiti dalam bidang pengajian Islam.

Semasa bujang dan baru bekerja , teman pernah tinggal serumah dengannya di Jinjang , KL. Walaupun teman bukan seorang insan yang terlalu baik, tetapi bab sembahyang teman cukup jaga. Tapi kawan teman yang seorang ini, selalu mengabaikan sembahyang. Bila teman, tegur dia buat tak peduli.

Semasa dia menunjukkan gambar bakal isterinya, teman berisytifar kerana tak sangka dia boleh memilih seorang gadis yang memakai skirt pendik dan sudah tentu tak bertudung.

Untuk menyedapkan hati teman maka berkatalah kawan teman itu "aku akan mendidik bakal isteriku menjadi seorang muslimah yang sejati".

Tapi sehingga kini teman mendapat tahu, isterinya masih belum bertudung dan anak-anaknya pula bermasalah dari segi moral.

Memang tak baik bagi teman untuk menceritakan aib seorang kawan yang merupakan anak kepada seorang Tok Guru. Tapi untuk tujuan pengajaran teman rasa , tak salah. Lagipun teman tak sebut namanya.

Satu kelemahannya yang mungkin dianggap remeh, ialah sikapnya yang suka berbohong walaupun dia bekerja di sebuah Institusi ugama.

Di tempat kerjanya dia berbohong. Hingga kawan-kawan sepejabatnya pernah mengadu pada teman, dalam bab agama pun dia sanggup berbohong. Bak kata orang, lidahnya bercabang.

Dengan teman pun dia pernah berbohong, bahawa dia akan membayar hutang yang berjumlah ribuan ringgit, tapi sehingga kini dia belum teringin menunaikan janjinya. Bukan teman saja yang telah terkena, malah ramai lagi.

Dan bila teman mendapat tahu dia sedang menjawat jawatan tinggi, teman sedikit pun tak hairan kerana sebagai ahli UMNO , dia adalah pilihan terbaik kerana ciri-ciri keperibadiannya yang mengaibkan adalah amat bertepatan dengan roh perjuangan parti yang disertainya.

Sampai kini teman tak dapat mengelak untuk membuat kesimpulan, kalaulah anak ulamak, terjatuh dalam lembah maksiat, kemaksiatan yang dilakukan boleh mengatasi samseng gelendangan yang tak pernah berpeluang mengenali agama.

Sekarang teman semakin insaf, bahawa iman tak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.

Berkaitan dengan cerita di atas, teman tidak akan mati kehairanan apabila bang dollah, PM Malaya yang merupakan cucu dan anak kepada seorang ulamak , dikatakan sebagai suami yang dayus kerana mengisinkan isteri dan anaknya tidak bertudung, pembohong , cakap tak serupa bikin, berjanji tapi kurang menepati janji dan bla...bla, kerana cerita tentang anak ulama berkeperibadian buruk, bukan sesuatu yang luar biasa lagi bagi teman!

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah agar kawan teman kembali ke pangkal jalan!

Ahad, 27 Januari 2008

Beranikah Bang Dollah Sahut Cabaran Supaya Tangguhkan PRU Ke 12!

Betulkah bang dollah pantang dicabar?

Kalau betul, teman cabar bang dollah supaya menangguh pembubaran Parlimen sehingga 14 April 2008. Selepas dari tarikh tersebut, pandai-pandailah bang dollah untuk tetapkan tarikh pembubaran parlimen dan seterusnya PRU 12. Ada berani bang dollah?

Kalau bang dollah sambut cabaran ini, teman sanggup hadiahkan bantal yang berisikan kekabu asli dari pokoknya yang masih terdapat dibeberapa tempat diHilir Perak. Sarung bantalnya, diperbuat dari kain baldu yang disulami dengan benang keemasan. Sarung bantal itu, adalah diantara pusaka tinggalan nenek teman yang berasal dari Tapanuli Selatan, Sumatera,Indonesia.

Teman, percaya, bantal yang akan dihadiahkan pada bang dollah nanti boleh meningkatkan prestasi Bang dollah sebagai kaki tidur yang cemerlang, gemilang dan temberang. Bantal tersebut juga kalau digunakan saban malam akan membawa bang dollah ke alam mimpi yang indah: Mimpi berpelukan penuh kasih sayang dengan bekas boss bang dollah yang bernama Tun Mahathir.

Sebenarnya teman serius hari ni bang dollah! . Oleh kerana itu sambutlah cabaran teman.

Teman tahu, bang dollah pantang dicabar!. Dalam batang tubuh bang dollah mengalir darah kepahlawanan Hang Batangkali dan Hang Botak Chin. Dan bagi meningkatkan lagi suhu semangat kepahlawanan yang mengalir dalam tubuh bang dollah, maka sekali lagi, teman cabar bang dollah untuk menangguhkan tarikh pembubaran parlimen dan PRU12 sehingga 14 April.

Untuk pengetahuan bang dollah, bukan sengaja teman mencabar kerana semata-mata hendak mencabar. Cabaran teman bersebab.

Sebab pertama, bang dollah sendiri sendiri cakap yang lebih kurang maksudnya,tarikh pilihanraya tidak ada kena mengena dengan DSAI. Kalau PRU diadakan sebelum 14 April 2008, ianya bukan petunjuk bahawa bang dollah mahu supaya DSAI tidak bertanding dalam PRU nanti. Maknanya, faktor DSAI tidak pernah ada dalam senarai bang dollah dalam menentukan tarikh PRU ke 12.

Berdasarkan kenyataan bang dollah tersebut , teman boleh buat sementara bersetuju dengan bang dollah bahawa bahawa DSAI bukan ancaman besar kepada UMNO/BN.

Tapi bang dollah, kebanyakan rakyat Malaya sedang bising. Mereka kata , bang dollah terpaksa dan terdesak untuk mengadakan PRU 12 sebelum DSAI layak bertanding selepas 14 April 2008. Maknanya rakyat secara langsung menuduh bang dollah sebagai seorang yang teramat bacul kerana takutkan pengaruh DSAI dan kerana itu terpaksa mempercepatkan tarikh pilihan raya supaya tidak menjangkau pertengahan April 2008.

Untuk membuktikan bang Dollah bukan bacul, sebaculnya, teman terpaksa mencabar bang dollah yang pantang dicabar, supaya menangguhkan PRU 12 bagi membolehkan DSAI bertanding dalam PRU nanti!

Sebab kedua, Timbalan bang dollah yang bibirnya merah seolah bergincu, baru-baru ini telah menyatakan bahawa PKR adalah ringkasan dari perkataan: Parti Kurang Relevan. Kata-kata Timbalan abang dollah adalah jelas sekali , tersangatlah angkuh.

Tidakkah Timbalan abang dollah sedar bahawa kebanyakkan rakyat Malaya , sejak peristiwa September 1998, bukan saja mengatakan bahawa UMNO adalah parti yang tidak relewan dalam era globalisasi dan perlu dibenamkan ke laut China Selatan , tetapi mereka juga cukup memandang rendah, serendah-rendahnya terhadap Timbalan abang dollah yang menang di Parlimen Pekan pada tahun 1999 disebabkan undi Pos.

Tanpa undi Pos, Timbalan bang dollah yang juga suami kepada Rosmah, mungkin sudah lama menjadi kucing kurap dalam UMNO.

Amat menyedihkah , Timbalan abang dollah yang hampir menjadi kucing kurap itu masih belum insaf dan terus dengan keangkuhan yang nyata. Secara sengaja Timbalan bang dollah menghina PKR kerana matlamat beliau sebenarnya ialah mahu menghina DSAI , Ketua Umum PKR yang dikatakan tidak berpengaruh lagi dalam dunia politik Malaya.

Timbalan bang dollah itu, sengaja lupa bahawa dia banyak berhutang jawapan dengan DSAI yang sering bertanya apakah Timbalan abang dollah itu terlibat sama dalam kes Altantuya dan beberapa isu yang melibatkan komisyen beratus juta ringgit. Rakyat melihat, Timbalan abang dollah yang seorang ini , menyerupai setan bisu yang takut untuk berdepan dengan DSAI!

Untuk membuktikan bahawa PKR adalah 'Parti Kurang Relewan' sebagaimana tuduhan Timbalan abang dollah baru-baru ini , maka teman cabar supaya bang dollah tangguhkan PRU 12.

Sesungguhnya sebagai seorang rakyat yang berhemah tinggi , teman tak sanggup untuk melihat nama bang dollah terpahat dalam senarai 'Guinness World Record ' sebagai seorang pondan tua yang bacul , sebaculnya kerana mengadakan PRU ke 12 sewaktu DSAI, Ketua Umum PKR yang telah dihina oleh Timbalan abang dollah , tidak diberi peluang untuk bertanding dalam PRU yang bakal diadakan .

Cubalah abang dollah bertanya pada diri sendiri: 'adakah aku boleh bersabar kerana dilabelkan sebagai seorang pondan tua yang bacul yang hanya sanggup bertempur dengan PKR yang tidak relewan itu , semasa Ketua Umumnya diikat kaki dan tangannya?".

Kalau bang dollah tak sanggup dilabelkan sebagai pondan tua yang bacul, maka sambutlah cabaran teman ini! Ada berani ?

Sebab ketiga, teman sendiri mahu melihat DSAI bertanding dalam PRU. Teman tahu DSAI boleh bertanding dalam pilihanraya kecil dikawasan Parlimen dimana calun PKR menang dalam PRU nanti. Calun PKR yang menang , tentu sanggup untuk mengundurkan diri dan memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil.

Walaubagaimanapun teman berpendapat PRU ke 12 nanti akan lebih meriah, sekiranya DSAI dapat bertanding. Satu dunia akan memberi perhatian kepada negara kita semasa PRU nanti kerana DSAI adalah diantara tokoh politik yang bertaraf dunia . Dan bang dollah percayalah cakap teman bahawa Malaya akan mendapat liputan media yang meluas dari seluruh dunia.

Secara tidak langsung , negara kita akan lebih di kenali di seluruh penjuru bumi ini tanpa perlu mengabiskan puluhan juta ringgit untuk menarik pelancung melawat Malaya. Maka lebih ramailah pelancung dari seluruh pelusuk bumi akan berbondong-bondong melancung ke Malaya .Sudah tentu ianya akan memudahkan kerja Engku Nan yang nasibnya belum tentu dapat bertanding dalam PRU kali ini!

Dan cuba bang dollah bayangkan bahawa bang dollah akan jadi panglima perang yang tidak bacul bagi pihak UMNO/BN untuk bertempur dengan DSAI yang akan menjadi panglima perang bagi pihak PKR/BA dalam PRU ke 12 nanti.

Sekiranya bang dollah mengikut nasihat dan cabaran teman ini, pasti satu dunia akan menghormati bang dollah , sebagai seorang panglima perang yang benar-benar anak jantan dan bukan panglima perang yang bercirikan pondon tua yang bacul, sebacul-baculnya!

Dalam kesempatan ini, teman tak teringin langsung nak ulas kata-kata sinikal, anak Tun Hussin Onn terhadap DSAI.

Walaupun DSAI bukan lagi salah seorang mentor teman sejak tahun 1982, tetapi kalau hendak dibandingkan anak Tun Hussin Onn dengan DSAI, ianya adalah seperti langit dan bumi.

Anak Tun Hussin Onn yang seorang ni, kehebatannya hanyalah pada senyumannya yang boleh sampai ke telingganya dan pada suaranya yang apabila bersyarah seperti suara kaldai.

Kehebatan anak Tun Hussin Onn amat bertentangan 180 darjah dengan kehebatan DSAI yang mana, senyumannya sahaja boleh menguggat keimanan beribu wanita yang telah dan belum berkahwin dan syarahannya pula cukup sedap didengar oleh telinga manusia kerana suaranya seindah kicauan burung di waktu pagi.

Sebelum teman berhenti menulis sekali lagi teman berseru: SAMBUTLAH CABARAN TEMAN, WAHAI BANG DOLLAH.

Kalaulah , bang dollah tak berani menyahut cabaran teman yang semudah ini, maka perintahkan Jeanne Abdullah supaya memeriksa biji telor bang dollah supaya dapat diketahui berapa biji yang masih tinggal!

Jumaat, 25 Januari 2008

Soalan Untuk Cik Wahab: Adakah Nama Anak Anda Muawiyah?

Teman selalu baca tulisan Faisal Tehrani diblognya. Teman juga mempunyai beberapa buah novel hasil garapan beliau. Teman cukup menghormati beliau sebagai seorang novelis muda yang berbakat besar dan prolifik. Beliau juga kerap meraih kemenangan dalam sayembara Sastra. Kalau Allah panjangkan umurnya, dia mungkin bakal merangkul gelaran Sasterawaan Negara pada suatu hari nanti.

Baru sekejab tadi teman baca tulisan beliau yang bertajuk 'Cik Wahab' dan tulisan beliau sebelum itu , yang bertajuk 'Kita Menolak Yazid Bukan Kerana Karbala Sahaja' di blognya.

Yang dimaksudkan oleh Faisal Tehrani sebagai cik wahab ialah pengikut Wahabi/salafi. Dalam tulisannya yang agak panjang ,dia mengkritik golongan Cik Wahab yang sejak zaman berzaman, membela Yazid bin Muawiyah.

Hujah beliau memang ada klas. Walaupun dia seorang pengikut aliran Sunni, dia tidak mengikat akalnya seperti kebanyakkan pengikut aliran Sunni yang menutup pintu akal untuk mengkaji mazhab Ahlul Bait. Maka tidak hairanlah, dia amat membenci pendokong yang mengelarkan diri sebagai pengikut Cik Wahab yang lidah mereka mengaku mencintai ahluh bait tetapi dalam masa yang sama bermatian mempertahankan tokoh seperti Yazid yang terkenal dalam sejarah , bertindak kejam dan zalim terhadap Ahlul Bait Rasulullah S.A.W.

Cik Wahab sejak dari dulu hingga kini masih membela kezaliman Yazid dan sekutunya, dengan mengunakan dalil dari sumber yang boleh dipertikaikan dan sengaja membutakan mata dari melihat dalil-dalil kekejaman Yazid dan sekutunya yang terdapat dalam teks Ulamak Sunni yang ikhlas dan teks(sumber) pendokong aliran Ahlul bait. Seolah-olah tahap kesarjanaan Cik Wahab bergantung kepada tokoh yang bernama Yazid bin Muawiyah.

Sebenarnya teman tidak gemar menulis tentang polimik yang berkaitan dengan aliran wahabi/salafi dan aliran Ahlul Bait. Tetapi bila membaca tulisan Faisal Tehrani , beliau sesungguhnya telah berjaya mengugah pemikiran teman dipagi buta ini yang akhirnya memaksa teman menulis sedikit ulasan sebagai sokongan teman terhadap Faisal Tehrani yang berani menyatakan kebenaran.

Di kesempatan ini teman hendak bertanya kepada pengikut Sunni yang totok serta puak wahabi/salafi: "Mengapa saudara-saudara suka menamakan anak-anak dengan nama ahlul bait seperti Ali, Hussin dan Hassan , tetapi tidak pernah teman dengar umat Islam di Malaya dan di kebanyakan negara umat Islam, menamakan anak mereka dengan nama Muawiyah?".

Bukankah Muawiyah adalah salah seorang sahabat Nabi yang diceritakan bahawa debu yang berterbangan bersama kudanya adalah lebih mulia dari seorang Muslim yang kuat imannya?

Kalau boleh, pengikut wahabi/salafi atau gelaran ringkasnya Cik Wahab , segera jawab soalan teman yang mudah ini.

Khamis, 24 Januari 2008

Bang Dollah Mari Teman Ajarkan Satu 'Trick'

Banyak yang boleh dipelajari oleh Bang dollah dari kata-kata VK Linggam. Kata-kata Linggam ini sekurang-kurangnya telah berjaya menjadikan Pengerusi dan semua ahli Suruhanjaya Diraja yang sedang memulakan tugas ,kelihatan bodoh,sebodohnya.

Kata-kata tersebut adalah : "nampak macam saya, bunyi pun macam saya".

Mai sini bang dollah ! teman ajar satu trick yang boleh ditiru dari kata-kata berbelit Peguam terkenal Malaya, VK Linggam.

Bang dollah sedia maklum bahawa terdapat beberapa buah blog yang menyangkutkan beberapa keping gambar bang dolah dalam blog mereka. Di antara gambar-gambar bang dollah yang paling popular adalah gambar bang dollah sedang tidur dan pegang bahu seorang wanita yang bukan muhrim.

Semua gambar tersebut sedikit sebanyak boleh menjatuhkan status bang dollah sebagai PM, sebagai Imam Hadhari, sebagai bapak mertua Khairy dan sebagai cucu serta anak ulamak tersohor. Gambar-gambar itu adalah seperti berikut:








Wahai Bang dollah , sebagai seorang rakyat yang hendak berjasa kepada seorang PM, maka teman cadangkan, apabila bang dollah ditunjukkan gambar-gambar seperti di atas, dengan tujuan merendahkan martabat Bang dollah yang memang tak tahu malu, maka jawablah sebagaimana kata-kata VK Linggam,iaitu: "nampak macam saya, bunyi pun macam saya".

Percayalah Bang Dollah , bahawa kata-kata yang sedemikian ,pasti membantu rakyat membuat perhitungan yang akan mengejutkan bang dollah pada PRU 12 nanti!

Kalau ikutkan hati teman , 'trick' yang teman ajar ini bernilai ratusan ribu ringgit. Tapi memandangkan, hari ini 'mood' teman baik , maka teman tak akan kenakan sebarang bayaran. Al maklumlah , teman juga seorang rakyat Malaya yang baik, walaupun tak sesuci bang dollah dan para balachi.

Walaubagaimanapun bang dollah janganlah lupa untuk berterima kasih kepada VK Linggam yang mengeluarkan kata-kata tersebut untuk memperbodohkan Pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Diraja berkaitan kes 'Linggamgate', yang amat praktikal untuk Bang dollah tiru , apatah lagi, bang juga termasuk spesis yang teramat suka memperbodohkan sebahagian rakyat Malaya!

Ahad, 20 Januari 2008

Ngomong Bang Dollah Pada Hari Selasa Nanti

Pada hari selasa minggu depan, Presiden UMNO akan menyampaikan taklimat/amanat kepada perwakilan dari semua peringkat Negeri dan Bahagian UMNO di Malaya berkaiatan dengan PRU12.

Dan dapat teman rasakan, kebanyakkan pemimpin UMNO bahagian merungut bila dipanggil untuk mendengar amanat Bang dollah. Mereka tahu betapa siksanya telinga mendengar ucapan Bang Dollah yang tidak ada mesej penting selain dari mengulangi point-point yang biasa mereka dengar. Mereka juga tahu, betapa pedihnya mata menahan mengantuk mendengar ucapan yang mendatar dari pemimpin yang tidak punya karisma, tetapi perlu disokong dengan penuh kepuraan , kerana bang dollah ada kuasa sakti untuk menyepak keluar atau menerima nama calun-calun UMNO yang dicadangkan untuk mewakili BN dalam untuk pilihanraya Umum yang semakin dekat.

Para perwakilan akan mendengar point-point amanat/taklimat bang dollah yang diramalkan seperti berikut:-

1. Kita kena pertahankan kemenangan tahun 2004 walau apa cara sekalipun. Kita jangan menipu dalam pilihanraya nanti. Bapak saya cakap , berdosa menipu. Oleh itu kita guna SPR untuk tipu. Yang berdosa SPR. Kita terlepas dari dosa. Betul tak?

Dijawab oleh perwakilan UMNO: Betullllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

2. Kita kena jual seribu janji kepada rakyat. Biar rakyat khayal.Bila menang bukan semua janji kita boleh tunaikan kerana kita insan yang lemah. Rasanya tuhan tak cop kita sebagai munafik kerana kelemahan insan. Betul tak?

Dijawab oleh perwakilan UMNO: Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

3. Setiap hari mesti ada berita saya atau menteri-menteri saya melawat kampung atau bantu orang susah. Atau membuat pengumuman skim-skim bantuan yang boleh menjadikan Parti kita sebuah parti yang dilihat terlalu mengambil berat ke atas penderitaan rakyat untuk 'cover' balik kata-kata pembangkang bahawa saya sejak jadi PM telah mengkayakan anak menantu, saudara mara dan kawan-kawan. Betul tak?

Dijawab oleh perwakilan UMNO sambil ketawa: Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll


4. Setiap pemimpin UMNO wajib setiap hari pergi ke masjid dan jadi imam sembahyang. Kalau tak tahu macam mana nak jadi imam sembahyang, belajarlah dengan Timbalan saya. Dia dah pandai sejak belajar dengan Rosmah. Biar rakyat tahu, kita mahukan Islam lebih dari Pas. Nanti kalau menang besar, tuan-tuan bolehlah jenguk balik tempat yang selalu dikunjungi. Saya tahu ramai yang nakal. Tapi tolonglah di musim pilihanraya ni, berhentikan kenakalan dan berlagaklah sebagai seorang wali tuhan. Sejuk hati rakyat melihatnya. Betul tak?

Dijawab oleh para perwakilan UMNO : Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

5. Dalam pilihanraya umum nanti, saya akan letakkan lebih ramai muka-muka baru sebagai calun. Orang lama jangan marah. Saya dan berpuluh orang lama tetap bertanding kerana kerja saya dan mereka belum selesai. Di antara calun muda yang akan bertanding ialah Khairy. Bukan kerana dia menantu saya tapi dia orang nombor dua penting dalam Pemuda UMNO .Tambahan pula dia ada wibawa, berpelajaran tinggi dan agresif. Saya juga akan cuba tarik seorang dua orang kuat NGO dan agama yang ada nama besar, untuk jadi calun BN. Sekarang usaha perbincangan sedang dijalankan. Dengan demikian rakyat akan melihat kita menyediakan pemimpin pelapis yang boleh memajukan negara. Dengan langkah ini, saya yakin kita boleh menang besar. Betul tak?

Dijawab oleh para perwakilan UMNO: Betullllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll


6. Saya juga bercadang untuk mengistiharkan cuti umum seluruh negara sempena Thaipusam mulai tahun ini. Kalau boleh, semua pemimpin UMNO pergilah ke Batu Caves pada hari tersebut untuk bersama-sama 'berwill-will Aru Gra" dengan Samy Vellu. Kalau ada pemimpin Umno sanggup pikul kawardi semasa perayaan itu, tentu ianya lebih baik kerana ia melambangkan bahawa UMNO turut gembira dengan sambutan Thaipusam. Dengan berbuat demikian, tentu rakyat yang berugama Hindu tak lagi marah pada UMNO kerana isu HINDRAF. Undi orang hindu penting untuk memenangkan UMNO dan BN. Betul tak?

Dijawab oleh para perwakilan UMNO: Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll


7. Oleh kerana mata saya dan tuan/puan dah kuyu kerana mengantuk, maka kita berehat sebentar untuk tidur secara berjamaah. Selepas itu saya sambung lagi program taklimat ini untuk sessi soal jawab. Dalam sessi soal jawab ini, kesemua ahli Majlis tertinggi akan bersama saya untuk menjawab soalan dari tuan-tuan dan puan-puan. Bukan saya tak boleh jawab soalan-soalan yang susah, tetapi saya nak juga 'test' kebolehan Ahli Majlis Tertinggi yang bijak sini dan bijak situ. Betul tak?

Dijawab oleh para perwakilan UMNO: Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

Jumaat, 18 Januari 2008

Ibnu Hasyim Bertanya: Teman Menjawab

Sebelum solat jumaat, teman menerima panggilan telefon dari Ibnu hasyim. Dia tanya samada teman sudah membaca posting terbarunya, yang bertajuk 'Saya Tegaskan Memang Politik Kelantan Dalam Bahaya '.

Lalu, teman jawab 'sudah'. Dia tanya lagi , adakah tulisannya boleh membuat ahli Pas marah. Teman jawab, tidak ada sebab ahli Pas marah. Kalau ada yang marah, biarkan saja. Dan teman beritahu dia, tulisannya boleh dikatogerikan sebagai sebuah peringatan. Dia juga menyuarakan kerisauan, kalau-kalau tulisannya sedikit sebanyak mencederakan Pas. Teman jawab, tulisannya ditahap biasa sahaja dan yang hebat adalah tajuk yang digunakan: bunyinya agak mengemparkan. Dia ketawa senang hati. Teman tahu, dia begitu sayangkan Pas. Teman pun sepertinya, sayangkan perjuangan Pas. Musuh teman jelas. Musuh Ibnu hashyim pun jelas. Siapakah lagi, kalau bukan UMNO dan Barisan Nasional laknatullah!

Dalam perbualan kami, teman sempat memberitahunya, bahawa setiap kali Pilihanraya Umum, Kerajaan Pas Kelantan memang dalam keadaan bahaya. UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah tidur dan sentiasa mencari jalan walau dengan apa cara sekalipun untuk menawan Kelantan dari tangan Pas.

Pada pilihanraya Umum nanti, entah berapa lori duit yang akan dibelanjakan untuk membeli undi rakyat Kelantan. Sesungguhnya duit tak jadi masalah pada UMNO. Tokeh judi boleh sediakan. Tokeh arak boleh sediakan. Kontraktor-kontraktor yang diberi beberapa projek besar pun tak kedekut untuk keluarkan duit. Ah, tak payah cerita panjang-panjang tentang hal ini kerana kebanyakkan penduduk bumi dan langit tahu dan teramat tahu , dari sumber mana duit mengalir untuk memenangkan UMNO /BN. Mati dan hidup UMNO / BN adalah kerana duit.

Sebelum kami berhenti berbual, sempat Ibnu hasyim bertanya dengan nada bergurau pada teman " apakah bunyi niat pemimpin UMNO semasa hendak mula mendirikan solat". Teman pun jawab secara berseloroh: "Sahaja aku sembahyang zohor empat rakaat kerana duit".

Isnin, 14 Januari 2008

Tarmizi Mohd Jam , Maafkan Teman Kerana Ketawa hari ini!

Bukan teman sengaja nak tergelak, tapi nak buat macam mana, tak tertahan hati teman dijentik oleh kegelian yang akhirnya menyebabkan teman tak dapat mengelak untuk tergelak. Maafkan teman kerana tergelak wahai kawan-kawan, termasuklah , kawan teman yang berasal dari satu negeri, yang bernama Tarmizi Mohd Jam yang telah lama teman kenali. Teman akui dia memang seorang penulis politik yang hebat. Banyak buku-buku tentang isu politik Malaya yang telah beliau tulis. Teman pun pernah membantu Tarmizi mencetak , majalah yang beliau terbitkan pada tahun 1993. Teman sayang padanya sebagai seorang kawan. Sekira, teman ada masa yang terluang , teman jenguk juga blognya: SanggahtokSago. Blognya pun bagus kalau dibandingkan dengan blog teman yang serba serbi ,lekeh!

Sekali lagi, teman nak mohon ampun pada kawan-kawan, termasuk Tarmizi kerana cukup suka menulis tentang kawasan Parlimen yang mana satu, Tuan Haji Anuar Ibrahim, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Perdana Menteri Malaya akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti.Dan dalam tulisan terbarunya yang teman baca di TranungKite Online pada hari ini, Tarmizi menulis tentang kawasan-kawasan yang dikatakan akan diberi laluan kepada Tuan Haji Anwar Ibrahim untuk bertanding. Beliau menyatakan:

"Sehingga kini, belum ada suatu sumber yang sah berkenaan posisi kerusi yang akan ditandingi Anwar. Sebagai tokoh perdana, dia boleh bertanding di mana-mana sahaja.

Malah saya yakin jika Anwar mahu bertanding di Marang atau Pangkalan Chepa sekalipun, Tok Guru Nik Aziz dan Haji Abdul Hadi Awang tiada keberatan untuk menyerahnya.".

Mizi oh mizi,tidakkah mike sedor, Bang dollah pada bila-bila masa saja akan membubarkan Parlimen. Bukan teman yang cakap, tetapi ramai pemimpin Pas dan PKR sendiri yang meramalkan bahawa pilihanraya akan diadakan selepas Hari Raya China atau selewat-lewatnya bulan Mac. Jadi, apakah kes , Mizi meraban bahawa Anwar boleh bertanding dimana-mana sahaja di Malaya, sedangkan satu Malaya tahu bahawa Ketua Umum PKR itu hanya layak bertanding selepas tempoh edahnya tamat pada pertengahan bulan April 2008 berdasarkan undang-undang Malaya. Lainlah halnya, kalau Bang dollah sengaja memilih untuk membubarkan Parlimen pada bulan April kerana dia merasakan dia sudah terlalu kuat dan hebat dari Anwar ataupun dia sengaja mahu memberi peluang pada Anwar bertanding dalam Pilihanraya Umum, untuk tujuan dia dan menantunya sahaja yang tahu.Dalam politik apa yang kita anggap mustahil berlaku, akhirnya boleh berlaku juga.

Kalau Tarmizi dan kawan-kawan tersangat kepinggin supaya Tuan Haji Anwar bertanding dalam PRU nanti , cubalah korek-korek dan letupkan beberapa isu yang lebih besar yang tak diketahui umum yang secara alami akan membuat Bang dollah tersepit dan memaksanya untuk tidak membubarkan Parlimen sehingga isu-isu yang diletupkan disini sana mengambil masa untuk diamankan , yang akhirnya melayakkan Tuan Haji Anwar bertanding.


Teman pun mahu melihat Anwar bertanding dalam pilihanraya nanti. Kalau dia menang, teman nak tengok adakah dia akan kekal bersama Barisan Alternatif, yang teman rasakan adalah satu pakatan yang masih rapuh. Walaubagaimanapun sebagai tanda kasih sayang teman pada Pas , teman dengan rasa rendah diri , meminta supaya pemimpin-pemimpin Pas berhati-hati dengan permainan politik Anwar yang telah sekian lama beremdam dalam lubuk busuk, UMNO.

Pemimpin tertinggi Pas janganlah terlalu lurus bendul bila bersama dengan manusia yang bernama Anwar Ibrahim kerana beliau pernah kianat pada perjuangan Islam dan pada tahun 1982 pernah menikam Pas dengan menyertai UMNO , sebuah parti yang teman anggap sebagai paksi segala kejahatan di Malaya!

Mizi kawanku, sekali lagi teman mohon maaf kerana ketawa! . Tak dapat teman tahan hati ini dari digeteletik oleh rasa geli yang tak terhingga dengan tulisan Mizi dan andaikata teman tersilap kerana kurang faham tentang maksud Mizi bahawa Anwar Ibrahim boleh bertanding dimana-mana di Malaya, maka ketawakanlah teman sepuas-puasnya. Teman reda. Tak jadi hal! Bukanlah nama kawan, kalau kita tak pandai bergurau senda di antara satu sama lain!

Khamis, 10 Januari 2008

Ingatkah Kita Di Bulan Muharam Berlaku Peristiwa Pembunuhan Cucu Rasulullah S.A.W?

Hari ini Umat Islam menyambut ketibaan bulan muharam. Dan seperti lazimnya,terdapat banyak ucapan dari tokoh-tokoh agama dan politik, sempena sambutan bulan Muharam. Kebanyakkan, isi ucapan , tidak kira yang cenderung kepada UMNO atau Pas tidak banyak beza , iaitu kita mesti menghayati semangat hijrahtul rasul. Memang tidak ada salahnya , ucapan yang sedemikian. Tapi bila teman baca tulisan kawan blogger yang teman cukup senangi, iaitu Baqak aka penarikbeca, mata teman berkaca. Airmata teman mengalir perlahan ke pipi. Tulisan beliau ringkas tetapi cukup menikam kalbu:

"Selamat menyambut Muharram. Bulan ini adalah bulan kesedihan Ahlul-Bait 'a.s.s. dan pecinta mereka. Imam 'Ali Ridha 'a.s. berkata, “Ketika bulan Muharram tiba, tidak seorang pun melihat ayahku tertawa. Hari-hari dilalui dengan sedih sampai hari kesepuluh. Ketika hari kesepuluh tiba, iaitu hari musibah, kesedihan dan hari tangis beliau semakin memuncak. Beliau bersabda, “Hari ini adalah hari dibunuhnya Husain 'a.s.”.

Teman pun tak tahu mengapa setiap kali teman teringat atau diingatkan tentang peristiwa trajis yang berlaku ke atas Imam Husain a.s,jiwa teman terasa hancur lebur dan kesedihan yang sukar untuk diungkapkan merobek seluruh jiwa raga teman.

Sungguh kejam, biadap, zalim dan tak berhati perut para konspirator yang tergamak membunuh cucu kesayangan dan buah hati Rasulullah s.a.w semata-mata untuk menguasai tampok pemerintahan yang tidak layak bagi mereka. Semoga Allah melaknati sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembunuhan Imam Husain a.s di Karbala.

Walaubagaimanapun ,sebahagian besar umat ini kurang sangat mengingati peristiwa trajis yang berlaku ke atas cucu kesayangan Rasulullah S.A.W dibulan Muharam , seolah-olah peristiwa trajis di Karbala cuba disorok dan para konspiratornya cuba dilindungi atas alasan ianya adalah peristiwa sejarah yang tak perlu diungkit lagi . Disinilah perbezaan ketara diantara pencinta Ahlul Bait yang sejati dengan sebahagian umat yang lidah mereka mengaku mencintai Ahlul Bait, tetapi hati mereka tidak terusik sedikitpun dengan peristiwa trajis di Karbala.

Sepatutnya seluruh pejuang Islam diseluruh dunia mencontohi semangat kental Imam Husain a.s yang tidak pernah walaupun sesaat takut untuk menghadapi manusia-manusia zalim demi menegakkan panji kebenaran , sebagai bukti dan tanda kasih kepada Ahlul Bait yang cuba dilupakan oleh pihak tertentu kerana sebab yang mereka sahaja yang tahu!

Hari Ini Teman Tak Sentuh Sikitpun Isu-Isu Politik Malaya

Dah banyak hari teman tak tulis apa-apa. Saja teman menyibukkan diri di studio. Kononnya nak siapkan lagu-lagu yang sudah siap disusun untuk dirakam menjadi sebuah album. Tapi kasihan pada diri sendiri, hasilnya baru dua buah lagu yang telah dimasukkan muziknya. Dua lagu tu pun masih perlu digilap lagi dari segi susunan muziknya. Belum lagi termasuk kerja mixing dan mastering.

Memang kerja ini, meletihkan. Cuba bayangkan , dua hari suntuk, siang dan malam berperap dalam studio , hanya dua buah lagu yang mampu disiapkan.

Kekadang teman bertanya pada diri sendiri 'apa dah jadi dengan aku ini', dari seorang eksekutif disebuah syarikat GLC, bertukar professi dalam bidang muzik. Inilah akibatnya bila kemahiran teman tak dipelbagaikan. Dan kemahiran yang teman miliki kebanyakkannya , memerlukan kerja menulis dan bercakap. Sedangkan teman dah tak larat nak buat kerja macam itu lagi.

Kalau ditakdirkan teman sihat, kemungkinan teman tak akan berhenti kerja. Seronok juga berkerja di syarikat lama , kerana setiap bulan dapat gaji melebihi elaun ahli Parlimen. Tapi nak buat macamana, orang sakit macam teman sebaiknya berhenti.Maka , terpaksalah teman membuat kerja yang tak perlu menulis kertas kerja yang berjela-jela dan dalam masa yang sama tak perlu repot pada pihak pengurusan atasan yang kebanyakkanya tak tahu apa yang mereka mahu. Dan teman juga , tak perlu lagi mengurus staf dibawah kawalan yang mempunyai seribu satu macam perangai terutama mereka yang mempunyai kemahiran mengampu yang tinggi dan tak malu teman nyatakan bahawa ada masa dan ketika tertentu , teman pun pernah terpesona dan terpedaya.

Pernah kawan-kawan bertanya pada teman, mengapa tiba-tiba teman melibatkan diri dalam muzik selepas bersara kerana terima VSS. Jawapan teman: " Katakan tiba-tiba Pas berjaya memerintah Malaya, muzik keluaran studio teman boleh dijadikan model atau penanda aras yang boleh diikuti oleh pemuzik-pemuzik lain".

Mungkin jawapan teman bunyinya agak bombastik. Atau mungkin jawapan teman terlalu simplistik, seolah-olah kesemua jenis muzik di Malaya tidak boleh dijadikan model kerana tidak islamik.

Okaylah, baiklah teman berterus terang tanpa berganjak dari jawapan yang pertama bahawa teman yang sakit, perlu mengaktifkan otak supaya tidak terlalu berkarat dan dalam masa yang sama teman mencuba mencari rezeki melalui bidang ini. Apatah lagi bidang muzik ini, memang teman minati sejak remaja dulu dan teman akan mencuba sedaya upaya agar muzik teman tidak terpesong dari etika Islam. Harap-harap , Mufti Perlis akan memantau muzik teman agar tak keluar dari landasan . Apapun, teman berharap agar beliau janganlah terlalu terikut sangat dengan salah seorang ulama pujaannya, iaitu Sheikh Nasiruddin Al Bani, yang fatwanya tentang muzik terlalulah keras, sekeras kepala otak Bang dollah dan menantunya !

Jelas sekali , posting teman kali ini adalah diantara yang paling sopan mengikut ukuran para diktator dulu dan kini, kerana tak sentuh sikitpun tentang isu politik Malaya, yang memang sentiasa dalam keadaan haru biru. Dan dalam posting kali ini teman juga tak sikitpun mengusik Bang Dollah dan kerajaan BNnya yang sudah sampai waktu dan ketikanya dihumbankan ke laut China Selatan atau Laut Mati pada Pilihanraya Umum yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Teman dah cakap ,bahawasanya teman hari ini sikitpun tak sentuh tentang politik Malaya yang telah dikotori oleh BN yang sejak 50 Tahun yang lalu telah menaburkan sejuta jenis najis sepanjang tempoh pemerintahannya, dan oleh kerana itu ,janganlah kawan-kawan hairan pada hari ini teman lebih banyak meraban tentang muzik!

Jumaat, 4 Januari 2008

Najib , Kau Bercakap Tentang Moral Ya !

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa mengamalkan nilai yang baik, berdisiplin tinggi dan menjaga tingkah laku dalam kehidupan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perkara itu perlu bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan mencemarkan imej mereka dan kerajaan, terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dipetik dari Berita Harian Online hari ini.

Najib tahu di antara masalah besar di kalangan pemimpin parti komponen BN adalah buruk kelaku. Hampir botak kepala Najib memikirkan masalah tingkah laku kawan-kawannya. Ikutkan hati, mahu dia mengebom sampai kojol kawan-kawannya yang tidak mengamalkan nilai baik, seperti mentadarah rasuah, menerima komisyen beli alat kelengapan ketenteraan, berhubung baik dengan para artis sehingga ada yang pernah ditangkap basah di Port Dikson dan macam-macam perbuatan yang tak senonoh yang sukar untuk dibilang dengan jari.

Sesugguhnya Najib , tak mahu akibat dari perangai buruk pemimpin BN, akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu terutama menjelang pilihanraya. Kalau boleh dia mahu semua pemimpin BN yang beragama Islam berkopiah dan berulang alek ke Masjid, untuk membuktikan bahawa mereka adalah suci tanpa debu dosa. Dan kalaulah mereka nak berskandal juga , carilah tempat yang selamat. Musa Hassan, boleh tolong usahakan kerana dia boneka yang taat setia.

Teman prihatin dengan peringatan Najib. Dia betul-betul susah hati. Tak mengapa, teman akan hiburkan hati Najib dengan gambar-gambar yang akan mengingatkan dia tentang erti moral yang berkaitan dengan dirinya.



Khamis, 3 Januari 2008

Ayah Apakah Nama Makhluk Yang Menyalak Dalam Pagar BN?

"Ayah apakah nama makhluk yang menyalak didalam Pagar BN?"

"Rashid"

"Ayah apakah nama makhluk yang menyalak di dalam pagar BN?"

"Rashid"

"Ayah, apakah nama makhluk yang menyalak di dalam pagar BN?"

"Rashid"

"Ayah apakah nama makhluk menyalak didalam Pagar BN?"

"Rashid"

"Ayah apakah nama makhluk yang menyalak di dalam pagar BN?"

"Rashid"

"Ayah, apakah nama makhluk yang menyalak di dalam pagar BN?"

"Rashid"

Maka sang ibu pun menegur anaknya yang bertanya banyak kali soalan yang sama dan diberi jawapan yang sama oleh si ayah.

"anakku, mengapa tanya soalan yang sama berulang kali pada ayah. Kesian ayah, kerana terpaksa memberi jawapan yang sama banyak kali.

Lalu si anak kecil tersenyum dan kemudian ketawa dan dia mengalihkan pertanyaan kepada ibunya:

"Ibu, apakah nama makhluk yang menyalak dalam pagar BN?"

Maka ibunya dengan muka yang kurang ceria menjawab: " Rashid! Ibu merayu jangan sekali , anakku bertanya soalan yang sama, kerana ibu geli geleman menyebut nama itu".

Nota : Babak lakonan di atas adalah diilhami oleh sebuah iklan di TV. Tentu Sdr Sallehuddin Ayub, kalau baca akan tersenyum kerana ada hubungan dengan kenyataannya disini.

Rabu, 2 Januari 2008

Chua Gua Tabik Sama Lu Kerana Tak Seperti Pondan Tua!

Teman tabik tiga kali pada Chua Soi Lek kerana akhirnya membuat kenyaataan terbuka secara anak jantan, bahawa dialah aktor dalam DVD lucah bersama seorang wanita yang merupakan teman baiknya.

Mungkin oleh kerana atress yang berlakun bersamanya dalam cerita yang tanpa plot dan skrip itu merupakan kenalan baiknya, maka anak isterinya telah memaafkan kesalahannya.

Juga tidak mustahil Chua telah memberi tahu pada anak bininya, bahawa lakonannya, bukan bertujuan tak baik. Ianya adalah satu keadah untuk merapatkan lagi hubungan sesama insan, terutama terhadap teman wanita yang rapat dengannya. Dan dalam masa yang sama dia mungkin telah dapat menyakinkan anak bininya bahawa dia mahu mengulangkaji bidang perubatan yang lama beliau tinggalkan dengan melakukan 'total medical check up' terhadap teman baiknya itu.

Oleh itu jangan hairan sangat mengapa anak isterinya sanggup , memaafkan Chua dan berjanji akan mengharungi saat-saat yang mungkin boleh menjahanamkan karier politik suaminya.

Sebelum dia membuat kenyaataan terbuka tersebut, Chua telah menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan PM dan TPM , memberitahu keadaan sebenar yang berlaku.

Tak tahulah kita apakah riaksi PM dan TPM Malaya. Mungkin salah seorang dari mereka merungut dengan berkata " Mengapa kamu tidak periksa setiap penjuru bilik hotel, untuk memastikan tidak ada kamera yang akan merakam adegan lakonan yang motifnya untuk mengeratkan hubungan persahabatan?. Bukan kamu tidak tahu, dalam dunia politik , kamu pasti ada musuh dikalangan kawan ataupun lawan. Ramai kawan-kawan kita dalam kerajaan BN sama seperti kamu , suka mengeratkan hubungan persahabatan dengan wanita , tapi mereka selamat. Kenapa? Kerana mereka berhati-hati.".

Chua juga dalam kenyataannya, mengatakan dia tak akan meletakkan jawatan kerana isu ini. Teman pun seperti kawan blogger yang teman hormati iaitu si penarikbeca tidak berminat untuk menuntut Chua meletak jawatan kerana ianya tidak akan mengurangkan sedikitpun ciri-ciri penting kerajaan Barisan Nasional iaitu korup, zalim, dan sejak zaman berzaman para pemimpinnya sudah tidak punya moral!

Sekali lagi, teman tabik pada Chua yang berani buat pengakuan seperti anak jantan sejati , tidak seperti pondan-pondan tua UMNO/BN dan para balachinya yang tidak mahu mengaku sedikitpun kelemahan mereka, termasuk si Rashid SPR yang lidahnya bercabang sepuluh (malas nak nak ulas kenyataan terbarunya yang serba bahlol itu!)