Sabtu, 1 Mac 2008

Contoh-Contoh Insan Kamil Dalam UMNO

Lebih dari tiga hari teman sibuk. Teman tak larat nak ceramah. Lebih tak larat untuk tampal poster atau pasang bendera atau banner. Yang teman mampu buat ialah, mengumpul duit dari kawan-kawan yang takut untuk ke depan, untuk disumbangkan kepada calun-calun Pas bagi tujuan belanja kempen.

Hari ini sempat juga teman menziarahi sepupu teman yang bertanding atas tiket PKR menentang Zahid Hamidi di Bagan Datoh. Sekurang-kurangnya sepupu teman gembira dengan kehadiran teman yang masih sakit untuk memberi sokongan. Teman, tahu perjuangannya untuk menumbangkan seorang kaki tinju, adalah penuh dengan kepayahan. Bagan Datoh, setahu teman dihuni oleh ramai penyembah parti keris yang hidup dan mati mereka hanyalah kerana UMNO!

Oleh kerana badan terasa amat lelah dan letih sebab teman baru sahaja sampai di rumah setelah lama tak berjalan jauh, maka tak banyak yang dapat teman tulis. Walau macam manapun sudilah apa kiranya kawan-kawan membaca tulisan kawan teman yang mahu turut memeriahkan dunia blogging. Bagus juga isi kandungan blognya. Sila lawat blognya selepas membaca tulisannya yang teman salin keselurahan isinya:-

CONTOH-CONTOH TERBAIK DARI PEMIMPIN BN Bhg 1

Tan Sri Musa Hitam

Mengakhiri karier politiknya sebagai TPM Malaya semasa Malaya di bawah taklukan Dr Mahathir. Sejarah terbaik yang ditinggalkan beliau semasa berkuasa ialah menjajah Memali di mana ramai orang-orang yang tidak berdosa diseranghendap menggunakan kereta kebal dan senjata api. Alangkah baiknya kalau gerombolan tersebut dihantar ke Palestin untuk melawan Yahudi.

Rahim Tamby Chik
Tatkala beliau berada di singgahsana Melaka, beliau telah memainkan peranan yang penting dalam drama swasta bersama gadis bawah umur. Namun sayang, beliau masih gagal memikat hati James Cameron untuk menjadi hero filem Titanic. Hari ini ramai para pelajar sekolah cuba untuk menampilkan diri dengan aksi yang melampau di youtube. Thanks Rahim.

Syed Nahar Shahabudin
Semasa diberi mandat memimpin negeri Kedah, beliau dengan bangganya membawa watak Mantoya del Monte. Mungkin kerana pistolnya tak cukup kuat digenggam, akhirnya Antonio Banderas dipilih sebagai hero dalam Desperado. Akhirnya beliau disingkirkan dan tempatnya digantikan oleh Osman Aroff.

Mat Isa Samad
Pemegang posisi MB paling lama dalam sejarah Malaya. Beliau berjaya menembusi pasaran pemilihan UMNO di peringkat paling atas. Jumpa di Masyhar antara kalam yang diperjuangkan olehnya semasa pemilihan. Ini merupakan suatu taktik terbaik memancing bahlol-bahlol yang kemaruk duit. Namun, beliau akhirnya akur dengan ketua hadhari.

Abu Hassan Omar

MB yang kuat mempertahankan supaya Putrajaya diletak di bawah pemerintahan Selangor. Namun beliau dijerat oleh orang nombor 1 di masa itu dengan kehadiran anak di luar nikah. Pelajaran ini merupakan pelajaran berterusan diamalkan oleh kebanyakan orang yang bahlol dengan melakukan apa saja yang boleh disaksikan di youtube.

Hishamuddin Hussein
Merupakan calon yang naik hasil nepotisme. Walaupun beliau tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin ulung, namun beliau telah membuktikan bahawa orang yang gagap juga boleh menjadi ketua seluruh pemuda dalam satu parti yang mempunyai imam hadhari. Dengan senyuman yang dilihat macam nak menangis dan tak macho, beliau merupakan pencium keris terulung di Malaya.

Muhammad Mohd Taib
Membuktikan bahawa anak raja boleh dibawa lari untuk berkahwin. Dia juga membuktikan bahawa orang yang bangang bahasa Inggeris boleh memimpin sebuah negeri yang kaya di Malaya.

Batang Pisang
Diakui oleh Dr Mahathir bahawa batang pisang boleh diletakkan sebagai colan BN kerana penyokong setia UMNO akan pasti memangkah batang pisang sekiranya bertanding atas tiket BeEnd. Pisang emas dibawa belayar, batang pisang dibawa bertanding. Bahlol.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt dgn komen abg sheikh...mmg ramai yg dah jadi bahlol krn buta duit, kangkang betina...dll yg seumpamanya...yg pak haji pn sama...

Tanpa Nama berkata...

pak sheikh,
mika ni orang teluk anson ke??.,teman pon org sane dan sekolah st anthony gak....alah depan sekolah convent pompuan tu kan bila time rehat kan kite gorat budak2 convent tu!!!!
teman kalu bole nak tahu jugak mike sbb banyak kenangan lama di situ....oh ya teman junior yop 2 tahun kot...