Jumaat, 30 November 2007
Anak-Anak Sekalian, PakCik Nak Cerita Tentang Manusia Otak Geliga
Ceritanya begini:
Menteri Besar Pahang, namanya Adnan Yaakob. Dia mempunyai akhlak yang mulia. Perbuatan dan perkataannya tidak pernah kasar dan tidak pernah disaluti unsur kelucahan. Dia juga tidak suka dengan politik wang. Dia tahu terdapat kawan-kawannya dalam UMNO telah mengunakan wang untuk memperolehi sokongan dari perwakilan UMNO . Tetapi dia dengan rendah hati sanggup mengunci mulutnya demi menjaga nama baik kawan-kawannya.
Ringkas cerita, makluk yang bernama Adnan Yaakob adalah sebaik-baik manusia di kalangan spesis UMNO.
Anak-anak sekalian,
Adnan suka pada nombor. Jangan salah sangka, bukan nombor ekor kuda. Orang sebaik beliau tidak pernah seumur hidup berjudi main tikam nombor ekor kuda. Dia cuma suka main dengan nombor plat kereta yang dikeluarkan oleh JPJ. JPJ bukan syarikat tikam nombor ekor kuda.
Yang tak digalakkan bermain dengan nombor flat kereta satu angka ialah para Exconya. Boleh main tapi jangan menikam (bida) nombor satu angka dengan harga yang melebihi Rm10ribu walaupun para Exconya kaya raya kerana berniaga dan melakukan.....................
Baru-baru ini Pejabat Adnan telah berjaya dalam bidaan untuk mendapatkan nombor plat CCC 9 untuk kenderaan rasmi kerajaan Pahang. Nilai bidaannya hanya sekitar RM 48,000 . Katanya perbelanjaan untuk membida nombor-nombor itu bukanlah suatu pembaziran kerana duit berjumlah RM48,000 akan dibayar kepada JPJ. Katanya duit itu tidak pergi ke mana. Duit itu cuma berpusing dan berputar dari kerajaan Negeri kepada Jabatan kerajaan. Lagi pun kereta yang platnya bernombor CCC9 , bukan untuk Adnan. Kereta itu untuk mengangkut rakyat Malaysia yang yang berstatus tetamu isimewa kerajaan Negeri.
Anak-anak sekalian , mengikut kata Adnan lagi kereta rasmi bernombor lebih dari satu angka mendatangkan banyak masalah. Apa masalahnya anak-anak sekalian? Kebanyakkan tetamu istimewa , Negeri Pahang adalah jenis , nyanyok dan mudah lupa. Nanti bila ditanya apakah nombor kereta yang Tun, Tan Sri, Datuk Seri , dan Datuk naiki semasa jadi tetamu Adnan dan kerajaannya ,maka sukar bagi mereka nak ingat kalau angkanya berderet panjang , sepanjang sungai Pahang.
Oleh itu CCC9 yang angkanya masih dalam lingkungan satu angka, bertujuan untuk mudah diingati. Dan kalau Negeri Pahang jatuh bangkrap, Adnan boleh jual nombor CCC9 dengan harga yang mahal. Maka tak jadilah Negeri Pahang bangkrap!
Anak-anak sekalian ,
Tepuklah tangan kuat-kuat ! kerana kita patut berbangga dengan penjelasan Adnan yang boleh dikatogerikan sebagai manusia yang berkepala otak bergeliga. Dan ajaklah sekali , semua penyokong BN bertepuk tangan sama , termasuklah penyokong-penyokong yang rumah mereka macam reban ayam! . Jangan tak tepuk tangan! Tepuk sekuat-kuat hati.
Anak-anak sekalian, sekian sahaja cerita Pakcik hari ini tentang manusia cerdik yang yang bernama Adnan Yaakob . Tapi jangan cuba meniru kecerdikan beliau kerana ditakuti dia berasal dari planet lain.
Dan jangan lupa anak-anak sekalian , esok kita pakai baju kuning! Ingat ya! pakai baju kuning esok!
Sudah Berubahkah Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap Pas?
Mulanya teman enggan kerana teman pun pada masa itu juga sedang sibuk menyiapkan mini tesis (tahun akhir).Tetapi mengenangkan dia sudah terlalu kelewatan memulakan penulisan dan sudah mendekati 'dateline' untuk menyerahkan mini tesisnya, maka terpaksalah teman membantu. Lagipun muka dia 'muka welfare'. Sebiji macam muka bang dollah!
Teman bantu dia membuat 'questionnaire' yang kemudiannya dipersetujui oleh Dr Engku Ibrahim. Teman tolong dia macam-macam. Dia seolah-olah goyong kaki dan teman pula yang berhempas pulas hendak menyiapkan bahan untuk penulisan mini tesisnya.
Contohnya dalam bab 'literature review' teman lebih sibuk dari beliau dalam mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Manakala dia sempat lagi menyibukkan diri dengan PMIUM di mana beliau begitu aktif sejak tahun pertama lagi.'
Diringkaskan cerita , teman ajak dia untuk mencari responden untuk ditemubual sambil mengisikan borang 'questionnaire'. Kalau nak tunggu'questionnaire' yang baru diedarkan tentu tak sempat.
Maka kami pun merayau-rayau di banyak tempat di sekitar Lembah Klang dengan' tape recorder' ,borang questionnaire serta surat dari Ketua Jabatan Pengajian Islam sebagai lesen untuk membuat kajian.
Ramai orang kami temui. Seronok juga dapat menemui orang dan berlagak seperti wartawan akhbar.
Teman ringkaskan hasil temubual yang kami buat seperti berikut:
Ditanya pada golongan anakmuda khusnya di pusat membeli belah. Mereka berkata: "Kalau Pas memerintah, susah anak muda hendak berhibur kerana panngung wayang tak ada, pusat disko diharamkan, band-band rock tak boleh hidup. Kami sokong BN, boleh terus enjoy ,macam dalam surga".
Ditanya pada seorang perniaga berbangsa China .Riaksinya :" Pas ,parti Islam manyak fanatik. Nanti gua punya'barang' kena potong'. Tatak boleh main judi. Tatak boleh makan babi.Hei yoooh manyak syhusha ho! Itu sebab Barisan juga manyak bagussss"
Ditanya pada seorang wanita separuh umur yang menghuni disebuah hotel murah di lorong Haji Taib:Riaksinya: "Saya benci Pas. Nanti saya kena hukum sula. BN , tak begitu".
Ditanya pada seorang yang mengikut ceritanya selalu keluar masuk penjara kerana mencuri.Riaksinya:" Pas ni, parti untuk orang-orang baik saja.Untuk orang jahat macam saya, tak boleh sokong Pas. Nanti tangan saya kena potong. Sokong BN, masuk penjara masih dibagi makan. Hidup BN kerana kami sama-sama jahat".
Ditanya pada seorang yang mengaku penagih dadah:Riaksinya: "Kalau Pas perintah, gua punya bekalan macam mana ? Tentu Pas akan perangi dadah habisan. Kerajaan BN dia rampas. Tapi bekalan masih tak putus beb. Gua ingat BN lagi best"
Ditanya pada seorang pegawai kerajaan:Riaksinya " Apa yang Pas tahu tentang ekonomi? Apa yang Pas boleh buat untuk membangunkan negara. Pas ni, parti yang tahu bercakap pasal halal haram saja".
Ditanya pada seorang ahli Darul Arqam yang berjubah dan berserban:Riaksinya: "Pas , buat cili sos pun tak tahu ,macam mana nak memerintah negara.?Negara Islam hanya boleh ditegakkan oleh Imam Mahdi. Pas elok makan belacan saja"
Demikian diantara persepsi negatif responden terhadap Pas yang boleh disimpulkan secara mudah seperti berikut: Orang jahat, pendokong sekularisme dan pejuang Islam yang keliru lebih suka memihak kepada BN. Dan BN boleh hidup selagi manusia jenis macam ini tak pupus lagi!
Kalau nak dicari responden yang mempunyai persepsi yang baik, cari penyokong Pas. Kesemua mereka sebulat suara berkata yang maksudnya hampir sama : "Hanya Pas sahaja yang boleh menegakkan negara Islam di negara ini. Umno dan BN , puak jahililyyah yang hanya pandai buat masjid dan hantar orang ke Mekah ".
Itulah sekelumit kenangan pahit dan manis teman semasa membantu seorang kawan menjalankan kajian untuk mini tesisnya.
Soalnya, masihkah sama persepsi masyarakat pada awal tahun 80an terhadap Pas jika dibandingkan pada tahun 2007?
Mungkin dah berbeza 360 darjah,kut. Maklumlah sekarang, Pas dipimpin oleh para Ulamak terbilang dan golongan professional cemerlang yang telah berjaya mengubah persepsi negatif rakyat terhadap Pas. Kalau belum berjaya........entahlah...... susah mahu cakap.
Khamis, 29 November 2007
Kawan-Kawan Dalam Pas Jangan Buang 'Current'!
Percayalah dasar Islam sebagai teras perjuangan, tidak akan membawa apa-apa makna yang signifikan kalau pemimpinnya masih buta Alqur'an. Teman tak mahu mengungkit sejarah beberapa abad yang silam dimana muncul beberapa dinasti yang dikatakan pemerintahan Islam tetapi dipimpin yang para Khalifah atau Sultan yang boros dan zalim terhadap rakyat. Khususnya, selepas Imam Ali Abi Talib dibunuh oleh musuhnya.Tetapi teman tidak menafikan terdapat sebilangan pemimpin Islam di zaman silam yang memenuhi piawai pemimpin Islam yang sejati.
Dan teman tetap berpendapat , perlembagaan sesebuah parti yang perjuangannya adalah berdasarkan Al-Quraan, Hadis Nabi, Ijmak ulamak dan Qias tidak akan membawa kesan yang besar kepada umat sekira barisan pemimpinnya tidak mempunyai kemahiran dan keberanian untuk melaksanakan tuntutan Islam, terutama dalam masyarakat Malaya yang kacau bilau pemikirannya.
Katakan UMNO meminda perlembagaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Tok Guru Nik Aziz dan kawan-kawan seperjuangan dalam Pas, sanggupkah pemimpin dan ahli Pas larut bersama gerombolan pemimpin UMNO yang sedia ada?
Lihat muka Nazri Aziz . Lihat muka Rafidah. Lihat muka Rais Yatim. Lihat muka Zainuddin Maidin. Lihat muka Khir Toyo. Lihat muka Ali Rustam . Dan jangan lupa perhatikan sinar mata dan wajah bang dollah dan bang Najib.Adakah mereka memilki jiwa perjuangan islam? Kesemua mereka ini berani teman lebelkan sebagai hamba kepada pemikiran yang kacau bilau dan berkemahiran tinggi dalam melakukan kerja putar alam.
Pemimpin Umno yang tak disebut namanya di sini, teman percaya lebih kurang sama juga. Jangan salah faham, teman tak kata mereka bukan Islam. Yang cuba teman beritahu, pemikiran mereka kacau bilau, terutama dalam hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam dan permasalahan umat!
Mungkin ada kawan-kawan akan berkata, Allah berkuasa untuk mengubah sesorang atau parti. Betul, tapi Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang sentiasa mencari kebenaran dan hati belum hitam sepenuhnya.Masalahnya, secara lahiriah, pemimpin Umno masih berpendapat bahawa perjuangan mereka adalah benar disisi Allah! sambil kedua belah tangan mereka terus merampok hak rakyat!
Kalaulah Pas sendiri yang dasar perjuanganya adalah jelas Islam tetapi masih juga kedapatan sebahagian pemimpin bertaraf ulamak yang lebih suka bermain batu seremban dengan anak-anak dan bini di rumah semasa perhimpunan aman 10/11, janganlah pula meraban dan merapu dalam ceramah untuk membubarkan parti sekiranya UMNO ubah dasarnya kepada Islam. Hayati ucapan Tok Guru Haji Abdul Hadi baru-baru ini , yang kalau difahami maksudnya adalah jelas bahawa ajal UMNO semakin dekat!
Oleh itu jangan buang 'current' tak tentu kira!
Rabu, 28 November 2007
Siapa Yang Gila Di antara Dua Orang Adik Beradik ?
Selasa, 27 November 2007
Selamat Hari Jadi Bang Dollah!
Memang ada ketikanya teman terkasar bahasa terhadap bang dollah. Kadang-kadang memang disengajakan dan ada ketikanya berseloroh sahaja. Janganlah, ambil hati bang.
Apapun janganlah abang dollah merapu dan buat bodoh sahaja terhadap kritikan rakyat jelata. Yang perlu dijawab segera, jawablah dengan pantas. Dan janganlah abang ulangi lagi kata-kata ' Saya pantang dicabar' macam suara seorang diktator. Abang, bukan diktatorkan?
Sekali lagi teman mengharapkan kebahagian abang dan isteri. Anak menantu yang sekor tu, kalau boleh abang dollah ikat kakinya supaya jangan main jauh-jauh. Teman fikir dia ada masalah jiwa yang kronik. Janganlah , abang dollah manjakan dia sangat, nanti abang juga yang susah. Rakyat yang sudah sedia susah kerana ada seorang PM macam abang, semakin lebih susah bila menantu kesayangan abang buat perangai yang tak tentu kira.
Sekian , dan assalamualaikum bang !
Jangan di ISAkan Para Demonstrator: Tembak saja!
Bagus Datuk Jo! Kenyataan Datuk memang dinanti-nantikan. Tapi teman rasa tindakan ISA tidak memadai. Nanti bila cukup tempoh tahanan , mereka terus turun ke jalan raya lagi. Mereka sesungguhnya telah membuat kerajaan BN dalam keadaan tertekan. Lama kelamaan, boleh goyang kerajaan BN akibat tindakan mereka.
Bila goyang kerajaan BN ,susah pula pemimpin UMNO dan Barisan mahu cari makan. Alangkah bahagia hidup ini pemimpin BN melalui kuasa yang ada terus melahap khazanah negara tanpa dihantui ketakutan terhadap rakyat yang sedang bangkit! Oleh itu Datuk Jo dan kawan-kawan seperjuangan kena terus mempertahankan agar kerajaan BN tidak goyang walaupun seminit ,gara-gara para demonstrator jalanan yang tidak lagi boleh dinasihati.
Tiga minggu lalu muncul Gelombang Kuning. Hari minggu lepas , gelombang hitam-putih. Bulan depan entah gelombang apa pula yang muncul. Rakyat semacam semakin berani menuntut perubahan di jalanraya! Adakah kebangkitan rakyat adalah akibat dari tindakan kerajaan BN yang semakin menekan seluruh sendi kehidupan rakyat wahai Datuk Jo ! Oleh itu rakyat perlu dikenakan tindakan yang lebih keras dari ISA!
Apakah tindakan, yang lebih keras selain dari ISA. Jawabnya, tembak saja para demonstrator dengan peluru hidup. Jangan takut dengan apa kata negara luar. Negara luar bukan tahu masalah kerajaan BN yang terpaksa berhempas pulas berdepan dengan kebangkitan rakyat. Persetankan negara-negara luar. Pekakkan telinga yang memang sejak azali dah pekak!
Selama ni pun, kerajaan BN buat tak dengar, macam telinga badak sumbu, bila negara-negara barat atau timur mengkritik penggunaan ISA ke atas rakyat. Jadilah seperti negara haram Israel yang dipimpin oleh Bangsa Yahudi yang tak peduli langsung dengan maki hamun negara-negara luar, terutamanya negara umat Islam, atas kekejaman seperti membunuh yang dilakukan saban hari terhadap umat Islam Palestin. Dan sampai sekarang, negara haram Isreal terus kekal. Oleh itu jadilah seperti parti yang memerintah Isreal sekarang maka sudah tentu kerajaan BN boleh kekal sampai dunia ini kiamat.
Dan selama ini pun, kerajaan BN tak pernah takut pada rakyat, walaupun sebahagian besar rakyat telah dengan bodohnya , memberi undi kepada kerajaan Perikatan/BN sejak 50 tahun yang lalu supaya terus berkuasa. Oleh itu tembak saja rakyat yang berdemonstrasi di jalan raya.Dan bagi memudahkan kerja , agar lebih cepat rakyat yang turun di jalan raya, kojol mojol , sebaiknya gunakan bom C4, atau C5 yang boleh diminta dari Kementerian Bang Najib. Biar berkecai tubuh setiap rakyat yang turun ke jalan raya!
Tembak Tuk, jangan tidak! Para demonstrator berdasarkan kitab puak tertentu boleh dianggap bughah. Kalau tak percaya tanya pada SS Mufti Perlis!
Isnin, 26 November 2007
Bang Dollah, Teman Nak Mohon Adakan Konsert!
Bang Dollah Yang Diingati,
Nak buat demonstrasi aman cukup susah di Malaya. Minta permit, tak bagi. Alasan penolakan permohonan amat mudah: takut berlaku rusuhan. Kalau buat juga, terimalah akibatnya:rakyat dihadiahkan air kimia, bom gas pemedih mata , sepak terajang dari polis yang berperangai macam anjin gila.Contoh klasik, Perhimpunan Gelombang Kuning 10/11
Bang Dollah,
Kebanyakkan demonstrator, berdisiplin. Tapi bila terlalu dikasari maka berlakulah beberapa kes terpencil, dimana polis dibelasah oleh segelintir demonstrator yang panas baran kerana menganggap I.C yang menandakan mereka adalah warganegara yang sah seolah tidak berharga disisi Perlembagaan negara. Contoh klasik, perhimpunan anjuran Hindraf semalam.
Dalam kamus kerajaan BN yang keriau dari pagi sampai malam dan dari malam hingga ke pagi bahawa Malaya adalah sebuah negara demokrasi, demonstrasi jalanan bukan budaya kita! Budaya kita ialah mentadarah rasuah!.Budaya kita ialah berlakun membantu rakyat tapi hakikatnya membahagikan khazanah negara di kalangan suku sakat! Budaya kita ialah bla...............bla......tapi bukan demonstrasi jalanan.
Bang dollah,
O.klah oleh kerana semua serba susah: permit ceramah susah dapat , permit berdemonstrasi hampir mustahil dapat, maka teman dengan ini memohon untuk mengadakan sebuah konsert besar-besaran tiga malam berturut-turut. Kalau boleh di Stadium Bukit Jalil. Dalam konsert itu teman mahu menyanyi. Kawan-kawan teman pun mahu nyanyi. Akan teman jemput bersama-sama , artis-artis yang terkenal , itu pun kalau mereka sudi tanpa sesen pun bayaran!
Bang dollah,
Jangan risau , konsert ini tak akan diselitkan dengan ceramah politik.Konsert ini semata-mata MENYANYI.Band yang akan mengiringi teman, kawan-kawan dan para artis adalah sebuah band yang tak berapa terkenal, tapi boleh membawa pelbagai irima seperti rock sehinggalah lagu-lagu Melayu yang paling asli!
Mula-mula yang akan menyanyi tentulah teman. Maklumlah penganjur,katakan! Tapi maaflah bang, teman kena menyanyi sambil duduk atas kerusi kerana teman sakit, dah jadi macam Tan Sri S.M.Salim.
Suara teman , boleh tahan sedap. Macam mana pun yang penting teman, nak nyanyi lagu berirama rock. Teman kurang pandai nyanyi lagu nasyid. Mungkin mesej lagu sahaja yang berbeza berbanding, lagu artis artis terkenal.
Semua lagu itu teman cipta sendiri mengunakan gitar accoustik.Di antara lagu yang dijangka bang Dollah suka ialah: 1. Bertuah punya Menantu 2. Aku nak jadi PM seperti Bang Dollah 3. Rock berbersama be end.4. Gelombang Kuning Di KL dan berapa buah lagu lagi.
Juga untuk makluman bang dollah, kawan-kawan yang akan turut menyanyi, di antaranya ialah Sdr Mat Sabu. Beliau akan menyanyi lagu berentak rap bertajuk: 'Fuyooo... Negara Polis'. Manakala seorang lagi kawan iaitu Sdr Mahfuz Omar akan menyanyi lagu berentak irama Malaya bertajuk:' Tidurlah Wahai PM ' Dan seorang kawan berasal dari Taiping , sdr Baqak Haq akan menyanyikan sebuah lagu berentak blues bertajuk 'Malaysia kita' Senarai kawan-kawan yang akan menyanyi di konsert tersebut amatlah panjang. Tak tersebut satu persatu.Tunggu sajalah!
Dan kemuncak konsert tersebut , dua orang penyanyi undangan iaitu Tuan Guru Haji Abdul Awang akan turut menyumbangkan suara dengan menyampaikan sebuah nasysid kontemporari bertajuk: 'Ajal Be End dah nak tiba' dan hero Malaya sewaktu dulu dan kini?, tidak lain tidak bukan Bro Anwar Ibrahim akan menyampaikan sebuah lagu berirama industani bertajuk: 'Masih kah ada orang ingat.'
Bang Dollah,
Teman sebagai penganjur konsert tersebut, menjemput abang untuk hadir bersama dengan Datin Seri. Tapi, abang kenalah meluluskan permohonan untuk mengadakan konsert ini yang akan diadakan sebaik sahaja abang membubarkan parlimen. Abang jangan risau, konsert ini pasti menghiburkan dan masuk adalah percuma kepada semua rakyat Malaya kerana ditaja oleh KEKWA sepenuhnya dan di'amin' oleh Polis Diraja Malaya!
Bang Dollah,
Dengan kehadiran abang, maka berserilah hendaknya konsert 3 malam berturut-turut. Janganlah, tak beri permit kerana konsert mengkonsert bukankah dah jadi budaya kita,bang?!
Jumaat, 23 November 2007
Ingatan Ikhlas Untuk Gerakan Salafiyyah!
Ulama rujukan mereka kebanyakkan berpusat di Arab Saudi. Kerajaan Saudi seperti yang diketahui , cukup senang menjalinkan hubungan baik seperti abang adik dengan kerajaan syaitan besar :USA. Dan dalam masa yang sama, kerajaan Arab Saudi, menternak dan memelihara para ulamak yang melebelkan diri sebagai salafi , konon atas kapasiti mereka sebagai penerus tradisi ilmu Ulamak salaf.
Oleh itu tidak hairan kalau mereka berdiam diri dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pihak Istana yang membelasah hasil mahsyul negara untuk diri sendiri dan keturunan mereka. Rakyat pula terus ditakut-takutkan dengan fatwa bahawa adalah berdosa dan dan dianggap bughah (penderhaka) sekiranya menentang pemerintah selagi mereka bersolat dan tidak mengajak rakyat melakukan maksiat. Fatwa ulamak-ulamak jenis ini adalah berdasarkan beberapa buah hadis Nabi S.A.W .
Teman tak menafikan hadis-hadis yang dikemukakan adalah sahih . Tapi hadis-hadis tersebut perlu juga dilihat dari segi kontektual, bukan semata-mata dari sudut tektual. Harap-harap adalah sesiapa yang pakar hadis boleh menghuraikan maksud teman. Kalau teman salah, sila tegur.
Selain itu , terdapat sebahagian ulamak golongan salafiah telah dengan sewenangnya mengeluarkan fatwa sesat terhadap pemimpin Ikhwannul Muslimum,seperti Imam Hassan Al Bana, Syed Qutub, Said Hawwa, Dr Yusuf Qardawi, Sheikh Dr Muhammad Ghazali dan ramai lagi. Di antara faktor pemimpin Ikhwan difatwakan sesat dan menyesatkan ialah kerana golongan ini tidak pernah berhenti berusaha untuk mendekatkan aliran Sunni dengan aliran Syiah dan menempatkan kedudukan muslimat ditempat yang selayaknya.
Adakah puak jenis ini, buta sehingga tidak nampak peranan gerakan Ikhwanul Muslimum yang cukup besar dalam menyemarakkan kebangkitan Islam? Adakah mereka merasa terlalu bahagia kerena berpesta tanpa henti menyesatkan golongan yang tak sealiran dengan mereka yang lebih suka duduk menunggu untuk mendapat sedikit habuan duniawi dikaki lima Istana Raja Arab Saudi yang boros dan mendera zahir dan batin rakyat yang rindukan kehidupan yang lebih bermakna?
Pandangan setengah golongan salafiah yang kerterlaluan boleh juga kita lihat pada sikap mereka pada ulama dan pengikut aliran Syiah. Seolah-olah Ulama dan pengikut Syiah adalah sekumpulan manusia yang cukup sesat dan menjijikkan seperti haiwan yang bernama babi.
Memang tak dinafikan terdapat pengikut syiah yang keterlaluan kesesatannya. Namun dalam dunia sunni pun , muncul juga aliran yang sesat dan menyesatkan. Contohnya, aliran anti hadis , pengikut setengah tarekat yang menganggap syariat hanya untuk orang awam dan pelbagai jenis aliran yang sesat dan menyesatkan yang muncul dari aliran sunni. Mungkin puak salafi jadi-jadian ini , menafikan aliran anti hadis atau puak tarekat yang menyesatkan bukan dari kalangan sunni. Nafikanlah, walaupun pada hakikatnya ajaran sesat boleh berlaku dalam dunia sunni mahupun syiah!
Teman secara peribadi tak pernah mengatakan puak salafi adalah sesat. Teman sendiri pun tekun membaca karya ulama kontemporari golongan Salafi seperti Sheikh Nasiruddin Al bany(pakar hadith) Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan ramai tokoh lagi. Tidak lupa juga teman menyatakan kasih pada Imam Ibnu Taimiyyah yang kitab-kitabnya banyak dirujuk oleh puak Salafi di negara kita. (Imam Ibnu Taimiyyah pernah angkat senjata melawan tentera Monggol sedangkan Imam Al Ghazali pada masa yang sama tidak pernah diberitakan turut serta memerangi keganasan imperialis monggol: demikian kata puak salafi)
Yang teman minta dari kawan-kawan dari aliran Salafiyyah supaya mengkaji semula aktiviti mereka yang menyebabkan sebahagian pejuang-pejuang Islam lain resah kerana takut berlaku perpecahan dikalangan umat ini dalam soal furuk. Sebaiknya, semua pejuang Islam perlu berganding bahu untuk memerdekakan umat ini dari para penguasa yang melakukan ketidakadilan dan saban waktu merompak kekayaan bumi bertuah ini untuk kepentingan diri dan anak pinak mereka. Merekalah musuh sebenar umat di negara ini, bukannya Syiah yang majoritinya tinggal jauh di Iran dan di beberapa buah negara di Timur Tenggah!
Kita rentap dulu musuh umat yang berada didepan hidung kita!
Khamis, 22 November 2007
Tahniah: Kerajaan Pas Kelantan Akan Mulakan Rawatan 'Inabah'
KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan akan memulakan program rawatan "inabah", satu kaedah kerohanian sebagai rawatan alternatif bagi memulihkan penagih dadah di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata 15 juru kaunseling telah dihantar ke Surabaya dan Jakarta di Indonesia yang berjaya melaksanakan kaedah itu.
Kerajaan negeri juga telah menyediakan Pusat Baitutaubah atau 'rumah taubat' di Jeram Pasu, Pasir Puteh, katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Daud (PAS-Demit).
Takiyuddin berkata kaedah itu meliputi tiga aktiviti utama, antaranya, rawatan secara fizikal kepada penagih dadah dengan mengamalkan mandi pada awal pagi yang didapati berkesan mengeluarkan sisa toksik di dalam badan.
"Penagih dadah yang secara sukarela mahu berhenti juga akan diajar untuk mengamalkan solat taubat dan berzikir," katanya.
"Ini penting kerana ada penagih dadah yang tidak ingat siapa mereka, termasuk ada yang tidak ingat mereka itu lelaki atau perempuan," katanya.
Takiyuddin berkata program yang merupakan kaedah alternatif kepada program terapi gantian menggunakan dadah jenis metadon yang telah dilaksanakan Kementerian Kesihatan akan dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.
Selain menggunakan kaedah penggunaan dadah gantian untuk membantu penagih berhenti daripada terlibat dalam kegiatan tidak berfaedah itu, Kelantan juga mempunyai pusat pemulihan dadah kendalian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Kepada satu lagi soalan Mohamed berhubung kewujudan klinik swasta yang menjual metadon di Kelantan, Takiyuddin selain beberapa klinik kerajaan yang dibenar menjual dadah jenis metadon di Kelantan, terdapat sebuah klinik swasta yang dibenarkan berbuat demikian iaitu Klinik Rosli di Jalan Kebun Sultan di sini. BERNAMA
Berita diatas amat mengembirakan hati teman. Teman berdoa agar usaha Kerajaan Negeri Kelantan akan berjaya dan diberkati oleh Allah.
Cerpen Merapu :Bhg 3(Akhir)
"Oh ana cukup sayang pada Pas. Itu sebab ana cuba mendidik ahli Pas supaya tahan diuji. Ana suruh polis cari jalan supaya buat hal dengan pemimpin dan ahli Pas, agar mereka tahu bagaimana hendak mengatasi sesuatu masalah. Inilah yang dikatakan tarbiyah pratikal yang ana sumbangkan untuk perjuangan Pas. Media arus perdana dan alat jentera kerajaan pun memang ana tugaskan untuk melakukan tugas melemahkan perjuangan Pas. SPR pun ditugaskan begitu. Oleh kerana itulah, perjuangan Pas dapat diteruskan kerana setiap hari terpaksa berjuang. Katakan semua ini tiada, pemimpin dan ahli Pas akan lalai dan lama kelamaan perjuangan pas akan lesap ditelan zaman. Besar tak sumbangan ana pada Pas, ya sheikh?"
Terpesona teman dengan kata-kata bang dollah yang agak memukau. Logik juga. Tapi teman masih cuba menguji bang dollah" Bang, ana ni orang bodoh tak layak jadi menteri. Tahap pendidikan tak tinggi. Nanti memalukan majlis wazir bang dollah" ujar teman bagaikan seorang yang amat merendah diri. Tapi tuhan saja yang tahu, teman suka sangat menjadi menteri.
Bang dollah tersenyum meleret mendengar kata-kata teman. Matanya kelihatan bercahaya menatap wajah teman yang dikerutkan supaya kelihatan sayu dengan harapan memancing simpati bang dollah. Tak lama kemudian dia ketawa kecil dan berkata," Sheikh, syarat kelayakan utama untuk menjadi anggota wazir ana, ialah kurang cerdik. Maknanya bodohlah tu.Pandai sangat susah ana nak kontrol. Tapi janganlah terlalu bodoh seperti si Zam. Biar bodoh yang sederhana. Dan syarat yang kedua seseorang wazir mestilah setia pada ana. Kalau tak setia, tak lama ana boleh bertahan jadi PM. Syarat yang ketiga, setiap wazir mesti cekap menjalankan tugasnya. Kalau tak cekap ana yang susah, tak boleh relak. Banyak lagi syarat yang lain. Tapi tak perlu ana huraikan".
Taklah berat sangat syarat yang bang dollah tetapkan. Dan dalam keadaan hidup teman yang sedang dihimpit oleh masalah kewangan, eloklah teman terima saja tawaran bang dollah walaupun teman terpaksa jadi tukang angguk. Nak hidup!
Maka dengan penuh yakin teman pun berkata" bang dollah, tawaran ini sungguh bermakna buat ana yang sedang bermasalah dari segi kewangan. Oleh itu........" tiba-tiba terpaksa teman berhenti bercakap kerana telinga teman terdengar bunyi kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.
Mungkin isteri teman dah balik . Dalam waktu-waktu begini dia selalu pulang ke rumah selepas lebih lapan jam bertugas di pejabat. Elok sangat isteri teman berada bersama di saat ini. Biar dia sendiri dengar deklarasi persetujuan teman untuk menerima tawaran jawatan sebagai Menteri Penerangan Malaya. Tentu dia suka kerana suaminya tidak lama lagi bergaji besar , jadi orang besar, berkereta besar , berumah besar dan entah apa-apa lagi yang besar!
.
"Assalamamualaikum" , kedengaran isteri teman memberi salam.
"Waalaikumsalam" serentak bang dollah dan teman menjawab.
Dan masuklah isteri teman ke dalam rumah. Mata dia, teman lihat terpacak ke arah Bang dollah. Kemudian isteri teman tersenyum dan berkata" Oh Datuk Seri rupanya. Dah lama sampai. Tak kerja hari ini?.
Mak Datuk, hebat juga isteri teman!. Baru kali pertama jumpa bang dollah, terus disapa dengan mesra dan menghadiahkan sejambak senyuman yang manis. Macamlah dia kenal sangat dengan bang dollah, bakal boss teman!
Bang dollah, teman lihat macam orang tak senang duduk. Sekejap berdiri, sekejap duduk.
"Apa tujuan Datuk Seri datang ke rumah saya? Puas saya cari Datuk Seri di pejabat tadi. Rupanya Datuk Seri ada disini", tanya isteri teman sambil matanya menjeling ke arah teman yang sedang dilambung oleh ribut kebinggungan.
Bang dollah yang baru berdiri dan duduk semula di sofa, kelihatan menundukkan kepalanya.
Pemalu sangat kah bang dollah ni bila berdepan dengan perempuan ? hati teman berdesis. Dan yang menghairankan isteri teman kelihatan tersangat mengenali bang dollah. Bila pula isteri teman bekerja di Jabatan Perdana Menteri?.
Bang dollah masih membisu seribu bahasa. Oh, bang dollah apa dah jadi?
Isteri teman pula sudah berada di sisi teman. Senyuman manis masih tak lekang dibibirnya. Sambil itu dia mengurut bahu teman yang sudah lama tegang dan sakit. Dan kemudian dia bersuara separuh manja: " Oooi Cik Abang, seronok ke jumpa dengan Datuk Seri?
Pantas teman jawab, "seronok, tak sangka bang dollah sebaik manusia di atas muka bumi ini"
"Ada tak Datuk Seri menawarkan sebarang jawatan pada cik abang"
"Ada. Bang dollah menawarkan jawatan Menteri Penerangan. Kita bersetuju. Tapi belum sempat beritahu,bang dollah"jawab teman jujur.
"Cik abang , di Pejabat, sudah ramai kakitangan dia tawarkan dengan pelbagai jawatan. Tapi tak seorang pun yang terima. Sebabnya Datuk Seri yang seorang ni, otak dia dah tak berapa stabil sejak isterinya meninggal kerana barah payu dara. Kerja dia sebagai kerani kanan diabaikannya. Boleh dikatakan setiap hari dia menghilangkan diri. Ponteng kerja. Mentang-mentanglah wajah dia seiras dengan wajah Pak Lah, dia selalu menyamar sebagai Pak Lah, Perdana Menteri kita. Tak sangka, hari ini, abang menjadi mangsanya"
Oh ! teman nak pengsan. Ada sesiapa yang boleh tolong?
Tamat.
NOTA: Cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Satu percubaan menulis genre cerpen , namun ia berkaitan dengan makluk yang sebenar dan masih hidup. Maaf kalau tidak ada nilai estetika yang tinggi. Teman hendak menjelma sekejab sebagai sasterawan jadi-jadian.
Rabu, 21 November 2007
Cerpen Merapu: Bhg 2
Tapi bang dollah masih asyik merenung lantai yang berkarpet lusuh. Mungkin dia sedang mencari ayat yang sesuai. Atau pun dia sedang menahan matanya supaya tidak terlelap.
"Begini Sheikh" tiba-tiba dia bersuara dengan bersemangat sambil menepuk bahu sebelah kanan teman. Syukur, bang Dollah masih belum terlelap. Dan kemudian dengan lancarnya dia menyambung kata,"hajat kedua ana datang ialah untuk menawarkan jawatan kepada Sheikh. Jawatan itu bukan sembarangan jawatan. Jawatan Menteri. Suka?"
Bagai hendak pecah jantung teman mendengar tawaran bang dollah. Teman tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-perlahan. Cuba hendak tenangkan perasaan. Akhirnya , tak sampai dua minit , rasa tenang muncul semula. Dan sambil ketawa perlahan macam tokoh politik yang bersopan, teman mengajukan pertanyaan.
"Menteri apa bang?"
"Menteri Penerangan! menganti si Zainuddin Maidin. Ah, Zam ni, telah memalukan ana. Dia merapu bila ditemuduga oleh Al Jazerah. Satu dunia ketawa mendengar kemerapuannya. Ana malu. Besar kemaluan ana",macam nak menanggis bila bang dollah melafaskan kata-katanya. Teman cukup bersimpati. Tapi perasaan suka mengatasi rasa simpati. Siapa tak suka bila PM nak lantik kita jadi Menteri penuh.
"Bang, apa pula kata Zahid Hamidi. Bukankah dia Timbalan Menteri Penerangan, sepatutnya dia yang diberi jawatan menteri penuh mengantikan Zam-Zam ala Kazam" Teman cuba mengingatkan bang dollah.
"Sheikh ni, suka sangat mengelarkan si Zam dengan gelaran Zam-zam ala Kasam. Kesian dia. Dia anak yatim piatu. Lain kali jangan buat macam itu, ok!. Ah, tentang Zahid Hamidi , ana fikir nak lantik dia jadi Menteri Besar Perak. Tajul Rosli, bak kata Ali Rustam suka mengampu ana. Ana tak suka. Kalau nak mengampu sikit ana tak kisah. Jadi Zahid Hamidi elok sangat jadi Menteri Besar Perak. Dia orang jawa. Perak rasanya tak pernah ada Menteri Besar dari keturunan jawa. Orang jawa ni kaum yang anih sikit. Terlebih-lebih kreatif. Contohnya, Khir Toyo dia hadiah penyapu kepada kakitangan awam. Ana nak tengok, bila Zahid Hamidi jadi menteri besar Perak , dia beri hadiah apa pulak. Mungkin buah kelapa kut! kerana kampung dia Sungai Tiang, Bagan Datuh banyak kebun kelapa.Ha..ha..ha..ha...." mungkin kerana lucu dengan kata-katanya sendiri bang dollah meledakkan bunyi ketawa yang kuat. Teman, pun turut ketawa. Malah lebih kuat dari bang dollah. Satu percubaan teman nak mengampu sikit. Maklumlah, jawatan Menteri Penerangan telah tersedia. Soalnya nak cekup atau tidak saja!
" Ah, sheikh setuju ke dengan tawaran ana ini?" tanya bang dollah.
"Ana tak sihat. Ana sakit, bang!"
"Ana tahu sheikh sakit. Dan ana tahu sheikh dapat rawatan di hospital. Ana tahu sheikh dah berubat cara tradisional. Dan ana tahu , banyak duit sheikh habis kerana berubat"
"Mana bang dollah tahu? Bang dollah seorang spy ke?" tanya teman berpura-pura hairan.
"Ana bukan spy full time tapi sempatlah menyiasat latarbelakang sheikh . Ana dari dulu terpengaruh dengan Filem James Bond. Ana tak miss tengok cerita James bond.Setiap filem James Bond mesti ada wanita cantik. Itu yang buat ana lebih suka. Sheikh tahu, sempat ana tepuk bahu heroin filem James bond, amoi berasal dari Ipoh di satu majlis yang sheikh pun tahu . Amoi cantik tu, membalas pula. Dipegangnya tangan ana. Lembut betul tangan amoi tu. Masa tu ana terlupa diri sekejab sehingga tak sedar bahawa ana ni Imam Islam Hadhari. Ana dah minta ampun pada tuhan.". Jelas bang dollah bagaikan sudah insaf.
Teman tak tahu samada nak ketawa atau bersedih dengan pengakuan bang dollah. Yang mampu teman lakukan cuma menepuk bahu bang dollah seolah menyokong keinsafannya.
Bang dollah melihat jam di pergelangan tangannya. Tentu jam bang dollah berjenama besar dan tentu harganya hampir mencecah harga rumah yang teman diami. Atau pun dihadiahkan oleh amoi cantik yang pernah berlakun sebagai heroin dalam filem James Bond.Mungkin !
"Sheikh dah lama kita bersembang ni. Ana tunggu jawapan samada sheikh bersetuju dengan tawaran ana. Soal sakit, nanti kita bereskan. Ana ni , suka melawat negara lain kononnya untuk menarik pelabur asing melabur di negara kita. Dah jadi hobi pulak. Nanti ana bawa sheikh sekali ke luar negeri untuk tugas rasmi Tapi bak kata orang tua, sambil menyelam minum air. Sheikh boleh ambil kesempatan mencari doktor pakar yang lebih pakar dari yang ada di Malaysia. Ana sendiri pun lebih suka mendapat rawatan dengan pakar di luar negara. Sakit resdung pun ana ke Australia untuk berubat. Malaysia ni, pakar perubatan tak sehebat mana."ujar bang dollah dengan nada yang lembut tetapi bersungguh-sungguh.
Teman sebenarnya mahu menerima tawaran jawatan sebagai Menteri Penerangan. Elaun mengalahkan gaji. Siapa yang tak hendak? Lebih-lebih lagi teman yang hidup serba susah sejak berhenti kerja. Tetapi ada sesuatu yang menghalang .Ah binggung teman dibuatnya.Teman dalam dilema.
"Bang, ana boleh terima tawaran abang, tetapi masalahnya ana bukan ahli UMNO dan ana bukan ahli parlimen yang boleh dilantik sebagai Menteri" teman cuba menguji ketulinan tawaran bang dollah. Teman pun macam BPR Malaya yang cukup prihatin dengan ketulinan vedio klip Lingam.
"Itu bisa di atur. Ana akan aturkan keahlian sheikh dalam UMNO. Ana akan backdatedkan tarikh keahlian.Itu kerja mudah. Mengenai status bukan ahli parlimen pun tidak menjadi hal. Bila-bila ana akan umumkan pembubaran parlimen. Lepas tu pilihanraya perlu diadakan. Sheikh boleh bertanding di mana-mana saja di negeri Perak, dan kawasannya selamat", pantas bang dollah menjawab.
"Tapi bang, ana sayang pada perjuangan Pas".
Secepat kilat bang dollah memintas,"sheikh 'sayang' 'cinta' letaknya dihati. Simpan saja. Yang dizahirkan tak mestinya sama seperti yang terpendam dihati. Arwah ayah ana dulu pun bukan calang-calang orangnya. Dia pernah jadi ketua pemuda Pas Malaya lama dulu. Kemudian dia masuk UMNO dan akhirnya dapat jadi timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Bukan dia tak sayang pada perjuangan Pas. Dia sayang, tapi dia simpan dalam hati".
Tunggu sambungan cerpen merapu bgh 3......
NOTA: Cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Satu percubaan menulis genre cerpen , namun ia berkaitan dengan makluk yang sebenar. Maaf kalau tidak ada nilai estetika yang tinggi. Teman hendak menjelma sekejab sebagai sasterawan jadi-jadian.
Cerpen Merapu : BHG 1
Tak sampai dua minit anak bongsu teman melaporkan dia nampak seorang yang tak dikenali ,memakai topi keledar dan berpakaian seperti zoro sedang terpacak dihadapan pagar yang berkunci dengan mangga yang utuh.
"adik boleh agak siapa dia"? tanya teman.
"tak boleh nak agak sebab dia macam ganjil sikit" jawab anak teman selamba dan dalam masa yang sama bunyi loceng sekali lagi menjerit.
"ganjil?. Ah tak apa. Adik duduk diam-diam, ok?"
Maka dengan langkah yang lemah teman menuju ke pintu dan membukanya untuk menjengok siapakah yang datang. Kedua biji mata teman melihat seorang lelaki yang dikatakan ganjil oleh anak bongsu teman. Memang orang diluar pagar itu tak boleh dicam kerana topi keledarnya, cermin mata hitamnya dan pakaian ala zoronya.
Walaupun teman tak berapa sihat, teman melangkah ke arah pagar sambil mempastikan kalkata(istilah dalam ilmu karate:yang bermaksud kedudukan kekuda kaki) adalah betul. Dan dengan cermat teman pun membuka pintu pagar dan dalam masa yang sama bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan.
Sebaik sahaja pintu pagar terkuak , orang yang tak dikenali terus meluru masuk ke dalam rumah teman."oiii beri salam dulu sebelum masuk rumah orang" jerit teman yang semakin bimbang melihat seorang lelaki misteri memasuki rumah tanpa permisi.
Dari luar rumah teman terdengar suara makluk misteri itu memberi salam,"Assalamualaikum, ya Sheikh". Suara itu macam pernah teman dengar. Tapi dimana ya?
"Waalaikum salam"jawab teman yang sudah bersedia hendak memasuki rumah untuk bertemu tetamu misteri yang kurang sopan meredah masuk rumah teman , seolah dia tuan rumah dan teman tetamunya.
Terkejut teman seketika. Bekas pemegang 'black belt' ilmu karate, kehilangan kalkatanya dan terus terjelepuk di atas lantai melihat makluk misteri sedang duduk bersemayam di atas kerusi sofa macam orang tak bersalah. Dan teman kelap kelipkan kedua belah mata kerana takut teman sedang bermimpi. Mata teman seolah tidak percaya pada apa yang dilihat. Orang yang sedang duduk dikerusi sofa bukan orang sembarangan. Dia bukan PM yang bermaksud Post Master. Tapi dia adalah PM , kata ringkas yang bermaksud Prime Minister!
"Oh lord, hopely he is not a devil to test my faith" , seru teman dengan suara yang agak nyaring. Dalam keadaan terkejut ,teman lazimnya tersasul berbahasa Inggeris.
"I am not a devil. Look at me brother, i am bang Dollah, The fifth Prime Minister of Malaya. If you dont believe, i will recite surah al fatihah for you to hear"
Rasa terkejut terbang serta merta bila mendengar pengakuan yang teman rasa jelas dan ikhlas . Lalu teman melabuhkan punggung di kerusi sofa di sebelah beliau.
"Maaf bang, saya ingat syaitan menyamar. Sungguh tak sangka yang datang adalah abang. Abang datang seorang saja ke? Datang naik apa ?".
" Sheikh , ana datang seorang diri. Naik motor kapchai. Menyamar sikit supaya orang tak kenal. Ana tak mahu sesiapa pun tahu yang ana datang berjumpa sheikh" ujar bang dollah dengan tenang sambil matanya merenung teman tanpa berkelip. Mungkin dia kehairanan melihat teman yang beramput panjang macam seorang rocker walaupun usia sudah 51 tahun.
Kemudian teman beritahu dia bahawa isteri teman tak ada di rumah kerana ada kerja yang perlu dibuat dipejabat. Anak perempuan pula masih belum pulang dari kolej. Orang gaji pula tak ada. Oleh itu tak dapat jamu dia dengan sebarang minuman atau makanan.
"Sheikh, ana datang bukan nak minum dan bukan pula hendak makan. Ana datang kerana dua hajat".
"Hajat ? Hajat apa bang dollah?". Teman bertanya , penuh dengan kemesraan , seolah-olah sudah satu kurun kenal dia.
"Pertama, nak tunjuk pada sheikh , ana punya lidah hanya satu. Tak bercabang seperti si Rashid SPR" kata bang dollah dengan nada yang penuh makna sambil menghulurkan lidah dari mulutnya. Boleh tahan panjang juga lidahnya. Dan dia pun bertanya" Lidah ana satukan? Dan tak bercabang"
Setengah nyawa teman menahan diri supaya tak memuntahkan ketawa yang kuat. Sambil itu, kepala teman mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata bang dollah bahawa dia mempunyai hanya satu lidah dan sesungguhnya tak bercabang.
"Memang lidah si Rashid, ana rasa bukan bercabang sepuluh. Mungkin lebih dari seratus. Dan ana rasa kontrak dia yang bakal tamat pada 31 Disember nanti, tak mahu ana rekomen untuk disambungkan. Satu Malaya meluat dengan perangai dia. Ada ke patut, dia kata dia tahu bila tarikh pilihanraya. Apa dia ingat ana ni tunggul?. Dia ni macam nak berkongsi kuasa dengan ana sebagai Perdana Menteri Malaya. Apa pendapat sheikh kalau ana lantik Malik Hussin Pengerusi MARFEL. sebagai Pengerusi SPR?", tanya bang Dollah .
"Bang, ana hendak tanya sikit. Permintaan abang untuk mendapat pendapat ana tentang hendak melantik Malik Hussin ini , adakah hajat kedua atau sekadar selingan". Teman mula ber'ana' dan ber'anta' dengan bang dollah. Dia yang mulakan.
"Selingan Sheikh! Hajat kedua , ana cakap lepas ini" jawab bang dollah sambil menguis batang hidungnya yang mancung dengan jarinya yang runcing.
Maka teman pun memberi pendapat teman secara ala kadar kerana tak sabar hendak mendengar hajat bang dollah yang kedua,"bang dollah, ana harap abang berhati-hati dengan Malik Hussin ini. Dia pernah tipu dan belut kepada Pas semasa jadi calun Pas bagi Parlimen Bandar Tun Razak pada tahun tahun 1995. Ingat bang! 'once a liar always a liar'. Macam manapun terpulang pada abang untuk membuat keputusan"
"Begitu ke? Ha, susah sangat ana lantik Mufti Perlis jadi Pengerusi SPR. Dia nampak jujur. Tapi mungkin dia tak setuju kerana dia berpendapat pilihanraya tidak islamik dan bidaah. Ah, lupakanlah. Nanti ana fikirkan bersama Khairy, calun yang sesuai". Ujar bang dollah perlahan sambil matanya merenung lantai yang disaluti karpet lusuh.
Tunggu sambungan cerpen merapu bgh 2.......
NOTA: Cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Satu percubaan menulis genre cerpen , namun ia berkaitan dengan makluk yang sebenar. Maaf kalau tidak ada nilai estetika yang tinggi. Teman hendak menjelma sekejab sebagai sasterawan jadi-jadian.
Selasa, 20 November 2007
Beri Laluan Orang Bodoh Nak Menulis!
Sehingga saat ini, tak terfikir teman untuk menjawab email si polan berkenaan. Adakah teman ,marah pada si polan ini? Jawabnya,'tidak'. Dia bebas menzahirkan kemarahannya. Dan teman pun mempunyai wilayah kebebasan tersendiri untuk menulis apa saja yang melintas dikotak pemikiran. Teman sedar bahawa tulisan teman tak ada nilai kesarjanaan yang tinggi. Maklumlah tahap pendidikan pun tak tinggi. Orang bodoh katakan!
Dan teman pun sedar, blog ini kurang dilawati kerana tidak ada sesuatu yang menarik disini. Oleh itu bila si polan, sudi melawat blog teman ini dan mungkin sempat membaca beberapa buah tulisan di blog ini, maka teman ucapkankan terima kasih. Kalau tak keberatan, singgahlah lagi bila ada kesempatan. Tak kena bayar pun!
Betulkah teman mempermainkan pemimpin UMNO? Jawapannya, mungkin. Walaubagaimanapun rasanya, teman tidaklah keterlaluan sanggat. Tidak pernah teman memberi gelaran iblis, atau firaun pada bang dollah, bang najib, bang zam-zam ala kasam, khairy dan pemimpin UMNO yang lain. Ini pun sudah dikira cukup baik.
Dan sebagai orang Islam, pemimpin UMNO yang beragama Islam juga adalah saudara teman dalam dinullah ini. Katakan bang dollah hendak dibunuh oleh Samy Vello kerana bang dollah terpaksa menyingkirkan beliau dari kabinet atas kesalahan rasuah, maka temanlah di antara orang yang pertama akan mencantas kepala Samy Vello. Teman sanggup lakukan demikian demi mempertahankan bang dollah atas nama persaudaraan Islam. Mungkin anutan politik bang dollah berbeza dengan teman, namun ianya bukan alasan untuk memutuskan tali persaudaraan Islam sesama kita.
Juga, akan teman pertahankan sehingga ketitisan darah yang terakhir sekiranya MCA, GERAKAN ,PPP dan MIC cuba bermain kasar dengan saudaraku yang terdiri dari pemimpin UMNO yang beragama Islam sekira mereka tiba-tiba menunjukkan kecenderungan untuk memperkenalkan syariat islam di bumi tercinta ini.
Mungkin ada kalanya teman 'terover' sikit semasa mengkritik bang dollah dan para wazir anguk-anguknya di blog ini . Teman mohon maaf sajalah.Teman bukan maksum. Kalaulah bang dollah dan para wazir anguk-anguk berasa kasihan kerana takut teman melakukan dosa (kalaulah mengkritik atas nama memperjuangkan kebenaran dianggap satu dosa kepada Ulil Amri), maka teman dengan rasa rendah diri memohon supaya dibubar sahaja UMNO dan marilah bersama-sama Pas berjuang menegakkan pemerintahan Islam yang adil bagi kesejahteraan seluruh rakyat jelata tanpa mengira ras atau agama!
Walaupun teman bodoh kerana tak berpendidikan tinggi, seruan teman seperti di para atas adalah wajar dan tepat pada masanya. Betul tak bang dollah? Kalau bang dollah kata 'betul',tentu wazir anguk-anguk akan turut berkata "sheikh Teluk Intan betul seratus paratus"!
Isnin, 19 November 2007
Memang Wajib Diboikot Media Arus Perdana!
Menurut sumber, kempen tersebut -seperti perhimpunan aman BERSIH, akan diketuai oleh PAS dengan sokongan NGO dan parti-parti pembangkang lain. Dipetik Dari Klpos
Teman sokong sepenuhnya kempen memboikot beberapa buah media arus perdana. Di antara yang wajib diboikot ialah Utusan Malaysia dan kumpulan New Strait Times. Boikot disini bererti jangan beli suratkhabar dan jangan menonton siaran TV tertentu. Biar taukeh media arus perdana menanggis kerana langganan dan penontonnya merosot dengan teruknya. Dan kalau boleh teman teringin sangat melihat taukeh-taukeh media arus perdana , merayu sambil menangis penuh perasaan kepada pemimpin Pas , pemimpin parti pembangkang yang lain serta NGO yang ikut serta supaya diberhentikan pemboikotan. Masa itu Presiden Pas , bolehlah memberi kuliah panjang pada taukeh-taukeh media arus perdana yang diboikot tentang ketidakadilan dan pengelapan berita berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pas serta rakan-rakan seperjuangan.
Kali ini kita berharap kempen pemboikotan wajib dilakukan secara lebih agresif . Kita tak mahu lihat kempen ini dilakukan sambil lewa. Sekejap sejuk, sekejap panas. Dan sebaiknya pemboikotan ini dilakukan sepanjang masa sehinggalah media arus perdana yang diboikot insaf dan menunjukkan tahap keadilan yang memuaskan dan menjunjung etika kewartawanan yang tulin.
Memang kerja memboikot media arus perdana yang dikenalpasti sejak dari dulu lagi telah menjadi alat para penguasa , nampak macam kerja mudah kalau dibandingkan dengan usaha menganjurkan demostrasi jalan raya secara aman. Hakikat sebenarnya , pemboikatan ini memerlukan pengorbanan yang besar. Contohnya, terdapat dikalangan kita , yang telah menjadi pembeli setia suratkhabar harian , kerana sudah mencapai 'makam' penagih tegar kepada berita-berita seperti sukan, hiburan, saham , kes mahkamah dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak ada kemudahan internet. Kalau penyakit ketagih ini boleh di'tenteramkan' maka usaha boikot akan lebih berjaya.
Akhirnya, suka teman memberi sedikit peringatan kepada pemimpin Pas , khususnya supaya lebih berhati-hati menjaga mulut. Mulut-mulut yang tak dikawal dengan bijaksana, seperti merendahkah pemimpin parti-parti pembangkang lain dengan kenyataan angkuh seumpama 'dah patut masuk musium', 'dia orang sosialis sama seperti komunis tidak boleh bertanding disini' dan yang seumpama dengannya haruslah dielakkan. Perlu diingat bahawa media arus perdana samada elektorik dan cetak akan sentiasa menunggu untuk menangguk ucapan-ucapan seperti itu untuk diekploitasi semaksima yang mungkin.
Kalau terpancut juga ucapan-ucapan yang seolah memberi 'bola tanggung' , siapa pula yang hendak dipersalahkan? Media arus perdana yang telah diboikot? Sendiri mahu ingat dan jawab!
Ahad, 18 November 2007
Bang Dollah Sakit Ke ?
Perdana Menteri berkata, pihak terbabit membuat dakwaan itu untuk meraih sokongan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
Bagaimanapun beliau berkata, tembelang pihak terbabit pecah kerana Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara tidak pernah memberi perkenan atau menyokong perhimpunan haram itu.
Di Petik Dari UtusanMalaysia Online
Abang dollah oh abang dollah. Siapa yang terdesak, bang? Penganjur Bersih tidak pernah memohon supaya Yang DiPertuan Agung memperkenankan perhimpunan 10/11. Yang dipohon hanyalah untuk mempersembahkah memorandam. Tak lebih dari itu!
Penganjur Bersih bukan banggang hendak menyeret Yang Dipertuan Agung untuk terlibat dalam apa sahaja bentuk berkaitan dengan Perhimpunan aman 10/11. Rakyat pun bukan banggang. Mereka tahu sempadan yang tak boleh dimasuki.Yang tak reti bahasa adalah orang lain. Oleh itu teman nasihatkan, bang dollah dan para wazir anguk-anguk supaya jangan selama-lamanya berbohong.
Maaf bang dollah , teman nak tanya sikit, dah lama kah abang mempunyai tabiat berbohong ni? Tahukah abang berbohong adalah satu jenis penyakit jiwa? Kalau dah lama, susah sikit nak ubat bang. Tapi kalau penyakit abang masih diperingkat awal, rasanya ada peluang untuk sembuh. Oleh itu dengan kadar yang segera, abang dollah boleh menghubungi mana-mana pakar kerohanian/jiwa supaya penyakit ini yang merupakan petanda kemunafikan seseorang boleh diubati dengan segera. Jangan lewat bang!
Teman baru-baru ini pernah terbaca di blog sang kutu a.k.a penarikbeca yang telah menulis bahawa "Tidak juga saya lupakan apa yang dilaporkan oleh Manila Times 12 September 2006: "Abdullah (Ahmad Badawi) always makes statements which are actually lies,"
Kesihan abang dollah! Berubatlah sebelum terlambat. Kalau boleh bawa sama selori para wazir anguk-anguk ! Mereka pun perlu berubat.
Sabtu, 17 November 2007
Penyalahanguna Dadah: Di Mana Pas?
Di zaman persekolahan teman , disekolah menenggah dulu dan selepas tamat tingkatan lima, iaitu dipertanggahan tahun 70an, teman pernah bercampur dengan kawan-kawan yang mengambil dadah bukan untuk buat kajian tapi menyalahgunakannya. Zaman tu, dadah tak banyak jenisnya . Yang paling awal terkenal ialah ganja. Masa itu harganya , satu kartus baru 70 sen. Tak lama kemudian, 'fit' atau 'heroin' pula menjadi kegilaan kawan-kawan. Harganya tiga ringgit setiup. Candu yang juga sejenis dadah, hanya popular dikalangan orang china yang kebanyakkannya sudah tua.
Teluk Intan bukan sebuah bandar sebesar seperti LA. Tapi masa itu, teman begitu fanatik menganggap Teluk Intan sebagai sebuah bandar yang cukup hebat di atas muka bumi ini. Sebagai sebuah bandar terbesar dihilir Perak, dadah juga mudah diperolehi.
Dan di antara tempat, yang teman suka lepak ialah di Jalan Durian sebatang. Sekolah teman, Sekolah Menenggah St Anthony yang terletak di Jalan Sekolah , amat berdekatan dengan Jalan Durian Sebatang. Sebaik sahaja loceng berbunyi, menandakan selesai waktu sekolah, teman selalu meronda ke jalan Durian Sebatang yang disenaraikan sebagai kawasan hitam kerana kegiatan dadah, mencari kawan-kawan se'kutu' yang sudah tak bersekolah yang menjadikan jalan tersebut sebagai 'port'.
Terus terang , teman cakap masa itu, teman suka benor berkawan dengan mereka. Dan kebanyakkan mereka suka mengisap ganja atau 'fit'. Ada juga yang telan LSD, tapi bilangan mereka boleh dikira dengan jari.
Dipendikkan cerita, kebanyakkan kawan-kawan teman seperti Mail beca, Man Ranggi, dan ramai lagi, kini telah tiada. Ketiadaan mereka, bukan kerana Bang Najib, TPM Malaya telah 'mengangkasakan' mereka. Tapi mereka telah mati. Kebanyakkan mereka mati bukan kerana terlebih dos, tapi kerana masuk longkang, dilanggar kereta atau melanggar tiang lampu. Itulah di antara kesan dadah yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah longlai. Orang yang berkeadaan lemah longlai tapi masih mahu merayau mudah sangat kena 'accident' dan kemudian maut.
Sampai ke hari ini, teman cukup bersyukur, walaupun pernah berkawan dengan penaggih dadah tegar, teman dapat terlepas dari cengkaman dadah. Mungkin berkat doa ibu bapa yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya.
Kalau nak cerita tentang pengalaman teman berkawan dengan penaggih dadah, sampai esok tak habis. Dan pada pendapat teman , punca awal, kawan-kawan menaggih dadah bukan kerana tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapa atau hidup tertekan, tetapi disebabkan keinginan untuk mencuba. Memang mula-mula menghisap ganja atau fit, boleh menyebabkan sesaorang itu muntah dan terlentok. Tapi kalau sudah mencuba dua tiga kali , apatah lagi bila sentiasa dicabar oleh kawan-kawan , akhirnya gelaran penagih tegar menjadi milik mereka.
Anak-anak remaja sekarang yang menaggih dadah, pun bukan kerana masalah hidup yang menghantui diri mereka. Kebanyakkannya berpunca dari keberanian diri untuk mencuba. Penyalahanguna dadah, tidak kenal ras atau agama. Dan yang menghairankan, bekalan dadah sentiasa ada walaupun rampasan demi rampasan telah dibuat oleh pihak polis. Mungkinkah pengedaran dadah di Malaya didalangi oleh pihak tertentu yang kelihatan seperti orang tak berdosa? Atau akibat dari amalan rasuah pihak tertentu yang melindungi pembekal? Tengok keliling dan jawab sendiri!
Soalnya apakah yang perlu dilakukan lagi untuk menghapuskan gejala penyalahanguna dadah? Pada pendapat teman, kerajaan BN telah gagal mengatasi gejala ini. Walaupun banyak pusat SERENTI telah dibina untuk memulihkan penagih dadah, tapi kesannya amat memalukan. Dua tiga hari keluar dari pusat SERENTI, ramai yang kembali menagih.
Oleh itu apakata Pas sebagai sebuah gerakan Islam, perlu berbuat sesuatu. Takkan mahu tunggu sehingga mendapat kuasa maka barulah tindakan yang drastik akan diambil.
Sesungguh teman tak berapa nampak , Pas telah melakukan usaha yang besar ke arah ini. Sedangkan, teman percaya, bahawa Pas mampu membantu penagih dadah untuk berhenti dari melakukan kegiatan menagih yang tak berfaedah.
Tidak terfikirkah Pas untuk menubuhkan sebuah pusat macam SERENTI, tetapi mengunakan pendekatan Islam seratus peratus sebagai formula merawat mangsa ketagihan dadah? Memang belanja untuk membina dan menyelenggarakan sebuah pusat seperti SERENTI adalah tinggi. Tapi percayalah, niat yang baik akan mendapat bantuan Allah. Kalau Pas boleh membantu umat tanpa sebarang kuasa politik , seperti di waktu banjir melanda dibanyak tempat di negara kita atau pelbagai musibah yang lain, teman percaya usaha Pas untuk membina pusat seperti SERENTI, dengan izin Allah akan dapat dilakukan.
Kalau susah sangat, minta kerajaan Pas di Negeri Kelantan untuk memulakan usaha ini. Kerajaan Pas Negeri Kelantan jangan hanya berbangga dengan skim kifalah atau usaha kebajikan yang lain, sedangkan masalah dadah semakin tenat dan kerajaan BN telah gagal mengatasinya!
Teman minta sesangat supaya PAS lebih proaktif membantulah penagih dadah(orang sakit) untuk kembali ke pangkal jalan. Kalau ianya berjaya dilakukan, tentu umat akan lebih jelas melihat bahawa Pas bukan semata-mata sebuah parti politik yang berjuang untuk mendapat kuasa , tetapi sebuah gerakan Islam yang perjuangannya menyeluruh.
Sekian sahaja pandangan teman yang serba bodoh ini!
Jumaat, 16 November 2007
Abang Dollah Setuju Tubuh Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kes Video Lingam.
Dulu lagi Majlis peguam, NGO, Parti-parti pembangkang dan rakyat yang prihatin mendesak supaya sebuah Suruhanjaya diraja ditubuhkan. Tapi abang dollah dan sekutu sungguh mengatal menubuhkan Panel Bebas. Ramai yang tahu, Panel ini tidak punya kuasa. Akhirnya, Panel yang abang dollah dan sekutu bentuk , pula yang mencadangkan supaya apa yang diminta oleh banyak pihak dulu, suruhjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes klip video Lingam. Kalaulah abang dollah ikut kemahuan rakyat, sudah lama kes ini selesai. Apapun teman ucapkan syabas kepada bang dollah. Langkah bang dollah kali in , walaupun boleh dianggap tersangat lambat dan dengan niat yang bang dollah saja yang tahu sesungguhnya adalah , 'cooooooorrect'.
Teruskan bang. Nanti teman minta pada Wak Khir Toyo supaya tidak menghadiahkan abang dollah, sebatang penyapu yang didatangkan khas dari Sungai Besar kerana kesalahan abang yang terlambat bertindak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja!
Khamis, 15 November 2007
Rupanya Rashid Dah Tahu Bila Pilihanraya!
"Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila pilihan raya akan datang, saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua membuat persediaan," katanya.
Sambil menjelaskan bahawa bahangnya semakin hampir, beliau mengingatkan semua pihak supaya membuat persiapan kerana SPR tidak mahu sesiapapun yang ketinggalan dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum itu nanti.
"Jika SPR giat membuat persiapan, maka pihak lain termasuk parti politik, juga perlu membuat persiapan," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya umum ke-12 negeri Melaka di sini khamis.
Taklimat itu antaranya berkaitan peranan dan tanggungjawab pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.
Bermula di Melaka hari ini, SPR akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat serupa di setiap negeri.
Abdul Rashid berharap bahawa selepas selesai SPR semua taklimat itu yang dijangka mengambil masa sebulan setengah, pilihan raya mungkin dapat diadakan.
Abdul Rashid, yang pernah menjadi Setiausaha SPR dan telah menguruskan enam pilihan raya umum, berkata pilihan raya di negara ini sentiasa dijalankan secara adil, bebas dan telus mengikut undang-undang sedia ada.
"Undang-undang yang sama masih terpakai sekarang dan jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan undang-undang itu, saya rasa patut mereka jangan salahkan SPR. Dia kena cari saluran untuk menentukan supaya pihak berwajib diyakinkan bahawa undang-undang itu patut dikaji," katanya.
Beliau berkata SPR sedia untuk berdialog dengan mereka yang menuduh kononnya SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus.
-- BERNAMA
Oii lidah bercabang sepuluh ! Kau dah tahu rupanya bila pilihanraya Umum akan diadakan. Tentu bang dollah yang beritahu kau. Tak sangka, bang dollah dah dapat ilham, tarikh pilihanraya. Maknanya, bang dollah tak boleh jawab lagi "belum dapat ilham", bila ada sesiapa bertanya bila pilihanraya akan diadakan.
Sekiranya selepas ini bang dollah masih berkata dia tak tahu kerana belum dapat ilham , kita minta Wak Khir Toyo, Tokoh Pemberi Hadiah Penyapu Nombor 1 Malaya , menghadiahkan penyapu kepada bang dollah kerana berbohong!
Dan bila kita baca kenyataan si lidah bercabang sepuluh ni dan tidak tahu kepakarannya dalam bercakap berbelit-belit , nescaya kita akan berkata " Oh, Pengerusi SPR ni sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini kerana dia dengan penuh rasa tanggungjawab telah memberi nasihat bernas agar setiap parti politik membuat persediaan untuk menghadapi pilihanraya".
Tapi nak buat macam mana kerana ramai dah tahu Pengerusi SPR lidahnya bercabang sepuluh. Dan mungkin ramai yang ketawa setenggah mati bila beliau seterusnya menyatakan bahawa SPR sanggup berdialog dengan mereka yang menuduh SPR tidak adil dan telus.
Oii, Rashid macamlah kau tak pernah berdialog dengan beberapa buah parti pembangkang yang bukan setakat menuduh SPR tidak adil dan telus bahkan telah mengemukakan bukti ketimpangan SPR dalam mengendalikan PRU tahun 2004. Kalaulah semuanya dah beres, apakah jadahnya rakyat berhimpun pada 10/11 Sabtu lepas yang menuntut pilihanraya yang adil dan telus ? Saja-saja suka Ye? Rasid..Rashid apa nak jadi dengan kau!
Teman minta sesangat supaya sudilah apakiranya , Wak Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada si Rashid kerana di dapati gagal mengubah perangainya!
Rabu, 14 November 2007
Adakah Tiga Minggu Lagi Satu Perhimpunan Raksasa Akan Diadakan?
Pada pendapat teman yang dangkal ini, perhimpunan 10/11 telah berjaya menghantar mesej yang jelas dan yang terpenting , memorandum BERSIH telah selamat dikemukakan kepada Yang DiPertuan Agung. Hanya sekira ada memorandum lain yang hendak dikumukakan, atau ada ajenda lain seperti ceramah terbuka dari tokoh-tokoh penting BERSIH di Dataran Merdeka atau dimana sahaja di KL ,maka perhimpunan kali kedua dikira sesuai untuk diadakan dalam tempuh terdekat ini.
Teman takut ,rakyat yang asalnya bersimpati dengan gelombang kuning, akan mual bila tak sampai sebulan perhimpunan 10/11 diadakan , maka perhimpunan yang lebih kurang sama tujuannya diadakan lagi . Apatah lagi asakan dari media arus perdana yang akan bersikap seribu kali kurang ajar memburuk-burukkan perhimpunan yang akan datang sehingga berjaya memerangkap minda rakyat biasa. Lebih parah lagi , kalau bang dollah dan polis merancang sesuatu yang diluar jangkaan sehingga rakyat tertipu dan termakan dengan permainan kotor diluar jangkaan. Bang dollah dan Polis boleh buat apa sahaja kerana syaitan tok guru mereka. Takut Pas dan parti pembangkang lain terperangkap dan dikambinghitamkan.Dan dalam keadaan itu pilihanraya umum diisytiharkan.
Oleh yang demikian teman rasa,lebih wajar difikirkan tentang persiapan pilihanraya yang bila-bila boleh diadakan. Takut nanti, bang dollah secara mengejut membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan semasa kita asyik bersiap sedia untuk mengadakan satu lagi perhimpunan raksasa.Lainlah, kalau Pas dan parti-parti pembangkang lain hendak boikot PRU yang ke 12.
Teman berpendapat Parti pembangkang khusnya PAS wajib memberi tumpuan yang berpuluh kali ganda untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang , diantaranya melipat gandakan usaha mempertahankan Negeri Kelantan dari jatuh ke tangan BN disamping menawan semula Trengganu dan menambahkan secara drastik bilangan kerusi dun dan Parlimen di seluruh negara.
Bang dollah serta balachinya teman rasa, akan lebih brutal hingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekal rekod cemerlangnya dalam pilihanraya umum 2004 yang penuh dengan penipuan.
Kiranya dalam pilihanraya Umum nanti, BN masih menang besar disebabkan permainan yang lebih kotor dan menjijikkan, maka cadangan Mat Sabu untuk mengadakan perhimpunan ratusan ribu rakyat selama tiga hari terus menerus WAJIB disambut.
NOTA: Marilah kita berdoa supaya memorandum Bersih diberi perhatian dan diambiltindakan segera oleh Yang DiPertuan Agung dan Majlis Raja-raja Melayu supaya Pas dan parti-parti pembangkang yang lain boleh bersaing dengan BN secara anak jantan.
Selasa, 13 November 2007
Wak Khir Toyo Beri Hadiah Penyapu!
Di muka depan Utusan Malaysia hari ini, rakyat dapat melihat salah satu contoh perlaksanaan ajaran Islam hadhari. Lihat gambar di sebelah kiri Tokoh Panji Semerang, tidak lain dari Wak Khir Toyo, Menteri Besar Selangor dengan megahnya menghadiahkan penyapu kepada wakil Majlis Daerah Hulu Selangor pada majlis anugerah Bulan Kualiti 2007 di Shah Alam, semalam. Hadiah penyapu ini adalah diberi kepada Yang DiPertua PBT dan Majlis Daerah Ulu Selangor yang telah gagal menunjukkan prestasi cemerlang. Dan Wak Kata, pemberian penyapu ini bukan untuk menjatuhkan maruah.
Wak, kalaulah teman berada ditempat orang-orang yang dihadiahkan dengan penyapu, terus teman pukul kepala wak dengan penyapu itu. Dan teman akan tanya Wak :"eh, kau bersih sangat ke? Prestasi kau hebat sangat ke? Kau ikut budaya siapa?. Adakah kau tak terfikir memberi hadiah penyapu adalah satu senda gurau yang melampau dan keterlaluan? Kau sebagai pemimpin negari yang kononnya termaju di Malaya ,cubalah guna keadah yang bertaraf dunia untuk melatih kakitangan supaya berkerja dengan efisyen. Tapi nak buat macam mana kau pun sama seperti spesis UMNO yang lain yang dilatih berfikir mengunakan kepala lutut!
Wak, aku letih dan malu tengok perangai kau. Semoga kau insaf. Tapi bukan mudah orang seperti kau untuk insaf. Mungkin, bila kau sudah tak lagi jadi menteri, kau sakit dan nak kojol , barulah masa itu kau insaf!
Isnin, 12 November 2007
Sekadar Pendapat: Kesan Gelombang Kuning Dan Peranan Raja-Raja Melayu
Ada setengah pejuang Islam, yang mengatakan demonstrasi jalanan tidak akan mencapai kemenangan kerana Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah memilih jalan sebegini.Teman tak akan membantah kerana ada unsur kebenarannya. Namun, perlu diingat Rasulullah S.A.W dan para sahabat tidak pernah berjuang melalui demokrasi. Perjuangan baginda adalah bermula dengan seruan dakwah kepada tauhid murni. Dan selepas 13 tahun baginda berdakwah yang selalu disebut marhalah makiyyah, maka barulah terbina sebuah negara yang berasaskan sahifah Madinah. Dan kita akan jadi hampa, kalau kita mahu mencari istilah negara Islam dalam sahifah Madinah, kerana memang tidak disebut. Tetapi Madinah diiktiraf oleh ulamak secara ijmak ,sebagai negara Islam yang pertama.
Persoalannya,mengapa Pas dan terdapat banyak gerakan Islam lainnya, didunia ini memilih jalan demokrasi untuk memperjuangkan Islam? Jawapannya kerana terdapat sebahagian ulamak yang mempunyai otoriti, telah berijtihad membolehkan pejuang Islam mengunakan wadah dan sistem demokrasi bagi mencapai matlamat perjuangan Islam.Memang terdapat sebahagian ulamak yang menolak wadah demokrasi,namun perlu kita ketahui persoalan ini adalah termasuk dalam bab ijtihadiah.Jangan kita perbesarkan perbedaan pendapat di kalangan Ulamak. Ianya tidak akan membawa kita kemana-mana.
Apa yang penting, Pas dan parti pembangkang yang lain buat masa kini sedang berhadapan dengan sistem demokrasi yang telah dipincangkan oleh BN bagi kelangsungan hayat kekuasaan mereka di negara ini.
Entah berapa ratus kali Pas dan parti pembangkang telah menyuarakan tuntutan demi tuntutan bagi membaiki kebobrokan sistem pilihanraya ,yang merupakan salah satu komponen penting dalam pengertian demokrasi yang sebenarnya.Tetapi suara Pas dan parti pembangkang yang lain ,tidak berapa dipedulikan. Jadi gelombang kuning adalah manifestasi dari tuntutan yang dipandang sepi oleh kerajaan dan SPR.
Juga, dipersoalkan tentang peranan Yang DiPertuan Agung dan Raja-raja Melayu, yang dikatakan tidak akan membantu perjuangan gelombang kuning. Raja-raja Melayu dikatakan telah tenggelam dalam kemewahan yang dihidangkan oleh kerajaan BN dan dengan demikian persoalan rakyat bukan persoalan besar buat mereka. Mungkin ada segelintir raja-raja Melayu yang tidak mahu masuk campur dalam urusan sebegini. Namun, adalah satu kesimpulan yang silap, kalau kita menganggap kesemua raja-raja tidak ambil kisah. Mereka juga ada maruah dan tanggungjawab. Mereka juga mahu membela rakyat. Dan semanggat serta kesedaran untuk membela rakyat yang didera dan ditindas ,lahir dan batin oleh kerajaan BN akan lebih meningkat dikalangan raja-raja Melayu sekiranya, rakyat menunjukkan sokongan yang tak berbelah bahagi terhadap institusi beraja di negara ini.
Kalau terdapat dikalangan kita masih bersikap skeptikal dan pesimistik dalam memohon pertolongan dari raja-raja Melayu dalam pelbagai isu yang melibatkan rakyat terbanyak, adakah sikap itu boleh membantu menjadikan pilihanraya umum akan datang lebih telus dan adil dari PRU tahun 2004? Tidakkah bodoh namanya, kalau Pas dan parti pembangkang yang lain, terjun dalam kancah pilihanraya yang dipenuhi dengan pelbagai bentuk penipuan?
Terdapat juga rungutan , kalau berlaku kematian atau kecederaan dikalangan demonstrator akibat keganasan polis, adakah parti politik pembangkang akan tampil membela mereka?. Jawapannya ,insyaallah, setakat yang termampu. Tetapi perlu diingat, perjuangan memerlukan pengorbanan. Kita percaya para peserta gelombang kuning takkan sanggup turun dijalanraya kalau mereka tidak berani menanggung risiko. Mereka tahu harga yang terpaksa dibayar untuk sesuatu perjuangan.Kalau ada yang takut,berbanggalah menjadi penulis blog sahaja dan memperolehi 'counter hit'yang tinggi.Apa pun , menulis di blog pun, silap hari bulan boleh didakwa atas beberapa kesalahan yang tulin atau direka!Bukankah Malaya adalah 'bolehland'?
Dan ada yang berpendapat bahawa demonstrasi jalanraya pada 3 hari lepas, tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan BN seperti yang berlaku di Filipina dan Indonesia.Soalnya,gelombang kuning hanya menuntut PRU yang adil dan telus. Tidak ada dalam senarai BERSIH , untuk menumbangkan kerajaan BN melalui demonstrasi jalanan.Mengapakah isu yang semudah ini, sewenangnya dibuat andaian yang melulu!Tak salah untuk kita berfikir, tapi jangan terperangkap dengan pemikiran yang kacau bilau.
Tulisan ini, cuma sekadar keluhan dan pendapat teman terhadap suara-suara yang mempersoalkan tentang keberkesanan gelombangan kuning dan memandang rendah terhadap peranan raja-raja Melayu. Kalau tak bersetuju, tak mengapa.Teman tak ingin menjadi seorang yang fanatik dengan pendapat sendiri. Pendapat teman mungkin lemah dan dangkal. Teman bukan maksum. Dan lantaran itu, teman meraikan perbedaan pendapat orang lain.Cumanya, teman akan sanggah pendapat yang teman fikir tak berapa kena bukan dengan niat untuk bermusuh dikalangan perjuang Islam, tetapi membantu kawan-kawan melihat dari perspektif yang teman rasa lebih baik dalam keadaan sekarang.
Ahad, 11 November 2007
Zam zam Ala Kasam Selepas Gelombang Kuning Semalam
Maka orang suruhan Zam Zam Ala Kasam, pun menemubual beberapa orang, termasuk perniaga. Kesemua mereka meluahkan rasa duka nestapa. Para perniaga, yang entah meniaga apa, berkata perhimpunan tersebut menjejaskan perniagaannya kerana Kuala Lumpur menjadi kota yang paling sesak. Ditanya kepada orang awam yang terpilih, mereka kata ini bukan budaya kita. Ditanya kepada seorang Prof Madya yang teman kenal memang kaki mengampu kerajaan Barisan Nasional(dulu bekas pensyarah UPM), maka merapu dan merabanlan beliau mencela gelombang kuning.Mahu hidup beb!
Mengapa tak ditanya perniaga restoran mamak yang bertaburan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang tak menang tangan melayan peserta perhimpunan tersebut yang singgah untuk mengalas perut? Mengapa tak disiarkan temubual dengan orang ramai yang menyokong Gelombang Kuning?. Mengapa tak tanya pendapat tokoh NGO yang turut serta dalam perhimpunan tersebut? Atau mengapa tak buat undian di TV 1, samada rakyat menyokong atau menentang Gelombang Kuning?!
Dan bila teman baca transkrip temubual TV Al Jazeerah dengan Zam-Zam Ala Kasam di TKO, timbul rasa belas kasihan pada Bang Dollah, kerana mempunyai Menteri Penerangan yang paling terbanggang di dunia ini. Sudahlah bahasa Inggerisnya setaraf budak tadika, jawapannya jelas membuktikan taraf IQ dan EQnya diparas yang rendah sekali.Orang macam ini, patutnya bang dollah sudah lama pecat. Tapi bang dollah mungkin ada sebab yang munasabah menyimpan si Zam Zam Ala Kasam .Mungkin , bila rakyat berkata bahawa Perdana Menteri Malaya sekarang adalah yang paling lembab dan terbanggang sekali dibandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu, Bang Dollah akan membalas balik : "bukan saya seorang sahaja yang banggang, bahkan Menteri Penerangan saya pun mahkluk yang terbanggang diatas bumi dan angkasaraya".
Andaikata Zam-zam ala kasam tersesat jalan dan tersinggah didepan pagar rumah teman, dengan hormatnya teman jemput beliau masuk ke dalam rumah. Masuk saja dia ke dalam rumah teman, terus teman ketuk kepalanya dengan penyapu. Mudah-mudahan dengan ketukan penyapu ke atas kepalanya, otak dia yang senget akan kembali seimbang. Mungkin lepas tu, dia akan menjadi lebih cerdik sedikit.
Sabtu, 10 November 2007
Bang Dollah ! Gelombang Kuning Berjaya.
Teman nak beritahu pengalaman hari ini. Sudilah bang dollah membacanya,
Bang, maafkan teman. Sepanjang jalan, dari Banggi ke Kuala Lumpur teman menyumpah saranah abang. Abang dollah, nak tahu kenapa? Sebabnya, perjalanan yang mengambil masa 20 minit untuk ke KL, menjadi dua jam. Lebuhraya sesak. Ini semua gara-gara polis buat sekatan jalanraya. Polis nak sekat rakyat dari menghadiri perhimpunan aman 100 ribu rakyat anjuran BERSIH. Teman sakit ,bang. Tapi teman, tak mahu ketinggalan bergotong royong untuk berhimpun bersama rakyat untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Bang dollah! teman terpaksa meminta kawan yang memandu kereta supaya patah balik ke Bangi selepas teman terasa sesak nafas. Kawan teman yang turut memaki hamun, bang dollah pun terpaksa akur kerana kesian melihat teman kesesakan nafas.
Kalaulah bang dollah kata, tak sampai 100 ribu yang hadir, mungkin teman boleh bersetuju. Sebabnya, dua orang yang patut mengenapkan angka 100 ribu, terpaksa patah balik. Bukan kerana takut dengan kata-kata abang"Saya pantang dicabar", tetapi kerana tiba-tiba teman sesak nafas. Maklumlah, teman ni, orang sakit!
Tetapi bang, semanggat teman tak pernah luntur. Teman ikuti setiap masa perkembangan gelombang kuning melalui internet dan kawan-kawan yang tak putus-putus menghantar sms. Teman tak lupa berdoa supaya perhimpunan ini berjaya walaupun cuba digagalkan oleh 4000 polis, termasuk FRU. Memorandam juga berjaya diserahkan untuk tatapap dan perhatian Yang DiPertuan Agung. Oh abang dollah, Gelombang kuning mencapai kejayaan besar! Rakyat tak peduli dengan kata-kata abang"saya pantang dicabar".Rakyat yang berjiwa kental, walaupun dipanjut dengan air asid dan bom gas pemedih mata, sambil bertakbir terus mara dengan berani dan berdisiplin.
Bang dollah yang diingati! perhimpunan petang tadi, jelas membuktikan bahawa rakyat begitu berdisiplin. Yang kurang ajar, ialah anggota polis. Mereka seperti gila babi mengejar sesiapa sahaja yang memakai baju t warna kuning. Adakah, abang dollah yang mengarahkan mereka supaya bersikap seperti babi gila? Mungkin tidak. Abang orang baikkan? Abang tak pernah melakukan dosa kan ?
Alat perkakas abang dollah seperti media cetak dan eletronik, menganggarkan tak lebih dari 4 ribu orang yang menghadiri perhimpunan tersebut . Bang dollah! polis sahaja 4 ribu orang. Sungguh tak masuk akal, 4 ribu polis mengawal perhimpunan yang dihadiri oleh 4 ribu peserta perhimpunan!
Cuba abang dolah lihat gambar di bawah ini yang diambil di dua lokasi. Ini tidak termasuk dilokasi yang lain. Ini juga tidak termasuk, rakyat yang disekat untuk memasuki KL. Cuba bayangkan bang , kalau kedatangan rakyat tidak disekat dan tidak ditakut-takutkan, bukan 100 ribu, malahan jumlah berkali ganda akan datang berhimpun bagi menyemarakkan lagi gelombang kuning. Dan selepas melihat gambar ini, cuba abang fikir-fikirkan bahawa abang sebenar sudah layak untuk memecat diri sendiri sebagai Perdana Menteri Malaya!kerana rakyat secara jelas menunjuk sikap tak ambil peduli langsung dengan gertakan abang!

Jumaat, 9 November 2007
Bang Dollah Marah Kah Tehadap Perhimpunan 100ribu Rakyat Esok?
"Sebenarnya yang mereka mencabar, yang mereka nak ketepikan adalah undang-undang. Mereka mencabar undang-undang, peraturan, mereka mencabar rakyat kerana rakyat mahu supaya negara ini aman, dan selamat dan stabil sepanjang masa".
"Itu yang dicabar. Bukan saya, tapi saya pantang dicabar," katanya, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan Umno, dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)".
Oh yeh, bang dollah marah ke?Sebagai Abuya As Syeikhul al Imam Islam hadhari, tak baik marah bang!Kalau abang marah, nanti kena jual, macam Abdul Wahid dan Abdul Wahub dalam filem Tiga Abdul.
Bang dollah, kena jaga imej. Biarkan anak menantu sahaja yang bising. Bang dollah kelihatan macam nak menandingi anak menantu dalam membuat bising. Abang kena tunjuk bahawa abang seorang kaki bongkar kitab yang sejati dan siang malam mencari Imam Al-Ghazali dan Imam As-Syafie.Barulah berbaloi dengan taraf abang sebagai tokoh besar Islam hadhari dan penggerak modal insan yang tersohor.
Teman berharap, abang dah mula sejuk dan stabil fikiran. Dah sejukkah dan stabil akal fikiran, abang? Kalau sudah, teman nak beri pendapat nih!
Bang, ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan pilihanraya di Malaya, terutama pada PRU tahun 2004. Hei, jangan buat buat bodoh macam orang tak tak bersalah bang!. Teman tak mahu mencatatkan satu persatu kecacatan PRU yang lepas. Sekali lagi bang, teman nak ingatkan, jangan buat macam orang yang tak tahu apa-apa!
Jadi bang, rakyat telah menuntut supaya kerajaan BN ,SPR khususnya melakukan sesuatu supaya pilihanraya umum dijalankan secara adil dan lurus. Bukan bengkang bengkok. Tapi bang, banyak tuntutan rakyat yang digerakkan oleh gabungan puluhan NGO dan beberapa buah parti politik pembangkang yang dinamakan BERSIH , telah tidak dilayan sewajarnya. Abang pun tahu, Pengerusi SPR, lidahnya bercabang sepuluh. Abang punya lidah bercabang berapa? Mungkin tak bercabangkan?. Abang ,orang baikkan?.
Oleh kerana dah tak ada jalan lain, maka itu sebab BERSIH anjur Perhimpunan 100,000 rakyat sebagai satu kaedah agar tuntutan rakyat dipenuhi. Seterusnya ,BERSIH akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung.
Abang , janganlah kata perhimpunan rakyat ini sebagai bukan budaya kita. Kalau abang fikir dengan mendalam, ianya satu usaha gotong royong rakyat untuk menyedarkan kerajaan BN dan SPR supaya lebih telus dan lurus. Bukankah gotong royong dalam usaha kebajikan adalah budaya kita?
Ah, teman macam rasa bang dollah sudah mula tersenyum dan bersetuju dengan pendapat ini. Bagus begitu,bang.
Oleh itu, beri tahu Musa Hassan, perhimpunan esok boleh diteruskan tanpa permit, kerana gotong royong untuk kebaikan bersama bukan perlu permit, tetapi yang diperlukan ialah rasa pertanggungjawaban yang tinggi dan murni! Musa Hassan, pasti mendengar arahan bang dollah.
Tapi bang, ada orang kata, dalam senyum, abang boleh mengarahkan pihak polis bertindak kasar terhadap rakyat petang esok. Jangan gitu bang. Abang orang baikkan?
Kalau perhimpunan itu gagal, rakyat tahu, abang sama seperti pemimpin-pemimpin diktator yang masih terdapat di muka bumi ini. (maaf, kalau kasar sikit bahasa teman,bang)
Khamis, 8 November 2007
Oh Yeh, Teman Hendak Tulis Apa Hari Ini?
Tulisan kali ini kalau didapati meraban dan meracau kerana teman nak ulas sikit tentang Persidangan UMNO yang ke 61, janganlah marah.
Ucapan Dasar Bang Dollah semasa Persidangan UMNO kali ini, adalah 'wonderful'. Teman yang menonton dan mendengar ucapan bang dollah ,tidak sedar bila ucapan beliau habis. Oh yeh ,begitu mudah teman tertidur semasa bang dollah berucap. Maafkan, adik, bang!
Sehari sebelum itu , teman membaca ucapan Bang Najib ketika menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Oh yeh, barulah teman sedar bahawa teman rupanya jenis insan yang 'otak slow' kerana ucapan Bang Najib kali ini menunjukkan beliau makluk hebat. Masakan tidak, teman tiba-tiba berasa amat bodoh bila membaca ucapan beliau yang melaungkan gagasan besar dan disulami juga dengan beberapa ayat terjemahan al-Qur'an. Terutama, ucapannya mengenai 'mengangkasakan'bangsa Melayu.Mulanya teman ingat, dia hendak membawa bangsa Melayu kesemuanya naik ke angkasa. Tapi rupanya, maksud dia lain. Maafkan adik , bang, kerana bodoh bila dibandingkan dengan abang yang bijak bermain dengan istilah yang bombastik dan fantastik!Oh yeh!
Ucapan Kak Fidah sepert biasa meloyakan.
Ucapan Penghunus Keris nombor satu Malaya , Tok Hisham,seperti biasa sering membinggitkan telinga dek teriakan suaranya yang garau.
Semasa siaran berita jam lapan malam ini, teman sempat mendengar sedutan ucapan beberapa orang perwakilan UMNO. Ucapan mereka ada yang okay dan ada yang meraban. Yang okay dan menarik perhatian teman ialah ucapan seorang perwakilan Negeri Johor yang merupakan bekas aktivis PAS yang telah masuk UMNO bersama Ustaz Nakhaie di akhir tahun 80an, iaitu Datuk Dr Fuad Zarkashi. Fuad Zarkashi dengan lantang meminta dasar pembelajaran subjek Matematik dan Sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris ditarik balik.Tabik buat kau Fuad!
Tentang ucapan menantu bang dollah, teman rasa cukup menerbitkan kebanggaan di hati bapa mertua dan isteri dan bonda mertua barunya serta segelintir makhluk bumi yang rela bersekongkol dengan seorang budak ajaib dan ganjil bernama Khairy Jamaluddin!
Ucapan wakil kelab Umno luar negara, setaraf ucapan mamak Zam zam ala Kasam.Moga-moga selepas tamat belajar nanti, budak ni boleh jadi Menteri Penerangan Malaya yang lebih banggang dari Zam ala kasam.
Oh yeh , teman hampir terlupa untuk mengucapkan syabas kepada Tok Hishamuddin kerana berkata ada kesan yang menguntungkan daripada saluran baru maklumat dan komunikasi termasuk blog. Mungkinkah dia gembira dengan keujudan blog antikhairy ?
Sebelum teman berhenti menulis, teman nak rakamkan ucapan tahniah kepada UMNO kerana menjemput wakil-wakil dari parti dari luar negara. Wakil-wakil parti luar negara tersebut , teman dapati ada yang berideologi komunisme, sosialisme dan nasionalisme. Dan yang teman musykil, wakil dari Palestin dari parti mana?Tak disebut. Juga teman nak tanya mana satu wakil dari parti luar negara yang menjadikan Islam sebagai tunggak perjuangannya? Nanti , kalau teman kata, UMNO parti yang lebih kurang sama dengan idelogi kebanyakan parti yang diundang, janganlah marah!Oh Yeh.
Ahad, 4 November 2007
Peneraju GLC Dan Pandangan Bang Mad
Beliau juga dijangka membawa usul supaya diwujudkan garis panduan bagi memastikan GLC tidak ‘potong jalan’ syarikat bumiputera untuk mendapatkan tender projek-projek besar kerajaan selain meminta GLC berkongsi kekayaan dan keuntungan besar dengan syarikat bumiputera. Dipetik Dari KLpos.
Bang Mad, apa ukuran untuk menentukan peneraju GLC benar-benar berjiwa Melayu? Adakah ukurannya berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Menjadi ahli UMNO
2. Sanggup jadi tukang ampu sang penguasa
3. Sanggup pelari anak Sultan
4. Sanggup beri tender kecil dan besar kepada tokoh-tokoh UMNO.
5. Berani bawa duit tunai berjuta ringgit ke luar negeri.
6. Tidak cenderung untuk bersimpati dan terlibat dengan mana-mana gerakan Islam
7. Kerja kuat untuk majukan syarikat walaupun skandal sekeliling pinggang.
Bang Mad, CEO atau MD GLC yang memiliki sebahagian kriteria seperti diatas memang sudah sedia ada. Adalah dua tiga kerat yang tidak memiliki walaupun satu kriteria tersebut.Tetapi jangka hayat mereka sebagai peneraju sesabuah GLC cukup pendik.
Teman pernah bekerja dengan sebuah syarikat GLC.CEO merangkap MD syarikat tersebut begitu akur dengan setiap kehendak pemimpin UMNO . Sebagai contoh pernah berlaku, seorang Exekutif yang diarah bertukar ke Ibu pejabat di Kuala Lumpur dari Alor Star, Kedah oleh CEO/MD sekor ni, telah dibatalkan pertukarannya. Sebab apa bang Mad? Sebabnya, Ketua Wanita UMNO Bahagian disana telah menulis surat kepada MD/CEO syarikat dimana teman pernah bekerja dulu, meminta supaya Eksekutif yang telah diarah bertukar dikekalkan di Alor Star.
Bang Mad, begitu 'power' sekali seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian. Belum lagi teman sentuh arahan lisan atau bertulis tokoh besar UMNO kepada MD/CEO berkenaan berkaitan dengan tender dan sebagainya.
Bang Mad, jangan susahkan kepala otak memikirkan isu CEO atau MD GLC yang sebahagian besarnya telah menunjukkan 'jiwa Melayu' tulin berdasarkan kriteria-kreteria seperti di atas. Lainlah kalau bang Mad berlakun berwatakkan seorang yang tidak pernah melakukan dosa walaupun sedikit habuk!
Sabtu, 3 November 2007
KP BPR: Hero Baru Malaya?
Bahasa yang digunakan oleh KP BPR, entah siapa namanya, agak tegas. Memang KP BPR yang baru ini hebat juga.Sejak dua menjak ni, asyik nak dakwa orang saja. Dia pernah ugut nak dakwa DSAI kerana belum serah Video Klip VK Lingam yang asal. Sekarang dengan nada sama, dia tunjuk 'ketegasannya' pada Tok Guru Nik Aziz.
Teman , perhatikan tokoh politik BN dan pegawai atasan kerajaan macam berlumba nak jadi hero. Nak sangat ke jadi hero ke ?. Ha, kalau betul KP BPR nak jadi hero baru Malaya ,yang benar-benar jantan, tolong beritahu pada rakyat, apa kesudahan kes-kes yang telah dilaporkan oleh Ezam Md Nor, yang melibatkan tokoh politik BN, termasuk Kak Pidah dan Bang Rahim anak kepada Tambi Cik.
'Kuasa' kalau diperolehi oleh insan yang kurang sopan akan digunakan untuk tunjuk lagak dan kekuatan kepada golongan yang dianggap lemah. Lain pula sifat insan yang beriman dan ada prinsip hidup, 'kuasa' digunakan untuk tegakkan kebenaran yang menyelururuh, bukannya kebenaran yang terpilih.
KP BPR yang baru ini termasuk dalam jenis insan yang macam mana? Dalam kes, klip Video Lingam, jelas sekali dia bercakap berbelit-belit.
Teman dan rakyat yang prihatin, seolah sedang melihat KP BPR menari ikut paluan gendang puak penguasa yang gila babi untuk mempertahankan pemerintahan yang bobrok dan korup. Nasihat teman: jangan zalimi diri sendiri.Fikirkanlah!