Isnin, 31 Disember 2007

Sebenarnya Najib Yang Bangkrup : Idea dan Perjuangannya!

Lihat muka depan Utusan Malaysia Online hari ini, anak arwah Tun Razak yang sekarang TPM Malaya menyatakan , adalah tidak masuk akal bagi team pembangkang untuk menurunkan harga petrolium, sekiranya mereka berkuasa.

Berkatalah si Najib anak bekas PM kedua Malaya lagi, negara akan jatuh bangkrup kalau usul/janji parti pembangkang untuk menurunkan harga petrolium dilaksanakan sekiranya dipilih oleh rakyat, dalam keadaan harga komuditi tersebut sedang melambung tinggi.

"Mana mereka letakkan akal?" kata Najib lagi yang tak percaya harga petrolium boleh diturunkan sekiranya pembangkang berkuasa. Janji dan usul sejenis ini adalah taktik pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat.Begitulah lebih kurang kenyataan selanjutnya bakal Perdana Malaya yang ke enam sekiranya bang dollah turun tahta atau tiba-tiba mengadap Penciptanya.

Entahlah apa yang teman nak cakap tentang si Najib tuan punya istilah 'Glokal'.

Apa yang boleh teman cakap, mentaliti si Najib ini rupanya masih ditahap beku, sebeku-bekunya. Sebagai seorang pemimpin negara beliau tidak sepatutnya berfikiran seperti ahli JKKK.

Adakah Najib Glokal telah lupa, mentornya sewaktu dulu, iaitu Tun Mahathir telah menongkah arus dalam menghadapi krisis kewangan pada tahun 1998 dan telah dengan beraninya mengikat mata dollar pada kadar RM3.80 dan dalam masa yang sama menolak bantuan IMF. Dan adakah dia telah lupa , pada waktu yang kritikal itu, kebanyakkan pakar ekonomi di Malaya dan antarabangsa mengumpat tindakan Mahathir sebagai tak masuk akal. Namun, terbukti kemudiannya, si penyangak mata wang, George Soros,pun turut memberi tabik hormat kepada keberanian Mahathir melawan arus semasa krisis kewangan yang berlaku disekitar tahun 1997/1998 .

Pemimpin yang punya pemikiran yang hebat dan prihatin terhadap kebajikan rakyat ,tentunya mempunyai pelbagai cara untuk menghadapi sebarang masalah, termasuk dalam isu kenaikan harga petrolium. Bukan pemimpin hebat namanya, sekiranya kepandaiannya cuma setakat mencari helah yang akan membebankan rakyat yang semakin terhimpit akibat dasar kerajaan BN yang tak berhati perut dan akalnya diletak di kepala lutut!

Kenyataan Najib terhadap usul/janji parti pembangkang untuk menurunkan harga petrolium kalau diberi mandat untuk berkuasa, jelas menunjukkan beliau termasuk seorang yang terlalu lama terperangkap dalam pemikiran ekonomi yang kuno dan kerana itu terus bertempik bahawa akibat dari harga pasaran petrolium semasa didunia naik, maka kerajaan BN tidak ada jalan lain melainkan akan menaikkan harga komuditi tersebut, walaupun Malaya adalah negara pengeluar minyak.Begitu mudah cara berfikir si Najib yang bernafsu besar untuk menjadi PM Malaya tetapi IQ dan EQnya menghampiri angka nol!

Walaupun, teman bukan pakar ekonomi, teman berpendapat bahawa harga petrolium boleh diturunkan atau selekeh-lekehnya dikekalkan ditahap sekarang melalui beberapa pendekatan dan formula ekonomi yang bukan terhasil dari pemikiran konventional dan kaku.

Teman percaya usul/janji pembangkang untuk menurunkan harga petrolium bukan omongan kosong. Ianya tentu telah dikaji dengan mendalam dari pelbagai sudut dan teman percaya , pemimpin pembangkang akan mengunakan pendekatan dan fomula ekonomi yang lebih elastik ,serta berani melanggar beberapa prinsip ekonomi konventional yang berasas kapitalisme . Dan pendekatan dan formula ekonomi sebegini, sesungguhnya tidak pernah terlintas dalam pemikiran Najib yang sejak dari dulu telah dibelenggu oleh 'school of thought ' yang telah menjadi lapuk ditahap kritikal.

Najib jelas sama seperti bossnya, yang terkenal diseluruh penjuru alam sebagai seorang pemimpin yang kaya dengan kebangangan yang luar biasa dan tidak punya wawasan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Kesimpulannya ,pemimpin BN termasuk Najib sesunguhnya telah lama jatuh bangkrup dari segi idea dan perjuangan. Hanya si dunggu dan tolol yang akan berusaha keras untuk meneruskan kebodohan yang nyata memilih BN , memerintah Malaya selagi ada matahari, bulan dan bintang dilangit!

Sabtu, 29 Disember 2007

Berdansa Dengan Bang Dollah di Dataran Merdeka!

Sambil menahan kesakitan di bahagian bahu dan tengkuk, teman mengagahkan diri menonton Warta Perdana , pada malam tadi. Sambil mengurut perlahan bahu dan tengkuk teman dengan minyak kayu putih, dapat teman lihat dan dengar kenyataan seorang badut UMNO yang juga menjadi menteri yang menjaga hal ehwal pelancungan Malaya.

Siapa lagi kalau bukan si Engku Nan yang pernah mencadangkan pusat hiburan dibuka hingga tiga pagi bagi membolehkan pelancung dari luar negara berhibur.Dan malam tadi di kaca TV dia membebel, bahawa sejak kebelakangan ini, pelancung dari luar mula takut melancung ke Malaya kerana gara-gara demonstrasi jalanan.

Geli hati teman mendengar cakap-cakap si badut UMNO ni.Masakan teman tak geli hati, dia sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri kalau betul berlaku kemorosotan kadar kemasukan pelancung luar negara sempena Tahun Melawat Malaya.Mengapa dia dan Kementeriannya serta agensi-agensi yang berkaitan tidak melakukan usaha yang lebih proaktif seperti memberi tahu pada bakal pelancung bahawa mereka tidak perlu gundah gulana melawat Malaya kerana beberapa siri perhimpunan yang berlaku adalah perhimpunan aman.

Dan untuk lebih menyakinkan bakal pelancung bahawa Malaya berada dalam keadaan aman damai, sepatutnya Engku Nan boleh mengunakan pelbagai cara untuk memaklumkan secara berterus terang keadaan di Malaya yang sebenarnya.

Misalnya dia dan kementeriannya perlu memberitahu bahawa ,perhimpunan aman akan menjadi tidak berapa aman apabila terdapat campur tangan berlebihan Polis Malaya.

Dan bila ditanya mengapa Polis Malaya bersikap begitu , maka Engku Nan boleh menjawab bahawa Polis Malaya sejak dulu lagi telah dilatih agar pandai bergurau senda dengan rakyat jelata.

Seterusnya, Engku Nan boleh memberitahu kepada bakal pelancung supaya jangan risau apabila melihat Polis Malaya menghamburkan air kimia, gas pemedih mata dan menghayun kayu belantan terhadap para peserta perhimpunan aman kerana ini adalah sebahagian dari tugas Polis Malaya dalam kerangka bersenda gurau dengan orang awam.

Maka dengan itu, seluruh makluk dari seluruh pelusuk dunia akan berpusu-pusu berkunjung ke Malaya untuk melihat kehebatan Polis Malaya yang pandai dan pintar bergurau senda dengan rakyat!

Dan teman pada hari ini, ingin mencadangkan suatu idea yang paling bernas pada Engku Nan dalam usaha menarik lebih ramai pelancung datang ke Malaya . Dengan cadangan yang akan teman kemukakan kejab lagi, teman percaya bukan sahaja pelancung biasa akan berpusu-pusu datang melawat Malaya, bahkan pemimpin-pemimpin dari seluruh negara di alam maya ini akan turut membanjiri Malaya. Dan pastinya, Engku Nan boleh tersenyum,kerana misi Tahun Melawat Malaya akan menjadi terlalu berjaya di luar jangkaan.

Cadangan teman nampak ringkas tetapi boleh dilaksanakan kerana ianya adalah bersesuaian dengan ajaran Islam hadhadri.

Adalah dicadangkan, Bang dollah dan para menterinya, berdansa setiap malam dengan isteri masing-masing di Dataran Merdeka. Cuba bayangkan, betapa seronoknya makluk di dunia ini melihat bang dollah menari rentak cha-cha dengan isterinya di atas pentas di Dataran Merdeka diiringi oleh Okestra RTM.

Kemudian diikuti oleh Tok Najib dan isterinya yang akan menari rock and roll. Dan percayalah semua orang akan turut terhibur dengan lengok lembut si Tok Hisyam Panglima Keris UMNO, yang akan menari berentak zapin dengan isterinya. Kegamatan akan menjadi lebih luar biasa apabila Tok Samy Vellu, Menteri Kerjaraya dan Kuil muncul untuk menari tarian India bersama isterinya.

Dan cuba bayangkan, Presiden Bush membatalkan kesemua jadual kerjanya dalam tempuh seminggu , semata-mata untuk datang ke Malaya sebagai pelancung kerana mahu melihat dengan biji matanya sendiri persembahan bang dollah menari rentak Cha-Cha dengan isterinya yang siang malam diusung ke sini sana.

Semoga cadangan teman ini diterima dengan senang hati oleh Engku Nan. Cadangan ini mempunyai serampang dua mata. Pertama untuk menarik pelancung dari seluruh benua di atas muka bumi ini , melawat Malaya , seribu kali ganda daripada sasaran. Keduanya, pihak polis ada alasan untuk menolak permohonan mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka!

Khamis, 27 Disember 2007

Saman ! Jangan Tak Saman Polis Malaya

Hari ini Mat Sabu dan Hj Mustafa Ali membuat laporan polis terhadap penangkapan polis yang tidak mengikut prosidur.

"Ketika ditangkap di Plaza Tol Tambun, saya diperlakukan seolah-olah mafia," kata Mohamad Sabu kepada wartawan sebaik selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, polis bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan tukul besi sebesar kepala lutut dan kemudian mengheret beliau keluar ala-mafia seolah-olah dia adalah penjenayah kejam yang sangat dikehendaki.

Sementara itu, Mustafa menggesa polis menjalankan satu siasatan lengkap ke atas penangkapan beliau yang dipercayai tidak sah (unlawful inprisonment) dan bertentangan undang-undang.

Menceritakan kejadian tangkapannya pada 11 Disember lalu, Mustafa berkata semasa keluar dari pintu bangunan Parlimen, beliau didatangi pegawai polis yang minta diikuti ke kenderaan polis.

"Saya tanya untuk apa dan dia menyatakan ini berkait dengan 'court order' (perintah mahkamah) sambil menunjukkan kepada saya. Saya sempat melihatnya, dan berkata bahawa nama saya tidak tertera di situ, namun dia menyatakan bahawa saya adalah 'suspek' dan apabila ditanya suspek apa?' anggots polis membisu," kata Mustafa.


Untuk bacaan terperinci baca disini

Dan pada hari ini juga tiga ratus orang hadir di perkarangan mahkamah Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan kepada Suwandi dan Azman yang memfailkan saman terhadap pihak polis dan kerajaan Malaya.

Saman Suwandi yang difailkan oleh Wan Mutalib & Co dan Azman oleh Tetuan Haris & Co. Kedua-dua peguam tersebut sampai diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu sekitar jam 9.15 pagi. Kehadiran mereka disambut dengan seruan 'Allah yang maha Besar' oleh orang ramai yang hadir di situ.

Untuk bacaan terperinci baca disini


Memang patut Polis Malaya di saman. Banyak sangat tindakan pelik dan ganas telah mereka lakukan terhadap pemimpin dan ahli Pas. Teman tak nak cakap banyak, takut jadi macam blogger, Cucu Mat Kilau, yang ditahan Polis atas tuduhan yang gilababi. Teman pun bukan berani sangat. Cukuplah kalau sekadar teman syorkan pada bang dollah supaya Polis Malaya memakai topi seperti imej di bawah dan cuba teka , imej badge polis negara mana , dan topi polis zaman bila? Kalau kawan-kawan berjaya menjawab dengan tepat, teman belanja kopi secawan! Kalau susah sangat cuba gunakan google search engine dan type :Israel Police dan GestapoPolice. Mungkin kawan-kawan akan dapat jawapannya. Selamat mencuba!






Rabu, 26 Disember 2007

Susah Hendak Jumpa PM? Cuba Minta Tolong Pada Mufti Perlis

Permohonan untuk berjumpa dengan Bang dollah oleh Parti Pembangkang dan beberapa buah NGO pada 12 Disember yang lalu, bagi membincangkan beberapa isu, belum menampakkan sebarang riaksi positif. Bang dollah masih berdiam diri.Membatu dan membisu seribu bahasa.

Jangan tanya mengapa Bang Dollah boleh sesenang hati bertemu dengan DAMAI kerana semua orang tahu jawapannya. Tapi kita boleh bertanya, mana janji Bang dollah untuk mendengar suara dan keluhan rakyat? Adakah wakil pelbagai NGO dan Parti Pembangkang, sejak dari dulu lagi telah tidak dianggap rakyat yang sah oleh Bang Dollah?

Harakahdaily memetik kenyataan Haji Mustafa Ali,Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat,"Kita masih memberikan masa kepada PM untuk mempertimbangkan permintaan kita untuk mengadakan pertemuan tersebut,"

Huhhh, susah. Memang susah untuk berjumpa dengan orang sesuci bang dollah.Tapi masih ada orang yang boleh bersabar untuk menunggu kesediaan Bang dollah untuk mengadakan pertemuan. Walaupun mereka tahu bahawa Bang dollah seolah-olah duduk di atas kayangan dan malas nak turun ke bumi untuk bertemu dengan rakyat jelata!

Oleh itu teman mencadangkan Mufti Perlis memujuk Bang dollah untuk bersetuju menerima kunjungan wakil NGO dan pembangkang.

Mengapa Mufti Perlis? Sebabnya, Mufti Perlis sering berkata, bahawa untuk menegur pemerintah hendaklah mengikut tertib iaitu dengan cara bersemuka , bukan dengan cara menegur dari jauh. (Tapi lihatlah, betapa sukarnya untuk bertemu dengan seorang Perdana Menteri yang 'makamnya'tinggi).

Jangan salahkan Mufti Perlis kalau dia berkata sedemikian. Setiap hujah Tuan Mufti Perlis ada sandarannya, iaitu hadis Nabi. Maklumlah dia seorang pakar yang amat faham ilmu hadis dari segi tektual dan kontektualnya.

Dan mungkin juga dia masih terasa-rasa zaman kegemilangan pemerintahan Islam lebih dari seribu tahun dulu masih berlarutan hingga ke zaman pemerintahan Sheikh Imam Abdullah Badawi Al Islam Hadhari, dimana rakyat boleh bersemuka dengan khalifah dari pagi hingga petang dan dari malam hingga subuh.

Oleh itu, Brother Anwar, pemimpin NGO dan pembangkang yang lain , bolehlah minta bantuan Mufti Perlis! Harap-harap janganlah dia akan berkata:"Ini bukan tugas saya sebagai Mufti".

Ahad, 23 Disember 2007

Bacalah ! Cadangan Teman Buat GMI

"Program solidariti anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dijadualkan malam ini di Dataran Merdeka telah ditunda ke 5 Januari 2008 bagi memenuhi kehendak pihak polis untuk mendapatkan permit.

Wakil Pusat Sokongan Keluarga (PSK) GMI, yang juga isteri tahanan ISA, Norlaila Osman, memberitahu Harakahdaily, bahawa GMI memutuskan untuk menangguhkan program tersebut bagi mendapatkan permit polis.

"GMI bukan sebuah badan yang tidak mematuhi undang-undang. Jadi, kita akan mohon permit polis sebagaimana yang mereka mahukan," kata beliau
. Petikan Dari Harakahdaily.

Teman tabik hormat kepada GMI kerana menangguh program solidariti untuk mendapatkan permit polis kerana "GMI bukan sebuah badan yang tidak mematuhi undang-undang".

Bagusssssssssssss. Soalnya,adakah Polis Malaya sudah jadi pasukan yang penyayang yang akan memberi permit semudah memetik ibu jari ditangan?

Jangan marah, kalau teman ramalkan, Polis Malaya yang diketuai oleh Musa Hassan, sudah terbiasa menjadi boneka kerajaan BN dan kerana itu , HAMPIR PASTI TIDAK AKAN MEMBERI permit seperti yang dikehendaki oleh GMI. Lainlah, kalau Musa Hassan dah hilang akal, lalu mengarahkan pegawainya meluluskan permohonon permit tersebut.

Tapi susah bagi Musa Hassan mengalami kehilangan akal sebab, akal beliau dijaga baik oleh Bang dollah dan geng. Oleh itu sekali lagi, jangan marahkan teman, kalau berkata dengan nada sinikal "malammmmm sikit!"

Seperti kebanyakkan rakyat, teman pun dah lama bosan dan meluat dengan sikap Polis Malaya dan Kerajaan Otakkunokratik iaitu BN (semoga laknat Allah keatasnya). Puak ini sudah lama tak tahu berbahasa manusia. Puak ini, seperti yang digambarkan oleh sebaris bait puisi Allahyarham, Chiril Anuar:" binatang.....dari kumpulan yang terbuang".

Sebagai cadangan alternatif, apa kata, pihak GMI mengadakan perhimpunan solidariti pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka, juga di Bukit Bintang , serta di Dataran KLCC atau dimana-mana saja dimana terdapat manusia berhimpun beramai-ramai tanpa permit untuk menyambut kedatangan tahun baru 2008.

Di tengah malam itu tak perlu pihak penganjur GMI berucap sebutirpun , tapi cukup sekadar meminta seluruh pendokong membawa sepanduk yang mengecam akta laknat yang bernama ISA.

Percayalah pemimpin BN dan bonekanya iaitu Polis Malaya tentu teramat gembira , kerana malam sambutan tahun baru tersebut disambut secara meriah dengan konsert dan sepanduk!

Kalau pendapat teman ini, bunyinya bodoh, tak payah ikutlah. Teman sekadar beri pendapat!

Khamis, 20 Disember 2007

Teman Sokong Umno Dalam konteks.................

Teman rasa nak sokong UMNO. Ramai umat Melau Islam pun sokong UMNO. Tanya pada kawan-kawan blogger seperti Si Kuda Kepang, Sang Kelambai, Marina Mahathir, dan ramai lagi, mereka secara langsung atau tidak langsung masih menyokong UMNO.

Sayang mereka pada UMNO tak pernah padam. Yang mereka benci cuma Presiden UMNO, iaitu Bang dolah al-hadhagari. Mereka benci Bang dollah, bukan kerana bang dollah tak lawa. Bukan batang tubuh bang dollah yang dibenci. Mereka benci pada pemikiran dan tindak tanduknya. Pemikiran dan tindak tanduk bang dollah, boleh memusnahkan negara.

Bila bang dollah , ditakdirkan turun tahta, kita tengok apakah mereka akan menentang Najib. Sekiranya, Najib tidak banyak beza dengan pemikiran dan tindak tanduk bang dollah, mungkin mereka tetap menghalakan mariam yang sama yang pernah dihalakan pada Bang dollah.Kalau Najib macam bapaknya, yang dikatakan banyak berjasa pada bangsa, negara dan agama, tentu mereka kurang bising atau terus senyap.

Oleh itu tidak hairanlah mereka mahu bang dollah turun tahta dengan segera. Harapan mereka pada Najib amat tinggi. Jarang sekali, mereka menyentuh Najib. Kalau Najib disentuh dalam tulisan di blog mereka, sentuhan itu lebih merupakan sentuhan kasih sayang.

Oleh sebab itu , kebanyakan mereka yang membenci bang dollah tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR atau Pas. Kerana apa ? Jawabnya kerana mereka masih sayang pada UMNO, walaupun ada yang telah dipecat dari parti tersebut. Mereka mungkin bersetuju dengan pendapat Mahyuddin Yasin bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu Umno.

Mungkin mereka beranggapan bahawa perjuangan PKR yang merupakan parti pelbagai kaum dan dibayangi oleh Bro Anwar masih terkapai-kapai dengan dasar perjuangan yang masih diseluputi kekaburan. PKR , mengikut kiraan matematik mereka yang mudah, masih susah untuk diterima oleh masyarakat Malaya yang masih terperangkap dalam kotak perkauman.

Manakala, Pas pula mungkin mereka anggap , perjuangannya terlalu idealistik, iaitu untuk menerapkan syariat tuhan secara total dibumi Malaya, yang sukar untuk diterima oleh masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Maka pilihan yang unggul dan selamat, ialah terus menyokong UMNO, tetapi tidak menyokong Presidennya yang dianggap paling bebal dan banggang dalam sejarah kepimpinan UMNO.

Oleh itu jangan hairan kalau mereka ini tidak sealiran dengan perjuangan Pas yang menganggap bahawa UMNO/BN adalah merbahaya kepada Umat. Pas percaya tindak tanduk UMNO, yang meminggirkan syariat Tuhan telah mendatangkan bencana dalam pelbagai bentuk dari sudut akidah, moral, krisis pemikiran, membiaknya gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, peningkatan kadar jenayah dan seribu macam bencana yan lain.Kepada mereka, UMNO tidak bahaya. Yang merbahaya ialah sikap mental dan tindak tanduk yang serba banggang bang dollah sebagai Perdana Menteri.

Mungkin sikap blogger yang masih sayang pada UMNO dan membenci kepimpinan Bang dollah serta campurtangan menantunya, menyebabkan Najib dalam diam merestui para blogger seperti ini. Najib mungkin meratip siang malam supaya lebih ramai lagi bloggers yang sebegini akan muncul untuk mendesak, membalun, mengasak bang dolah dari pelbagai sudut.

Disinilah bezanya teman dengan para bloggers yang sayangkan UMNO tetapi mahu bang dollah yang tidak mampu mengurus negara dengan cemerlang dinyahkan dari persada politik Malaya. Teman, bukan setakat tidak bersetuju dengan bang dollah, tetapi lebih dari itu membenci UMNO, sebenci-bencinya.

Bukan, teman saja-saja suka membenci UMNO. Kebencian ini bermula semasa teman mula mengerti mana satu perjuangan yang hak dan batil khususnya di era kebangkitan Islam di tahun 70an. Dan dalam usia yang masih muda , teman telah berani menyatakan bahawa UMNO adalah paksi segala kejahatan di Malaya. Dan tidak seperti kawan-kawan seperjuangan yang lain, teman tak pernah menyeru baik dalam ceramah mahupun perdebatan supaya UMNO mengubah dasar perjuangannya kepada Islam yang sebenar kerana menganggap permintaan seperti itu adalah sia-sia seperti memohon iblis berhenti jadi iblis. Mana bisa!

Oleh itu teman dengan ini menyokong sepenuhnya kempen bahaya UMNO/BN kepada umat dan kalaulah teman hendak menyokong UMNO maka ianya mestilah dilihat dalam konteks sokongan yang tak berbelah bahagi teman terhadap penghapusan UMNO dari muka bumi ini!

Peduli apa teman bila tidak dianggap sebagai orang Melayu lagi . Dan adakah kerana kemarapuan melampau si Mahyuddin Yassin yang menyamakan UMNO dan Melayu , mampu untuk mengubah takdir tuhan terhadap teman yang dilahirkan sebagai Melayu?.

Sesungguhnya kemarapuan si Mahyuddin Yassin tidak banyak bezanya dengan cakap-cakap zaman berzaman tukang lawak UMNO yang mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu!

Isnin, 17 Disember 2007

Cadangan Akta Baru Yang Lebih Canggih Untuk Kerajaan Barisan Nasional

Kalau BN mahu terus berkuasa sampai kiamat, disini dicadangkan satu akta baru yang perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan dan tidak menjadi masalah untuk diluluskan kerana yang menguasai lebih dari 2/3 kerusi perlimen adalah spesis BN.
Dengan akta yang dicadangkan ini, rakyat akan menjadi lebih tunduk kepada pemerintahan BN.

Berikut adalah cadangan nama AKTA baru tersebut: AKTA Perintah Sampai Kiamat( APSK)

Di antara kandungan akta yang dicadangkan adalah seperti berikut:

PERKARA 1 : Perdana Menteri Malaya tidak perlu merujuk kepada Yang Dipertuan Agung dalam semua perkara.

PERKARA 2: Rakyat tidak dibenarkan mengkritik pemerintahan yang ada, baik melalui lisan atau tulisan. Kalau mengkritik juga, otomatik rakyat ditahan dibawah ISA.

PERKARA 3: Rakyat tidak dibenarkan berkumpul dimana-mana tempat awam lebih dari seorang.

PERKARA 4; Rakyat hendaklah memberi tabik hormat kepada PM, Para Menteri dan Timbalan Menteri setiap kali berjumpa dengan mereka dimana-mana sahaja di alam maya ini.

PERKARA 5: Semua parti politik melainkan parti-parti komponen Barisan Nasional adalah diharamkan

PERKARA 6: Semua media cetak dan eletronik secara otomatis menjadi milik Kerajaan Barisan Nasional.

PERKARA 7: Kesemua Universiti IPTA dan IPTS tidak dibenarkan mempunyai perwakilan pelajar yang dilantik melalui pilihanraya. Perlantikan akan dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaya.

PERKARA 8: Kesemua jawatan No 1 sehingga yang paling bawah , samada disyarikat GLC, Badan Berkanun , Kerajaan dan Swasta akan dipegang oleh ahli-ahli berdaftar dengan parti-parti yang bergabung di bawah BN(termasuk polis Malaya)

PERKARA 9: Pilihanraya akan diadakan tetapi rakyat tiada pilihan melainkan mengundi BN

PERKARA 10: Perdana Menteri Yang dilantik akan memegang jawatan tersebut sampai nafasnya yang terakhir.

PERKARA 11: Sekiranya terdapat perkara-perkara seperti diatas bercanggah dengan Perlembagaan, maka pindaan terhadap perlembagaan akan dibuat supaya bersesuaian dengan akta baru ini.

Demikianlah secara ringkas cadangan akta baru ini. Perinciannya akan dirangka oleh Jawatankuasa Khas, yang terdiri dari pemimpin tertinggi Barisan Nasional dengan kerjasama Ayah Pin ,Presiden Kerajaan langit serta para Mufti yang terpilih.

Adalah diharapkan akta yang dicadangkan ini, akan meningkatkan imej negara di mata dunia kerana akta ini mempunyai ciri-ciri keadilan tahap tertinggi kepada kerajaan Barisan Nasional.

Ahad, 16 Disember 2007

Mahfuz Rupanya Mungkin Tak Tahu Lagi!

Tidakkah Mahfuz tahu bahawa bang dollah adalah sejenis manusia yang telah dianugerahkan 'makam maksum 'oleh pengikutnya? sehingga sanggup beliau mengecam Bang dollah yang berasa tidak bersalah mengunakan ISA ke atas sebahagian rakyat Malaya baru-baru ini dan kemungkinan besar lebih ramai lagi akan ditahan di bawah akta yang sama.

Kalaulah segala jenis kemungkaran yang melanggar syariat tuhan boleh diizinkan hidup subur di bumi Malaya, tanpa sekelumit rasa bersalah dan berdosa dihati bang dollah , apa pula hendak di hairankan tentang perasaan tidak bersalah dan berdosa bang dollah terhadap penahanan rakyat Malaya dibawah ISA .Yang dianggap dosa oleh Mahfuz, tetapi bagi bang dollah pula dia telah mengerjakan suatu amalan yang tiada tandingan dan akan memperolehi pahala yang teramat besar.

Teman ,sesungguhnya tak faham macam manalah Mahfuz tak tahu menahu tentang kesucian bang dollah!

Sepatutnya Mahfudz diam saja walaupun dia menganggap bahawa perbuatan bang dollah adalah suatu kezaliman yang berselindung dibalik perwatakan lahiriah bang dollah yang taat beragama. Ataupun memang Mahfuz betul-betul tak tahu bahawa bang dollah jenis kalis dosa?

Kalau betul Mahfuz memang tak tahu langsung tentang kesucian bang dollah , teman maafkan. Dan dia boleh meneruskan perjuangannya untuk menentang tindakan Bang dollah sebagaimana kenyataannya yang diringkas seperti berikut: "menggunakan ISA untuk memperlihatkan beliau (bang dollah) berkuasa tanpa menghiraukan soal undang-undang dan keadilan.Ini menunjukkan Perdana Menteri pengecut dan bacul"

Posting ini ada kaitan dengan kenyataan Mahfuz yang boleh dibaca dengan lebih terperinci disini

Jumaat, 14 Disember 2007

Cerita Tentang Bang Dollah di Tahan!

Kisahnya bermula pada suatu pagi yang tenang dan damai:

"Panggilkan bekas PM Malaya masuk" arah teman kepada pembantu peribadi teman.

Maka masuklah bekas PM yang kelima Malaya diiringi oleh pembantu teman yang setia.

"Assalamualaikum Ya Dollah" tegur teman sebaik bekas PM muncul dengan wajah yang sugul.

"Waalaikumsalam". jawab dollah perlahan.

"Sebagai Perdana Menteri baru saya hendak bersembang dengan dollah, sebelum, dollah dikenakan tahanan tanpa bicara"

"Ditahan tanpa bicara! apa salah saya Tuan Perdana Menteri?

"Dollah, jangan panggil saya tuan. Saya hanya hamba Tuhan. Panggil saja saya Sheikh"

"baik, sheikh. Minta sangat pada sheikh sekiranya saya didapati melanggar undang-undang eloklah saya dibicarakan terlebih dahulu"

"Kesalahan dollah terlalu banyak. Jadi tak payah pakai mahkamah. Masuk terus dalam pusat tahanan "

"Sheikh, bukankah pemerintahan sheikh berdasarkan syariat Allah. Takkan ada ISA lagi"

"Betul dollah, tapi dollah jangan takut ,bukan dollah sahaja yang dikenakan tahanan tanpa bicara. Zam, Nazri, Mahyuddin, Najib, Samy vellu, dan lain-lain menteri dan timbalan menteri semasa dollah berkuasa akan ditahan tanpa bicara walaupun kerajaan saya telah memansukhkan akta kuno dan jakun itu"

"Saya bangkang. Ini hukuman zalim. Sesorang itu tak boleh ditahan atau dipenjarakan sehinggalah mahkamah mendapati kami bersalah"

"Tapi dollah, mengapa semasa dollah berkuasa dulu digunakan ISA? Mengapa tak dibicarakan mereka yang kononnya bersalah ?

"Sheikh, silap faham. Saya terpaksa mengunakan ISA kerana kerajaan saya bukan kerajaan yang ditadbir mengikut Islam. Kerajaan BN dibawah saya adalah sekular.

"Negara sekular banyak di dalam dunia ini seperti Amerika, Britain dan negara-negara Eropah yang lain, begitu juga di kebanyakan negara Asia. Tapi negara-negara itu ,mana ada akta seperti ISA yang zalim dan kuno. Jawab dollah!"

"Saya setuju. Tapi BN tak boleh bertahan lama kalau tak ada ISA.Kami guna ISA untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak berani bersuara dengan bebas. Kami guna ISA untuk melemahkan musuh politik kami. Banyak kegunaannya bagi kepentingan saya dan kerajaan BN"

"Dollah , akta itu zalim. Kerana akta itu, seorang ayah yang juga seorang suami yang tak tentu bersalah ditahan secara zalim di Kem kemunting dan menderitalah anak dan isterinya. Apakah dollah tak terfikir hal ini atau dollah tak ada hati perut?".

"Terfikir juga. Tapi nak buat macam mana. Rakyat kebanyakannya tak kisah. Itu sebab kerajaan BN masih mendapat undi dari rakyat yang tak kisah. Yang penting, bukan semua rakyat diISAKAN".

"Beginilah dollah, kerajaan yang saya terajui bukan pendendam tapi kezaliman kerajaan BN yang sanggup memasukkan orang yang tak tentu berdosa di dalam kem tahanan tanpa bicara adalah sesuatu yang tak boleh dimaafkan begitu sahaja.Maka dengan kuasa yang ada saya akan tetap dengan keputusan untuk menahan dollah dan suku sakat tanpa bicara.Dan bolehlah bersiap sedia untuk berangkat ke Kemunting ".

Bang dollah meraung menanggis. Dia sedih kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarganya. Dia juga memikirkan , apa akan terjadi pada isteri, cucu dan annak-anaknya semasa di tahan tanpa bicara.

Sesungguh dia tak sangka, kerajaan BN boleh tumbang. Ini semua angkara rakyat serta angkatan bersenjata bangun melakukan revolusi Islam tanpa menumpahkan setitik darah yang merupakan sejarah pertama berlaku di Asia. Inilah akibat bila rakyat tidak percaya pada sistem demokrasi yang serba pincang akibat permainan kerajaan BN. Dan Bang dollah cukup hairan macamana Yang di Pertuan Agung boleh melantik seorang Perdana Menteri yang tak dikenali.(temanlah tu....he...he)

Alangkah terkejutnya bang dollah sebaik sahaja dia sampai di Kem tahanan Kemunting , semuanya telah bertukar wajah. Kem tahanan tersebut telah ditukar kepada Pusat Pemulihan Virus Sekularisme BN dan Pembentukan Insan Kamil.

Dipusat itu bang dolah tidak rasa sunyi, kerana dia dan kesemua penghuninya disediakan bilik yang berasingan. Bila tidak ada kelas dia boleh menghubungi isteri, cucu dan anak-anaknya melalui kemudahan teleconference.

Dia mulai separuh insaf, sesungguhnya dia dan gengnya adalah manusia yang tak sayangkan negara dan melakukan seribu satu kezaliman ke atas rakyat.Memang patut kerajaan baru memasukkan dia di pusat pemulihan ini.

Bilakah bang dollah dan geng akan keluar dari pusat pemulihan itu? Jawabnya sehingga dia dan gengnya pulih sepenuhnya!

Tontonlah Sebahagian Dari Ceramah Dr Hatta Malam Tadi

Teman baru belajar dengan cara trial and error, upload ceramah di youtube. Saksikanlah sebahagian ceramah Dr Hatta.


Khamis, 13 Disember 2007

Boleh Tak Kalau Abang Dollah Lenyap Sementara?

Wahai Bang dollah, musim banjir ni, tak mahu ke jalan-jalan bercuti keluar negeri?Cucu-cucu pun cuti sekolah. Pergilah bercuti bawa cucu , diri sendiri, isteri, anak-anak dan menantu ke Australia. Bukankah Australia destinasi percutian yang paling digilai oleh Bang dollah. Masalah penginapan tak timbul. Di Australia, ada banyak hotel taraf 5 dan 6 bintang. Kalau hendak lebih selesa lagi tanpa ganguan makluk kasar, bolehlah duduk dirumah adik bang dollah, siapa namanya? Ah, si Patrik Badawi!

Teman tak berapa pasti samada bang dollah ada rumah sendiri di Australia.Kata orang ada. Kalau ada lagi mudah. Tak payah tumpang rumah adik kesayangan bang dollah. Disitu abang dollah boleh main gasing atau layang-layang dengan cucu serta anak menantu.Biarkan timbalan abang dollah, si bang Najib main layang-layang dalam hujan di Malaya.Betul tak bang dollah?

Bukannya sesuatu yang luar biasa lagi, kalau abang dollah pergi bercuti semasa banyak negeri di Malaya ditimpa musibah banjir.Rakyat pun dah tahu perangai bang dollah suka bercuti, terutama di musim banjir. Mereka pun tahu, samada bang dollah ada dalam negeri atau luar negeri, kehidupan mereka tetap sama. Malaya pun tetap ada di peta dunia , walaupun bang dollah berkelana jauh-jauh. Lagipun Abang dollah pun tahu bagaimana nak buat apa saja arahan dari jauh. Kemudahan teknoloji semakin canggih , walaupun diguna oleh orang seperti abang dollah yang berotak kuno dan jakun!

Ah, apa hal teman melaso-laso panjang , meminta abang pergi bercuti?. Sepatutnya teman dari awal tulis ringkas-ringkas saja demi mengekonomikan perkataan.

Diringkaskan kata,..........eloklah abang dollah lenyap sementara kerana melihat bayang abang dollah pun teman dah rasa tak sanggup lagi.

Siksa mata ni tengok abang dollah terutama di kaca TV.Rasa nak bakar saja TV kalau keluar muka abang dollah .Bukan dibuat-buat. Tapi betul-betul. Nasib baiklah ada isteri yang tolong sabarkan dengan menutup TV setiap kali wajah Abang dollah muncul. Sampai teman jadi cemburu samada isteri teman lebih sayangkan TV atau suaminya!

Rabu, 12 Disember 2007

Nasib Baik Teman Tak Gelar Bang Dollah: Raja Yahudi Kepala Toya

Keadaan Malaya dari segenap aspek kehidupan adalah haru biru. Nilai ringgit naik,berbanding dollar US, rupanya tidak banyak membantu hidup rakyat yang kian tertekan. Contohnya amat mudah, golongan pertengahan(middle class)sudah semakin merasa kuasa beli semakin merosot. Sebelum, bang dollah naik tahta, RM300 boleh beli satu raga troli barang keperluan dapur untuk sebulan. Tapi sekarang dengan RM 300, barang keperluan dapor boleh disorong mengunakan troli dengan satu jari sahaja kerana tidak sesarat mana isinya.Itu baru golongan pertengahan, golongan yang berada diparas kemiskinan, kehidupan mereka tentu lebih parah.

Dan Bang dollah masih boleh tersenyum bodoh, yang teramat bodoh!

Rasuah semakin menjadi.Polis digunakan untuk menekan suara rakyat. Media arus perdana merelakan diri untuk diliwat oleh bang dollah dan para wasir angguknya sehingga ketahap amat meloyakan.Badan kehakiman semakin tidak dihormati. SPR sudah jadi milik perkongsian pintar antara bang dollah dan si Rashid yang lidahnya bercabang sepuluh. Jenayah yang muncul dalam pelbagai bentuk amat mengerunkan rakyat kerana terdapat polis bersekongkolol dengan kepala gangster.

Memang Malaya semakin haru biru. Zaman Mahathir dulu pun haru biru. Tapi zaman Bang dollah, berpuluh ganda haru biru melanda Malaya.

Dalam keadaan teruk begini, Bang dollah menjerit bahawa: "Saya bukan PM sepenggal".Bang dollah bermadah, dia perlu menyelesaikan kerjanya: Koridor barat, selatan, timur dan utara mesti digerakkan. RMK 9 perlu dilaksanakan. Seolah tanpa Bang dollah kehidupan di Malaya berhenti tiba-tiba.

Rakyat semakin tak tahan dengan ratusan amalan kerajaan yang mungkar dan korup serta mengunakan segala alat jentera kerajaan untuk melampias nafsu mahu mengekalkan kuasa yang diketuai oleh Bang dollah. Rakyat setiap hari beri signal supaya bang dollah turun tahta, Masalahnya bang dollah mahu berkuasa terus. Sampai bila ?Mungkin sampai kojol!

Semasa zaman Mahathir terdapat sebahagian rakyat mengelar beliau, Mahafiraun. Walaupun dia marah, tapi dia setuju dengan gelaran itu. Zaman Bang dollah, rasanya gelaran buruk terhadap Bang dollah masih kurang kedengaran. Kalau pun ada gelaran, bunyinya masih lembut seperti: Pemerintahan tiga anak beranak; Imam Islam hadhari; Kaki tidur;Al Bangang; Telinga Besar ;ABB al Koridori;Mr Pembohong; Mr clean, yang clean-up apa sahaja yang boleh dicapai dan pelbagai gelaran yang masih ditahap lembut , selembut embun pagi.

Rakyat terbanyak, macam sukar untuk mencari gelaran yang paling buruk untuk bang dollah. Bukan kerana mereka hormat pada Bang dollah, tetapi masih tercari-cari gelaran yang boleh mengatasi gelaran 'Mahafiraun'. Adakah lagi gelaran yang lebih buruk dan hodoh dari gelaran 'mahafiraun' untuk dilekatkan di dahi Bang Dollah? Pasti ada. Tunggu masa sahaja nak meletup.

Kalau ikutkan hati, mahu teman gelar bang Dollah, 'Raja Yahudi Kepala Toya'. Tapi nasib baik belum teman sebut lagi!

Ingat , kalau Bang dollah menangkap Mat Sabu lagi dan pejuang-pejuang kebenaran yang lain, jangan marah kalau teman melafaskan gelaran tersebut. Teman dah tak sanggup menanggung penderitaan zahir dan batin akibat didera oleh perbuatan laknat abang dollah dan sekutunya terhadap pejuang kebenaran terutama sejak kebelakangan ini!

Selasa, 11 Disember 2007

Hello Bang Dollah kah itu? Betulkah Malaya Dah Jadi Negara Polis?


"The term police state is a term for a state in which the government exercises rigid and repressive controls over the social, economic and political life of the population, especially by means of a secret police force which operates outside the boundaries normally imposed by a constitutional republic. A police state typically exhibits elements of totalitarianism and social control, and there is usually little distinction between the law and the exercise of political power by the executive"Sumber dari Wikipidia.Klik disini


Pusing kiri,pusing kanan, tengok atas,tengok bawah,pandang belakang,pandang depan, jelas menunjukkan Malaya sedang atau sudah hampir jadi Negara Polis.


Bang dollah yang disangka lebih putih perangainya dari Mahathir, rupanya adalah kepala bapak anti demokrasi. Dia beranggapan bahawa rakyat melihat beliau selama ini sebagai seorang yang berperwatakan lembut dan tidak punya pendirian yang tegas, lalu dia terpaksa memperlihatkan wataknya yang sebenar, iaitu brutal dalam senyum.


Dia mahu mengubah persepsi rakyat bahawa" permainan aku yang sebenarnya, lebih kasar dan licik dari Mahathir".


"Orang kata aku banggang dan tak tahu bagaimana hendak menjadi PM yang mampu memerintah negara. Sekarang ,wahai rakyat jelata sekalian, aku sebenarnya tidak seperti apa yang disangka. Dalam diri aku ada berpuluh karektor"


"Aku boleh berkarektor seperti orang banggang, aku boleh jadi seorang Imam Islam hadhari , aku boleh jadi seorang yang 'bersih', aku boleh jadi seorang bapa yang baik yang sanggup kojol kerana anak-anak dan menantu, aku boleh jadi gergasi yang pantang dikejutkan dari tidur".


"Pendik cerita aku boleh bertukar karektor bila-bila masa aku suka kerana negara ini aku dan anak beranak aku yang punya."


"Aku dah cakap jangan cabar aku. Kau orang degil. Masih lagi kau orang sahut cabaran aku dengan perhimpunan demi perhimpunan".


"Kau orang lupa aku ada polis. Kau orang lupa, semua media cetak dan eletronik sejak azali sanggup jadi pecacai aku. Aku ada Abdul Ghani Patail. Aku Ada Rashid SPR. Aku ada Musa Hasan.Aku juga ada Rahim Tambi yang boleh diarah mengeluarkan parang kontotnya. Aku ada Hisham , yang kau orang panggil pondan siam, tapi jangan lupa dia bila-bila di arah , akan mengeluarkan kerisnya."


"Aku jua ada Najib, yang bila-bila masa boleh keluarkan bom C4. Aku ada Ali Rustam yang wajah dan misainya macam Hitler untuk mengugut kau orang dengan ISA. Aku ada Shahidan ahlul sunah punah ranah, untuk disuruh bertinju dengan sesiapa sahaja. Aku ada menantu yang boleh bertukar jadi monyet untuk merobek muka dan badan sesiapa yang menentang aku"


"Kau orang ada apa? Kau orang tak ada apa-apa. Jadi, kalau kau orang buat apa yang aku tak suka, terimalah akibatnya"


"Aku dah mengamuk ni!, kalau penjara sudah tak cukup untuk masukkan kau orang , aku akan tukar semua masjid, sekolah, universiti, tandas awam dan entah apa-apa lagi sebagai penjara".


"Yang penting aku nak mengamuk biar negara ini jadi negara polis. Itu yang kau orang hendak sangatkan?"


"Tapi jangan hairan , aku akan terus tersenyum sambil mengamuk dan menganas!"

Ahad, 9 Disember 2007

Mat Sabu Ditahan Polis: Semoga Allah Laknat Kerajaan BN!


Mat Sabu, Naib Presiden Pas sebagaimana dilaporkan oleh Harakah Daily telah ditahan oleh Polis Malaya yang terkenal kerana mentadarah rasuah.
Rujuk disini untuk perkembangan selanjutnya:

http://penarikbeca.blogspot.com/

http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Apakah kesalahan Mat Sabu? Kesalahan dia cuma menjadi orang penting dalam mengerakkan perhimpunan aman 10/11. Dia tidak pernah merampok kekayaan negara. Dia tidak pernah menzalimi rakyat. Tetapi rupanya di negara jakun ini , mengerakkan perhimpunan aman yang sah disisi Perlembagaan negara , untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih adalah suatu jenayah besar . Jenayah kecil ialah rasuah, itupun kalau didakwa di mahkamah. Jenayah kecil yang lain adalah seperti penghakisan intergriti badan kehakiman negara. Yang bukan jenayah disisi kerajaan BN lanatullah di antaranya ialah menolak perlaksanaan syariat Islam secara total.

Memang benar kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini bahawa Malaya sedang menuju ke arah sebuah negara polis.Klik disini baca kenyataan beliau.

Dan apa yang patut kita lakukan sekarang? Takkan nak duduk diam. Sekurang-kurangnya marilah kita berdoa supaya kerajaan BN laknatullah ini dihancurkan oleh Allah. Amin

Mungkin Teman Silap Faham Dengan Pendekatan Pas Yang Terkini !

Bila teman dengar pendapat ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas, mengenai pendekatan Pas kini, teman macam terdengar-dengar ucapan Bro Anwar Ibrahim semasa bergelumang dalam selut UMNO , sebelum dicampak keluar.

Semasa Bro Anwar dalam selut busuk UMNO , entah berapa kali beliau telah membidas kehendak Pas untuk menjadikan negara ini sebagai negara Islam dan berulang kali menyebut bahawa apa yang diperjuangkan oleh UMNO secara konsisten, ialah 'substance' bukannya 'form'. Maksudnya 'form' atau bentuk negara Islam tidak akan memberi apa-apa kepada kepentingan umat di Malaya ini. Yang boleh memperkasakan umat ini ialah perjuangan untuk menghidupkan 'substance' Islam, seperti mengapuskan kemiskinan dan membasmi gejala rasuah.

Untuk memudahkan kefahaman kita, Bro Anwar berkata bahawa 'form' atau bentuk 'negara Islam' tidak perlu diperjuangkan . Biarkan Malaya dengan 'status quo' sebagai sebuah negara yang tidak berlebelkan negara Islam, tetapi 'substance' atau 'isinya' adalah Islamik.

Tetapi kita jangan lupa bahawa semasa Bro Anwar bergelumang dalam selut Umno yang penuh kebusukan, bukankah dia juga tergila-gila dengan 'form' seperti 'Universiti Islam Antarabangsa' dan 'Bank Islam'. Kalau dia konsisten dengan kata-katanya, tak perlu dia menyokong penggunaan perkataan 'Islam' kepada Universiti dan Bank, kerana, yang penting ialah 'substance'!

Dan teman percaya, dia masih tetap dengan pendiriannya bahawa soal keadilan, korupsi, ketelusan mengurus negara dan sebagainya adalah lebih penting dari menegakkan sebuah sistem pemerintahan Islam di Malaya.Ucapannya , di Indonesia baru-baru ini, bahawa negara sekular juga boleh melahirkan insan yang bertakwa jelas membuktikan dia tidak senada dengan inti pati perjuangan Pas untuk menegakkan sebuah negara Islam bagi merintis jalan ke arah melaksanakan syariat Islam.

Bila Ustaz Nasaruddin Mad Isa menerangkan sebagaimana yang teman tonton, dalam TV PAS , bahawa Pas kini kurang atau tidak akan bercakap tentang Negara Islam, kerana Pas kini lebih pentingkan soal 'substance' seperti isu kezaliman kerajaan, ketidakadilan, teman tertanya-tanya adakah ini petanda pengaruh Anwar yang yang mengkagumi ketokohan Gus Dur sebagai tempat rujukan Islamlib di Indonesia mula menyerap dalam Pas?

Ataupun mungkinkah ini cuma satu strategi untuk memancing undi orang bukan Islam dan orang Islam yang berfikiran sekular dalam menghadapi pilihanraya akan datang ?. Atau ianya telah menjadi pendekatan berdasarkan realiti semasa bahawa menjaja perjuangan ke arah penubuhan negara Islam yang tidak akan membantu Pas melonjak ke arah memenangi Pilihanraya Umum nanti?

Teman mungkin boleh menerima pendekatan Pas atau pendekatan Ustaz Nasaruddin saja , tetapi siapakah boleh merehatkan otak teman untuk terus berfikir:"Kalaulah ini wajah pendekatan Pas yang terkini, apa bezanya Umno, PKR dan Pas?" . Dan bolehkah pemimpin Pas menahan teman untuk berkata bahawa pendekatan ini akan menjadikan Pas seperti Muhamadiyyah dan Nahdatul Ulama di Indonesia yang kini boleh menerima Indonesia sebagai sebuah negara sekular dan pelaksanaan syariat terbatas dalam soal ibadat personal dan munakahat?.

Maafkan teman kalau telah tersalah mengerti dan kurang memahami maksud Ustaz Nasaruddin yang teman kagumi kerana ilmu dan perjuangannya.

Dan teman sudah mula faham keadaan sebenarnya bila teman tak dapat membeli buku yang ditulis oleh Dr Azhar? berkenaan dengan konsep Negara Islam , apabila kakitangan kedai Nufair di Jalan Pahang berkata :" Buku itu telah diiklankan untuk jualan, tetapi atas arahan Ustaz Nasaruddin buku tersebut tidak boleh dijual sehingga selesai pilihanraya".

Semoga pendekatan baru Pas seperti yang diperjelaskan Ustaz tidak melemahkan perjuangan teman dan ahli-ahli yang lain untuk terus bersama dengan Pas. Teman mungkin terlalu idealistik , apatah lagi terpengaruh dengan perjuangan Imam Khomeni sejak tahun 1979.

Maafkan teman sekali lagi , kalau posting kali ini kedengaran terlalu bodoh! Orang tua bodoh ini, tetap merasakan perlu sebuah negara Islam dibentuk di Malaya ini, bagi membolehkan syariat Islam berjalan dalam masyarakat sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS! Masakan sebuah negara sekular boleh membenarkan perlaksanaan Syariat Islam.

Atau kalau susah sangat, iktiraf sahaja negara ini sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin UMNO! Dengan berbuat demikian , teman akan dapat lihat dengan jelas arah tuju perjuangan Pas dan boleh mencadangkan apa yang perlu dibuat seterusnya !

Sabtu, 8 Disember 2007

Dialog Dari Satu Imiginasi Terdedah!

Linggam: Ai yo..yooo Tan Sri, What would happen if the Suruhanjaya found that the video clip was genuine.

Tan Sri: Worry not, my trusted friend.

Linggam: You ask me not to worry?

Tan Sri :Yes...... Corr......ect.

Linggam: You will help me to set me free, if they finally implicate me with this.....i mean.....you knowlah..... the judiciary conspiracy?

Tan Sri: correct, everything has been discussed with Tan Sri Vincent. I say again, not to worry. You know in a few months time, i will be promoted. So don't you worry unnecessarily.

Linggan: But, do you think Mr Clean, will in favour of me?

Tan Sri: My dear friend , to whom you are talking now? Do you know how close my relationship with Mr Clean??

Linggan: Yes i know about that. But the political condition you know.......nowadays..... i consider full of uncertainties. Anything can happen by now.........

Tan Sri: My friend you have done a lot for the sake of our country. Its time for Mr Clean to repay what ever constribution you have made.......

Linggam: Are you trying to say i will get datukship?

Tan Sri: No! not Datukship. What i mean, you will not be implicated or prosecuted or executed....haa...haaaaaa....

Linggam. Thank you Tan Sri...... You know i have sleepless night since......i mean that scandal revealed by our ex DPM. Tonight i hope i can sleep like a log! And let them make a lot of noice like a dog. True, Tan Sri....?

Tan Sri: Yes.........Co.........rrect.......

Lingam: Can i sing a song, Tan Sri....because i am so happyyyyyyyyy.. ?

Tan Sri: Sure, my friend. But not too loud and make sure there is nobody around..........to record....you know....what i mean ..........your performance....

Linggam: Correct Tan Sri.....I will sing a tamil song under my bed....Ha....ha......


Nota: Jam dekat pukul dua teman dan isteri nak makan angin di Jalan Tuanku Abdul Rahman pakai baju kuning!

Khamis, 6 Disember 2007

Sekadar Nak Cerita: Teman Ke Hospital Hari ini!

Hari ini teman pergi membuat 'medical check up' di klinik pakar neurologist, Hospital Tawakal. Seperti biasa, bekas pemandu teman sewaktu bekerja dulu terpaksa mengambil cuti untuk membawa teman ke Hospital Tawakal. Dia masih setia pada teman, walaupun teman dah berhenti kerja.

Sebaik sahaja teman masuk jumpa doktor pakar neurologist, yang sekarang menjadi kawan yang baik, dia bertanya teman mengapa hari ini teman kelihatan lemah sangat. Teman diam. Tak tahu nak jawab apa-apa.

Memang teman lemah longlai, mungkin kerana kandungan dadahnya yang tinggi dalam setiap butir ubat yang terpaksa teman telan setiap hari. Ataupun waktu semakin dekat untuk teman mengucapkan selamat tinggal kepada dunia yang fana ini.

Namun demikian teman, mahu hidup lagi. Dan teman tanya doktor yang hampir 11 tahun merawat teman, samada penyakit ini boleh disembuhkan. Maka dia menjawab, manusia berusaha, yang menyembuhkan ialah Allah. Hampir lima minit teman terpaksa mendengar kuliah tauhid dari doktor pakar yang telah menunaikan haj sebanyak dua kali.

Hari ini sahaja hampir RM300 ringgit meloncat keluar dari poket teman untuk membayar kos konsultasi dan ubatan bagi tempoh dua minggu. Duit Vss dulu semakin hari semakin susut.

Jika ditakdirkan teman sihat,bolehlah teman cari rezeki. Mungkin teman akan tunaikan permintaan seorang kawan untuk bersama dengan syarikatnya , menjadi konsultan latihan, iaitu melatih kakitangan syarikat swasta dan kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan kepengurusan. Atau pun sambut tawaran orang kuat Open University untuk menjadi pensyarah sambilan.

Moga teman akan sembuh. Amin. Apapun, dalam keadaan sakit atau sihat, dengan izin Allah teman akan terus menentang kezaliman kerajaan BN , setakat yang termampu! .

Dan kalau minggu depan teman segar sedikit, bolehlah teman siapkan kerja menyusun muzik untuk beberapa buah lagu di studio rakaman , milik teman di Kajang Utama. Terdapat beberapa buah lagu yang sengaja teman cipta untuk bang dollah dan kerajaan BN.

Sekiranya Bang dollah masih mempunyai perasaan, dia sepatutnya akan menanggis sambil berguling-guling dilantai bila mendengar lagu ciptaan teman nanti!

Kalau album teman laku mudahlah lagi jalan teman dan geng untuk buat konsert seperti yang teman bayangkan dalam posting bulan lepas.

Rabu, 5 Disember 2007

Rashid SPR: Kepala Saya Yang Berat Sebelah!

"Saya tak cakap pun bahawa berlaku penghakiman berat sebelah dalam kes pilihanraya Dun Likas pada tahun 1998. Yang saya kata , apabila saya mendengar keputusan penghakiman Hakim Dato'Muhammad Kamil Awang, kepala saya tiba-tiba berat sebelah. Saya dah cakap, parti pembangkang,khususnya Pas selalu memutarbelitkan kenyataan saya. Mentang-mentanglah mereka ada Suratkhabar Harakah, manakala saya tak ada apa-apa, mudah mereka memutar dan memusing kata-kata saya"

Mungkin itulah riaksi si Rashid SPR bila dia terbaca di harakahdaily hari ini .Ringkasan berita adalah seperti berikut: KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh)- Peguam Negara mesti mengambil tindakan tegas diatas kebiadapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman yang jelas menghina keputusan mahkamah dan menuduh hakim tersebut berat sebelah.

AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam Hanipa Maidin berkata kenyataan yang dikeluarkan semalam merupakan satu tuduhan yang serius dan secara tidak langsung mempertikaikan intergriti badan kehakiman termasuk kewibawaan hakim itu sendiri.

"Peguam Negara boleh menghantar satu notis tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan atas kenyataannya dan jika sabit boleh sehingga dikenakan hukuman penjara," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net.Klik disini untuk bacaan selanjutnya

Berapa kali teman dah cakap lidah si Rashid bercabang sepuluh. Dengan muka selamba dia boleh berbohong dari pagi sampai ke petang dan dari malam hingga ke subuh.

Izinkan teman berhipotesis seperti berikut: Latarbelakang si Rashid sejak kecil lagi telah menjadikan dia seorang pembohong.

Mungkin dia membesar dalam keluarga yang suka berbohong. Misalnya, bapanya saban waktu membohongi emaknya. Emaknya pula membohongi bapaknya sebagai balasan:bohong dibayar dengan bohong.

Kedua emak bapaknya pula membohongi anak-anaknya. Dan anak-anaknya, termasuk si Rashid membohongi kedua emak bapanya. Adik beradiknya juga berbohong antara sesama mereka.

Bila si Rashid besar dan boleh ke sekolah penyakit berbohongnya semakin menebal dalam dirinya. Guru-gurunya dan kawan-kawan satu sekolah habis dibohonginya.Lidahnya mula bercabang dua.

Penyakit ini semakin menjadi-jadi bila dia masuk Universiti. Habis semua pensyarahnya tidak pernah tidak, terkena bohongannya.

Dan penyakitnya menjadi lebih parah, apabila dia memasuki alam pekerjaan.

Penyakit Si Rashid berada ditahap 'beyond acuteness' bila usianya menuju ke arah senja!,terutama bila dilantik menjadi Pengerusi SPR. Ringkasnya sudah tidak ada penawar untuk menyembuhkan penyakitnya, melainkan dibunuh ibunya.

Demikianlah hipotesis teman tentang Rashid SPR yang lidahnya bercabang sepuluh. Adakah sesiapa yang boleh membantu untuk membuktikan hipotesis teman adalah satu teori yang tak boleh disangkal dan sah seperti teori graviti?

Dan alangkah baiknya kalau ada sesiapa di kalangan kawan-kawan yang boleh meluangkan masa yang berharga untuk membuat kajian terperinci samada yang melantik dan mengekalkan jawatan si Rashid SPR juga mengidap penyakit yang sama!

Selasa, 4 Disember 2007

Orang Berdosa Tak boleh Jumpa Bang Dollah Yang Suci dari Dosa?

Teman dah cakap Bang Dollah suci dari melakukan dosa. Oleh kerana itu para wazir anguk-anguknya dengan angkuh mengatakan bahawa pemimpin Hindraf tidak layak mengadap Bang dollah.

Kalau tak percaya cakap teman cuba baca kenyataan Nazri Aziz seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia Online hari ini: "Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau berpendapat pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) tidak perlu berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka telah melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas.

Dan dalam laporan yang sama, seorang wazir Bang dolah yang paling terbanggang sekali dalam dunia UMNO , si Zam Zam Ala Kasam, dilaporkan berkata:"bukan taraf seorang Perdana Menteri untuk bertemu dengan sebuah pertubuhan yang hina dan mempunyai taraf yang rendah kerana bertindak seperti samseng jalanan dengan melanggar undang-undang negara," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media di Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) di sini, hari ini.

Masihkah ada lagi yang tak percaya bahawa Bang dollah insan yang suci dan tidak layak bagi sesiapa yang berdosa mengadapnya? Yang mensucikan beliau ialah para wazir anguk-anguknya.Teman cuma menyampaikan kisah tentang taraf kesucian Bang dollah.

Teman tak tahu samada para wazir anguk-anguk bang dollah cuba menyamatarafkan kedudukan Rasullullah S.A.W dengan Bang dollah. Mungkin mereka tidak tahu kemaksuman Rasullullah S.A.W diiktiraf oleh Allah, iaitu Pencipta alam dan segala isinya. Manakala kesucian Bang dollah dianugerahkan oleh para wazir anguk-anguknya.

Sekira Rasulullah S.A.W yang kemaksumannya diiktiraf oleh Allah sanggup bertemu dengan penentang-penentang beliau yang brutal seperti dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah maka hebat sanggatkah bang dollah yang taraf kemaksumannya cuma diiktiraf oleh para wazir-wazirnya yang belum tentu boleh membaca Al fatihah dengan betul sehingga dikatakan tak layak bertemu dengan rakyat jelata yang dianggap bersalah disisi undang-undang ciptaan manusia?

Munkin para wasir angguk terlupa nak baca kitab Sirah, yang menceritakan mengenai seorang muslimah yang mengaku berdosa melakukan zina dan sedang mengandung hasil dari perbuatan terkutuknya, dihadapan Rasulullah dan meminta dan merayu supaya beliau dihukum berpandukan Kitab Allah bagi tujuan pembersihan dosanya. Dalam pertemuan itu ,ketahuilah, tidak pernah Rasulullah S.A.W mengatakan: "Wahai Perempuan yang berdosa pergilah kau dari sini kerana tidak layak engkau berjumpa dengan aku".

Oleh itu para wazir Bang dollah dinasihatkan supaya jangan melampau mensucikan Bang dollah, melainkan mereka beriktikad sebulatnya bahawa kesucian Bang dollah mengatasi kemaksuman Rasulullah S.A.W , kekasih Allah , Tuhan Rabbul Jalil.

Kalau para wazir Bang dollah, sudah sedar bahawa Bang dollah tidak suci dari melakukan dosa, maka izinkan pemimpin-pemimpin Hinfdraf yang berdosa berjumpa tanpa syarat dengan insan yang tidak sunyi melakukan dosa di bumi Malaya ini.

Sebagai rakyat Malaya yang prihatin teman mahu isu Hindraf ini diselesaikan segera.Dan permintaan pemimpin Hindraf untuk berjumpa dengan Bang dollah adalah munasabah dan diharapkan dapat menjernihkan keadaan.

Teman tidak mahu rakyat Malaya diheret siang dan malam dalam isu yang tidak mereka ketahui secara mendalam. Hingga riuh rendah satu alam .Lainlah, isu Hindfraf sengaja mahu terus dinyalakan dan diekploitasi bagi tujuan politik sempit pihak Barisan Nasional, khususnya UMNO yang dihimpit masalah luar dan dalam.

Dan peringatan terakhir teman kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang bertaraf mentaliti jakun supaya JANGAN KURANG AJAR DAN BIADAP MENUDUH PAS DIBELAKANG HINDRAF. PENDIRIAN PAS TELAH DIPERJELASKAN DENGAN TEGAS DAN TERANG OLEH PRESIDEN PAS, TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG!RUJUK DISINI

Isnin, 3 Disember 2007

Lagu Nyanyian S.M.Salim dan M.Nasir Untuk Penyokong BERSIH

Kalau ada kawan-kawan yang letih bekerja dan perlu mendengar lagu, berehat seketika untuk mendengar lagu dendangan S.M.Salim dan M.Nasir. Teman takut lagu ini tak disiarkan di radio Malaya kerana banyak sebut perkataan BERSIH. Para jakun UMNO mungkin alegik mendengar lagu ini.

Ahad, 2 Disember 2007

Bang Dollah Jangan Nak Marah :Jawab Sahaja Tuduhan Hindraf

Hari ini teman terbaca dalam utusan Malaysia Online tentang betapa marahnya PM Malaya , Bang Dollah pada Hindraf . Masakan bang dollah tak marah , kalau Hindraf membuat tuduhan bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO sedang mengamalkan perbuatan terkutuk iaitu pembersihan etnik. Kemarahan bang dollah juga disebabkan gerombolan Hindraf bukan setakat turun dijalan raya tanpa permit, bahkan telah menghantar puluhan salinan memorandum kepada Kerajaan Britain, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan luar dan dalam negara dan beberapa buah negara-negara lain.

Bang dollah juga menegaskan, Malaya ada undang-undang yang perlu dipatuhi dan gerombolan Hindraf akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Beginilah bang dollah, teman pun dalam beberapa hal berkaitan dengan gerombolan Hindraf ini, tidak bersetuju dengan beberapa tuduhan/tuntutan Hindraf yang tak masuk akal . Kalau ikutkan hati dan fikiran teman yang tak terkawal , bukan setakat teman akan bersama abang dolah untuk menceceh dan marah-marah, bahkan teman sanggup merayu kepada ADUN Barisan Nasional kawasan Paloh,Kelantan , si Norzula Mat Diah untuk menendang dan menumbuk kesemua pemimpin Hindraf yang menuduh kerajaan BN dengan beberapa tuduhan yang boleh dikatogerikan sebagai gila babi.

Tapi sebagai Imam agama Islam Hadhari yang dikatakan ajaran terlengkap dan diredai oleh Presiden Bush , abang dollah sepatutnya menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi. Tak boleh marah-marah. Rasa marah selalunya tidak dapat menyelesaikan banyak masalah. Bahkan boleh mengusutkan lagi keadaan.

Kalaulah betul kerajaan BN di bawah kepimpinan Bang dollah, tidak berdosa sebesar habuk pun kepada orang India beragama HINDU , maka jawab dengan berani dan jujur kesemua 18 tuntutan/tuduhan Hindraf dengan segera. Rujuk disini untuk membaca 18 tuntutan Hindraf http://www.mymassa.com/news/117/ARTICLE/1164/2007-11-15.html.

Jawab! bang dollah , jangan tahu nak marah saja.